Monday, December 23, 2019

Order Food Online From The Best Restaurants In Kuala Lumpur

December 23, 2019 4
Order food online from the best restaurants in Kuala Lumpur | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Di arus pembangunan yang pesat sekarang ini, banyak perkara yang kita tak perlu bersusah payah seperti dahulu kerana semuanya hanya di hujung jari termasuk membeli belah. Beli belah secara atas atas talian kini tidak terhad hanya kepada barangan fizikal kering seperti pakaian, perabot tetapi kini makanan juga ada penghantaran terus kepada anda.

Hari ini Sha nak kongsikan 5 restoran yang Sha tertarik untuk order makanan jika berkunjung ke Kuala Lumpur nanti. Maklumlah kadang-kadang jika ada kursus ke Kuala Lumpur, penat nak keluar ke mana-mana boleh sahaja pilih dan membuat tempahan secara atas talian, masalah nak fikir makan kat mana, nak pergi dengan apa pun selesai.

5 Restoran Di Kuala Lumpur Yang Boleh Order Online

Jika sebut Kuala Lumpur Sha anggap ianya sebagai syurga makanan juga kerana ianya Ibu Negara Malaysia yang didiami oleh rakyat datangnya dari seluruh pelusuk negeri dan negara. Jika kita menonton rancangan makan-makan pastinya kebanyakan adalah di sekitar Kuala Lumpur. Sepatutnya jika berkunjung ke Kuala Lumpur hal mencari makanan adalah bukan masalah besar bagi pelancong dan pengunjung. Jom tengok kat mana restoran yang kita boleh kunjungi dan boleh order secara online di Kuala Lumpur.


1. Upeh Cafe


Orang pantai timur memang tak boleh lari daripada selera pantai timur. Pergi Kuala Lumpur pun tetap nak makan hidangan Pantai Timur ! Nak makan Nasi Kerabu? Nasi Dagang ? Pulut Panggang ? Keropok Lekor? Upeh Cafe adalah pilihan tepat untuk korang pilih apa sahaja juadah yang ada kerana bukan sahaja hidangan melayu tetapi banyak pencuci mulut seperti Sardine Roll, Cucur Udang, Mango Cheese Cake dan sebagainya. 


2. Nasi Padang KL Sentral


Kadang-kadang rindu juga nak makan makanan Indoneisa jadi antara makanan yang Sha suka terutama yang jenis hidangan lengkap adalah Nasi Padang. Kalau ke restoran atau beli secara online Sha lebih memilih untuk beli masakan hidangan lengkap kerana tak perlu fikir banyak. Nasi Padang KL Sentral contohnya menyediakan pilihan menu hidangan seperti di bawah dengan harga yang berpatutan.

Set Nasi Putih, Bayam bersama Rendang Daging
Set Nasi Putih,Ayam Kampung dengan timun dan sambal
Set Nasi Putih, sayur campur dengan Asam Pedas Ikan Pari
Set Nasi Putih, Kangkung dengan Patin Lemak Tempoyak
Set Nasi Putih , Kubis & Ayam Merah
Set Nasi Putih, Tempe Bilis & Ayam Sambal Hijau
Set Nasi Putih, Kentang Berlada & Paru Berlada
Set Nasi Putih, Terung Berlada & Ayam Goreng Berempah

3. Arab Town KL


Nasi Arab merupakan menu kegemaran Sha jadi menu ini adalah pilihan yang sentiasa mempunyai peratusan tertinggi untuk Sha pilih bila bosan makan menu Melayu. Kalau jeling-jeling komen di laman facebook Arab Town KL sendiri kita boleh lihat banyak komen-komen pelanggan yang memberi respon positif selepas mencuba hidangan Nasi Arab di kedai ini memberikan tanda kesedapan yang bakal dinikmati. Harga yang ditawarkan pun harga biasa, mampu bayar. Hidangan yang ada adalah seperti Mandi Rice Lamb, Mandi Rice Chicken, Kabsa Rice Chicken, Kabsa Rice Lamb dan Shawarma Chicken Sandwich.


4. Restoran Al-Azad


Sha boleh cakap restoran ini adalah One Stop Centre kerana pelbagai pilihan ada, kalau nak order untuk ramai-ramai memang tak ada masalah jika korang berlainan citarasa dan selera. Restoran ini berkonsepkan kedai mamak dengan pelbagai jenis sup, rojak, roti canai, tosai capati, Nasi Kandar, Nasi/Mee/Bihun/Kuew Teow goreng, tom yam, paprik, pelbagai masakan daging & ayam, Roti Naan & Tandoori, Nasi Lemak dan pelbagai jenis air.

5. Carl's Jr (Mid Valley Megamall)


Lari daripada hidangan nasi dan tekak melayu, kita boleh memilih menu barat pula iaitu pilihan burger daripada California ini. Di Carl's Jr Malaysia terdapat pelbagai jenis burger seperti handed breaded chicken, Charbroiled Chicken Sandwich, Burger daging, Salad dan beberapa hidangan sampingan yang ada seperti French Fries, Crisscut Fries dan Onion Rings beserta soft-drinks.

Saat memilih restoran makan mana yang best di Kuala Lumpur ni, perut Sha kembali memberi tanda-tanda lapar.. dugaan sungguh ! Tapi kalau lapar pun apa salahnya bukan perlu susah-susah kena keluar rumah kerana sekarang dah mudah dengan online food delivery sahaja. Harga makanan dan caj penghantaran yang dikenakan pun berpatutan jika dibandingkan kos pembelian dan kos pengangkutan untuk kita keluar rumah. Sha nak ke mana-mana sekarang selalu akan bertembung dengan rider yang bawa kotak warna merah jambu gambar panda ! Comel, selalu Sha sebut ehhh.. Panda Food... suami mesti tegur, bukan Panda Food laaa... FoodPanda.. ehehe.. nampak yang sedang bekerja menghantar makanan dan juga sedang menanti masuk pesanan pelanggan. Sha amat berbangga dengan rider-rider FoodPanda ini kerana rajin mencari peluang pekerjaan untuk menampung kehidupan sekarang.

Kejutan Di Pentas Akhir Juara Gegar Vaganza 2019

December 23, 2019 2
Kejutan Di Pentas Juara Gegar Vaganza 2019 ? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Malam ini merupakan Gegar Vaganza 2019 Akhir dan keputusan telah diumumkan. Sedikit terperanjat dengan keputusan pada malam ini kerana tidak ada pemenang ditempat kedua. Nampaknya ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan malam kerana agak pelik bila ada 2 orang juara. Sha sendiri kalau boleh nak ada satu juara sahaja iaitu Naqiu. Bukan kerana Sha peminat Naqiu dari dulu pun tetapi memang Naqiu punya kelebihan dari segi seni kreatif dia.



KEPUTUSAN GEGAR VAGANZA 2019


6. SHAM VISA

Seperti pendapat ramai-ramai, Sha rasa ada yang lebih layak dari Sham Visa untuk masuk final kali ini, tetapi mungkin rezeki dia kali ini.

5. ONE NATION EMCEE

Pencabar terbaik semasa separuh akhir! Memang terbaik persembahan dan tenaga daripada mereka.

4. NUR FATIMAH

Mungkin ada yang lebih layak dari Nur untuk masuk final ini. Tapi berbaloilah kan cuti lama-lama balik Malaysia masuk final.

3. JATT

Penghibur terbaik dari awal hingga akhir ! Pertandingan tak nampak macam pertandingan, macam konsert sendiri dibuatnya.

2. -

Jeng jeng... TAK ADA

1. NAQIU & HADY MIRZA

Ya ! Malam ini kita ada juara. Inilah kejutan yang dikatakan oleh Dato' Ramli MS selepas Naqiu membuat persembahan.

Apa pun keputusan telah dibuat, kita hormati sahajalah lagipun dua-dua dapat hadiah sama sahaja. TAHNIAH ! Selamat Bercuti ke Eropah buat juara-juara. Sponsor Boss Susu Segar pun terbaik.

Wednesday, December 18, 2019

Pasar Minggu Kuala Besut Setiap Hari Jumaat Masih Tidak Berubah

December 18, 2019 7
Pasar Minggu Kuala Besut Setiap Hari Jumaat Masih Tidak Berubah | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini Sha pulang ke kampung halaman untuk bercuti dan menjenguk keluarga, jika sebelum ini Sha biasanya akan pulang ke kampung pada hari Sabtu tetapi kali ini Sha memilih untuk balik pada hari khamis iaitu pada 12 disember 2019 hingga 16 Disember 2019. Memandangkan Sha sudah lama tidak berkunjung ke Pasar Minggu Kuala Besut, Alhamdulillah pada pagi jumaat itu Sha bersama adik Sha ( Tina) mengambil peluang untuk mencari sarapan di Pasar Minggu Kuala Besut. Lebih 10 tahun tidak jejakkan kaki ke sini membuatkan Sha sedikit lupa tentang waktu operasi pasar yang sesuai untuk Sha kunjungi. 


Sha tak pastilah orang panggil apa sebenaranya, ada yang panggil pasar tani ada yang panggil pasar minggu tapi yang pasti pasar yang Sha maksudkan di Kuala Besut ini adalah pasar yang ada pada hari jumaat. Jika korang ada berniat untuk ke Pulau Perhentian, korang boleh singgah dulu di pasar minggu ini memandangkan lokasinya berdekatan dengan Jeti Pulau Perhentian lebih kurang dalam 500 meter sahaja.


Tarikan utama pasar minggu ini semestinya kepelbagaian makanan. Sha kongsikan gambar-gambar ini semua di laman facebook ramai yang kata macam di Kelantan. Apa yang dipelikkan, Kuala Besut yang terletak di Besut, Terengganu ini bersempadan dengan Negeri Kelantan jadi tempias gaya hidup pun tak ada beza sangat.

  
Sha sampai ke pasar dalam pukul 7.30 pagi, mungkin terlalu awal untuk berkunjung ke pasar ini kerana para peniaga masih dalam proses membuka tapak jualan. Tapi untuk peniaga makanan, barangan basah awal pagi mereka sudah siap sedia menyambut pengunjung. Walaupun dah lama tidak ke sini, dan bangunan pasar pun dah ada tetapi susun atur khemah-khemah peniaga masih sama macam dulu jadi Sha tidaklah terlalu kekok atau pening-pening nak tuju ke mana.


Rambang mata, itulah ayat yang boleh Sha katakan bila berkunjung ke bahagian yang dipenuhi oleh kuih muih. Nasib baik Sha bukan penggemar kuih muih jadi tak adalah Sha terjebak untuk borong kuih muih yang ada, cuma beli kuih yang Sha biasa makan sahaja seperti apam berkuah dan pulut bakar. Ada kawan tanya apa yang berwarna merah kuning tuuu.. haaa... biasa nampak pulut kuning je, kat tempat Sha ada pulut warna merah.


Jangan tidak percaya, pagi-pagi dah ada makanan berat yang biasa jumpa untuk makanan tengahari ke atas baru dapat. Orang Pantai Timur sudah biasa dengan makanan berat di waktu pagi, ehehehe. Seperti yang kita nampak, makanan ala siam pun dah ada iaitu kerabu kaki ayam, kerabu mangga, som tam dan juga Miang Kam.


Berat tak berat makanan kat sini, bukan setakat nasi putih tetapi nasi minyak dengan pelbagai lauk pauk sudah tersedia. Kalau nak cari bihun goreng, kuew teow goreng ke susah sikit kalau nasi banyaklah. Suami Sha sendiri dulu pun susah nak biasakan diri, maklumlah nak cari nasi lemak pagi-pagi kat kampung Sha pun bukan senang, nasi pun lain.



Musim hujan biasanya banyak makanan yang hanya ada pada musim tengkujuh muncul. Makanan yang biasanya banyak pada musim begini adalah kepelbagaian jenis ubi boleh didapati di pasar. Di gerai kakak ni Sha sempat beli kulat sisir untuk dicampurkan ke dalam telur dadar nanti.


Sha dan suami selalu bertelingkah tentang pulut bakar kerana pulut bakar di Perak isinya kelapa manis manakala pulut bakar di Pantai Timur semestinya pelbagai lauk terutamanya isi ikan. Tertarik dengan gerai akak ni kerana beliau bakar pulut di gerai terus, ada pulut bakar, pulut lepa atau pulut panggang dengan isi ikan dan isi daging. Sha pun belum pernah makan pulut lepa isi daging ni, rasa pun tak tahu nak beli karang habis diet..ahahaha.


Tujuan utama Sha ke Pasar Minggu Kuala Besut ini sebenarnya adalah dengan niat untuk mencari ikan budu. Ramai yang tanya Sha apa itu ikan budu? Ikan budu adalah makanan popular ketika musim banjir, mungkin orang dulu-dulu buat stok untuk persediaan di musim banjir yang tidak mengizinkan penduduk keluar jadi ikan budu adalah penyelamat sebagai lauk pembuka selera. Ikan budu mungkin berbeza sikit cara pembuatannya berbanding ikan pekasam kerana ianya hanya diperap dengan asam jawa atau asam keping bersama dengan garam kasar. Sha pun dari kecil kalau makan ikan budu menggunakan resepi biasa iaitu dimasak dengan telur, bawang dan cili.


Musim tengkujuh ramai juga yang mencuri peluang untuk menambah pendapatan dengan menjual ikan sungai atau ikan darat. Gambar yang Sha ambil ini adalah paket belut yang sudah siap dipotong, ikan sungai pun ada yang siap diperap dengan garam dan kunyit. Tinggal balik rumah korang hanya perlu goreng atau masak apa sahaja hidangan tak perlu susah nak menyiang semua.


Jika korang nak tahu, pasar minggu Kuala Besut ini bukan sahaja menyediakan pelbagai makanan tetapi di sini korang boleh dapatkan barangan lain seperti pakaian, barang plastik, barangan rumah dan juga kasut. Memandangkan Sha pergi awal jadi tak banyak tempat Sha boleh jalan-jalan kerana peniaga masih dalam proses buka kedai. Kalau datang sini siap sedialah sakit kaki sebab pasarnya agak besar dan meriah.


Seperti yang Sha cakapkan awal tadi jika korang nak ke Pulau Perhentian bolehlah cuci mata di pasar minggu terlebih dahulu. Pasar ini terletak di kawasan Terminal Bas dan Teksi Kuala Besut sahaja jadi senanglah korang nak cari lokasi pasar ini.

Tuesday, December 17, 2019

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2020

December 17, 2019 4
Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2020 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. InsyaAllah esok 18 Disember 2019 adalah pembayaran gaji terakhir tahun 2019 bagi penjawat awam. Bagi sesetengah orang ada yang sangat mengambil berat tarikh pembayaran gaji bulanan diatas beberapa sebab terutamanya bagi membuat perancangan kewangan. Tarikh pembayaran gaji adalah ditetapkan mengikut Arahan Perbendaharaan 105 dan surat kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia merujuk MOF. BSKK. 600-2/2/3 Jld 3(37) bertarikh 19 November 2019. Di sini Sha kongsikan Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2020 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Tahun 2020


Pembayaran gaji adalah sebulan sekali ini juga berpandukan tarikh-tarikh perayaan yang ada di Malaysia. Dengan adanya jadual pembayaran gaji bulanan bagi penjawat awam atau kakitangan awam ini dapatlah membantu ketua keluarga yang berkhidmat untuk membuat susun atur kewangan keluarga bagi tahun semasa.

Kepentingan Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Dan Pengurusan Kewangan


1. Membolehkan kita mencapai matlamat yang ditetapkan.

2. Memastikan penggunaan sumber kewangan yang lebih baik.

3. Mendisiplinkan diri dalam merancang penggunaan wang dan perbelanjaan.

4. Memberi kita peluang untuk menghargai wang atau gaji yang diperolehi selepas berpenat lelah bekerja setiap hari.

5. Bagi Sha sendiri jadual gaji adalah penting untuk membuat bajet kewangan perbelanjaan diri sendiri dan keluarga. Maklumlah penggunaan gaji Sha sendiri adalah berlainan setiap tahun, komitmen bulanan juga berubah mengikut keperluan dan kepentingan. Tarikh-tarikh gaji ini dapatlah membantu Sha membuat target atau senarai target yang mahu dicapai setiap tahun. Perancangan ini adalah penting bilamana ada bulan yang bilangan harinya panjang untuk ke gaji seterusnya. Apa-apa pun pengurusan kewangan sendiri dan keluarga adalah amat penting bagi mengelakkan kita kesempitan duit sebelum tibanya tarikh gaji terdekat.

6. Membantu mengelakkan keberhutangan pada perkara yang tidak perlu.

Walaubagaimanapun tarikh pembayaran gaji ini adalah bergantung kepada pindaan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan perubahan biasanya akan dimaklumkan segera. Jadi ambillah langkah bijak mengatur sumber kewangan bulanan anda supaya matlamat kita dapat merasa nikmat penat lelah.

Sunday, December 15, 2019

Betox Daripada Good Morning Membantu Melawaskan Pencernaan Anda

December 15, 2019 2
Betox Daripada Good Morning Membantu Melawaskan Percernaan Anda | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak akhir-akhir ini Sha, keluarga dan rakan-rakan telah mengambil langlah untuk menitik beratkan kesihatan. Misi 2020 telah dimulakan awal lebih sebulan iaitu awal bulan disember ini dan Alhamdulillah gaya hidup sebelum ini telah diubah terutamanya tentang pemakanan dan senaman. Untuk Sha sendiri, Sha telah menubuhkan satu kumpulan yang betul-betul mahu mencapai berat badan ideal masing-masing dan dibimbing oleh seorang ketua. Ok, bercakap tentang berat badan pastinya sesuatu diet akan memberi kesan kepada sistem pencernaan seseorang terutamanya mengakibatkan sembelit jadi ada yang memerlukan suatu makanan tambahan untuk membantu melawaskan pembuangan.

Produk BETOX daripada Good Morning

Kandungan BETOX Good Morning

Serbuk Nanas, Inulin, Frukosa, Serbuk Oat, Serbum Epal, Serbuk Sekam Psyllium, Rumput Gandum, Bayam, Protein Soya Terasing, Klorofil, Spirulina, Serbuk Blueberi, Ekstrak Biji Anggur, Vitamin C, Probiotik Bifidobacterium Longum, Guar Gum. Mengandungi 2x10⁶cfu/g Kultur Probiotik.


Cara Penyediaan BETOX ;

Campurkan satu uncang Betox dengan 150ml air pada suhu bilik. Kemudian goncang hingga menjadi sekata. Bila dah sebati minum terus, iaitu selepas waktu makan anda.


Campuran Minuman Botani
Serbuk Nanas Dengan Serbuk Sekam Psyllium dan Rumput Gandum

Setiap kotak BETOX Good Morning mengandungi 15 sachet jadi boleh diamal selama 2 minggu. 


Minum Betox setiap hari sebelum tidur untuk detoksifikasi badan seharian dan penyelenggaraan kesihatan anda kerana ia membekalkan serat tambahan dalam diet anda.
Jangan lupa untuk Minum air kosong yang mencukupi sepanjang hari untuk keputusan yang optimum.

Siapa yang sesuai untuk amalkan Betox Good Morning?

Sesiapa yang mahu menurunkan berat badan.
Sesiapa yang mengalami sembelit.
Badan banyan toksin.

Jika korang sedang mencari produk yang boleh membantu melegakan penghadaman korang, korang boleh cuba Betox Good Morning, mudah-mudahan masalah berpunca daripada penghadaman yang tidak lancar dapat diselesaikan.

Untuk dapatkan produk Betox ini korang boleh dapatkan secara atas talian iaitu di Shopee atau laman web rasmi Good Morning.

Tuesday, December 10, 2019

GIFT OF THE GAP Electronics for all generations

December 10, 2019 2

GIFT OF THE GAP Electronics for all generations | The new year is weeks away, and what better way than to equip ourselves and loved ones with the right gizmos that could help enhance our effectiveness and quality of life. After all, we are always looking to improve our lifestyle. Here are top picks on the gadgets that are suitable for every generation. P/s: They also make great gifts.



Children and students
Creativity is said to foster mental growth. Allow children to express their imagination with the Fujifilm Instax Mini 9. Capture instant pictures wherever they are - shoot the twin towers from a low angle for a powerful composition and even take the perfect selfie with the built-in selfie mirror. Best part is, the limited-edition Christmas bundle is wrapped in a special gift box!
What helps to achieve good grades, on top of hard work, is actually a reliable laptop. The HP 14s-cf0065tu Notebook is slim, portable and has a long-lasting battery life. The Microsoft Surface Go will appeal to those looking for versatility, doubling as a tablet that is easy to use on the go. On the other hand, the Acer Nitro 5 is a gaming laptop that delivers blazing speed coupled with a crystal clear full high definition display for the serious gamers, who, well, need a break from studying.


Working adults
Speakers, action cameras, mobile phones and wireless headphones are suitable for working adults. The Yamaha YAS108 120W Soundbar is an audio system of choice with its built-in dual subwoofers delivering impressive bass and the Bluetooth Multipoint enabling you to connect two Bluetooth devices at the same time. Audio junkies can also consider the Sennheiser HD 4.50 BTNC Wireless Headphones that has noise cancellation and simply enjoy music in rich detail and powerful bass thanks to quality Sennheiser drivers.
The popular GoPro Hero 8 is now available at its lowest price ever since its launch, with the camera’s ability to capture 4K video and the HyperSmooth 2.0 Video Stabilization feature ensuring extreme sports enthusiasts get their best moments captured in pure clarity.
Those who are keen on looking for a new mobile phone will not be disappointed with the OnePlus 7T. Delivering an overall solid performance in all vital categories for a mobile phone, the OnePlus 7T combines speedy performance with a sleek design and a powerful camera, together with a fingerprint reader and other useful features such as fast charging and dual sim compatibility. The Xiaomi Black Shark meanwhile is the world’s first liquid-cooled gaming phone providing ultra cooling with an independent imaging chip for best graphics and even comes with a detachable precision gamepad included in the box.

Parents
Upgrade your parents’ home with new television, kitchen appliances and other household products. The LG 55UM7600PTA 55" HDR Smart UHD TV delivers 4K Active HDR picture quality, with True Color Accuracy for an unbeatable viewing experience. Air fryers make cooking seamless and home owners cannot go wrong with the Tefal Easy Fry Classic Healthy Fryer (4.2L) EY20 with extra large food capacity and features to achieve delicious fried food with little to no oil.
Better quality air at home is important. Parents may want to check out the affordable MBH Lydia, a humidifier and aroma diffuser in one for the family. Photography buffs in this age category meanwhile should not miss out on the Canon Powershot G7x MKIII as it comes with a complete bundle on Shopee which includes a memory card, cleaning kit, leather case, tripod and other accessories, to capture picture perfect moments with loved ones.

Grandparents
Health products such as the fast-reading Samu Giken LCD blood pressure monitor and easy-to-use blood glucose monitors are important as we keep track of our heart health and general well-being. Those looking for entertainment sets can also consider TV decoders that come with a free lifetime subscription for myFreeview channels.



Shopee is the destination for electronics and gadgets for all generations. Whether you are a hardworking student at university or a retired professional, the Shopee 12.12 Birthday Sale has got you covered with discounts for all these products.

Product
Original Price
Promo Price
RM399.00
RM269.00
RM1239.00
RM999.00
RM2999.00
RM2699.00
RM1955.00
RM1,769.00
RM1999.00
RM799.00
RM1,999.00
RM1,599.00
RM2,399.00
RM2,069.00
RM1,599.00
RM1,399.00
RM799.00
RM349.00
RM59.99
RM37.95
RM3,999.00
RM2,599.00
RM3,999.00
RM2799
RM99.00
RM42.90
RM32.90
RM22.90
RM109.90
RM109.90
If you missed out on the Shopee 12.12 Birthday Sale deals, fret not because Shopee is counting down the days to Christmas with an Electronics Sale from 10 Dec to 25 Dec. Be electrified with discounts that will be unveiled at 12am daily. Just visit https://shopee.com.my/m/electronics-christmas-sale-calendar

Friday, December 06, 2019

Perkara Wajib Ada Untuk Menyediakan Takwim Perancangan Aktiviti Sebelum Memasuki Tahun Baharu

December 06, 2019 4
Perkara Wajib Ada Untuk Menyediakan Takwim Atau Program Perancangan Aktiviti Sebelum Memasuki Tahun Baharu | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah hari ini terbuka hati untuk mencatat sesuatu di blog kesayanganku ini selepas sebulan juga ketandusan idea dan rasa tak ada hati untuk berkongsi apa-apa di media sosial. Entry ini pun tercetus idea selepas menyiapkan takwim untuk program pemulihan bersama klien pengawasan pada tahun hadapan. Saban tahun setiap orang pasti akan membuat persediaan untuk menyambut tahun baharu. Sama juga seperti Sha sendiri, masuk bulan disember wajib draf takwim akan dibuat tambah pula keperluan memberi tarikh temujanji akan datang bersama klien seterusnya. Jika suatu takwim dibuat bermaksud semua hal yang berkaitan dan dambil berat sebelum menetapkan tarikh-tarikh temujanji perlu ada di depan mata bagi memudahkan penyusunan jadual dan tajuk program yang bakal diadakan. Paling tepat untuk Sha adalah jadual kerja atau jadual program yang wajib diadakan bersama klien sepanjang mereka berada dalam tempoh hukuman menjalani pengawasan bersama agensi.


Tujuan Dan Kepentingan Menyediakan Takwim Satu Tahun


1) Penyusunan dan keseimbangan program sepanjang tahun.

Melibatkan jadual kerja yang mempunyai tajuk-tajuk tertentu mengikut keperluan klien semasa amat memerlukan penyusunan tajuk program. Dengan adanya takwim sebegini kita boleh melihat secara menyeluruh apakah tajuk yang sesuai.

2) Memberi motivasi kepada kita untuk mencapai setiap azam tahun yang ada.

Setiap orang pastinya mempunyai azam baru yang mahu dicapai setiap tahun. Dengan adanya takwim sepanjang tahun dapatlah kita menganggarkan bila kita mahu capai target tersebut sebelum akhir tahun.

3) Merancang cuti dengan lebih berkesan.

Cuti adalah sesuatu yang sangat penting bagi Sha kerana bila tinggal jauh daripada kampung memang memerlukan cuti yang lebih jadi perancangan cuti tahunan yang ada boleh diagih menggunakan takwim yang ada. Maklumlah cuti pun kena seimbang supaya tidaklah bila akhir tahun tak ada cuti.

4) Merancang kewangan dengan berkesan.

Takwim tahunan pun ada kena mengena dengan kewangan ke? Pada Sha, mestilah ada kena mengena bila melibatkan kerja dan cuti sekolah. Terutamanya untuk mensasarkan target tabungan pada tarikh-tarikh tertentu.

5) Mencatat tarikh penting sepanjang tahun.

Kita sebagai manusia pastinya ada satu masa yang akan sibuk dan tidak sengaja terlupakan tarikh-tarikh penting dalam hidup kita. Kebiasaanya takwim yang Sha sediakan sudah lengkap dengan tarikh-tarikh penting dalam hidup Sha.

6) Melancarkan perjalanan jadual kerja.

Menyediakan takwim awal dan draf kerja lebih awal memang memudahkan kerja-kerja yang dirancang.

7) Sebagai rujukan perjalanan kerja.

Hal ini kerana kita sudah boleh nampak proses kerja yang akan dilakukan secara berjadual dan terancang.        


Ini adalah takwim tahunan yang Sha sudah gunakan beberapa tahun ini, lengkap dengan hari minggu, hari cuti kelepasan am dan cuti sekolah dalam tahun 2020 untuk memudahkan perancangan jadual program bagi mengelakkan program terkena pada tarikh pegawai dan kakitangan berkemungkinan akan bercuti panjang.

Kelebihan Menyediakan Takwim Tahunan


1. Perancangan cuti yang lebih teratur
2. Program yang bakal diadakan lebih seimbang dan laporan pun cantik.
3. Mengelakkan keberhutangan atau perbelanjaan yang melebihi keperluan.
4. Motivasi diri untuk mencapai target hidup
5. Dapat mengelakkan lupa tarikh penting.


Keperluan yang perlu ada untuk buat takwim tahunan ini adalah seperti :

Cuti Kelepasan Am 2020

Cuti Penggal Persekolahan

Kalendar

Penggunaan takwim tahunan sebegini telah banyak membantu Sha dalam penjadualan kerja dan perancangan cuti tahunan Sha jadi memang wajiblah Sha milikinya. Korang macam mana? ada tak takwim tahunan? Sekurang-kurangnya diari mesti ada kan? apa pun cara , apa yang boleh membantu kita memudahakan kita menguruskan hidup boleh sahaja diteruskan sampai bila-bila.