Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sambutan Ringkas Hari Lahir Adik Nur Yang Ke-4

Sambutan Ringkas Hari Lahir Adik Nur Yang Ke-4 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . 26 Ogos 2015 adalah tarikh bermakna buat Sha dan keluarga kerana pada tarikh itu Sha telah melahirkan anak kedua Sha iaitu Nur Zaryth Fathia yang kini telah genap usia 4 tahun. Adik Nur juga sama seperti Abang Zaryth, jika waktu Abang Zaryth overdue selama 10 hari (had ketika tahun 2012) bagi Adik Nur pula adalah selama 7 hari tempoh yang diberi oleh pihak hospital. Walaubagaimanapun semua proses dipermudahkan tidak perlu menjalani paksaan kerana selepas daftar masuk wad Sha akan rehat dan merasai kontraksi serta keluar tanda untuk bersalin. Maka pada pukul 6.00 petang pada tarikh 26 Ogos 2015 lahirkan seorang puteri yang menghiasi keluarga Sha.

Selamat Hari Lahir Ke 4 Tahun Nur Zaryth Fathia

Family Potrait
Ibu simpan kenangan kita kat sini ya sayang. Adik Nur pun asalkan ada kek hari lahir dia pun dah seronok sangat.
Kek Birthday Dari Living Bread Bakery
Hari lahir Adik Nur kali ini Ibu pilih Kek Opera (rasa tiramisu) daripada Living Bread Bakery yang Sha beli di cawangannya di D'Mall Seri Iskandar waktu rehat tengahari.
Adik Nur Dan Ibu
Nampak tak muka birthday girl yang senyum panjang ni. Balik rumah berapa kali ucap terima masih pada ibu dan ayah sebab beli kek untuk dia. Pagi ini Sha potong separuh lagi kek yang tinggal untuk dia bawa ke rumah mak pengasuh dia, katanya nak makan dengan mak pula.

 Restoran Eat & Repeat Cawangan Bandar Seri Iskandar, Perak

  

Sebenarnya Sha dah banyak kali teringin nak mencuba makanan disini selepas kawan pejabat bercerita tentang restoran ini. Akhirnya dapat juga Sha mencubanya, bukan apa lama dah teringin nak makan dalam mangkuk kecil macam kat sini punya persembahan. Lokasi pun hanya sebaris dengan restoran yang Sha biasa makan iaitu Restoran Chillex Concept Seri Iskandar.

 

Sha sengaja datang awal ke Restoran Eat & Repeat ini kerana mahukan keselesaan untuk menyambut hari lahir Adik Nur. Tak ada orang masa itu jadi tak adalah segan sangatkan nak nyanyi sikit untuk Adik Nur dan main potong-potong kek pun tak ada yang memandang. ahahahaha... sebenarnya sebelum datang sini Sha dah whatapps pihak restoran untuk buat tempahan takut tak ada meja, tapi diaorang cakap waktu Sha nak datang biasanya tak ada pelanggan sangat jadi legalah sikit.


Di sini ada beberapa menu dengan hidangan menggunakan mangkuk saiz kecil dan setiap mangkuk makanan adalah berharga Rm1.90. Pada malam itu Sha telah mencuba Nasi Lemak, Nasi Ayam Kunyit, Nasi Putih Ayam Cincang, Soto Ayam,Mee Kari,Sagu Gula Melaka dan Ice Cream Kuah Kopi.

Jika korang sejenis memang makan saiz besar mungkin tidak berapa puas makan dengan saiz hidangan yang ada tapi untuk merasa boleh sangat. Sha suka dengan Nasi Putih Ayam Cincang kerana sedap dan ada sambal nasi lemak mungkin rasanya pedas-pedas gitu. Jika korang ke Seri Iskandar bolehlah mencuba makanan Di Restoran Eat & Repeat Cawangan Seri Iskandar ini.



Post a Comment

1 Comments

  1. Happy birthday nur! Pernah makan jugak dkt sini. Sedappp. mmg eat and repeat je la sbb tak puas haha

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi