Hot Posts

6/recent/ticker-posts

4 Variasi Beautea By Safi Produk Baru Safi Dengan 100% Ekstrak Premium Daun Teh

4 Variasi Beautea By Safi Produk Baru Safi Dengan 100% Ekstrak Premium Daun Teh | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Wahhh...Meriah betul di media sosial tengok kawan-kawan berkongsi produk baru daripada safi maklumlah produk kali ini adalah variasi pembersih muka yang sememangnya adalah keperluan asas rutin setiap orang.. Ehhh.. ada ke orang tak cuci muka. Sha walaupun tak mengenakan make up ke mana-mana tapi tetap cuci muka sebabnya bila kita kerja seharian, tak tahu apa kotoran hinggap di muka lepas tu lagi teruk kalau kulit muka berminyak memang tidak selesa. Lepas cuci muka pasti akan rasa lebih segar dan selesa. Untuk pengetahuan korang Sha adalah pengguna setia pencuci muka safi sejak Sha pandai belek muka ni..huhu.. Sekarang safi keluarkan pencuci muka baru dengan pilihan 4 variasi jadi Sha agak terujalah nak mencubanya.

4 Variasi Beautea By Safi Produk Baru Safi Dengan 100% Ekstrak Premium Daun Teh


😍 Apricot Tea Revitalising Face Scrub - Untuk Semua Jenis Kulit
😊 White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser - Sesuai untuk kulit kering
😻 Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser - Sesuai untuk kulit sensitif
😘 Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser - Sesuai untuk kulit normal


Daripada 4 pilihan diatas Sha sudah mencuba 2 daripadanya satu skrub dan satu pencuci iaitu Apricot Tea Revitalising Face Scrub dan White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser. Sebelum Sha kongsi pengalaman menggunakan skrub dan pencuci safi ini, Sha nak cerita sikit kelebihan semua produk baru berbanding produk sebelum-sebelumnya. Beautea Safi dari ekstrak teh premium yang menyegarkan dan gabungan bahan-bahan semulajadi yang terbaik yang dibentuk untuk memerangi kesan negatif dari pencemaran, tekanan dan kosmetik dengan manfaat Anti PM 2.5 untuk kulit yang sihat.

Kelebihan Produk Beautea By Safi

* Diuji secara dermatologi
* Bebas alkohol
* Bebas Paraben
* Bebas SLS / SLES
* Bebas Silikon


Beautea By Safi -  White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser

 

Sha agak suka dengan White Tea & Damask Rose kerana ia gel pembersih yang lembut dan bebas sabun ini sangat membersihkan liang yang tersumbat dan mengeluarkan kekotoran. Rumusan White Tea & Damask Rose yang kaya dengan antioksidan untuk mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengurangkan saiz liang-liang roma kita. Paling best dahla lembut, buih pun boleh tahan sebabnya Sha kalau nak cuci muka kena ada buih barulah syok. ehehee...


Beautea By Safi - Apricot Tea Revitalising Face Scrub

Produk yang paling Sha suka adalah Apricot Tea Revitalising Face Scrub kerana apabila kita menyebut tentang skrub pastinya lebih ianya membersihkan terutamanya liang dan menggosok tanpa mengeringkan kulit. Dirumus dengan gabungan daripada ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan dan membantu memulihkan tekstur kulit licin untuk kulit yang cerah & berseri. Jadi Sha pasangkan dengan White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser untuk mendapatkan kesan yang lebih baik untuk kulit Sha.

 
Kalau korang nak dapatkan beautea by safi ini korang boleh berkunjung terus ke mana-mana cawangan watsons berhampiran korang. Jika kawasan korang jauh nak ke watsons korang boleh beli secara online di website watsons sahaja.

Post a Comment

5 Comments

  1. 4 variasi yang cukup menarik utk dicuba kan...

    ReplyDelete
  2. cleanser baru SAFI nie best, packaging cantik, tgk pun dah nak beli..

    ReplyDelete
  3. rasa nak ajak kawan-kawan buat facial secara berjemaah je

    ReplyDelete
  4. Best Corporate Video Production Company in Bangalore and top Explainer Video Company in Bangalore , 3d, 2d Animation Video Makers in Chennai

    Some excellent tips in here

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi