Thursday, September 17, 2020

Majlis Pelancaran Logo Muslim Friendly Accommodation Recognition

September 17, 2020 1

Majlis Pelancaran Logo Muslim Friendly Accommodation Recognition | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sha sebagai muslim juga akan menitik beratkan keadaan hotel supaya muslim friendly bagi memudahakan perjalanan percutian setiap kali bercuti bersama keluarga. Islamic Tourism Centre (ITC), merupakan salah satu dari 13 agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia telah memperkenalkan Muslim-friendly Accommodation Recognition (MFAR). Pengiktirafan ini merupakan yang pertama di dunia yang diberi pengiktirafan dari badan agensi kerajaan.

Majlis Pelancaran Logo Muslim Friendly Accommodation Recognition (MFAR)

Pelaksanaan MFAR bukan sekadar menetapkan standard akan tetapi memberi peluang kepada pengusaha hotel untuk lebih jauh memasuki pasaran pelancong Muslim dan non-Muslim. Konsep 'mesra Muslim' telah mulai mendapat daya tarikan di beberapa negara di dunia. Konsep ini memfokuskan pada kepentingan memenuhi keperluan dan kemudahan bagi pelancong Muslim oleh pengusaha hotel seperti kebersihan, kemudahan tandas, makanan halal dan pengalaman rohani yang dapat ditawarkan oleh hotel.


Bagi memastikan inisiatif ini terus memberikan momentum yang berterusan kepada industri perhotelan negara, majlis pelancaran logo ini disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia pada 3 september 2020 yang lepas di M√∂venpick Hotel & Convention Centre KLIA. Logo tersebut akan memberi penjenamaan kepada hotel dan juga memberi keyakinan dan keselesaan kepada pelancong Muslim.

 

MENGENAI ISLAMIC TOURISM CENTRE

Islamic Tourism Centre (ITC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang ditugaskan untuk membangunkan sektor pelancongan Islam Malaysia dalam kapasiti penyelidikan, risikan pasaran, latihan, pembangunan industri dan pertukaran maklumat.
ITC juga menjadi pakar rujuk berkaitan pelancongan Islam kepada kementerian, pemegang taruh dan juga penggiat industri.

Menyedari potensi global pelancongan Islam, ITC sentiasa mengadakan hubungan dengan pihak berkepentingan dan penggiat industri untuk memastikan bahawa Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan pelancongan Islam dan menggunakan pelancongan mesra Muslim sebagai kaedah untuk mempromosikan muhibah di kalangan orang ramai.

Tuesday, September 15, 2020

Resepi Cucur Udang Simple Dan Sedap

September 15, 2020 5

Resepi Cucur Udang Simple Dan Sedap | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Betullah kata orang walau lama mana kita berkahwin dengan pasangan, belum tentu kita kenal pasangan sepenuhnya. Begitu jugalah dengan Sha, kadang-kadang bukan sebab apa.. sebabnya mungkin tak perasan atau tak cukup ambil tahu tentang pasangan. Tetapi bagi Sha itu semua belum terlambat untuk kita perbaiki. Kisahnya bermula bila suami hantar gambar, beliau sedang makan cucur di pejabatnya. Katanya sedap laa cucur ni sayang, dan maklumkan beliau memang suka makan cucur. Sebelum ini bukan tak tahu beliau memang suka cucur, tapi isteri dia jenis slow sikit anggap beliau suka cucur kat kedai yang dia suka singgah tu. Cuma kali ini yang dia makan itu adalah cucur buatan isteri sahabatnya. Jadi sedikit terasalah bila suami sendiri puji cucur orang lain buatkan, padahal di kedai pun orang lain yang buat...ahahahahaha.. Kali ini kalau Sha tak faham-faham juga, tak tahulah nak kata diri sendiri isteri jenis apa kan..ehehhe...Selepas itu barulah Sha cakap dengan suami, nanti Sha belajar buat cucur. Maka dengan itu terjadilah cucur udang kesukaan suamiku. Itupun tak tanya cucur udang macam mana yang dia suka jadi Sha gunakan sahaja resepi yang Sha ada.



Resepi Cucur Udang Simple Tapi Sedap

resepi cucur udang

Bahan-bahan Masak Cucur Udang Tanpa Yis

resepi cucur udang

500g tepung gandum
10 ekor udang saiz sederhana ( Sebab udang agak besar Sha belah dua )
Secekak taugeh
Setengah batang lobak merah
Daun sup
Setengah biji bawang besar holland
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Air

Cara-cara Masak Cucur Udang


1. Di dalam satu mangkuk, satukan semua bahan.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul
3. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.


4. Bila sudah sebati semua bahan, panaskan minyak di dalam kuali.
5. Sha gunakan sudu makan untuk sukat adunan dan masukkan ke dalam kuali.
6. Bila sudah kekuningan, ikut garing kesukaan koranglah.

Alhamdulillah sempatlah suami bawak bekal cucur udang ke pajabat pada hari itu memandangkan beliau masuk kerja petang jadi buat minum petanglah. Cuma selepas ini mungkin Sha akan tambah sayur kuchai pula kerana suami tanya tak bubuh kuchai ke sayang? Jadi faham-fahamlah beliau suka lagi kalau letakkan kuchai di dalam cucur. Jadi lain kali Sha kena tambah kuchai ke dalam resepi cucur udang Sha barulah meriahkan?

Sunday, September 13, 2020

10 Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Anak lelaki

September 13, 2020 5

10 Idea Hadiah Untuk Anak lelaki | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila sampai tarikh penting bagi ulang tahun orang tersayang pastinya kita sibuk memikirkan hadiah untuk mereka. Jika sebelum ini Sha ada kongsikan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada ibu tersayang, kali ini Sha nak kongsikan senarai hadiah yang sesuai untuk anak lelaki. Ini kerana kebetulan Sha baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung Sha iaitu Abang Zaryth. Abang Zaryth sekarang sudah berumur 8 tahan, jadi perlulah berikan hadiah yang bersesuaian dengan umurnya. Setelah mempertimbangkan beberapa hadiah, Sha telah memilih salah satu hadiah daripada senarai yang Sha lampirkan dibawah. Mana tahu selepas ini giliran korang pulak nak carikan hadiah bukan sahaja untuk anak sendiri tetapi untuk anak saudara atau anak rakan.


Idea Hadiah Hari lahir Untuk Kanak-Kanak Lelaki

Bila tiba bulan kelahiran Abang Zaryth, Sha mulalah memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk seorang anak lelaki sebaya Abang Zaryth. Maklumlah kalau nak bagi hadiah mestilah yang sesuai, berguna, memberi mudarat atau tidak supaya tidaklah rugi dan terasa bersalah selepas kita beli nanti. Banyak juga idea ini Sha dapat daripada rakan-rakan di media sosial dan Sha sangat berterima kasih dengan mereka kerana sudi berkongsi memberi idea kepada Sha dan sekali gus menyelesaikan dilema Sha untuk memilih hadiah untuk hari jadi Abang Zaryth. Jadi jom kita tengok ada tak hadiah yang berkenan di hati. Harap dapat membantu korang yang sedang mencari hadiah untuk anak lelaki korang.
 
 
1. Buku yang diminati

Ramai yang cadangkan Sha beli buku untuk Abang Zaryth contohnya buku viral - buku sains. Amat menarik buku itu kerana kalau Sha belikan mesti Abang Zaryth suka kerana dia memang minatkan binatang. Kalau nak tahu rancangan kegemaran dia pun National Geoghraphic Wild. Suka dia menonton telatah binatang-binatang yang tak biasa dijumpai di luar.


2. Permainan Kegemaran

Kanak-kanak pastinya akan menyukai permainan. Kalau Abang Zaryth mudah sahaja terpengaruh dengan iklan tdi televisyen jadi dia mintalah permainan lego. Tetapi selain harganya agak "tidak menarik" dan mempertimbangkan kemungkinan yang akan terjadi jadi Sha tak belikan lego super mario yang dia nak. Walaubagaimanapun Sha cuba dapatkan permainan yang berkaitan dengan super mario tetapi dalam bentuk yang lebih selamat.

3. Baju

Hadiah untuk anak yang dijamin puas hati, dijamin tidak membazir, dijamin akan digunapakai adalah baju atau pakaian. Untuk belikan baju sebagai hadiah, korang boleh memilih gambar pada baju berdasarkan minat mereka contohnya kartun kegemaran atau movie kegemaran mereka. Hadiah sebegini pastinya mereka suka.

4. Beg

Cuba tengok beg sekolah anak mash ok atau tidak? Kalau tidak inilah masanya untuk gantikan dengan yang baru. InsyaAllah anak kita akan hargainya. Kalau tak nak beg sekolah pun, anak Sha sendiri pun dah pandai minta nak beg duit atau dompet untuk letak duit belanja. Jadi terpulanglah pada kita untuk pilih mana yang sesuai untuk anak kita.

5. Minyak wangi

Kenapa Sha letak minyak wangi sebagai salah satu pilihan hadiah yang korang boleh jadikan sebagai hadiah kepada anak korang? Sebabnya Abang Zaryth sendiri sukakan bau-bauan wangi jika mahu keluar rumah terutamanya ke sekolah. Tapi pastikan anak pandai gunakanlah takut terlebih wangi pulakan.

6. Jam tangan

Antara hadiah yang paling sesuai untuk anak lelaki adalah jam tangan. Untuk jam tangan kanak-kanak rasanya tak susah nak cari sebabnya kini terdapat banyak pilihan. Jam tangan adalah hadiah yang sesuai disamping mengajar anak kita menghargai masa. Pasti anak-anak bangga dan seronok dapat memiliki jam tangan, nampak lagi kacak.hihihi.


7. Basikal

Salah satu idea kawan-kawan adalah dengan menghadiahkan anak sebuah basikal. Memandangkan Abang Zaryth sudah ada basikal, jadi kita simpan dulu basikal sebagai hadiah mungkin 2 tahun lagi sebab budak-budak pastinya akan membesar dan saiz basikal pun mestilah dinaiktaraf. Pada Sha basikal adalah salah satu hadiah yang sesuai, jangan berkira sangat. Sebabnya Sha sendiri biasa lihat, ada ibu-bapa sengaja tak belikan anak basikal sebabnya kata anak tak pandai lagi takut jatuh semua, tetapi dalam dia melepaskan anak bermain rupanya anak sendiri dah pandai naik basikal tetapi menggunakan basikal anak orang lain. Jadi sebelum ibu bapa anak orang lain bising, bolehlah hadiahkan anak sebuah basikal ya.


7. Topi

Biasanya anak lelaki akan memakai topi jika bapanya sejenis orang yang memakai topi juga. Contohnya tidak lain tidak bukan, suami Sha sendirilah yang suka pakai topi. Jadi secara tak langsung Abang Zaryth pun mempunyai koleksi topi sendiri. Hensem tau anak lelaki pakai topi ni jadi korang boleh timbangkanlah untuk ajar anak lelaki pakai topi juga nanti.

8. Globe

Sebenarnya bila kawna-kawan bagi idea untuk belikan globe Sha agak terfikir-fikir. Tetapi ianya agak menarik. Dengan globe sebenarnya kita boleh membina ruang ibu-bapa bersama anak-anak untuk meluangkan masa bersama-sama. Agak menarik juga jika kita dapat meneroka dunia bersama-anak mungkin suatu hari nanti mereka memasang niat untuk mengembara.

9. Alat sukan

Jika korang dah buntu tak tahu nak belikan hadiah apa untuk anak korang. Korang boleh pertimbangkan untuk membeli barangan atau alat sukan yang mereka cenderung untuk terlibat. Mungkin korang boleh boleh hadiah mereka dengan raket badminton, dan jika korang sendiri boleh main badminton apa lagi ambil peluang ini beriadah bersama keluarga. Tiba-tiba teringatkan arwah ayah Sha, badminton adalah sukan yang selalu kami main bersama-sama.


10. Set bilik

Akhir sekali mungkin kita boleh belikan set bilik baharu kepada anak-anak. Sha selalu suka letakkan diri dan nostalgia zaman kana-kanak Sha pada anak-anak. Dulu Sha suka menghias bilik tidur, jadi kini Sha akan memastikan bilik anak juga bertukar. Sebenarnya bilik Abang Zaryth sudah punya almari pakaian tetapi berkongsi dengan adiknya walaupun adiknya sudah ada almari sendiri. Jadi sempena ulang tahun kelahiran ke-8 selain hadiah lain, Sha gantikan almari pakaian baru dan tak kongsi dengan Adik Nur lagi.


Sekian perkongsian untuk hari ini, mudah-mudahan selepas ini korang yang sedang mencari idea untuk membeli hadiah apa untuk anak lelaki akan mendapat jawapannya. Pilihan Sha untuk Abang Zaryth untuk tahun ini adalah set bilik baru dan permainan kegemaran dia. Alhamdulillah dia enjoy dengan hadiah yang dia dapat. Cuma kalau dah dapat permainan kita sebagai ibu bapa kenalah pandai mengawal mereka, maklumlah budak-budak.
 

Thursday, September 10, 2020

Jom Sokongan Beli Barangan Tempatan Di PG Mall

September 10, 2020 3

Jom Sokong Beli Barangan Tempatan Di PG Mall | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya belum terlambat untuk Sha ucapan Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September 2020 nanti. Sejak terjadinya Covid 19 hingga kini ramai yang mengambil langkah membeli belah secara online. Sha sekarang pun sudah terbiasa untuk membeli secara atas talian maklumlah kena biasakan dengan norma baru kehidupan. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekonomi negara semakin jatuh dan kini sedang dalam pemulihan kembali. Kerajaan telah memperkenalkan program Pelan Jana Semula Ekonomi atau PENJANA untuk menjana kembali ekonomi negara, semoga dengan ini dapatlah memulihkan kembali kuasa ekonomi Malaysia. Kini, PG Mall telah bekerjasama dengan kerajaan Malaysia, PENJANA dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk sama-sama meransang ekonomi negara dengan pembelian diatas talian. Jika kita mengikuti perkembangan semasa pendemik Covid-19 terkini, kes kian meningkat kembali dengan pelbagai kluster. Nampaknya pembelian secara atas talian masih relevan untuk diamalkan.


PG Mall Sebagai Pusat Beli Belah Anda

 

Rasanya ramai yang dah mula mengenali PG Mall yang mana PG Mall merupakan salah satu platform yang korang boleh berbelanja secara online. PG Mall sebenarnya sudah ada di Malaysia sejak tahun 2017 dan merupakan satu-satunya platform e-commerce tempatan di Malaysia. Kini PG Mall berada dalam raking ketiga e-commerce yang dipercayai dalam Iprice insight. Paling menarik di PG Mall adalah dengan pembayaran secara e-wallet dan pelbagai cara pembayaran iaitu perbankkan online seperti CIMB Clicks dan Maybank2u. Kemudahan ini amat memudahkan para pengguna untuk membuat pembayaran secara atas talian.

Baru-baru ini kerajaan telah memberi bantuan secara e-wallet iaitu melalui e-penjana. E-penjana ini pula boleh ditebus ke dalam e-wallet korang seperti aplikasi Touch 'n' Go e-wallet, Boost dan Grabpay. Sha dah tebus, korang dah tebus belum? Jangan terlepas peluang untuk tebus RM 50.00 e-wallet dan beli barang keperluan korang. Sha pun manfaat e-penjana ini dengan membeli keperluan harian rumah seperti makanan dan keperluan anak-anak. Lagi pula tempoh tebus dan guna e-penjana ini hanya dari 10 Ogos 2020 hingga 30 September 2020 jadi kena gunalah dengan sebaiknya.

 

Kempen Sokong Beli Barangan Tempatan

 

Bulan kemerdekaan negara baru sahaja berlalu, tetapi Hari Malaysia pula bakal menjelma dalam masa beberapa hari sahaja lagi pastinya hati rakyat Malaysia masih dalam aura semangat kenegaraan lagi bukan? Apakah yang korang lakukan untuk menunjukkan rasa sayang kepada negara kita? Ok di sini Sha ingin berkongsi salah satu cara kita dapat menterjemahkan kecintaan kepada negara iaitu dengan mengutamakan pembelian barangan tempatan. Dengan rasa bangga marilah kita bersama-sama menyokong barang tempatan dengan membeli barangan buatan dan keluaran negara kita Malaysia. Kalau korang nak tahu, kempen ini telah bermula sejak bulan Julai lepas sehinggalah bulan Disember 2020 nanti. Jom sematkan dalam hati kita #BarangBaikBarangKita.

 

Mahu sokong kempen ini? Korang boleh terus ke https://pgmall.my/proudly-local-campaign untuk tengok apa yang korang boleh dapatkan barangan buatan tempatan korang di PG Mall. Paling best kita boleh beli belah barangan penting seperti keperluan rumah di PG Mall.

 

Rebut Diskaun Bila Anda Berbelanja Menggunakan E-Penjana Di PG Mall

 

Tahukah korang e-penjana yang kita dapat bukan sahaja boleh digunakan di kedai-kedai sekeliling kita tetapi boleh digunakan di platform PG Mall. Berita baik untuk yang sudah ada aplikasi e-wallet di telefon pintar masing-masing kerana sekarang berlangsung tawaran diskaun bagi pengguna baru dan pengguna yang telah pernah menggunakan e-wallet. Bagi pengguna baru akan menikmati diskaun sebanyak RM 25.00 bagi pembelian minimum RM 80.00. Manakala bagi pembeli sedia ada boleh mendapat diskaun RM 20.00 jika berbelanja dengan pembelian minimum RM 100.00. Selain itu, PG Mall juga menawarkan percuma RM 8.00 untuk shipping fee dan juga baucer 50% diskaun eksklusif jika korang menyertai facebook live khas mereka.

By Malaysians, To Malaysians adalah slogan yang memang patut kita sokong sepenuhnya, jadi marilah sama-sama kita menyokong usahawan tempatan. Jom tengok di https://pgmall.my/shop-malaysia-online apakah yang menarik di sana. Terbaik bukan? Beli barangan tempatan dapatlah bantu penjual tempatan kita menjana ekonomi negara kembali.

 

Website: https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=563

Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia

Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/