Friday, October 18, 2019

Coffee House Hotel Casuarina Meru Ipoh | Promosi Bulan Oktober Dengan Hidangan Bertemakan Borneo Buffet | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam Sha berpeluang mencuba juadah dari Borneo yang boleh dinikmati di Ipoh, Perak sahaja. Casuarina @Meru Hotel terkenal dengan bufet antarabangsanya. Walau bagaimanapun, apa yang berbeza ialah untuk bulan Oktober, pengunjung dapat menikmati hidangan terbaik dari Borneo. Oleh itu, jangan melepaskan peluang luar biasa ini. Untuk pengetahuan korang, menu borneo dalam bentuk buffet ini boleh didapati dari 8 oktober hingga 31 oktober 2019 ini yang mana menu Casuarina @meru Ipoh ini berubah tema setiap bulan.

Borneo Food Di Hotel Casuarina Meru Ipoh Perak


Sebelum ke Casuarina @Meru Hotel ini Sha ada bertanyakan kawan-kawan apa kebiasaan masakan orang sebelah Borneo sediakan dan betul! kebanyakkan ada di Hotel Casuarina Meru Ipoh ini. Sepanjang di Ipoh Sha pun tak pernah jumpa lagi hidangan dari Borneo di sini jadi Sha teruja untuk mencubanya.

Hidangan Borneo Dari Negeri Sabah

Sha tak pernah sampai lagi ke negeri dibawah bayu iaitu Negeri Sabah, jadi Sha dapatlah merasai masakan Negeri Sabah. Pendek kata memang semua yang dihidangkan sedap, dibuat lauk makan dengan nasi putih kukus dengan daun pandan. Sha yakin orang semenanjung pasti akan jatuh cinta dengan masakan borneo yang disediakan oleh Hotel Casuarina Meru Ipoh ini.


Sha memang peminat masakan ekor, jadi memang Sha syorkan pada yang suka masakan ekor tu wajib cuba Gulai Masak Pedas ekor ini, memang lembut dagingnya dan rasanya memang cukup sedap.


Jika korang tak nak makan dengan nasi putih kukus daun pandan, nak rasa lebih suasana Borneo kita boleh sahaja memilih untuk makan dengan Nasi Linopot Sabah ini, comel bebungkus.

Kerabu Sulur Keladi
Udang Nabalu Sabah
Jika kemana-mana menu kegemaran Sha adalah bahagian kerabu. Kerabu Nabalu Sabah adalah kerabu pilihan Sha pada malam itu, isi udangnya memang cukup rasa dengan masam dan pedasnya. Seperti biasa bagi peminat masakan pedas macam Sha memang akan jatuh cintalah.

Sandakan Prawn Sabah

Hidangan Borneo Dari Negeri Sarawak

Makanan lauk sebegini semuanya Sha cuba dengan nasi kukus daun pandan memang padu sangat rasanya. Seperti yang kita tahu belah Borneo kebanyakan masakannya adalah makanan laut.
Ikan Kukus Kiambang Sarawak

Kambing Rica
Masakan kambing juga kegemaran Sha disamping Gulai Masak Pedas Ekor Sabah tadi, yang ini pun korang wajib makan !

Kerabu Ayam Lengkuas Sarawak

Manok Pansuh
Bila nampak menu manok, teringat kenangan ketika berada di Sarawak dulu, memang tak tahu loghat Sarawak langsung, bila ke cafe nak makan mereka sebut manok, puas fikir tambah pula pada masa itu Sha keseorangan jadi memang kena bulilah, rupanya manok itu adalah ayam. Jadi bila nampak perkataan manok, tahulah apa jenis makanan ini.


Sotong Masak lada Hitam Sarawak
Midin Belacan


Bagi peminat sup seperti Sha, memang bahagian ini menjadi tumpuan Sha. Untuk sup kita ada masakan daripada negeri Sarawak iaitu Mee Kolok dan Laksa Sarawak. Memang cukup rasa semuanya, sambal kicap dia terbaik.

Selain menu dari negeri Sabah dan Sarawak, pihak Coffee House Hotel Casuarina @Meru Ipoh juga menyelitkan menu dari negara jiran seperti Indonesia dan Brunei.

Karedok Indonesia
Karedok Indonesia iaitu masakan berasaskan sayur, jika biasa tengok seperti pecal tetapi Karedok Indonesia berlainan dari segi sosnya yang istimewa.

Sup Tulang Seri Begawan.

Coffee House Hotel Casuarina @meru Ipoh Perak memang selalu menyediakan menu sup sebegini tetapi untuk tema Borneo dibawakan sup versi Negara Brunei iaitu Sup Tulang Seri Begawan.

Pencuci Mulut

Kek lapis Sarawak

Kek Lapis Sarawak



Selain daripada kuih muih seperti di atas, Coffee House Hotel Casuarina @meru Ipoh juga menyediakan hidangan sampingan seperti kebab, ABC, Koling-koling, roti juga rojak buah.

Kebab

Koling-koling

ABD

Harga Buffet Hotel Casuarina Meru Ipoh Perak

Buffet Lunch Hotel Casuarina Meru Ipoh
12.00 tengahari hingga 2.30 petang

RM 45.00 nett ( Dewasa)
RM 40.00 nett (Warga Emas)
RM 15.00 (Kanak-Kanak)

Buffet Dinner
7.00 petang hingga 10.30 malam

RM 55.00nett (Dewasa)
RM 48.00nett (Warga Emas)
RM 20.00nett (Kanak-kanak)


Untuk pengetahuan korang juga, jika korang memilih untuk makan malam di sini, korang dapatlah layan live band yang bermula pada jam 8.00 malam, setiap malam kecuali pada hari isnin. Hari isnin juga Coffee House ditutup TETAPI masakan ala carte masih disediakan. 

Jika korang secara individu atau berkumpulan ada merancang untuk menikmati juadah di Hotel Casuarina @Meru Ipoh korang boleh terus menghubungi pihak mereka seperti maklumat dibawah.

Hotel Casuarina@Meru
Add: 1-C, Jalan Meru Casuarina, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak.
Tel: +605-5299999
Fax: +605-5299998
Web: www.casuarinahotels.com.my

Thursday, October 17, 2019

Sunway Group Memberi Senyuman Kepada 160 Pelajar Golongan B40 Di Perak Dengan Program Deepavali Cheer Di Lost World Of Tambun  | Sempena Deepavali yang bakal disambut tidak lama lagi, Sunway Group melancarkan program #sunwayforgood Deepavali Cheer untuk membawa keceriaan kepada 160 pelajar yang memerlukan di Perak yang diadakan di Lost World of Tambun Ipoh, Perak. Sha berasa amat bertuah kerana dapat bersama-sama meraikan anak-anak ini bersama pasukan Sunway Group yang hadir dan dapat menyaksikan sendiri betapa seronoknya anak-anak ini diraikan sebegini.


Sunway Group amat berharap untuk dapat memberi keseronokan kepada golongan ini pada musim perayaan ini. Selain menceriakan anak-anak golongan ini, program ini juga bertujuan untuk memastikan masa depan anak-anak terjamin melalui pendidikan. #sunwayforgood Deepavali Cheer termasuklah mengadakan lawatan pendidikan di sekitar taman tema terkenal di Ipoh ini, Sunway Group juga menyediakan bekalan sekolah kepada pelajar, menaik taraf perpustakaan sekolah dan program Bantuan Literasi ICT.


Program #sunwayforgood Deepavali Cheer yang disokong oleh Ahli EXCO Perak, Jabatan Pelajaran Perak, dan Friends of Mankind ini diadakan sebagai maklum balas terhadap kajian yang menunjukkan penurunan kadar keciciran dari 0.35% pada 2016 kepada 0.29% dalam tahun 2017, kadar keciciran tertinggi adalah terdiri daripada kanak-kanak dari kumpulan B40 kerana ketidakupayaan ibu bapa mereka untuk membiayai perbelanjaan sekolah anak-anak.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai YB Sivanesan Achalingam yang hadir pada majlis itu memuji inisiatif Sunway Group sebagai salah satu yang menyokong hasrat Kerajaan Perak untuk menaik taraf isi rumah B40.


"Kerajaan Perak telah mengambil beberapa langkah positif seperti pengenalan Kad Prihatin Perak, mempertingkatkan  projek pertanian, rebat bil elektrik, air percuma dan sesi latihan untuk usahawan kecil dan sederhana untuk membantu kumpulan B40 mengurangkan beban mereka. Inisiatif Sunway Group sangat penting kerana ia membantu kanak-kanak dan keluarga mereka memecahkan kitaran kemiskinan melalui memastikan kanak-kanak menerima pendidikan yang mereka layak. "

Pengarah Eksekutif Sunway City Ipoh, Wong Wan Wooi berkata bahawa keseluruhan inisiatif itu sejajar dengan komitmen Sunway Group untuk Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang bertujuan untuk pembangunan mampan dan saksama tanpa sesiapa ketinggalan.


"Pengasas dan pengerusi kami, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah percaya bahawa pendidikan merupakan jalan terbaik untuk keluar daripada kemiskinan. Kami berharap dengan mencapai 900 pelajar terutamanya dari kumpulan B40 dan menyediakan mereka dengan keperluan sekolah, para pelajar akan bermotivasi untuk meneruskan pendidikan untuk masa depan yang lebih cerah. Inisiatif #sunwayforgood kami telah mencapai sehingga 40,000 penerima, dan kami berharap dapat menjangkau 50,000 penerima pada penghujung tahun ini. "

Lawatan Sambil Belajar di Lost World Of Tambun Ipoh, Perak.


Program ini telah dilancarkan pada 13 Oktober di mana 160 kanak-kanak sekolah dari pelbagai sekolah termasuk SJK (T) Klebang, SJK (T) Ladang Chemor, SJK (T) Kg Simee, dan SJK (T) Ladang Strathisla telah dibawa mengelilingi Lost World Of Tambun untuk mempelajari tentang pelbagai haiwan di dalam zoo.


Anak-anak yang hadir sangat teruja dapat mengelilingi Petting Zoo Lost World Of Tambun kerana dapat mendekati haiwan-haiwan peliharaan yang ada dan berpeluang menyentuh sendiri haiwan yang tidak ditemui di luar. Selain dapat menyentuh mereka juga dibimbing dan diterangkan tentang haiwan ini oleh petugas zoo. Bukan mereka sahaja yang gembira, Sha sendiri pun teruja daapt mendekati binatang peliharaan yang ada di zoo ini.


Para pelajar juga dapat mempelajari pembuatan terrarium sendiri iaitu vivarium untuk haiwan darat yang kecil, yang biasanya dalam bentuk bekas kaca.


Selain peluang belajar, para pelajar juga turut menikmati hidangan tengah hari yang di Lost World Hotel. Semasa majlis makan tengah hari, pelajar menerima bekalan sekolah termasuk beg sekolah, alat tulis, air dan bekas makanan, multivitamin, ubat gigi, sabun cuci mulut dan sabun mesra alam daripada pihak Sunway Hotels & Resorts yang disampaikan oleh Wong Wan Wooi dan YB Sivanesan Achalingam.



Inisiatif Kembali ke Sekolah


Sunway Group akan meneruskan program #sunwayforgood Deepavali Cheer dengan pengedaran bekalan sekolah pada 14 Oktober kepada 740 pelajar lain di SJK (T) Klebang, SJK (T) Ladang Chemor dan SJK (T) Kg Simee.

Pembekalan adalah sama dengan yang diberikan hari sebelumnya. Ia termasuk beg sekolah, peralatan tulis, bekas air dan makanan, multivitamin, ubat gigi, sabun pencuci mulut dan sabun mesra alam yang diperkenalkan oleh Sunway Hotels & Resorts.


Program R.E.A.D

Sunway Group akan memulakan program Sunway R.E.A.D (Reading Increases Aspiration and Drive) di mana perpustakaan sekolah SJK (T) Klebang akan diubah suai. Selain daripada kerja-kerja membaik pulih, Sunway Group juga berusaha untuk melengkapkan perpustakaan dengan buku-buku yang diperlukan untuk tujuan pendidikan.

Sunway Group juga melancarkan kempen sumbangan buku mereka pada bulan lepas dengan kerjasama Friends of Mankind. Buku-buku ini dikumpulkan di premis Sunway terpilih di seluruh negara dan buku-buku akan diberikan kepada perpustakaan sekolah.

Program Bantuan Literasi ICT

Sebagai sebahagian daripada #sunwayforgood inisiatif jangka panjang untuk menjadikan pendidikan dapat diakses oleh pelajar yang layak di negara ini, ia akan memperkenalkan program Bantuan Literasi ICT pada tahun 2020. Program ini akan memberi tumpuan kepada pembelajaran digital, di mana para pelajar diajar asas-asas teknologi maklumat dan kemahiran pengaturcaraan komputer.

Video Deepavali

Untuk memperluaskan lagi kegembiraan sempena perayaan Deepavali, Sunway Group juga akan melancarkan video Deepavali. Di negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, setiap perayaan disambut oleh semua rakyat Malaysia. Video ini memaparkan kepentingan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, dan bagaimana kita dapat menghargai dan merangkul keunikan dan perbezaan budaya kita.


Pada Sha usaha dan inisiatif daripada Sunway Group harus dicontohi oleh pihak lain yang berkemampuan untuk membantu golongan yang memerlukan. Tidak dinafikan pendidikan dan ilmu pengetahuan adalah amat penting dalam menaik taraf hidup seseorang.

Website : www.sunway.com.my
FB :  Sunway Group

Wednesday, October 16, 2019

Gotong-royong Mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Bersama Team AFY haniff | Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua. Kebajikan membawa maksud yang sinonim dengan perbuatan yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Untuk menyebarkan dan menyampaikan kebajikan adalah dalam pelbagai cara yang penting ianya boleh menyenangkan hati orang lain sekali gus mengurangkan beban orang lain sama ada dari segi fizikal atau mental. Gotong-royong adalah satu bentuk program yang biasa kita dengar bila kita berbuat kebajikan dan hari ini Sha nak kongsikan satu aktiviti gotong royong yang telah dilakukan oleh satu syarikat untuk menceriakan pesakit dan keluarga pesakit. Syarikat yang Sha maksudkan adalah AFY haniff Group (M) Sdn.Bhd yang telah menyumbangkan sebahagian rangkaian produk mereka untuk menabur bakti kepada insan yang memerlukan.

Produk Herba Organik Seperti Serai Wangi Adalah Keluaran AFY haniff Group (M) Sdn.Bhd



Perasan atau tidak produk AFY haniff ini sebenarnya sangat dikenali dengan produk organik seperti serai wangi dan dalam tak sedar Sha sendiri adalah pengguna produk syarikat ini sebenarnya. AFY haniff Group (M) Sdn. Bhd yang diasaskan dan diperbadankan di Malaysia pada tahun 2006 ini menyediakan detergen herba organik dan penghalau serangga yang mengandungi intipati serai. AFY haniff sangat terkenal dengan dengan formula organik yang dapat membantu menghalang kahadiran serangga. Maka tidak hairanlah hari ini, produk AFY haniff telah berjaya menembusi lebih daripada 2,000 pasar raya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand.



Tujuan utama AFY haniff yang bertindak mewangikan Rumah Ronald McDonald HUSM Kubang Kerian, Kelantan ini adalah sebagai tanda simpati kepada para pesakit dan waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian Kelantan. Kehadiran AFY haniff sedikit sebanyak dapatlah meringankan sedikit beban adik-adik pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian. Bagi yang pernah mengalami pengalaman anak sakit pastinya akan memahami situasi pesakit dan perasaan keluarga terdekat pesakit yang pastinya memberi kesan kepada mental dan perasaan mereka.

Aktiviti Gotong-royong Di Rumah Ronald McDonald HUSM Kubang Kerian Bersama AFY haniff


Syarikat AFY haniff telah mengadakan aktiviti gotong royong dalam agenda kebajikan mereka dengan mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian. Aktiviti ini telah diadakan julung kalinya kerjasama di antara AFY haniff bersama team RMHC McDonald’s dengan dibantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir untuk sama-sama menjayakan program ini.


Pada 24 Sept 2019 yang lepas pasukan AFY haniff dan yang lain telah berkumpul pada jam 9.00 pagi untuk sesi pengenalan dan sedikit taklimat ringkas tentang tentative program yang bakal dijalankan pada hari itu.


Jam 9.30 pagi diadakan lawatan di sekitar Rumah Ronald McDonald. Bagi yang belum tahu Rumah Ronald McDonald adalah rumah untuk disewa oleh keluarga pesakit bersama pesakit yang menjalani rawatan di Unit Pediatrik HUSM Kubang Kerian dengan kadar sewaan RM 5.00 sehari. Rumah Ronald McDonald menyediakan pelbagai kemudahan seperti bilik tidur, pantri, dobi, taman permainan dan bilik interaktif.


Selepas lawatan lebih kurang jam 10.30 pagi pasukan AFY haniff bersama team Bite Media Consultants yang hadir terlebih dahulu keluar membeli belah barangan keperluan untuk kegunaan penghuni di Rumah Ronald McDonald, antara barangan di beli adalah seperti barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan juga makanan basah.


Apabila selesai aktiviti membeli belah lebih kurang jam 12.30 tengahari pasukan Team AFY haniff bersama yang lain melakukan aktiviti memasak bersama-sama untuk makan beramai-ramai. Bagi Sha aktiviti sebegini dapat mewujudkan rasa kekeluargaan dan rasa prihatin antara satu sama lain.


Pada jam 2.00 petang tibalah masanya membuat kerja-kerja mewangikan Rumah Ronald McDonald yang dijalankan dengan sepenuhnya menggunakan produk AFY haniff. Antara produk Afy Haniff yang digunakan adalah pencuci lantai AFY haniff, spray pewangi untuk fabrik seperti langsir dan sebagainya menggunakan guna pewangi fabrik AFY haniff, juga tidak ketinggalan selepas makan mereka cuci pinggan dengan pencuci pinggan AFY haniff. Nampaknya AFY haniff telah berkembang dengan baik bersama produk bumiputera yang memenuhi keperluan sesebuah rumah.kediaman, pejabat, masjid dan sebagainya.


Selain daripada aktiviti gotong-royong tersebut, pihak AFY haniff juga telah bermurah hati memberi sumbangan dalam bentuk barangan jenama AFY haniff kepada para penghuni yang ada di sana.


Pihak AFY haniff juga mengambil kesempatan untuk meyampaikan pemberian wang kepada salah seorang waris pesakit yang ada di Rumah Ronald McDonald HUSM Kubang Kerian. Semoga dengan segala usaha yang diadakan pada hari itu sedikit sebanyak dapat memberi kebaikan dan menyuntik kekuatan kepada pesakit dan keluarga mereka.


Pemberian wang secara ‘kilat’ turut diberikan pada salah seorang waris pesakit pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Pemberian wang yang tidak seberapa ini di beri secara mengejut ‘on the spot’ kerana atas rasa sedih akan nasib keluarga ini. Anak kepada pakcik ini yang berusia hanya sebesar 5 tahun ini sedang terlantar di HUSM akibat kemalangan dilanggar oleh kereta. Kecederaan anak itu agak serius dan didoakan semoga anak kecil ini dapat kembali sihat dan pulang kembali bersama keluarga tersayang.

Pengguna Swipel Serai Wangi AFY haniff




Sha sebagai pengguna Swipel Serai Wangi sangat menyukai baunya yang wangi. Untuk menggunakannya juga mudah hanya perlu goncang dan sembur kemudian lap sehingga kering selepas dibiarkan selama beberapa saat. Kebiasaannya Sha gunakan Swipel selepas makan iaitu untuk mengelap meja makan dan mengelakkan serangga seperti semut, lalat dan lipas berkeliaran dikawasan tempat makan. Untuk pengetahuan korang juga, Swipel ini sesuai untuk disembur pada tumbuhan atau bunga dengan sukatan yang disarankan untuk menghalau serangga perosak. Selain itu korang boleh sahaja semburkan pada katil atau sofa bagi menghalau pepijat, jadi dengan kepelbagaian fungsi ini ianya sangat berbaloi untuk korang miliki Swipel dan produk AFY haniff yang lain.

Untuk maklumat lanjut dan ketahui produk-produk lain yang dimiliki oleh AFY haniff Group (M) Sdn.Bhd ini korang boleh layari laman-laman di bawah.



Follow Us @shalimarmohdyusof