Wednesday, October 21, 2020

5 Menu Makanan Segera Sedap Yang Hanya Terdapat Di Malaysia

October 21, 2020 4
5 Menu Makanan Segera Sedap Yang Hanya Terdapat Di Malaysia

Restoran makanan segera memang ada banyak di Malaysia dan kewujudan restoran  segera seperti ini sememangnya dah lama ada di sini. Restoran makanan segera sebegini sering dikunjungi ramai disebabkan oleh suasananya yang sangat santai dengan pelbagai pilihan menu makanan yang sedap! 


Apa yang lebih menariknya lagi, walaupun restoran segera seperti ini ada hampir di seluruh dunia tetapi menu makanan yang ditawarkan diberi nafas baru seiring dengan citarasa sesebuah negara itu sendiri. Ini termasuklah dengan Malaysia. 



Salah satu restoran makanan segera yang mendapat ranking tinggi di hati warga Malaysia adalah McDonald's. McDonald’s merupakan salah sebuah restoran makanan segera yang telah berjaya menjadikan reputasi Malaysia untuk makanan lazat ke tahap yang lebih tinggi. 


Terdapat banyak menu McDonald’s special mengikut citarasa tekak orang Malaysia dan lima daripadanya adalah seperti yang di bawah ini. 


No 1- Nasi Lemak Burger 



Nasi Lemak merupakan sejenis hidangan nasional Malaysia dan nasi lemak ini boleh dianggap sebagai salah satu makanan kegemaran untuk rakyat Asia Tenggara. Sehubungan dengan itu restoran makanan segera McDonald's dengan yakinnya telah memperluaskan rasa makanan lazat ini dengan membuatkannya dalam bentuk Nasi Lemak Burger. 


Daripada bentuk nasi lemak asal yang dibungkus dengan daun pisang, mereka telah mengubahnya dalam bentuk hidangan burger. Burger Nasi Lemak ini merangkumi isi ayam lazat dan telur goreng dengan sambal pedas yang di apit oleh roti yang sedikit garing.


No 2 - Cendol-Flavoured Ice Cream



Malaysia mempunyai obsesi dengan cendol hijau, sejenis makanan tradisional pencuci mulut yang kelihatan seperti jeli. Cendol ini diperbuat daripada jus ekstrak daun pandan. 


Cendol sering disyorkan kepada pelancong yang ingin mencuba makanan tempatan sebanyak mungkin, dan ini telah membuatkan McDonald’s turut memilih cendol sebagai inspirasi dalam menu mereka. Hasilnya para pelancong dengan mudah boleh kami memesan ais krim berperisa cendol sebagai pengenalan sebelum mencuba variasi makanan yang lain.


No 3 - Pulut Hitam Pie



Selain daripada Cendol-Flavoured Ice Cream, untuk pencuci mulut gaya tempatan yang lain, Pulut Hitam Pie juga ada hampir di semua cawangan McDonald's Malaysia. Nasi pulut hitam yang agak melekit memang agak popular di kalangan rakyat Malaysia dan ini digunakan sebagai isian di dalam pai yang rangup. Jika selalunya hanya menikmati Apple Pie, kini boleh beralih kepada Pulut Hitam Pie pula untuk sebuah rasa gaya Malaysia. Dan, yang pasti pulut hitam pie ini memang tidak mengecewakan. 

No 4 - D24 Durian McFlurry



The King of Fruit atau Raja Buah, itulah gelaran yang diberi kepada sang durian. Di Malaysia ini durian memang ada banyak di tanam dan akan berbuah apabila tiba musimnya.  Saat musim buah durian ini, penjual akan menjual buah-buah durian dari gerai di tepi jalan. 


Special di Malaysia, pihak McDonald’s telah menjadikan buah kegemaran ramai ini menjadi Mcflurry. Bayangkan durian berkrim yang diadun dan disapu dengan potongan vanila dan coklat menjadi minuman pekat yang enak. Tak dinafikan, tidak semua orang menyukai buah durian ini disebabkan oleh baunya yang agak kuat dan inilah salah satu cara untuk cuba menikmati keunikan durian dengan memesan Mcflurry durian di McDonald's.


No 5 - Bandung McFizz



Minuman Bandung yang berwarna merah jambu memang ada terdapat di Malaysia. Bahkan minuman bandung ini turut ada di Singapura dan Brunei. Bandung terdiri daripada susu pekat atau sejat yang dicampurkan dengan sirap kordial mawar berwarna merah. Hasil gabungan ini menjadikan bandung sejenis minuman manis dalam warna pink. 


Sebagai salah satu minuman kegemaran di kalangan masyarakat Melayu dan popular pada bulan Ramadan, Bandung telah memasuki menu beberapa rantaian makanan segera di Malaysia. McDonald's Bandung McFizz turut muncul dan ianya sangat serasi untuk dinikmati bersama menu Nasi Lemak Burger. 


Itulah dia antara makanan segera sedap yang hanya terdapat di Malaysia. Bila dilihat semula pada menu yang ada, ternyata setiap satunya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari segi rasa dan gaya persembahan menunya. 


Ini menjadikan restoran makanan segera sebagai salah satu restoran kegemaran ramai. Lagi-lagi apabila restoran segera sebegini turut menjadi salah satu fast food delivery malaysia yang bersifat sangat mudah dan mesra pengguna. 


Dengan adanya servis fast food delivery Malaysia sebegini, ramai dikalangan pencinta makanan yang berasa seronok dan selesa untuk menikmati segala macam menu yang ada pada bila-bila masa. Salah satu pihak yang sering digunakan untuk memesan makanan sedap citarasa Malaysia ini adalah FOODPANDA



Foodpanda boleh dimuat turun ke handphone masing-masing, masukkan lokasi di mana berada dan bolehlah terus membuat pesanan. Selesai buat pesanan menu makanan segera mana yang ingin dinikmati, seterusnya hanya perlu menunggu pesanan tiba secara terus tanpa perlu ke mana-mana. 


Terasa nak makan menu makanan segera sedap dari McDonald’s? Malas nak keluar rumah? Jangan risau, jangan serabut kerana fast food delivery Malaysia dari Foodpanda sentiasa ada untuk memberikan perkhidmatannya pada anda. 

Saturday, October 17, 2020

Majlis Perpisahan Rakan Sekerja

October 17, 2020 4
Majlis Sekalung Budi & Jalinan Ukhwah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bulan September adalah bulan mengejutkan bagi Sha dan rakan-rakan di pejabat. Hal ini adalah disebabkan arahan pertukaran penempatan secara mengejut. Kalau korang nak tahu, pejabat Sha sekarang adalah pejabat paling lama Sha berkhidmat iaitu 6 tahun yang mana pejabat sebelum ini Sha bertukar setiap 3 tahun. Ura-ura mengatakan pertukaran ini adalah melibatkan pegawai dan kakitangan yang telah lama berkhidmat di sesuatu tempat. Wallahuallam.

Pertukaran Mengejut

  

 Gambar bersama pegawai dan rakan sekerja yang tinggal.

Jika sebelum ini Sha sudah kehilangan tiga orang rakan sejawat yang telah berpindah untuk bertugas di Lokap Teluk Intan. Kini pada 14 September 2020 yang lalu, dua orang lagi sahabat menerima surat dengan pertukaran serta merta ke tempat baru masing-masing. Untuk menghargai jasa mereka sepanjang bertugas iaitu lebih kurang 12 tahun, ketua telah mengadakan satu majlis sekalung budi untuk meraikan jasa mereka yang meninggalkan kami.
 
5 sahabat yang berpindah bersama Ketua Pegawai & Ketua Unit

Montaj Perpisahan

Untuk majlis ini, Sha telah membantu Hani telah menyiapkan satu montaj yang dilampirkan video ucapan daripada pegawai dan rakan-rakan lain diiringi dengan lagu Sampai Jumpa. Walaupun montaj dapat disiapkan dalam waktu yang singkat diharap semuanya berpuas hati. Montaj ini ditayangkan selepas ucapan daripada Ketua Pegawai dan pegawai-pegawai yang diraikan. Untuk montaj kali ini Sha memilih lagu "Sampai Jumpa" nyanyian Endank Soekamti kerana pada Sha ianya sebuah lagu yang sesuai untuk majlis perpisahan.

Lirik Lagu Sampai Jumpa

Datang akan pergi
Lewat kan berlalu
Ada kan tiada
Bertemu akan berpisah
 
Awal kan berakhir
Terbit kan tenggelam
Pasang akan surut
Bertemu akan berpisah
 
Heii Sampai jumpa dilain hari
Untuk kita Bertemu lagi
Ku relakan dirimu pergi
 
Meskipun Ku tak siap untuk merindu
Ku tak siap Tanpa dirimu
Ku harap terbaik untukmu
 
Dududu Dudududu
 
Datang akan pergi
Lewat kan berlalu
Ada kan tiada
Bertemu akan berpisah
 
Awal kan berakhir
Terbit kan tenggelam
Pasang akan surut
Bertemu akan berpisah
 
Heii Sampai jumpa dilain hari
Untuk kita Bertemu lagi
Ku relakan dirimu pergi
 
Meskipun Ku tak siap untuk merindu
Ku tak siap Tanpa dirimu
Ku harap terbaik untukmu
 
Heii Sampai jumpa dilain hari
Untuk kita Bertemu lagi
Ku relakan dirimu pergi
 
Meskipun Ku tak siap untuk merindu
Ku tak siap Tanpa dirimu
Ku harap terbaik untukmu


Terima kasih semua kerana sangat memberikan respon kepada montaj yang ditayangkan. Selepas ucapan penutup satu jamuan telah diadakan. Alhamdulillah majlis pada hari itu telah berjalan lancar. Kami sepakat menukar baju selepas program pada sebelah pagi iaitu menetapkan tema putih dan biru denim untuk sesi bergambar bersama-sama.

Untuk rakan-rakan yang terpisah daerah, semoga kita dapat bekerjsama lagi. Terima Kasih untuk 6 tahun menjadi rakan sepejabat yang baik dan banyak membantu. Tak lupa kepada 2 orang rakan baru yang melaporkan diri pada hari yang sama.

Friday, October 16, 2020

Apakah Yang Membanggakan Seorang Penagih Dadah?

October 16, 2020 2
Apakah Yang Membanggakan Seorang Penagih Dadah? Setiap insan punya impian, cita-cita dan janji kepada diri sendiri begitu juga insan yang bergelar penagih dadah. Apa yang membanggakan bagi seorang penagih? Pastinya DAPAT BERUBAH MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK & MEMBUKTIKANNYA PADA ORANG TERSAYANG. Sebagai orang yang bersih daripada najis dadah pun berbangga jika dapat menjadi lebih baik daripada kelmarin, mereka juga begitu bahkan lebih lagi. Hal ini kerana meninggalkan najis dadah adalah bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan semangat dan azam yang kuat. Percayalah mereka juga seperti manusia lain yang punya rasa menyesal tetapi ianya penuh jenuh perit untuk berubah. Bercerita tentang kebanggaan, Sha ingin kongsi satu pencapaian oleh klien Sha sendiri yang baru-baru ini telah menjadi Juara Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Juara Azan. Sha dapat melihat kegembiraan beliau dan betapa pentingnya penghargaan itu buat beliau.


Penyampaian Hadiah Pertandingan Pencarian Daei Unggul Peringkat AADK Negeri


14 Oktober 2020 (Rabu) yang lepas telah diadakan satu majlis penyampaian hadiah untuk pemenang pertandingan pencarian daei dikalangan Orang Kena Pengawasan (OKP). Acara yang telah dipertandingkan adalah kategori Tilawah Al-Quran, kategori laungan azan dan kategori tulisan khat. Juara bagi setiap kategori ini akan mewakili Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perak ke pertandingan peringkat kebangsaan pula. Walaubagaimanapun akibat pendemik Covid-19 pertandingan ini terpaksa dijalankan melalui sidang video sahaja berbanding pertandingan tahun-tahun sebelumnya yang mana diadakan di majlis yang meriah.
 
 
Gambar ; Klien yang mewakili Daerah Perak Tengah bersama Ketua Pegawai dan Ketua Unit Rawatan, Perubatan & Pemulihan. AADK Daerah Perak Tengah telah berjaya menjuarai dua kategori iaitu kategori Tilawah Al-Quran dan kategori Azan Terbaik dan bertanding di peringkat kebangsaan pula.



Sijil penyertaan telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan AADK Negeri Perak


Juara Tilawah Al-Quran & Azan



Hari yang sama juga telah diadakan sesi rakaman video bacaan Al-Quran dan laungan azan daripada juara peringkat negeri dan akan dipertandingkan peringkat kebangsaan pula.


Setelah melalui undian, peserta yang mewakili AADK Negeri Perak perlu memperdengarkan bacaan daripada Surah Al-Furqan.

Kata Semangat Dan Penghargaan


Sebelum peserta bergerak ke AADK Negeri Perak untuk sesi penyampaian hadiah dan sesi rakaman video tersebut Sha sempat berjumpa dan memberikan kata-kata semangat kepada beliau. Sebagai salah seorang pegawai yang menyelia beliau secara dekat, Sha amat berbangga dengan pencapaian beliau setakat ini.

Sha amat gembira apabila menerima perkhabaran apabila Pengarah AADK Negeri Perak dan para juri yang terlibat telah sepakat memilih beliau sebagai juara. Sesi ini juga bertambah seri dengan hadirnya sokongan daripada insan tersayang iaitu isteri dan anak beliau.

Sebagai seorang yang bekerja membantu dalam kepulihan klien penyalahgunaan dadah, apabila klien berjaya hidup seperti orang lain dalam masyarakat adalah suatu pencapaian yang terkesan dihati kami. InsyaAllah doakan mereka yang tersilap langkah ini kembali ke pangkal jalan.

Friday, October 09, 2020

Hotel Bintang Square Kota Bharu Hotel Berdekatan HUSM Kubang Kerian, Kelantan

October 09, 2020 4

Hotel Bintang Square Kota Bharu Hotel Berdekatan HUSM Kubang Kerian, Kelantan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 2 minggu lepas Mak Sha dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang terletak di Kubang Kerian, Kelantan. Jadi Sha mengambil keputusan untuk menjenguk Mak di hospital dengan membawa Adik Nur menaiki bas. Sha telah menggunakan sistem tiket online untuk balik kali ini. Sebelum bertolak ke Kota Bahru, Sha telah menembah sebuah hotel yang terletak bersebelahan dengan HUSM sendiri. Hotel yang Sha maksudkan adalah Hotel OYO Bintang Square Kubang Kerian.

Hotel OYO Bintang Square

 
Suami Sha yang tolong bookingkan hotel untuk kami dua beranak pada hari itu dengan harga yang sangat murah iaitu lebih kurang Rm 40.00 sahaja untuk satu malam. Harga tersebut adalah harga hotel termurah di Kubang Kerian yang Sha pernah dapat sepanjang pengalaman menginap di sekitar HUSM. Maklumlah ini bukan kali pertama Mak dan arwah ayah Sha mendapatkan rawatan. Jadi Sha pernah juga menginap di hotel lain selain Hotel Bintang Square ini. Pada awalnya Sha pun macam tidak percaya dengan harga dan gambar hotel yang ditunjukkan. Tetapi bila sahaja Sha check in dan masuk bilik, Sha terus ambil gambar bilik dan hantar kepada suami. Suami pun macam tak percaya dengan keadaan hotel kami dan kemudahan yang ada.

 
Memilih bilik dua katil single, Sha dan Adik Nur sangat jatuh cinta dengan hotel bajet di Kubang Kerian ini. Apa yang penting bagi Sha apabila menginap di hotel adalah kebersihan persekitaran yang selesa, tidak terlalu sempit dan tidak terlalu bising, maklumlah hotel hanya lot kedai dan hanya ditepi jalan besar yang sibuk.

 
 
Kali pertama ke kaunter hotel pun sudah disambut mesra oleh staf  bertugas. Pada hari pertama kami check in kami dapat bilik di tingkat 2. Di tingkat 1 sebelah kaunter terdapat ruang menanti yang mempunyai tempat duduk dan meja.
 

 
Atas sebab tidak booking untuk 3 malam terus dan juga kecuaian Sha, malam kedua di Kubang Kerian Sha terpaksa mengambil hotel lain yang berdekatan. Oleh kerana ketidakselesaan di hotel lain, untuk malam ketiga Sha booking sekali lagi Hotel Bintang Square ini dengan bilik yang sama, tetapi bilik yang berbeza dan memilih untuk berada di tingkat 1 sahaja.

Kelebihan Hotel OYO Bintang Square 

1. Hotel bersebelahan dengan HUSM Kubang Kerian. Sha jalan kaki je ulang alik hospital ke hotel.

2. Hotel murah dan bajet di HUSM

3. Hotel yang bersih dan selesa.
 
4. Menyediakan papan gosok dan seterika pakaian di luar bilik setiap tingkat
 
5. Menyediakan jag untuk air kosong dan termos air panas serta gelas di dalam bilik.
 
6. Menyediakan mesin air di ruang menunggu kaunter
 
7. Boleh buat pembelian makanan segera di kaunter seperti mee segera, air tin dan ais krim.
 
8. Tv flat skrin
 
9. Parking waktu malam tak ada masalah. Parking siang lot parking biasa Rm 8.00 sehari. Sabtu hingga Khamis. Bayaran parking boleh menggunakan aplikasi Mcash.

 

 BINTANG SQUARE HOTEL
Feel Like Home

PT 1536 B&C Kubang Kerian, Bandar Persiaran6 Kenali
16150 Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan
 
Telefon : 09-7607210
Whatapps : 011-10747210
: 011-2665 2565
 
email : booking@hnrsb.com.my

Saturday, October 03, 2020

Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa Bersama Anmum Essential Gold

October 03, 2020 1

Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa

Anmum ESSENTIAL GOLD serba baharu menyokong keperluan perkembangan keseluruhan kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun



Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Kanak-kanak masa kini yang berusia satu hingga enam tahun tergolong dalam kategori  'generasi Alfa' atau generasi yang dilahirkan dalam dunia digital yang pantas sekali gus menjadikan perkembangan keseluruhan anak-anak ini menjadi semakin penting. Sebagai ibu yang mempunyai anak di dalam lingkungan umur berkenaan iaitu Adik Nur, yang berusia 5 tahun Sha melihat keperluan untuk menyediakan Adik Nur dengan nutrien penting supaya Adik Nur tidak ketinggalan dalam proses tumbesarannya.

 

Sebab itulah Sha memilih Anmum ESSENTIAL GOLD yang baharu kerana ianya dirumus secara saintifik dengan nutrien - nutrien penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun. Anmum ESSENTIAL GOLD dirumus dengan 33% lebih banyak DHA*, MFGM+ GA, prebiotik dan 15 nutrien penting. Pemakanan dan rangsangan yang baik adalah penting untuk menyokong lapan aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak.


Lapan aspek penting perkembangan merangkumi pertumbuhan fizikal; persekitaran usus yang baik untuk menyerap nutrien yang diperlukan bagi menyokong pertumbuhan fizikal; daya tahan tubuh yang baik untuk membantu anak dilindungi; perkembangan kognitif termasuk kemampuan belajar; perkembangan mata, yang menyokong keupayaan untuk memberi tumpuan dan belajar serta perkembangan sosial dan juga emosi.

Kaji selidik dalam talian Anmum Essential baru-baru ini menunjukkan sembilan daripada sepuluh orang ibu bersetuju bahawa terdapat banyak aspek tumbesaran dan perkembangan anak-anak mereka yang memerlukan sokongan. Kaji selidik tersebut meninjau 304 orang ibu di Malaysia yang mempunyai anak berusia satu hingga enam tahun. Namun, sebilangan ibu bapa tersebut juga mengakui bahawa mereka tidak memberi perhatian sama rata terhadap setiap aspek perkembangan anak mereka. Contohnya, perkembangan mata yang sihat dan perkembangan sosial dan emosi kadang kala diabaikan. Dr. Rajini Sarvananthan, Pakar Perunding Umum dan Pakar Perkembangan Pediatrik mengatakan bahawa ibu bapa perlu memahami bahawa perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak mempengaruhi segenap aspek perkembangan yang lain.


 “Perkembangan sosial dan emosi membolehkan kanak-kanak memahami siapa diri mereka, apa yang mereka rasakan dan apa yang diharapkan ketika berinteraksi dengan orang lain. Ini akan terus membantu mereka membentuk dan mengekalkan hubungan positif; mengalami, mengurus dan meluahkan emosi; serta meneroka dan melibatkan diri dalam persekitaran mereka. "


Hubungan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan mereka. Hal ini disebabkan oleh hubungan mewujudkan pengalaman penting yang mengajar mereka apa yang ada di sekeliling mereka dan membentuk cara mereka melihat dunia. Hubungan yang paling penting adalah antara anak dan ibu bapa mereka. Hubungan dengan ahli keluarga yang lain, penjaga, termasuk pendidik, dan kanak-kanak lain, juga sangat penting. Kanak-kanak membentuk dunianya melalui hubungan penting ini.


Selain daripada perkembangan sosial dan emosi ini, Anmum Essential Gold juga mengandungi nutrien termasuk Vitamin A untuk menyokong fungsi mata. Dalam tinjauan Anmum Essential, tujuh daripada sepuluh orang ibu mengaku bahawa mereka tidak membawa anak mereka untuk melakukan pemeriksaan mata namun bersetuju bahawa perkembangan mata itu adalah penting.


“Masalah penglihatan, jika tidak diberikan perhatian, boleh menimbulkan masalah dalam koordinasi motor halus, ketangkasan dan manipulasi; persepsi mendalam, yang mempengaruhi keupayaan untuk bergerak di permukaan yang tidak rata, tangga dan mendaki; dan membentuk kemahiran literasi dan numerasi yang boleh mengakibatkan masalah kurang perhatian dan ketidakupayaan belajar,” kata Dr. Rajini.


Dr. Rajini juga menyatakan bahawa Generasi Alfa yang dilahirkan dalam dunia digital sering terdedah kepada aktiviti pada skrin peranti pintar, dan peningkatan masa di hadapan skrin ini mendatangkan mudarat kepada penglihatan kanak-kanak.

 

Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Pemakanan Fonterra Brands Malaysia Sdn Bhd mengatakan bahawa dalam keadaan ini Anmum Essential Gold dapat membantu.

“Anmum Essential Gold dirumus untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan Generasi Alfa secara keseluruhannya. Kanak-kanak memerlukan tenaga untuk aktiviti dan interaksi harian mereka yang membentuk sebahagian daripada perkembangan sosial. MFGM, atau membran globul lemak susu, merupakan kunci di mana kajian saintifik telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil MFGM mempunyai pengawalan emosi dan tingkah laku yang lebih baik.”

Wendy Goh menjelaskan bahawa persekitaran usus yang baik sangat penting untuk penyerapan nutrien yang berkesan. Prebiotik dalam Anmum ESSENTIAL GOLD baharu boleh memainkan peranan membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan persekitaran usus yang baik.

Selain perkembangan fizikal, sosial dan emosi, seorang kanak-kanak juga memerlukan pemakanan seimbang untuk membina minda dan badan yang kuat agar cemerlang di kemudian hari.

 

Dr. Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik di Pakar Kanak-Kanak Junina bersetuju bahawa perkembangan holistik anak tidak dapat diketepikan apabila ibu bapa memberi tumpuan kepada pertumbuhan otak dan perkembangan pembelajaran.


"Dalam aspek ini, kesihatan usus sangat penting kerana usus adalah pintu masuk kepada penyerapan nutrien yang baik serta bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit," katanya.


"Usus ialah rumah bagi 70% sistem imun badan. Sekiranya usus anak anda tidak menjadi benteng yang kuat, mereka lebih mudah jatuh sakit. Dengan menyokong pertumbuhan bakteria baik pada usus anak anda, anda dapat membantu membina daya pertahanan badan dan membuat mereka merasa bertenaga dan tidak ketinggalan dalam kelas dan dapat bersosial bersama rakan sebaya!" tambah Dr. Yong Junina.


Perkembangan holistik anak anda bermula dengan pemakanan yang baik! Anmum ESSENTIAL GOLD Langkah 3 baharu sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun.   Anmum ESSENTIAL GOLD kini dijual di pasar raya besar di seluruh negara dan platform e-dagang, dengan harga runcit yang disyorkan ialah RM44.90 untuk 550g dan RM86.90 untuk 1.1kg.

 

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Anmum Essential di https://www.facebook.com/AnmumEssentialMY/ atau laman web di https://www.anmum.com/my/.

Thursday, October 01, 2020

Pertama Kali Beli Tiket Bas Secara Online

October 01, 2020 2
Pertama Kali Beli Tiket Bas Secara Online | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama Sha tak bercerita di blog. September yang agak sibuk, selamat datang Oktober. Semoga Oktober ini juga kita dapat lalui dengan kekuatan dan kemudahan oleh Allah S.W.T. Minggu lepas Mak Sha dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan atas sebab masalah penyakit kencing manis jadi Sha mengambil keputusan untuk bersama adik-adik dikampung untuk memberi semangat kepada Mak. Memandangkan Mak dan adik sudah ada di Kota Bharu, jadi Sha terus ambil bas ke Kota Bharu dan tidak ke Jerteh seperti sebelum ini. Mengambil bas dari Seri Iskandar, Perak ke Kota Bharu Sha meminta pertolongan dari staf kaunter bas untuk tempahan tiket kerana kesuntukkan masa untuk ke kaunter. Untuk pulang balik ke Perak Sha sendiri menempah tiket melalui online untuk perjalanan dari Kota Bharu ke Perak. Untuk makluman korang kebiasaanya Sha suka menggunakan perkhidmatan bas Kesatuan, tetapi untuk ke Kota Bharu baru-baru ini Sha menggunakan bas Ekspress Mutiara. Balik ke Perak yang menempah tiket bas online bagi bas Ekspress Perdana.
 

 

Tempah Tiket Bas Ekspres Perdana Secara Online


Sebenarnya Sha tak pernah beli tiket bas secara online sebelum ini, tetapi memandang Sha kesuntukkan masa untuk ke stesen bas dan beli tiket secara terus di kaunter jadi terpaksalah beli secara online. Nasib baik belah Pantai Timur ini banyak pilihan bas. Lepas memilih syarikat bas yang diyakini, Sha yakin dengan sistem pembelian tiket online di www.ekspresperdana.com.my. Sha pernah cuba untuk beli secara online dimedium lain tetapi menghadapi beberapa masalah seperti tak boleh klik pada pilihan kerusi dan asyik keluar error. Alhamdulillah melalui ekspresperdana.com.my Sha dapat beli dengan tanpa sebarang masalah.

Cara Beli Tiket Bas Online

Membuat tempahan tiket bas secara online sebenarnya amat memudahkan kita dan jimat masa untuk ke stesen bas. Di sini Sha akan tunjukkan cara membuat tempahan tiket bas menggunakan www.ekspresperdana.com.my .

tempah tiket bas online 
 
Untuk membuat tempah kita perlu sign up terlebih dahulu dan log in. Selepas log ini kita akan terus ke laman page seperti di bawah :

 
Jadi kita masukkan tarikh yang kita mahukan. Seperti contoh yang Sha masukkan di atas kita boleh nampak harga tiket, masa bertolak dan baki kerusi kosong. Selepas itu klik pada bahagian maklumat tiket dan klik next.


Selepas klik pada next, kita akan nampak seperti di atas untuk kita pilih tempat duduk mana sama ada mahu duduk di bahagian atas atau bawah. Selepas klik pada kerusi yang kita mahukan, masukkan nama penumpang dan no telefon. Siap masukkan nama nombor telefon kita teruskan lagi.

 
Apabila kita dah teruskan kita akan nampak maklumat perjalanan kita siap dengan nombor perjalanan yang akan kita naik. Kat sini kita boleh pilih untuk ambil insurans atau pun tidak. Jika beli secara online, kita akan dikenakan cas sebanyak Rm 2.00. Akhir sekali korang boleh pilih Payment Method dengan klik pada bahagian Pay Now. Bila dah tahap ini kita boleh pembayaran online biasa.


Selepas pembayaran dibuat kita akan menerima emel daripada pihak syarikat bas yang dilampirkan dengan Boarding Code. Sebelum dapat emel pun kita akan dapat Boarding Code dalam akaun web bas itu sendiri. Kalau tak sempat simpan atau tak dapat emel pun korang jangan risau, korang boleh log in balik ke akaun ekspresperdana.com.my dan boleh periksa akaun dan lihat pada Transaction History, dalam tu ada Boarding Code. Boarding Code ini penting untuk kita tuntut tiket di kaunter bila nak naik bas nanti.


Alhamdulillah Sha selamat dah sampai menggunakan tiket secara online ni. Bas Ekspres Perdana adalah bas paling selesa setakat ini yang Sha pernah naik walaupun Sha tak berapa suka bas jenis 2 tingkat. Setiap kali naik bas 2 tingkat Sha akan pilih untuk duduk di belah atas, sebab Sha pernah naik yang belah bawah tapi agak tidak selesa untuk Sha. Selain kerusi yang selesa,besar, bas ekspres perdana juga menyediakan perkhidmatan wifi dan juga port usb untuk penumpangnya.

Jadi lepas ni kalau nak balik dengan bas mudahlah hanya dengan tempah tiket secara online sahaja. Maklumlah sebelum ini selalunya terus ke kaunter tiket bas terminal amanjaya. Kalau tanya Sha mana paling best? Naik bas malam atau pagi? pastinya Sha akan jawab naik bas malam terutamanya kalau bawa anak sekali sebabnya waktu malam waktu terasa singkat kerana waktu tidur kita, kalau naik siang hari susah sikit nak lelap. Bosan kot nak lalui 6-7 jam perjalanan tengok kiri kanan.