Ibu Sibuk Vs Makanan Segera - SHALIMAR YUSOF


Monday, February 25, 2019

Ibu Sibuk Vs Makanan Segera

Ibu Sibuk  Vs Makanan Segera | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tajuk hari ini rasanya berkait dengan kehidupan seharian kita dan teringat pula iklan mee segera di televisyen. Sha antara salah seorang yang sangat mudah terliur bila tengok iklan orang hirup mee segera, nampak sangat sedap dan menyelerakan dan membuatkan Sha trigger untuk makan tetapi teknik tidak membuat stok mee segera di rumah sangat membantu diri Sha jauh daripada mee segera. Itu cerita mee segera hari ini kita tengok kebanyakkan wanita bekerja, suri rumah sepenuh masa seakan tidak cukup masa untuk dan tidak cukup tangan terutamanya pada waktu pagi menguruskan keperluan suami, anak-anak dan terakhir barulah menguruskan diri sendiri. Sha rasa bukan Sha seorang begitu rakan-rakan pembaca lain juga semestinya begitu sama ada pengurusan masa yang membezakan kita.


Keperluan anak-anak yang berbeza pula mengikut umur, macam Adik Nur keperluan ke rumah pengasuh, bekalan pakaian dan Abang Zaryth pula perlu disiapkan bekalan itupun nasib baik ayahnya membantu sediakan pakaian sekolah dan memeriksa buku dan alat tulis juga menyemak jadual waktu. Sha yakin waktu pagilah banyak kalori para ibu terbakar..hihihi..

Rutin harian yang kadang-kadang terpaksa terkejar-kejar masa telah mencetuskan satu cara yang ingin menjimatkan masa untuk memudahkan urusan. Penyediaan sarapan dalam bentuk yang sedia dimakan seperti roti dan susu dalam kotak menampakkan budaya segera mengambil tempat dan peranan.

Masa

Kebanyakkan sudah maklum memasak dan makan di rumah adalah lebih selamat dan lebih baik kerana sudah tentu ibu lebih tahu apa yang terbaik buat keluarga. Disebabkan faktor masa inilah membuatkan makanan segera menyelesaikan masalah tidak ada masa.

Isu mengurus rumah yang tak ada kesudahan tidak kira ibu bekerja atau suri rumah sama sahaja bila ada di rumah dialah isteri dan ibu. Memastikan rumah sentiasa kemas adalah cabaran utama dan cabaran ini memerlukan sokongan dan bantuan insan terdekat iaitu suami untuk membantu dalam menguruskan rumah tangga. Jemu buat perkara sama tetapi bolehkah hidup dengan tenang bila tengok rumah berselerak? Pastinya tidak mahu.

Cari pendekatan yang lebih fleksibel agar kita tidak terlalu tertekan dengan masa. Cubalah mengurangkan pendekatan menyediakan makanan segera di dalam keluarga walaupun makan di restoran makanan segera dapat juga kita mengeratkan keluarga tetapi juadah daripada air tangan ibu dan isteri biarpun ringkas lebih memberi makna dalam ikatan.

Mungkin kerana Sha dibesarkan di kawasan yang tidak ada restoran makanan segera dan dibesarkan oleh ibu bapa yang tidak kenal apa itu makanan segera Sha sudah terbiasa dengan makanan asas bukan makanan diproses membuatkan Sha terbawa-bawa budaya itu sedikit sebanyak di dalam rumah sekarang.

Sekeliling Sha terdapat kedua-dua golongan sama ada balik kerja singgah restoran makanan segera dan bawa pulang untuk dinikmati sebagai makan malam atau seorang yang nak balik cepat untuk nyahbeku ayam daging untuk persiapan makan malam. Secara jujur Sha amat mengagumi golongan yang nak balik cepat untuk buat persediaan masak untuk makan malam. Sha sendiri jika terlalu penat lebih memilih kedai makan masakan panas berbanding restoran segera tambah pula kos pun lebih rendah.

Ehemmm...sekurang-kurangnya biarlah suami dan anak-anak memulakan langkah keluar rumah untuk pergi mencari rezeki..mencari ilmu dimulakan dengan air tangan permaisuri ..tak gitu..

6 comments:

  1. SA pun dah lama tak makan mee segera..kalau tak memang seminggu 2-3 kali makan..sejak sakit dari bulan 10 lepas memang tak amik dah maggi..x tau la bertahan sampai bila..

    ReplyDelete
  2. mama setuju makanan di rumah lebih yakin dan berkhasiat

    ReplyDelete
  3. kadang2 terliur juga maggi..tp tak bagi anak2 makan..dorang tidur baru masak megi..hihi

    ReplyDelete
  4. Stok mee segera tu ada tapi tak bagi pada anak2. Bab makanan segera yang lainnya memang jarang2 dapat. Nasib la tinggal di pinggir bandar. Yang ada pun KFC & Pizza Hut sahaja. So, kita pilih kedai tomyam la!
    Apapun, masakan di rumah tu pastinya lebih berkhasiat!

    ReplyDelete
  5. akak ni nk kata sibuk takla sibuk sgt, tp selalu paling awal sampai umah 5.40petang, akak selalu lbh pilih utk msk sendiri, tak kisahla menu paling mudah pun... jnji msk sendiri...

    nk ke makanan segera ada tp jarang2 lah, mungkin sebulan sekali atau 2 kali je...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi