Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Menggunakan Periuk Noxxa Beserta Dengan Sos Dan Jelatah

Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Menggunakan Periuk Noxxa Beserta Dengan Sos Dan Jelatah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lebih kurang dua tahun kakak ipar hadiahkan periuk noxxa tetapi boleh dikira dengan jari berapa kali Sha menggunakannya. Kenapa jarang gunakan periuk noxxa? Walaupun ianya memudahkan dan membantu kita memasak dengan cepat tetapi akibat satu kejadian ketika pertama kali Sha menggunakannya telah menyebabkan Sha sedikit serik. Nak tahu apa yang telah terjadi? Sha cuba untuk memasak lauk kegemaran Sha iaitu daging goreng kunyit, tetapi akhirnya semua daging keras renting kehitaman. Mungkin pada masa itu Sha tidak mengikut manual arahan dengan betul. Selepas kejadian itu Sha kemas dan simpan balik periuk di dalam kotaknya.

nasi arab mandy

Semalam dalam duduk berfikir menu untuk berbuka puasa hari kedua, Sha teringatkan beras basmathi yang dibeli dua minggu lepas masih belum digunakan. Akhirnya Sha mengambil keputusan untuk memasak Nasi Arab Mandy dengan menggunakan periuk noxxa. Kebetulan pula suami Sha mahu keluar kedai, jadi Sha kirimkan bahan yang tidak ada ada di dapur. Dengan bantuan blogger Wani Sukarno, Sha dijemput masuk ke grup masakan menggunakan periuk noxxa di laman sosial facebook. Rupanya banyak resepi telah dikongsikan oleh pengguna periuk noxxa di dalam grup tersebut dan ramai yang telah berkongsi resepi nasi arab di sana. Sha pun memulakan misi mencari resepi dan langkah yang paling senang difahami. Jam waktu itu sudah menunjukkan jam 6.30 petang agak lambat untuk memasak juadah berbuka puasa, suami pula asyik mengusik risau nasi tak masak sebelum waktu berbuka. Dalam waktu bergaduh manja dengan suami di dapur tangan Sha tak berhenti bergerak dan perlu merujuk resepi. Jom kita tengok resepi yang Sha telah gunakan untuk memasak Nasi Arab Mandy yang sedap ini.


RESEPI NASI ARAB MANDY NOXXA


Pertama sekali untuk memasak nasi arab mandy, persedian awal adalah bahan-bahan untuk ayam.

Bahan-bahan Ayam

1 ekor ayam dicuci bersih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk kunyit
garam
pewarna kuning

Cara penyediaan

Memandangkan Sha tak ada stok ayam dipotong empat jadi Sha gunakan stok ayam yang telah siap dipotong. Gaulkan ayam dengan semua bahan diatas dan perap. Sha perap dalam pukul 3.30 petang sedia untuk digoreng pada waktu yang sesuai sebelum berbuka puasa.


Bahan-bahan untuk nasi arab mandy



5 cawan beras basmathi yang dibersihkan dan ditos - Sha gunakan jenama faiza
5 cawan air
1/2 biji bawang besar Holland*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
bahan bertanda * dikisar bersama
---
1 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu besar serbuk jintan manis*
1 sudu besar serbuk ketumbar*
1 batang kayu manis*
2 bunga lawing*
bunga cengkih*
buah pelage*
bahan bertanda * bahan tumis
1/3 cawan kismis
garam secukupnya , sha guna 2 sudu kecil
3 sudu besar minyak sapi


Cara penyediaan Nasi Aram Ayam Mandy Noxxa Langkah Demi Langkah

1. Set periuk noxxa di Stir Fry (SF), jangan lupa tekan ON. Masukkan minyak masak secukupnya untuk goreng ayam yang telah diperap petang tadi. Goreng sehingga sedikit kering dan keluarkan. Jika minyak banyak keluarkan lebihan minyak.

2. Masukkan minyak sapi dan tumis bahan yang telah dikisar tadi diikuti bahan tumis yang lain. Tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan beras yang telah dittos tadi dan kacau sedikit.

4. Masukkan air diikuti dengan garam, serbuk kunyi/ pewarna kuning dan kismis. Gaul semua bagi sebati.

5. Ambil ayam yang telah digoreng tadi dan susun diatas beras, letakkan daun bawang dan daun sup diatas ayam.

6. Tutup periuk, pastikan tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PRESSURE untuk 8 minit dan tekan ON.

7. Selepas selesai 8 minit tunggu lebih kurang 3 minit sebelum tukar tombol kepada STEAM dan tekan OFF.

8. Buka penutup dan keluarkan ayam perlahan-lahan.

9. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh keluarkan nasi untuk dihidangkan. Boleh susun ayam diatas nasi kembali.

mandy chikcen recipe



Resepi Sos Nasi Arab

1 biji tomato
5 biji cili padi merah & hijau
Garam
Gula
1/2 biji lemon diperah

Semua bahan diatas dikisar bersama.

Acar / Jelatah Nasi Arab

Timun batang dipotong dadu
Buah tomato dipotong dadu
Garam
Gula
Cuka

Semua bahan digaul bersama.

nasi arab noxxa

Alhamdulillah akhirnya menjadi juga Nasi Arab Mandy Sha walaupun adalah barang yang ada dalam resepi asal tapi kat dapur Sha tak ada contohnya akar daun ketumbar. Tapi tak apa suami dan anak-suka makan semuanya cukup rasa. Waktu berbuka puasa jam 7.23 petang memang ngam-ngam semua dah siap masak. Untuk sup Sha gunakan resepi sup tulang biasa sahaja. Selepas memasak menggunakan periuk noxxa kali Sha ada sedikit keyakinan untuk mencuba resepi lain menggunakan noxxa lagi. InsyaAllah. Sha masak banyak daripada biasa kerana memang niat nak bersahur dengan nasi arab jugak, tambah senang untuk Sha bekalkan suami yang berkerja malam itu untuk bersahur di pejabat.

Post a Comment

2 Comments

  1. Alah membeli menang memakai Kak . Bagus ada periuk noxxa . Nasi Arab Mandy tu pun dah menggoda dah . The Little Yana

    ReplyDelete
  2. Baru plan nk buat nasi arab yg mudah. Tgk dlm group biters nampak shaalima nya resepi. Folow ni je la. Cuma kota plan nk bt nasi arab kambing. Tq resepi guna periuk noxxa

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi