Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sunway Group Memberi Senyuman Kepada 160 Pelajar Golongan B40 Di Perak Dengan Program Deepavali Cheer Di Lost World Of Tambun

Sunway Group Memberi Senyuman Kepada 160 Pelajar Golongan B40 Di Perak Dengan Program Deepavali Cheer Di Lost World Of Tambun  | Sempena Deepavali yang bakal disambut tidak lama lagi, Sunway Group melancarkan program #sunwayforgood Deepavali Cheer untuk membawa keceriaan kepada 160 pelajar yang memerlukan di Perak yang diadakan di Lost World of Tambun Ipoh, Perak. Sha berasa amat bertuah kerana dapat bersama-sama meraikan anak-anak ini bersama pasukan Sunway Group yang hadir dan dapat menyaksikan sendiri betapa seronoknya anak-anak ini diraikan sebegini.


Sunway Group amat berharap untuk dapat memberi keseronokan kepada golongan ini pada musim perayaan ini. Selain menceriakan anak-anak golongan ini, program ini juga bertujuan untuk memastikan masa depan anak-anak terjamin melalui pendidikan. #sunwayforgood Deepavali Cheer termasuklah mengadakan lawatan pendidikan di sekitar taman tema terkenal di Ipoh ini, Sunway Group juga menyediakan bekalan sekolah kepada pelajar, menaik taraf perpustakaan sekolah dan program Bantuan Literasi ICT.


Program #sunwayforgood Deepavali Cheer yang disokong oleh Ahli EXCO Perak, Jabatan Pelajaran Perak, dan Friends of Mankind ini diadakan sebagai maklum balas terhadap kajian yang menunjukkan penurunan kadar keciciran dari 0.35% pada 2016 kepada 0.29% dalam tahun 2017, kadar keciciran tertinggi adalah terdiri daripada kanak-kanak dari kumpulan B40 kerana ketidakupayaan ibu bapa mereka untuk membiayai perbelanjaan sekolah anak-anak.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai YB Sivanesan Achalingam yang hadir pada majlis itu memuji inisiatif Sunway Group sebagai salah satu yang menyokong hasrat Kerajaan Perak untuk menaik taraf isi rumah B40.


"Kerajaan Perak telah mengambil beberapa langkah positif seperti pengenalan Kad Prihatin Perak, mempertingkatkan  projek pertanian, rebat bil elektrik, air percuma dan sesi latihan untuk usahawan kecil dan sederhana untuk membantu kumpulan B40 mengurangkan beban mereka. Inisiatif Sunway Group sangat penting kerana ia membantu kanak-kanak dan keluarga mereka memecahkan kitaran kemiskinan melalui memastikan kanak-kanak menerima pendidikan yang mereka layak. "

Pengarah Eksekutif Sunway City Ipoh, Wong Wan Wooi berkata bahawa keseluruhan inisiatif itu sejajar dengan komitmen Sunway Group untuk Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang bertujuan untuk pembangunan mampan dan saksama tanpa sesiapa ketinggalan.


"Pengasas dan pengerusi kami, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah percaya bahawa pendidikan merupakan jalan terbaik untuk keluar daripada kemiskinan. Kami berharap dengan mencapai 900 pelajar terutamanya dari kumpulan B40 dan menyediakan mereka dengan keperluan sekolah, para pelajar akan bermotivasi untuk meneruskan pendidikan untuk masa depan yang lebih cerah. Inisiatif #sunwayforgood kami telah mencapai sehingga 40,000 penerima, dan kami berharap dapat menjangkau 50,000 penerima pada penghujung tahun ini. "

Lawatan Sambil Belajar di Lost World Of Tambun Ipoh, Perak.


Program ini telah dilancarkan pada 13 Oktober di mana 160 kanak-kanak sekolah dari pelbagai sekolah termasuk SJK (T) Klebang, SJK (T) Ladang Chemor, SJK (T) Kg Simee, dan SJK (T) Ladang Strathisla telah dibawa mengelilingi Lost World Of Tambun untuk mempelajari tentang pelbagai haiwan di dalam zoo.


Anak-anak yang hadir sangat teruja dapat mengelilingi Petting Zoo Lost World Of Tambun kerana dapat mendekati haiwan-haiwan peliharaan yang ada dan berpeluang menyentuh sendiri haiwan yang tidak ditemui di luar. Selain dapat menyentuh mereka juga dibimbing dan diterangkan tentang haiwan ini oleh petugas zoo. Bukan mereka sahaja yang gembira, Sha sendiri pun teruja daapt mendekati binatang peliharaan yang ada di zoo ini.


Para pelajar juga dapat mempelajari pembuatan terrarium sendiri iaitu vivarium untuk haiwan darat yang kecil, yang biasanya dalam bentuk bekas kaca.


Selain peluang belajar, para pelajar juga turut menikmati hidangan tengah hari yang di Lost World Hotel. Semasa majlis makan tengah hari, pelajar menerima bekalan sekolah termasuk beg sekolah, alat tulis, air dan bekas makanan, multivitamin, ubat gigi, sabun cuci mulut dan sabun mesra alam daripada pihak Sunway Hotels & Resorts yang disampaikan oleh Wong Wan Wooi dan YB Sivanesan Achalingam.



Inisiatif Kembali ke Sekolah


Sunway Group akan meneruskan program #sunwayforgood Deepavali Cheer dengan pengedaran bekalan sekolah pada 14 Oktober kepada 740 pelajar lain di SJK (T) Klebang, SJK (T) Ladang Chemor dan SJK (T) Kg Simee.

Pembekalan adalah sama dengan yang diberikan hari sebelumnya. Ia termasuk beg sekolah, peralatan tulis, bekas air dan makanan, multivitamin, ubat gigi, sabun pencuci mulut dan sabun mesra alam yang diperkenalkan oleh Sunway Hotels & Resorts.


Program R.E.A.D

Sunway Group akan memulakan program Sunway R.E.A.D (Reading Increases Aspiration and Drive) di mana perpustakaan sekolah SJK (T) Klebang akan diubah suai. Selain daripada kerja-kerja membaik pulih, Sunway Group juga berusaha untuk melengkapkan perpustakaan dengan buku-buku yang diperlukan untuk tujuan pendidikan.

Sunway Group juga melancarkan kempen sumbangan buku mereka pada bulan lepas dengan kerjasama Friends of Mankind. Buku-buku ini dikumpulkan di premis Sunway terpilih di seluruh negara dan buku-buku akan diberikan kepada perpustakaan sekolah.

Program Bantuan Literasi ICT

Sebagai sebahagian daripada #sunwayforgood inisiatif jangka panjang untuk menjadikan pendidikan dapat diakses oleh pelajar yang layak di negara ini, ia akan memperkenalkan program Bantuan Literasi ICT pada tahun 2020. Program ini akan memberi tumpuan kepada pembelajaran digital, di mana para pelajar diajar asas-asas teknologi maklumat dan kemahiran pengaturcaraan komputer.

Video Deepavali

Untuk memperluaskan lagi kegembiraan sempena perayaan Deepavali, Sunway Group juga akan melancarkan video Deepavali. Di negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, setiap perayaan disambut oleh semua rakyat Malaysia. Video ini memaparkan kepentingan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, dan bagaimana kita dapat menghargai dan merangkul keunikan dan perbezaan budaya kita.


Pada Sha usaha dan inisiatif daripada Sunway Group harus dicontohi oleh pihak lain yang berkemampuan untuk membantu golongan yang memerlukan. Tidak dinafikan pendidikan dan ilmu pengetahuan adalah amat penting dalam menaik taraf hidup seseorang.

Website : www.sunway.com.my
FB :  Sunway Group

Post a Comment

3 Comments

Terima Kasih Daun Keladi