SHALIMAR YUSOF

Blog ini dibangunkan untuk catatan peribadi dan perkongsian info bersama pembaca semoga mendapat manfaat

Thursday, March 21, 2019

Perkhidmatan Cuci Rumah Harian Kawasan Sungai Petani Kedah

Perkhidmatan Cuci Rumah Kawasan Sungai Petani Kedah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah 2 hari ini rezeki makan-makan bila buat program di kampung orang dan kita dialu-alukan, semoga rezeki tok ketua dan pemimpin masyarakat yang hadir dalam program hari ini diluaskan pintu rezeki semua. Sha juga percaya dengan konsep memberi, menerima dan berkongsi rezeki kerana apabila memberi kita tak tahu dalam bentuk mana Allah S.W.T membalasnya. Rezeki juga bukan hanya dalam bentuk wang ringgit, rezeki adalah lebih luas daripada sudut pandangan mata kasar kita manusia. InsyaAllah semoga rezeki yang kita dapat diberkati olehNya.


Berbalik pada tajuk Sha hari ini, pernah tak satu masa korang rasa balik rumah terutamanya para isterilah, orang perempuan rasa tak larat nak mengemas rumah? Bila rasa tak larat menjelma mulalah berangan nak ada maid, alangkah seronoknya balik rumah tak perlu risau pasal kemas rumah segala, balik rumah nak berehat dan luang masa bersama keluarga. Tapi nak gajikan orang gaji tak semua orang mampu, banyak kos diperlukan. Sha tak cakap orang lainlah bab tak larat ni, masa dulu mak Sha sendiri pun pernah upah orang kemas rumah sebab kebanyakkan masa mak tak ada masa kat rumah keluar rumah gelap balik rumah pun gelap. Jadi mak kadang-kadang kalau tak sempat nak mengemas dia ambillah orang kat kampung



Kalau korang ada masalah tiada masa nak mengemas rumah selalu, kini ada berita baik tapi hanya untuk penduduk Sungai Petani Kedah sahaja. Raranana Daily Maid menyediakan perkhidmatan cuci rumah seharian dan juga perkhidmatan cuci pejabat. Pihak Raranana Daily maid akan cuci dari dapur sampai ke ruang tamu jadi korang tak perlu susah-susah, hanya perlu rehat dan tunggu rumah siap dibersihkan sahaja.

"BIAR KAMI CUCI,SAMPAI ANDA PUAS HATI"
Raranana Daily Maid sedia membantu.

Khidmat Cuci Harian Sungai Petani Kedah

→ Mengemas dan mencuci rumah anda secara menyeluruh.
→ Mencuci, menyidai dan melipat pakaian.

Bermula serendah RM15 untuk 1 jam

  • PERCUMA penghantaran maid ke rumah anda
  • Sesi perkhidmatan bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang (slot pertama)
  • 2.00 petang hingga 7.00 petang (slot kedua)
  • Tempahan perkhidmatan MINIMUM 4 jam.
Dapatkan 1 cop daripada team Raranana Dailymaid untuk setiap 5 jam servis cuci rumah korang. Kumpulkan 6 cop untuk mendapat 5 jam servis secara percuma daripada pihak Raranana Dailymaid.


Kalau korang tinggal di Sungai Petani Kedah dan sedang mencari perkhidmatan daily maid sebegini korang bolehlah hubungi:-

No.tel 012-4111286
atau whatapps 

6 comments:

  1. Bagus bila ada mcm ni..
    Membantu ibu ibu yg bekerja..
    Tak penat sgt nak buat kerja rumah Tu ye sha..

    ReplyDelete
  2. mmg kadang servis mcmni sgt membantu, lagi2 kalau yg suami isteri sama2 kerja, anak lak masih kecik2 lg

    ReplyDelete
  3. Perkhidmatan nie sangat membantu terutama jika kita berpindah randah dan harganya pun berpatutan jugak..

    ReplyDelete
  4. Bagusnya perkhidmatan yang ditawarkan.. Kalau rajin, memang boleh jadikan pendapatan..
    membantu lagi pada yang memerlukan..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi