Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MyPuspakom Memudahkan Urusan Tukar Nama Kenderaan

MyPuspakom Memudahkan Urusan Tukar Nama Kereta | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Minggu lepas bercuti panjang dikampung Sha mengambil peluang untuk menyelesaikan urusan tukar nama kereta arwah ayah kepada nama Sha jadi sedikit sebanyak Sha belajar prosedur tukar nama kereta jika tidak sebelum ini tak pernah ikut Encik Suami ke mana-mana puspakom. Kenapa Sha mengatakan penggunaan MyPuspakom memudahkan? Sepatutnya Sha merancang untuk ke Puspakom Kelantan yang terletak di Pengkalan Chepa tetapi dengan Mypuspakom amat membantu kerana sebelum ke sana Sha ingin membuat temujanji terlebih dahulu tapi didapati temujanji telah penuh dan Sha telah memilih Puspakom Kuala Terengganu untuk urusan kali ini kerana masih ketersediaan kekosongan.



Bagaimana membuat temujanji puspakom?

Korang boleh terus ke laman web https://www.mypuspakom.com.my/ atau muat naik aplikasi Mypuspakom di google play. Di laman web atau aplikasi ini korang perlu mendaftar masuk terlebih dahulu sebelum meneruskan urusan temujanji.

Sebelum mengisi borang temujanji pastikan geran , perakuan pendaftaran kenderaan atau sijil pemilikan kenderaan berada di tangan korang kerana semua maklumat kenderaan perlu di isi iaitu (jangan risau jika tidak faham untuk isi dan ruang mana perlu ambil dan isi kerana contoh sijil pemilikan disediakan - klik simbol [i] sebelah kotak borang) :

Registration No
Chassis No
Engine/Motor No
Brand/Make
Model Name
Engine/Motor Capacity
Fuel Type
Year Manufactured
Vehicle Category
Vehicle Type
Usage Class
Body Type

Maklumat Pemilik

Name
I/C
Contact No
Address
Postcode
City
State

Jika korang adalah wakil korang akan ada ruangan untuk pembawa kenderaan, macam Sha suami Sha yang bawa jadi letak nama dia.

Selepas mengisi semua maklumat korang perlu memilih pusat puspakom yang korang inginkan dan waktu temujanji. Akhir sekali korang boleh membuat pembayaran terus ( secara online ) jadi bila berada di pusat puspakom tidak perlu mengeluarkan duit tunai.

Kelebihan menggunakan MyPuspakom

Temujanji segera
Mudah
Untuk semua cawangan
Dimana sahaja dan Mengikut waktu temujanji
Tiada halangan / lancar
Tiada urusan tunai

Ya ! Memang Mypuspakom betul-betul membantu, kerana selepas mendapatkan satu borang di pondok pengawal kami terus ke lorong temujanji yang mana terdapat 3 lorong semuanya. Sangat berbeza dengan dua lagi lorong lagi kerana perlu beratur panjang, perlu mengisi borang maklumat serta membuat pembayaran di sana. Lorong temujanji hanya perlu isi 1 borang dan hantar ke pondok daftar kemudian terus ke tempat pemeriksaan. Segala maklumat yang diisi secara atas talian sebelum ini pihak puspakom hanya akan buat imbasan bar kod yang didapati selepas membuat temujanji atas talian melalui puspakom.


Kepada korang yang ada urusan untuk ke puspakom sama ada untuk pemeriksaan berkala, pemeriksaan tukar milik, pemeriksaan sewa beli, pemeriksaan awalan, pemeriksaan kenderaan secara sukarela, pemeriksaan khas bolehlah membuat temujanji terlebih dahulu untuk memudahkan urusan. Urusan Sha bersama puspakom mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja termasuk menunggu keputusan pemeriksaan dikeluarkan. Alhamdulillah semuanya lulus.

Post a Comment

8 Comments

  1. Nice sharing...berinfomative! mmg dah lama tunggu ada app mcm ni..memudahkan urusan dgn puspakom

    ReplyDelete
  2. Memudahkan orang awam. Tak perlu dah beratur panjang-panjang.
    tq share info.

    ReplyDelete
  3. mmg dlm proses nak jual innova tu tp pembeli u plak ada masalah. geram tul. janji nak ke puspakom tp x gi2.

    ReplyDelete
  4. Sekarang serba serbi guna applikasi.. Sesuai dengan perkembangan teknologi..

    ReplyDelete
  5. Kalau dulu memang jenuh menunggu di Puspakom, dah ada apps macamni senang sikit kerja kita kan..

    ReplyDelete
  6. info berguna. boleh rancang bila nak ke puspakom. tq

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi