Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Layan Nasi Arab Di Hayyan Garden Cafe Ipoh, Perak

Layan Nasi Arab Di Hayyan Garden Cafe Ipoh, Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Siapa kat sini peminat Nasi Arab? Kalau minat kita boleh geng ! Bila sebut nasi arab tiba-tiba Sha teringatkan kawan-kawan pejabat dulu, kami selalu kongsi-kongsi maklumat bila masing-masing ke sesebuah kedai makan terutamanya kedai makan sekitar Ipoh. Nasi Arab adalah merupakan antara  salah satu menu kegemaran Sha sekeluarga jadi tentunya akan teringin nak merasa di kedai berlainan. Seperti biasa kalau dah tak ada idea nak makan mana mesti parking kereta tepi jalan dulu ataupun sebelum keluar rumah dah cari tempat makan best di Ipoh dalam facebook atau carian google. Selepas bincang-bincang kita buat keputusan untuk mencuba Nasi Arab di Hayyan Garden Cafe yang terletak di Meru Ipoh Perak.

Restoran Nasi Arab Di Ipoh, Perak


 

Lokasi Hayyan Garden Cafe ini pada Sha senang nak jumpa kedainya kerana ianya terletak di belakang Petronas Bandar Meru Ipoh. Apa yang Sha suka bila pilih makan di kawasan Meru Ipoh? Di sana lepas makan kita boleh pusing-pusing bulatan meru dihadapan Cuasarina @Meru Ipoh yang sememangnya terkenal dengan pelbagai aktiviti terutamanya pada waktu malam yang meriah dengan kereta lampu-lampu, basikal yang boleh disewa juga boleh hampar tikar di padang yang ada sambil tengok anak-anak berlari-lari berkejaran sesama mereka.


Encik suami kita kalau dapat nasi arab memang puas hatilah, Abang Zaryth pun tak pernah tak licin pinggan dia bila dapat makan nasi arab.


Pilihan Menu Dan Harga di Hayyan Garden Cafe

 

Jika korang boleh nampak dalam menu di atas, korang boleh pilih sama ada hidangan untuk seorang makan atau hidangan untuk dua orang dan ke atas dengan harga tertentu. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Selain nasi arab restoran ini juga menyediakan hidangan barat jadi korang yang tak makan nasi arab masih ada pilihan menu lain.




Set Menu Hidangan Keluarga / Menu Set Nasi Arab

 

Pilihan Sha sekeluarga adalah Set Nasi Mandy Ayam yang mempunyai 4 ketul ayam whole leg dan nasi yang kuantitinya sesuai untuk hidangan seramai 4 hingga 5 orang. Untuk set ini disediakan air satu jug sama ada mahukan air teh 0 ais atau sirap ais, Sha pilih teh 0 ais. Kami makan 4 beranak nasi memang banyak, tapi habis kecuali ayam boleh bawak balik seketul sebab semua tak larat nak habiskan.

Korang boleh baca juga review Sha :


 

Hayyan Garden Cafe boleh dikatakan antara salah satu  makanan arab yang sedap di Ipoh kerana nasinya yang gebu lembut dan ayamnya tidak kering, juicy gitu. Maka tidak hairanlah restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Tempat makan juga selesa korang boleh pilih sama ada mahu makan dalam suasana luar atau dalam yang berhawa dingin. Kebetulan masa Sha berada di sana ada keluarga yang menyambut hari lahir ahali keluarga mereka, pekerja restoran siap sedia menyambut mereka makna kat sini korang boleh tempah untuk sambutan hari istimewa koranglah.

Apalagi? Kalau ke Meru Ipoh Perak bolehlah singgah makan di sini bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi