Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Menyaksikan Perak Royal Mini Classic Speed Day Piala Raja Muda Perak Darul Ridzuan Tahun 2019

Menyaksikan Mini Classic Speed Day Piala Raja Muda Perak Darul Ridzuan | 27 Januari 2019 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bertugas di tapak pameran sempena Mini Classic Speed Day iaitu satu program yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah dengan Kerjasama Kelab Kereta Mini Classic Perak memberi peluang kepada Sha untuk menyaksikan juga perlumbaan kereta mini classic yang disertai oleh beberapa negeri dan negara jiran kita. Agak teruja kerana ini adalah kali pertama Sha menyaksikan perlumbaan kereta klasik yang bersaiz comel di Litar Dato Sagor Kg.Gajah Perak.

 
Penganjur dan penaja yang telah menjayakan Mini Classic Speed Day.

 
 Lawatan Raja Muda Perak ke Tapak Auto Show Kereta Mini Klasik.

Gimik menanam pokok.

 Auto Show Kereta Mini Klasik dari pelbagai negeri di Malaysia.

 Si kuning yang menarik perhatian.

 Antara kereta mini klasik yang menyertai auto show kali ini.

 Berangan nak satu buat lumba tahun depan..ehehehe

 Kaunter Zakat Majlis Agama Islam.

  
 Boleh tahan juga Si Merah nih..

 Perlumbaan Kereta Mini Klasik Kategori Enjin Standard. Jangan main-main ada salah satu kereta dipandu oleh pelumba wanita.

 Juara Kategori dimenangi oleh pelumba dari Negara Filipina. Memang jauh meninggalkan pesaing lain.

 
 Dua beradik ni tak sempat tengok perlumbaan, dapat tengok kereta pun jadilah anak-anak.

 Sempat posing bersama Si Kuning.


Perasmian penutup dan penyampaian hadiah bagi pemenang perlumbaan telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa.

Post a Comment

5 Comments

  1. Comel-comel kereta..tak sangka pula ada juga perlumbaan melibatkan kereta mini.

    ReplyDelete
  2. mmg comei2 kete tu semua... suka tengok, sambil rasa jakun hehhehe

    ReplyDelete
  3. Best dapat berlumba dengan otai2😊

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi