Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Taman Rekreasi Gunung Lang Salah Satu Tempat Menarik Di Ipoh Perak

Taman Rekreasi Gunung Lang Salah Satu Tempat Menarik Di Ipoh Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari sudah hari ke 5 kita berpuasa di bulan Ramadan semoga kita terus kuat dalam menjalani ibadah dan memperbanyakkan amalan sunat di bulan mulia ini. Hari ini Sha nak kongsikan kenangan bersama keluarga kecil Sha di Taman Rekreasi Gunung Lang baru-baru ini yang pastinya sebelum kita menyambut bulan Ramadan 1440H iaitu pada 4 mei 2019 (Sabtu).
 

Gunung Lang terletak kira-kira 5 kilometer sahaja daripada Bandar Ipoh menjadi pilihan untuk warga Ipoh dan pelancong luar singgah untuk menikmati pemandangan dan beriadah dan pastinya menjadi tempat kegemaran kepada pecinta fotografi untuk bermain dengan kreativiti masing-masing. Pada hari Sha berada di sini terdapat ramai orang Pantai Timur berkunjung ke sini.

 

Daripada jeti bot yang mempunyai air terjun buatan kita akan menaiki bot untuk ke taman tersembunyi yang mempunyai kemudahan tempat pejalan kaki, taman permainan kanak-kanak, menara pandang jauh, rumah trasional perak, pergola, mini zoo, tandas dan surau.

Adik Nur dihadapan Menara Pandang Jauh.


Di sini juga terdapat rumah sewaan basikal, ada basikal biasa dan ada basikal berkembar jadi pada yang tak larat nak pusing taman berjalan kaki, boleh menyewa basikal di sini.

Taman permainan kanak-kanak Gunung Lang yang luas untuk anak-anak bermain bersebelahan dengan menara pandang jauh.


Abang Zaryth bergaya dengan landskap yang ada di Taman Rekreasi Gunung Lang. Pada yang suka kepada fotografi memang sesuai sangat kerana di sini korang boleh pilih dan bermain dengan kemahiran fotografi masing-masing.


Abang Zaryth di hadapan Menara Tinjau yang menjadi tempat bergambar kepada pengunjung di sini. Pada pendapat Sha tempat ini sangat sesuai bagi yang sedang mencari tempat atau lokasi fotografi untuk perkahwinan sekitar ipoh. Jadi bakal pengantin boleh pilih tempat ini untuk merakam kenangan perkahwinan korang di sini nanti.


Sejarah Gunung Lang yang merupakan tasik buatan daripada belas lombong berkeluasan 14 hektar. Taman Rekreasi Gunung Lang diklasifikasikan sebagai Taman Bandar Ipoh dengan kemudahan untuk pengunjung yang mana kemudahan diuruskan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).


Kemudahan yang ada di jeti bot seperti kaunter tiket, makanan ikan, mesin air, tandas, kaunter gambar kenangan, kedai makan dan kedai runcit. Selain itu parking kereta adalah percuma.


Taman permainan kanak-kanak yang ada ada berhampiran tempat parking. Kebiasaanya bagi warga Ipoh sendiri jika tidak mahu menyeberangi tasik untuk ke taman sebelah sana, mereka akan beriadah melayan kerenah anak-anak di sini sahaja.


Antara binatang yang ada di Mini Zoo Taman Rekreasi Gunung Lang adalah seperti Landak Bunga, Rusa, Kuda Poni, Lembu, Burung Unta dan beberapa spesis burung lain lagi.


Abang Zaryth bergambar di Mural Taman Rekreasi Gunung Lang yang ada di laluan pejalan kaki. Sha terlepas pandang untuk tengok dinding batu kapur yang menyerupai muka gorila. Jadi nanti jika korang ke sini jangan lupa cari muka gorila tersebut.


Untuk mengetahui tempat yang boleh korang jelajahi di Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh ini korang boleh ikut tanda arah yang ada bagi memudahkan perjalanan korang.

*********************************************************************************
Tempat Menarik Di Perak


*********************************************************************************
Baru-baru ini Taman rekreasi Gunung Lang ditutup sementara untuk tujuan ubahsuai kaunter tiket. Ini adalah kali pertama Sha pergi ke sana selepas ubahsuai. Sha mendapati ianya kurang menarik kerana ikan pelbagai spesis dan labi-labi yang ada di dalam tasik semakin berkurang dan hampir tiada. Agak membazir juga Sha beli makanan ikan di kaunter tiket kerana tiada sambutan seperti dahulu.


Untuk pengetahuan korang air terjun buatan yang ada di sini mempunyai waktu tertentu dan mengikut jadual jadual yang ditetapkan dan dikawal selia oleh Jabatan Landskap MBI seperti ketetapan di atas.

Waktu Operasi Bot

Isnin - Khamis

8.30 pagi hingga 6.00 petang

Jumaat

8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Rehat 12.00 tengahari hingga 2.45 petang
3.00 petang hingga 6.00 petang

Sabtu/Ahad

8.30 pagi hingga 6.00 petang

Harga Tiket Bot

Dewasa (Umur 13 hingga 54 tahun) - RM 3.00 / orang
Kanak-Kanak (Umur 2 hingga 12 tahun) - RM 1.50/ seorang
Warga Emas (umur 55 tahun ke atas) - RM 1.50/seorang

Oleh kerana agak lama Sha dan suami tak bawa anak-anak berjalan-jalan di sini mereka agak teruja terutamanya Abang Zaryth yang memang mood baik pada hari itu. Jadi untuk korang yang berniat nak jalan-jalan ke Ipoh bolehlah memasukkan Taman Rekreasi Gunung Lang ini sebagai salah satu destinasi singgahan korang nanti. Semoga hari-hari korang terus ceria selalu.

Terima kasih.

Post a Comment

3 Comments

  1. menarik ni, boleh la bawak anak2 jenjalan time cuti sekolah ^_^

    ReplyDelete
  2. menarik...harga tiket pun ok ok je...

    ReplyDelete
  3. menarik, harga tiket pun murah je...
    bila lah nk sampai ke sana tuh ye..selalu dgr cerita dr kwn2 je psl tempat nih

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi