Thursday, April 18, 2019

Semarak Rasa Ramadhan di Hotel Tower Regency Ipoh Perak Memenuhi Citarasa Hidangan Berbuka Puasa Ala Kampung

Semarak Rasa Ramadhan di Hotel Tower Regency Ipoh Perak Memenuhi Citarasa Hidangan Berbuka Puasa Ala Kampung | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Beberapa hari lepas Sha berpeluang merasai buffet Ramadhan yang disediakan oleh Hotel Tower Regency Ipoh jadi di Sha cadangkan jika bulan puasa nanti korang mencari Buffet Ramadhan di Ipoh korang bolehlah datang ke sini. Bertemakan "Semarak Rasa Ramadhan" susunan beberapa hidangan menu yang mampu mengungkap nostalgia masakan melayu lama bagi menyemarakan lagi suasana berbuka bersama keluarga, sahabat dan juga rakan sekerja.


Berbuka Puasa Dengan Menu Ala Kampung Di Buffet Ramadhan Hotel Tower Regency Ipoh Perak.

Menjadi kebiasaan terutama kepada golongan wanita dan ibu akan sibuk mencari menu berbuka puasa setiap kali tiba bulan puasa, ada yang menyediakan jadual ada yang jenis mencari idea setiap hari. Mungkin dalam sebulan berpuasa pasti akan ada kita berbuka diluar atau mencari buffet ramadhan yang mampu kita ambil sebagai meraikan diri sendiri dan keluarga.

Pelbagai jenis hidangan daripada pembuka selera, nasi, lauk pauk hinggalah pemanis mulut cukup untuk menarik selera kita.

Antara kuih muih tradisional yang ada di Buffet Ramadhan Hotel Tower Regency Ipoh. Paling best ada ubi kayu rebus makan dengan kelapa parut dan gula.
 

Hidangan yang ada di sana juga pelbagai kalau korang tak makan nasi, masih ada masakan panas seperti bakso dan kuew teow goreng yang sangat sedap diluar cafe di goreng panas ditepian kolam renang.


Hidangan nasi terdapat 2 jenis nasi iaitu Nasi Beriani dan Nasi putih dipadankan dengan pelbagai jenis lauk pauk seperti Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Pajeri Nanas, Sambal Tumis Udang Petai, Masak Lemak Siput Sedut, Ikan Patin Masak Tempoyak, Masak Lemak Petola dan Sup Kambing Berempah. Bagi yang masih menjaga diet korang boleh dapatkan masakkan grill di bahagian luar iaitu Kambing Golek dengan Sos, Ikan Bakar dan Ayam Grill.



Selain daripada air sejuk seperti air bandung, air sirap, air oren, air peach tea dan air jagung di sini juga terdapat air teh tarik sedap cukup lemak manis.


 


 

Selain kuih muih, nasi dan lauk pauk yang pelbagai jenis di sini juga ada Cucur Udang, Pisang dan keropok lekor goreng. Memang meriah tambah pula dengan adanya jeruk buah dan rojak buah juga. Pada yang suka macam pecal, roti jala, murtabak dan bubur lambuk juga ada jadi banyak pilihan yang ada.
 
 

Paling best adalah terdapat 5 jenis kerabu antaranya kerabu mangga, kerabu perut, kerabu kacang botol dan kerabu taugeh pucuk paku kerang. Kalau sudah namanya ala kampung ikan masin tidak dilupakan termasuklah telur masin dan pelbagai ulam-ulaman dan dipadankan dengan pelbagai sambal.


Kesemua hidangan istimewa ini boleh didapati pada harga Rm 55.00 untuk dewasa dan RM 40.00 untuk kanak-kanak, manakala pada hari jumaat dan sabtu Rm 58.00 untuk dewasa dan Rm 45.00 untuk kanak-kanak. Harga promosi pembelian Awal Ramadhan baucer boleh didapati pada harga Rm 48.00 untuk dewasa dan Rm 38.00 untuk kanak-kanak bermula 6 mei hingga 12 mei 2019.

Korang juga tak perlu risau untuk menunaikan solat pihak hotel juga menyediakan surau yang bersih, luasa, berhawa dingin dan selesa serta dilengkapi dengan tempat mengambil wuduk di tingkat 10 hotel.

Selain hidangan buffet Ramadhan yang istimewa pihak hotel turut menawarkan harga bilik yang hebat iaitu Bilik Deluxe King dengan harga RM180.00 nett termasuk sahur dan buffet Ramadhan untuk seorang, manakala Bilik Deluxe Berkembar  RM250.00 nett termasuk sahur untuk 2 orang dan buffet Ramadhan untuk 2 orang.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian tertera di bawahh :

Puan Norhaizan - 012 628 1808
Meor Suhaniz - 019 600 2078
Mimi Nasir - 019 600 2417
Vinoth Prasath - 019 600 2054

Atau hubungi talian terus di talian 05 208 6888 sambungan 6900 (Cafe@6) atau 6000(Sale Office).

Alamat :
Cafe@6 / Poolside, Level 6
Tower Regency Hotel & Apartments Ipoh, Perak
6-8 Jalan Dato' Seri Ahmad Said
Greentown 30450 Ipoh,Perak.

Instagram : Tower Regency Hotel Ipoh
 http://www.towerregency.com.my/

12 comments:

  1. uish.. legend tu ubi kayu rebus.. menarik sungguh menu-menu yang ditawarkan..

    ReplyDelete
  2. Sedap n harganya pun berpatutan. Kalau di hotel lain mahunya atas rm100 per head!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoo..abe kie..antara paling murah jugak harga dia nii

      Delete
  3. Uishh sedap² belaka menunya tu cikma. Sedapnya !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cik tie..klu bleh nk sumak belake

      Delete
  4. masih terbanyang-bayang lagi makanan dekat sini. semua sedap-sedap

    ReplyDelete
  5. murah juga harga bufet dia tu sha. dengan pelbagai pilhan makanan memang berbaloi berbuka dekat sini. menu pun semua sedap2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah boleh tahan jugak laa harga dia dengan menu yang ada,,

      Delete
  6. Replies
    1. best tambah hotel ni memang pilihan ramai.. tempat pemain bola duduk

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi

Follow Us @shalimarmohdyusof