Kenduri Mendekatkan Kita Dengan Saudara Mara Dekat Dan Jauh | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah pada minggu lepas Sha sekeluarga sempat balik kampung untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan sepupu terdekat Sha sendiri. Adat bersaudara, adat berkawan ada pasang surutnya tidak semuanya indah walaupun dengan adik beradik sendiri atau juga pasangan kita. Di dalam apa sahaja pekerjaan yang kita buat kita perlu berbuat baik, kurangkan berprasangka walaupun kadang-kadang tindakan kita disalahertikan. Akhirnya kita tetap serahkan tindakan kita dalam penilaian Yang Maha Besar kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui.


Pertama sekali Sha ingin mengucapkan Tahniah kepada sepupu Sha iaitu Farah kerana selamat menjadi seorang isteri kepada Aliff. Semoga kedua mempelai dapat menikmati percintaan selepas ijab & qabul ini, selamat berkenalan dan menempuhi alam rumah tangga dengan penuh tolak ansur dan penuh kasih sayang. Kak Ma tak mampu nak bagi hadiah mahal cuma mampu menyumbang tenaga di belakang tabir majlis ini. Selamat Pengantin Baru.


Pengantin adalah paling adik di dalam kalangan Sha dan yang lain perbezaan umur pun dalam 7 tahun. Alhamdulillah kendurilah yang biasanya dapat merapatkan balik hubungan tambah pula Sha sudah berpindah mengikut suami ke Perak jadi perlu mencuri peluang sebegini untuk bertemu secara dekat walaupun dunia sekarang boleh sahaja berhubung melalui group whatapps yang dicipta.


Ini Ika, atau Kak Kah iaitu panggilan kami kat kampung macam Sha sendiri dipanggil Kak Mar.. Sepanjang kenduri selepas kerja-kerja dapur selesai kami berkumpul sambil menanti ketibaan pengantin bermulalah kisah-kisah zaman kecil kami dikenang kembali. Arwah ayah kami menggelarkan kami "Kentut & Tahi" akibat terlalu rapat..ahahhaa..buruk sangat bunyinya kan?? Tapi itulah kami tambah pula kami boleh dikatakan berkawan dari dalam perut mak kami. Kami dilahirkan tahun berbeza tapi hanya berbeza 5 bulan sahaja, Ika lahir dahulu barulah Sha. Sekolah rendah sama-sama hinggalah naik sekolah menengah barulah kami berlainan sekolah tapi bila masing-masing balik sekolah kami akan berkumpul di port kami iaitu di sungai berdekatan rumah kami yang mana sungai itu tak sama macam sekarang.

Alhamdulillah sekarang pun masing-masing dah jadi mak orang tapi korang faham-fahamlah bila dah jumpa kawan baik kawan sebaya macam muda kembali...hihihihi.. kamilah budak kampung yang selalu berguling dalam pasir sungai, mandi sungai sampai lupa hari dah nak senja. Kalau dah terlewat macam biasalah tengok-tengok mak masing-masing dah tercegak dengan ranting kayu di tangan... ahahhaa.. Maaf mak ayah kami nakal sikit je kan...
Perkhidmatan Cuci Rumah Kawasan Sungai Petani Kedah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah 2 hari ini rezeki makan-makan bila buat program di kampung orang dan kita dialu-alukan, semoga rezeki tok ketua dan pemimpin masyarakat yang hadir dalam program hari ini diluaskan pintu rezeki semua. Sha juga percaya dengan konsep memberi, menerima dan berkongsi rezeki kerana apabila memberi kita tak tahu dalam bentuk mana Allah S.W.T membalasnya. Rezeki juga bukan hanya dalam bentuk wang ringgit, rezeki adalah lebih luas daripada sudut pandangan mata kasar kita manusia. InsyaAllah semoga rezeki yang kita dapat diberkati olehNya.


Berbalik pada tajuk Sha hari ini, pernah tak satu masa korang rasa balik rumah terutamanya para isterilah, orang perempuan rasa tak larat nak mengemas rumah? Bila rasa tak larat menjelma mulalah berangan nak ada maid, alangkah seronoknya balik rumah tak perlu risau pasal kemas rumah segala, balik rumah nak berehat dan luang masa bersama keluarga. Tapi nak gajikan orang gaji tak semua orang mampu, banyak kos diperlukan. Sha tak cakap orang lainlah bab tak larat ni, masa dulu mak Sha sendiri pun pernah upah orang kemas rumah sebab kebanyakkan masa mak tak ada masa kat rumah keluar rumah gelap balik rumah pun gelap. Jadi mak kadang-kadang kalau tak sempat nak mengemas dia ambillah orang kat kampung



Kalau korang ada masalah tiada masa nak mengemas rumah selalu, kini ada berita baik tapi hanya untuk penduduk Sungai Petani Kedah sahaja. Raranana Daily Maid menyediakan perkhidmatan cuci rumah seharian dan juga perkhidmatan cuci pejabat. Pihak Raranana Daily maid akan cuci dari dapur sampai ke ruang tamu jadi korang tak perlu susah-susah, hanya perlu rehat dan tunggu rumah siap dibersihkan sahaja.

"BIAR KAMI CUCI,SAMPAI ANDA PUAS HATI"
Raranana Daily Maid sedia membantu.

Khidmat Cuci Harian Sungai Petani Kedah

→ Mengemas dan mencuci rumah anda secara menyeluruh.
→ Mencuci, menyidai dan melipat pakaian.

Bermula serendah RM15 untuk 1 jam

  • PERCUMA penghantaran maid ke rumah anda
  • Sesi perkhidmatan bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang (slot pertama)
  • 2.00 petang hingga 7.00 petang (slot kedua)
  • Tempahan perkhidmatan MINIMUM 4 jam.
Dapatkan 1 cop daripada team Raranana Dailymaid untuk setiap 5 jam servis cuci rumah korang. Kumpulkan 6 cop untuk mendapat 5 jam servis secara percuma daripada pihak Raranana Dailymaid.


Kalau korang tinggal di Sungai Petani Kedah dan sedang mencari perkhidmatan daily maid sebegini korang bolehlah hubungi:-

No.tel 012-4111286
atau whatapps 
Kain Batik Sarung Keluaran Noor Arfa Batik Terengganu | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini hari kedua Sha mula menjual kain batik sarung pastel keluaran pengeluar kain batik terkenal di Terengganu iaitu Noor Arfa. Perniagaan kali ini niatnya untuk jangka panjang bukan jangka pendek, mudah-mudahan Allah s.w.t memperluaskan rezeki Sha dan keluarga. Tapi masalah terbesar Sha adalah perasaan malu nak berniaga barang ready stock sebegini masih menebal walaupun Sha tahu perasaan itu tidak perlu tambah pula Sha sudah mengambil langkah untuk berniaga.


Untuk permulaan ini Sha mengambil hanya 10 pilihan warna kain batik pastel noor arfa dengan harapan satu hari nanti Sha mahu meriahkan lagi koleksi kain batik lain. Berikut adalah 10 pilihan corak dan warna Kain batik sarung pastel Noor Arfa Batik Terengganu.











HARGA : RM 45.00 sahaja.

Tentang Kain Batik Sarung Noor Arfa Batik Terengganu :

Material daripada 100% Cotton
Batik Halus dan lembut [ memang terbukti lembut ]
Corak yang sesuai dijadikan blaus dan kain padanan rekaan terkini.
Exclusive Design
Floral pattern
Length x Field ( 2 meter x 45")
Basuh mesin sila letak dalam cloth bag
Elak rendam lama
Jangan guna peluntur
Baik jika dibasuh tangan.

Kawan-kawan kalau korang ada masa tinggalkan tanda sokongan dengan :

Like FB Page : FB Batik Zaryth
Follow Instagram : Ig Batik Zaryth
Whatapps : 0179154696

Terima kasih pada yang sudi sokong Sha okeh!
Pengalaman Mendaki Gunung Semanggol Kerian Perak | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah hampir setahun tak mendaki bukit akhirnya 3 mac 2019 lepas Sha telah menyertai satu program kerja yang memerlukan Sha menyertai pendakian bersama ahli jawatankuasa dan klien pengawasan juga rakan-rakan sekerja. Memang bagai pucuk dicita ulam mendatang Sha menerima tugasan berkenaan kerana bukan selalu dapat peluang mendaki sebegini. Setakat ini Gunung Semanggol adalah pendakian ke 5 yang Sha pernah naik selepas Lata Berangin Besut, Bukit Keluang Besut, Bukit Puteri Kuala Terengganu dan Bukit Kledang Ipoh. Setiap bukit mempunyai cabaran dan keistimewaan masing-masing dan Gunung Semanggol adalah antara paling mencabar mungkin kerana tahap kecuraman yang boleh dikatakan 75% curam walaupun ketinggiannya hanya 390m (1279 kaki)

 
Masjid An-Nur Semanggol menjadi point sebelum pendakian kerana ianya terletak di kaki gunung semanggol.

Kami memulakan pendakian pada jam 7.50 pagi, agak lambat sedikit selepas berkumpul dan sedikit taklimat daripada jawatankuasa.

Masih dikaki gunung, Sha tunggu rakan sekerja lain sampai.

Ini mungkin suku daripada pendakian kami tapi mata dah pedih disebabkan peluh dah mula menitik dengan laju..ahahaha

Pendakian yang mencabar sudah bermula.

Akhirnya selepas lebih kurang 1 jam 30 minit mendaki kami berjaya sampai juga ke puncak Gunung Semanggol, agak lambat kerana banyak kali juga Sha berhenti rehat maklumlah mudah sangat penat.

Bergambar bersama rakan-rakan lain yang setia menunggu Sha dari mula sampai puncak.

Gabungan 2 daerah iaitu Perak Tengah dan Daerah Kerian, Perak.

 
Pemandangan dari puncak Gunung Semanggol. Boleh nampak Bukit Merah Laketown, Bukit Larut dan sawah padi.


Gambar semasa turun gunung. Akibat kecuraman dan kasut tak berapa sesuai Sha jatuh sekali, pinggang terkena batu tapi nasib baik tak ada apa-apa terjadi dan luka pun tak ada. Alhamdulillah.

Banyak part yang Sha tak snap gambar sebab banyak kali Sha rasa macam putus asa macam nak patah balik sebab tak pernah lalu kecuraman tahap ini. Walaupun nafas dah ok, tapi mental agak celaru macam nak menangis, tapi malu kat kawan-kawan..ahahaha...

Dalam duk celaru Sha gagahkan juga melangkah naik ke atas dengan semangat kawan-kawan bagi. Tak tahu berapa kali diaorang bagi harapan palsu pada Sha katanya dah dekat nak sampai tapi tak sampai-sampai..ahahaha.. akhirnya kami sampai juga untuk bersama kawan-kawan yang lain. Alhamdulillah.

Lagipun malulah dengan orang lain yang ada bawak anak-anak mendaki berjaya juga sampai ke atas. Mungkin pada yang dah biasa hiking tak ada masalah kalau setakat gunung macam ni. Tapi bagi Sha ianya pencapaian peribadi yang membanggakan.

Tips mendaki bukit dan gunung

  • Persediaan mental dan fizikal.
  • Pastikan rehat dan tidur cukup sebelum memulakan pendakian.

  • Pemilihan kasut yang bersesuaian
Dinasihatkan memakai kasut tapak getah atau yang tidak licin kerana kebanyakan laluan adalah curam.

  • Belajar cara pernafasan yang betul.
Sha nasib baik bersama rakan yang biasa hiking jadi dia ajar pernafasan melalui hidung untuk stabilkan degupan jantung yang sememangnya laju.

  • Berjalan/mendaki/turun dengan sedikit mengiring dan rendahkan badan untuk menyeimbangkan badan. Terbukti kerana Sha berjalan secara lurus Sha mengalami ketegangan di bahagian betis.

  • Jika korang naik awal pagi masih gelap boleh sediakan lampu suluh.

  • Jangan lupa bawa plastik untuk pastikan tiada sampah ditinggalkan di puncak nanti.

  • Pakaian yang bersesuaian, paling elok yang boleh menyerap peluh.

  • Stamina.
Dinasihatkan melakukan regangan sebelum memulakan pendakian untuk mengelakkan otot-otot terkejut atau kejang.

  • Ambil makanan tidak terlalu berat sebelum mendaki untuk elak hilang tenaga dengan cepat. Jangan lupa bawa air kosong atau air 100 plus untuk ganti balik garam yang hilang selepas berpeluh.

  • Jaga adab dan percakapan
  • Mulakan pendakian dengan doa dan bismillah semoga pendakian kita selamat naik dan turun elak perkara tidak diingini berlaku.

  • Semangat Setiakawan
Jangan pentingkan diri sendiri. Jangan paksa kawan, nikmati pendakian dan alam dengan tenang. Lagipun kita naik bukit bukan nak berlumba siapa cepat sampai.

  • Kalau nak pemandangan lebih cantik dinasihatkan korang mulakan mendaki lebih awal, nanti sampai puncak boleh tengok awan yang lebih cantik. paling cantik kalau dapat solat subuh di Masjid Annur dan mulakan pendakian selepas itu.

Sekian perkongsian pendakian Gunung Semanggol , Kerian Perak. Saat entry ini siap dicatat urat masih sakit-sakit..ahahaha.

Sedikit video yang Sha sempat rakamkan sepanjang pendakian.
Sekitar Perasmian Stesen Minyak Petronas UTP Tronoh, Perak Dan Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum Peringkat Negeri Perak 2019 [23 Februari 2019] | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baru-baru ini telah diadakan majlis perasmian Stesen Minyak Petronas dan Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum Peringkat Negeri perak 2019 bertempat di Stesen Minyak Petronas UTP sendiri. Program yang bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang itu telah dirasmikan oleh Ybhg Datuk Muez Bin Abd.Aziz iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Jutaan Tahniah Kepada Puan Bashariah Binti Basarudin atas pembukaan stesen minyak ini.

 
 Stesen Minyak Petronas UTP Tronoh, Perak.

 
 Sudut Browse & Choose

 
 Ruang dalam stesen.

 
Sudut Pelbagai Produk Industri Kecil & Sederhana (IKS)

 
Antara produk runcit lain di Petronas UTP. Di sini juga tercapat mesin ATM Cimbbank. 

 
Produk makanan lain seperti pau dan sandwich juga ada di sini, air panas juga disediakan.

Petronas UTP yang terletak di sebelah Universiti Teknologi Petronas Tronoh Perak ini adalah satu one stop centre yang korang boleh singgah jika perjalanan dari Lumut ke Ipoh. Di sini terdapat kemudahan tandas dan surau yang selesa untuk digunakan pelanggan yang singgah ke sini. Jika korang memilih untuk beriadah di Tasik UTP juga tidak menjadi masalah jika berasa dahaga atau lapar kerana ianya adalah yang paling untuk korang dapatkan bekalan air atau makanan.

Pada masa yang sama juga diadakan Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum Peringkat Negeri Perak 2019 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan pihak PETRONAS sendiri. Pada hari itu diadakan pelbagai program seperti pameran daripada Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), PETRONAS dan KPDNHEP. Program lain adalah seperti berikut :


 
Pengenalan produk-produk IKS yang ada dijual di Petronas UTP. Antara selebriti yang ada pada hari itu adalah Abon sebagai pengacara, penyanyi Zur Eda dan Ayu 1 In Million yang kini mengusahakan perniagaan dan produk makanan sendiri.
 
Penyampaian hadiah bagi sukarela menjawab kuiz sepanjang program diadakan.

 
Demontrasi kebakaran di stesen minyak.

 
Kiosk-kiosk produk IKS.

Tukar minyak hitam secara percuma.

 
Demontrasi kebakaran gas di rumah.

 
Pendaftaran dan muat turun aplikasi aduan kepada Biro Pengaduan Awam.

 
Antara simbolik perasmian Stesen Minyak Petronas UTP.

Di dalam ucapan Ybhg Datuk Muez juga menegaskan selain pihak stesen minyak sendiri mengutamakan keselamatan dalam beroperasi Ybhg juga mengingatkan supaya pelanggan sentiasa mengamalkan keselamatan semasa berada di stesen dengan mematuhi arahan keselamatan.

 

Jangan pentingkan diri sendiri. Sama-sama menjaga keselamatan InsyaAllah bahaya dapat dielakkan. Tahanlah diri anda sementara selesai mengisi minyak. Kejadian hasil tidak mematuhi panduan ini juga telah banyak terjadi jadikanlah sebagai iktibar.