Ukuran Tahap Kepulihan Seseorang Penagih Adalah Subjektif

Ukuran Tahap Kepulihan Seseorang Penagih Adalah Subjektif | Assalamualaikum, Selamat sejahtera semua. Walaupun topik dadah ini tidak berapa menarik untuk dibaca, tetapi mungkin ada insan yang berminat untuk membacanya maklumlah mungkin membosankan. Jika sebelum ini Sha tidak berapa berminat untuk menulis tentang isu dadah di dalam blog tapi kini jika ada menarik untuk dikongsi terutama pengalaman bersama penagih dadah Sha akan kongsikan. Sha jadikan penulisan ini sebagai suatu publisiti atau khidmat masyarakat Sha kepada yang membaca kerana ramai orang tidak terkena batang hidung sendiri tak akan ada yang ingin ambil tahu. Perkongsian ini bukan sahaja untuk pembaca tapi juga untuk diri sendiri kerana kami juga punya keluarga.

Semalam Sha menyertai unit pencegahan dalam program Tempat Kerja Bebas Dadah yang mendapat arahan supaya setiap kakitangan awam menjalani ujian saringan air kencing. Ujian ini akan dijalankan secara berperingkat mengikut jabatan masing-masing dan akan dijalankan oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan. Semalam semasa taklimat di sebuah jabatan ada seorang kakitangan yang bertanya bagaimana kita nak tahu seseorang penagih itu pulih dan hal ini selalu dibincangkan kerana ramai orang mempertikaikan kepulihan penagih contoh kata-kata yang pernah dilemparkan adalah seperti macam mana seorang pegawai pemulihan boleh mengklafikasikan seseorang itu pulih berpandukan fail klien, adakah apabila cukup masa hukuman pengawasan ( 2 atau 3 tahun) yang dijatuhkan tamat seseorang penagih itu akan berjaya dipulihkan? TIDAK jika ditanya pada masa kepulihan seseorang penagih adalah sepanjang hayatnya, mereka perlu sentiasa beringat dan menjaga langkah supaya tidak terjebak balik. Manusia normal pun bukan senang mahu mengubah sesuatu terutamanya tingkah laku inikan pula dalam penyalahgunaan dadah yang pastinya banyak dugaan.


Terdapat banyak contoh terutamanya contoh yang berjaya pulih, mereka telah menukar gaya hidup dan tingkah laku mereka untuk terus kekal pulih dan tidak menyalahgunakan dadah lagi. NORMAL bagi seorang manusia biasa atau lebih-lebih lagi seorang penagih bukan mudah ingin menukar sikap yang sudah sebati di dalam diri.

Sebagai seorang terlibat dalam pemulihan penagih dadah ( suatu kerjaya yang mungkin tidak ramai suka, dan ramai yang mengatakan sia-sia bersama mereka ) pemulihan mereka mereka mengambil masa sepanjang hayat dan dalam perjalanan pemulihan mereka pasti ada turun naiknya. Dalam masa 2 atau 3 tahun kita tak dapat pastikan mereka benar-benar meninggalkan penyalahgunaan dadah, tetapi bagi yang bekerja dan menjalankan program pemulihan ke atas mereka sedikit perubahan positif daripada mereka amat bernilai. Sebagai contoh perubahan positif adalah kebiasaan mereka akan mengambil dadah setiap hari dan dalam beberapa bulan mereka dapat kurangkan kepada seminggu sekali kemudian sebulan sekali itu sudah menandakan perkembangan baik mereka.

Ketahuilah kenapa DADAH MUSUH NO 1 NEGARA, kerana ianya bukan sesuatu yang boleh hanya diucap dimulut. Kamu ! Sila berhenti salah guna dadah ! Baik encik.. baik puan.... bulan depan buat saringan urin, sangkut. Hari ini tutup fail tamat pengawasan selama 2 atau 3 tahun, esok bergari kerana ditangkap polis dan ujian saringan air kencing positif. Itu adalah sebahagian fenomena yang biasa dilalui. Anda cuba anda merana adalah paling tepat kerana bukan senang nak berpisah dengan dadah.

Sekian Bebelan Petang Ini. Terima Kasih.
Tidak mustahil untuk mereka berubah, tunjang utama adalah DIRI SENDIRI pegawai pemulihan , keluarga terdekat adalah peniup sokongan sahaja. Pusing-pusing semuanya dari diri mereka sendiri sama ada mahu berhenti atau meneruskan merosakkan diri sendiri.

4 comments:

  1. Moga zumal tak terlibat dengan gejala ni walaupun kekafkek hidup terlalu stress

    ReplyDelete
  2. kalau tak nekad, iman tak kuat dan tak ada sokongan mmg payah. Tambahan kawan2 yang sama ambil dadah sentiasa mencari.

    ReplyDelete
  3. semoga Allah memberi sebesar rahmat buat Sha dan rakan-rakan sekerja..kerja yang mulia..

    ReplyDelete
  4. Betul, kita kalau ketagih sesuatu aktiviti contohnya main game pun susah nak stop, ni kan pula nak suruh orang lain berubah. Tulah yang penting niat dari hati masing-masing

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi