Menyaksikan Mini Classic Speed Day Piala Raja Muda Perak Darul Ridzuan | 27 Januari 2019 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bertugas di tapak pameran sempena Mini Classic Speed Day iaitu satu program yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah dengan Kerjasama Kelab Kereta Mini Classic Perak memberi peluang kepada Sha untuk menyaksikan juga perlumbaan kereta mini classic yang disertai oleh beberapa negeri dan negara jiran kita. Agak teruja kerana ini adalah kali pertama Sha menyaksikan perlumbaan kereta klasik yang bersaiz comel di Litar Dato Sagor Kg.Gajah Perak.

 
Penganjur dan penaja yang telah menjayakan Mini Classic Speed Day.

 
 Lawatan Raja Muda Perak ke Tapak Auto Show Kereta Mini Klasik.

Gimik menanam pokok.

 Auto Show Kereta Mini Klasik dari pelbagai negeri di Malaysia.

 Si kuning yang menarik perhatian.

 Antara kereta mini klasik yang menyertai auto show kali ini.

 Berangan nak satu buat lumba tahun depan..ehehehe

 Kaunter Zakat Majlis Agama Islam.

  
 Boleh tahan juga Si Merah nih..

 Perlumbaan Kereta Mini Klasik Kategori Enjin Standard. Jangan main-main ada salah satu kereta dipandu oleh pelumba wanita.

 Juara Kategori dimenangi oleh pelumba dari Negara Filipina. Memang jauh meninggalkan pesaing lain.

 
 Dua beradik ni tak sempat tengok perlumbaan, dapat tengok kereta pun jadilah anak-anak.

 Sempat posing bersama Si Kuning.


Perasmian penutup dan penyampaian hadiah bagi pemenang perlumbaan telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa.

Kit Pembasmi Kuman Antabax Teman Kebersihan Anak Ke Sekolah | Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Tahun ini adalah tahun peralihan Abang Zaryth daripada dunia pra sekolah kepada dunia sekolah rendah yang banyak perbezaan akan dihadapi oleh Abang Zaryth. Pada hari pertama persekolahan sudah nampak keterujaan Abang Zaryth berjumpa kembali kawan-kawan lama dari tadika kemudian pra sekolah dan sekarang sudah pun melangkah ke alam sekolah dengan lebih ramai kawan-kawan baru. Dalam keterujaan anak-anak Sha sangat risaukan kebersihan Abang Zaryth, tambah pula masa hari pertama ada kawan barunya tunjuk laku yang tak berapa baik dengan menyapu habuk lantai pada Abang Zaryth... aduhaii... geram juga Sha tengok tambah pula Abang Zaryth tak berapa sihat hari itu.







Pada tahun 2018, sebanyak 58,693 kes Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) telah dilaporkan sehingga 6 September 2018. Angka ini 127% lebih tinggi berbanding keseluruhan kes yang dilaporkan pada tahun 2017 dalam tempoh yang sama. Kalau nak tahu, dalam statistik itu Abang Zaryth dan Adik Nur mungkin adalah penyumbang kerana mereka pernah terkena HFMD pada tahun terbabit.


Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menganggarkan 80 peratus daripada jangkitan infeksi melalui tangan. Maklumlah pada umur macam mereka, ada sahaja mahu disentuh dan rasai tambah pula ada sahaja benda dan perkara baru mereka kenali. Justeru, ibu-bapa perlu pastikan tangan sentiasa bersih supaya dapat mencegah penyakit berjangkit daripada merebak sekali gus risiko penyakit berjangkit seperti influenza, makanan beracun dan Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) di kalangan murid dan keluarga mereka dapat dikurangkan. Kalau terkena memang kasihan pada anak-anak kerana memang tidak selesa.

Tetapi, sebagai ibu-bapa mustahil untuk selalu bersama anak-anak bagi menjaga kebersihan mereka dan harus mencari solusi bagi membantu kita mengurangkan risiko penyakit berjangkit. Air bersih juga tidak sentiasa ada untuk mereka membersihkan tangan terutama pada waktu rehat. Kini Sha tidak terlalu bimbang kerana Kit pembasmi kuman boleh membantu anak kita!

Kit Pembasmi Kuman Antabax, Rakan Kebersihan Anak Anda



Kebiasaanya Sha menggunakan mandian jenama Antabax, kini Sha bekalkan Abang Zaryth dengan Kit Pembasmi Kuman Antabax (Antabax Sanitizing Kit). Kit tersebut mengandungi Wipes Pembersih Antibakteria Antibakteria, Penyegar Tangan Segera dan Spray Tangan Sanitizer, yang mudah dimuatkan di dalam beg galas anak kita. Ianya padat dan mudah digunakan untuk situasi di sekolah dan dalam kelas jika air bersih mungkin tidak ada. Jangan risau mini paket ini ringan untuk dibawa.

Rangkaian produk pembersih Antabax boleh membantu membunuh 99.9% penyakit kuman. Ia juga diformulasi dengan vitamin untuk kulit dan Aloe Vera untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan lembab. Sistem Perlindungan Derma yang mengandungi Serum Lembapan Mikro akan menjadikan tangan lebih lembut, licin dan segar. Diuji dengan dermatologi dan terbukti lembut terhadap kulit yang paling sensitif, pembersih rangkaian Antabax sesuai untuk digunakan setiap hari, walaupun oleh anak-anak kecil.

Menurut Pengurus Kanan Produk Jabatan Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi, bahagian Pemasaran Lam Soon, Mandy Lee, penjagaan kebersihan tangan harus diamalkan sejak usia muda kerana ia akan menjadi satu tabiat yang baik dan diingati sehingga mereka membesar.


“Sebagai ibu, saya juga berasa bimbang anak-anak mendapat jangkitan di sekolah. Sebab itulah penting bagi ibu bapa mengajar anak kecil mengenai kebersihan tangan, bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul dan bila hendak membasuh tangan yang kotor kerana ia merupakan cara paling mudah untuk penyakit berjangkit boleh merebak. Matlamat kami ialah untuk menjadikan penjagaan kebersihan yang baik satu amalan.”

“Dalam ketiadaan air bersih dan sabun, Kit Pembasmi Kuman Antabax boleh menjadi alternatif terbaik untuk membersihkan tangan dengan cepat dan mudah. Kit ini sangat berguna untuk membersihkan tangan dan permukaan seperti meja dan barangan peribadi. Di tahun yang baru ini, kami ingin mengingatkan tentang pentingnya mengamalkan tabiat membersihkan tangan untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit,” kata Lee.




Kit Pembasmi Kuman Antabax boleh didapati di farmasi-farmasi dan peruncit utama di seluruh negara. Untuk keselesaan anda, ia juga boleh dibeli menerusi e-stor Antabax di laman Lazada www.lazada.com.my/antabax .

Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax dan mengikuti tip-tip kebersihan terbaik bagi menjalani gaya hidup yang sihat dengan penuh keyakinan, sila “Like” Facebook Antabax di www.facebook.com/NewAntabax atau ikuti Instagram rasmi Antabax di @antabax.
Tingkah laku Penagihan : Tingkah laku Kompulsif Dan Impulsif | Assalamualaikum, salam sejahtera pembaca semua. Hari ini Sha cuma nak berkongsi atau lebih kepada peringatan kepada Sha sendiri kerana apabila berhadapan dengan penagih jika kena pada tajuk yang berkaitan dengan tingkahlaku mereka, mereka pasti akan bertanyakan penerangan pada setiap modul yang dijalankan ke atas mereka setiap kali menjalani program pemulihan.


Seseorang yang berjuang dengan ketagihan biasanya akan melakukan apa sahaja yang mereka dapat untuk memuaskan keinginan mereka. Walaupun mereka mungkin menyedari bahawa penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan mereka dalam bahaya atau memberi kesan negatif terhadap kehidupan mereka, tetapi mereka tetap meneruskannya. Ia menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka dan rutin. Sebagai balasan, bagaimanapun, mereka mendapat rasa keseronokan.

Antara tingkahlaku yang terjadi dalam penagihan adalah tingkah laku kompulsif dan tingkah laku impulsif. Kedua-dua tingkah laku ini tidak sepatutnya ada pada penagih kerana boleh menyebabkan relaps teruk.

* Relaps = Penagihan Semula

Kebanyakkan orang yang bergantung kepada dadah menyertai rawatan hanya untuk menghentikan ketagihan mereka terhadap dadah tertentu. Mereka tidak berhasrat untuk mengubah hidup mereka secara menyeluruh. Apabila mereka dalam proses rawatan, mereka diberitahu bahawa kepulihan memerlukan perubahan dalam gaya hidup. Perubahan gaya hidup membolehkan seseorang mengawal semula kehidupan mereka.


KOMPULSIF

Tingkahlaku kompulsif di kalangan penagih dadah. Perbuatan berulang-ulang atau berlebih-lebih. Bagi seorang penagih dadah tingkahlaku ini patut dijauhkan kerana ia dapat memburukkan lagi keadaan kerana ianya tidak terkawal. Contoh tingkah laku kompulsif yang luar biasa adalah bekerja sepanjang masa, makan berlebihan, seks onani berlebihan dan boros.

Keinginan melampau atau keperluan (paksaan). Mereka tidak mendapat kelegaan sehinggalah mereka mendapatkannya. Mereka mungkin menyedari bahawa tidak ada ganjaran atau kesenangan dalam keperluan mereka tetapi mereka merasakan keinginan untuk melakukannya secara berterusan atau mereka dibiarkan dengan perasaan yang tidak puas atau kebimbangan sekali mendorong kepada kebergantungan fizikal.

Ke arah memenuhi keperluan (paksaan) mereka boleh menyebabkan mereka bertambah risiko untuk ketagihan. Mereka boleh beralih kepada dadah untuk cuba meredakan tingkah laku mereka yang kompulsif atau mendesak perasan mereka. Kelegaan sementara ini boleh mengakibatkan ketagihan dan mewujudkan lebih banyak masalah

IMPULSIF


Tingkahlaku impulsif di kalangan penagih dadah. Tingkah laku yang mengikut kata hati. Ciri peribadi seorang impulsif adalah bertindak secara tiba-tiba dan tidak berfikir terlebih dahulu. Apabila mereka berbuat sesuatu tanpa alasan dan hanya mengikut hati.

Kelakuan impulsif mempunyai dua ciri utama: keputusan terburu-buru yang dibuat tanpa memikirkannya, dan kurang perhatian terhadap akibat keputusan tersebut. Impulsivity biasanya tidak ditakrifkan oleh satu perbuatan sebaliknya, ia adalah corak tingkah laku. Satu keputusan buruk secara spontan tidak membuat orang impulsif. Sebaliknya, ia melibatkan terus membuat pilihan untuk bertindak tanpa memikirkannya atau mempertimbangkan hasil yang berpotensi untuk berlaku.

Ketidakupayaan untuk menahan tindakan impulsif boleh menyebabkan penyalahgunaan dadah. Kekurangan kawalan menjadikannya sukar untuk menolak dadah. Ini sering menyebabkan kegunaan berlebihan dan kebiasaan merosakkan. Impulsif memainkan peranan buruk dalam proses pemulihan. Apabila seseorang tidak mampu untuk mengawal tindakannya dengan betul, ia menjadi lebih mencabar untuk kekal pulih.

Penyelidikan menyokong idea bahawa orang yang mempunyai kecenderungan impulsif mungkin lebih mudah untuk mengambil dadah. Sebagai contoh, satu kajian pelajar-pelajar kolej lelaki mendapati bahawa mereka yang menggunakan ganja atau alkohol lebih impulsif daripada mereka yang tidak. Pengguna bahan didapati memberikan respons cepat atau tugas lengkap dengan cepat, menyebabkan mereka membuat lebih banyak kesilapan.

Penyalahgunaan bahan terlarang boleh mencetuskan tindakan impulsif, mewujudkan tindak balas tingkah laku ganas dan negatif yang sukar untuk dikawal. Rawatan ketagihan akan membantu mereka mengubah pola perilaku yang memudaratkan. Terapi mungkin akan memberi tumpuan kepada pengubahsuaian penyesuaian kelakuan. Mereka akan belajar bagaimana untuk menguruskan emosi yang tidak diingini dan membuat keputusan yang sesuai dan bijak.

Ok, siap nota kali ini harap berguna suatu hari nanti. Pendek kata kedua-dua tingkahlaku ini tidak baik untuk proses kepulihan penagih yang merupakan kepulihan sepanjang hayat iaitu perlu berpanjangan bukan 1 tahun dah berhenti bermaksud tidak akan berulang lagi tetapi sehingga hujung nyawa perlu terus mengajar diri dan mengamalkan cara hidup sihat.

  
Dasar Dadah Negara Teras 2 : Rawatan Dan Pemulihan.

Rawatan dan pemulihan merupakan satu proses membantu penagih untuk berhenti mencari, menggunakan dadah secara kompulsif dan seterusnya meninggalkan tabiat penagihan dadah. Proses ini dilaksanakan dalam pelbagai setting, pendekatan dan jangka masa berbeza. Ia melibatkan beberapa proses intervensi dan sokongan yang membolehkan individu menangani masalah penagihan, membuat keputusan yang betul berhubung dengan kehidupan, dan setersunya mengintegrasikan diri dalam keluarga dan komuniti.

Objektif Rawatan Dan Pemulihan :

a) Merawat dan memulihkan individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

b) Mengekalkan kepulihan individu.

c) Membantu individu kembali kepada gaya hidup sihat tanpa dadah.

d) Awal status kesihatan dan mengurangkan risiko kesihatan akibat tingkahlaku penagihan.

e) Awal status sosial dan mengintegrasikan individu untuk berfungsi secara produktif dalam keluarga, tempat kerja dan masyarakat.


Pengalaman dalam Rawatan Dan Pemulihan Dalam Komuniti, kebanyakan penagih kebanyakkan memberi alasan masyarakat tidak menerima mereka kembali. Tetapi mereka juga perlu menggunakan ilmu dan pengetahuan yang mereka dapati dalam program pemulihan untuk kembali ke dalam masyarakat dan tidak sentiasa menyalahkan orang lain atas kesilapan langkah mereka dalam kehidupan.

Sesungguhnya tidak mudah untuk berubah dan merubah.
Sentiasalah berusaha dan berdoa.

Tidak mustahil untuk seorang penagih berubah menjadi orang berjaya dalam bidang tersendiri. InsyaAllah.
Dasar Dadah Negara Teras 1 : Pendidikan Pencegahan | Pencegahan kemahiran, daya tahan dan mempromosi serta menggalakkan individu untuk berfungsi dalam persekitaran fizikal dan sosiobudaya yang sihat.

  



JAUHI DADAH | ANDA CUBA ANDA MERANA
LIMA TERAS UTAMA DASAR DADAH NEGARA | Dasar Dadah Negara (DDN) ini menjadi satu rangka kerja yang komprehensif dan terselaras dalam usaha mencegah, merawat dan memulih, menguatkuasakan undang-undang, dan mengurangkan kemudaratan masalah penagihan dadah. Semua agensi penguatkuasaan dadah dan agensi-agensi kerajaan termasuk badan-badan bukan kerajaan akan menjadikan dasar ini sebagai rujukan dan panduan dalam usaha menangani masalah dalam dalam negara. DDN akan membantu usaha-usaha kerajaan untuk mencapai matlamat mengurangkan penawaran dan permintaan terhdapa dadah di Malaysia serta rujukan dalam menangani senario gejala dadah semasa yang dihadapi negara.


http://www.shalimaryusof.com/2019/01/dasar-dadah-negara-teras-1-pendidikan.html 
PENDIDIKAN PENCEGAHAN

 
RAWATAN DAN PEMULIHAN

 
PENGUATKUASAAN

 
PENGURANGAN KEMUDARATAN

 
KERJASAMA ANTARABANGSA

Sumber : Buku Ringkasan Dasar Dadah Negara | Agensi Antidadah Kebangsaan | Kementerian Dalam Negeri.
Mukasurat : 15 

Resepi Sambal Kulat Sisir Ikan Bilis | Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Alhamdulillah saat ini baru sahaja siap makan tengahari di pantry pejabat sahaja memandangkan hari ini Sha tak ada merancang apa-apa aktiviti waktu pada rehat jadi hanya mengisi masa terluang di pejabat sahaja. Alhamdulillah hari ini cuma makan lauk sihat iaitu nasi bersama ayam goreng air fryer dan sayur salad harapnya dapatlah mencapai berat ideal. Ohh... sangat cliche bila berniat nak turunkan berat badan setiap kali masuk tahun baru kan, moga dapatlah realisasikan pada tahun 2019 ini. Diet yang paling Sha suka adalah bilamana kita dapat menikmati nasi yang memang Sha tak boleh tinggalkan jadi Sha ikut sahaja sahabat diet Sha iaitu Nadia yang merupakan kawan sekolah Sha dahulunya.
Oklah lupakan diet sekejap, hari ini Sha nak kongsikan satu resepi yang boleh dianggap campak-campak sahaja kerana ini adalah kali pertama Sha membeli kulat sisir, angan-angan nak goreng bersama telur dan ikan budu tapi mana nak dapat ikan budu kan? Cari ikut google banyak yang kongsi masak lemak, tapi macam tak nak makan masak lemak pada hari itu akhirnya jumpalah satu resepi tapi Sha ubah sedikit, apa yang jadi? Jom tengok..



Bahan-bahan Kulat Sisir Ikan Bilis


1 cawan Kulat sisir ( Dibasuh lebih kurang 3 kali dengan air garam kemudian perah dan sangai hingga kering )

Segenggam ikan bilis (goreng asing)

1 biji bawang besar (hiris nipis)

1 biji bawang merah (ditumbuk)

3 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 cm kunyit hidup (ditumbuk)

2 biji cili padi (ditumbuk)

1 batang serai (diketuk)




Cara-cara memasak Sambal Kulat Sisir Ikan Bilis.


1. Sha menggunakan minyak zaitun, tumis bahan-bahan kisar bersama serai yang diketuk hingga masak.

2. Masukkan bawang besar yang dihiris.

3. Masukkan Kulat sisir yang telah disangai tadi.

4. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang sudah di goreng tadi.

Matikan api.. MASAK ! Sudah boleh makan dengan nasi panas... fuhhh

Masa nak hidang tu terfikir pula sedap juga kalau tambah tempe goreng, tapi tempe tak ada. Masa tengah makan pula suami Sha komen sedap pula makan kulat sisir walaupun itu kali pertama dia makan dan bagi idea tambah tempe pun sedap. Wah ! sama pula fikiran kami hari itu, lain kali boleh lah beli lagi kulat sisir ni.
Bloglist Exchange Segment by Abam Kie | Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Lama benar dah rasanya Sha tak menyertai mana-mana giveaway atau segmen rakan-rakan blogger, nampaknya ini adalah segmen pertama yang sha sertai untuk tahun 2019 ini. Memandangkan Abe Kie dah buat U-turn hari ini Sha ambil masa untuk menyertai Bloglist Exchange Segment by Abe Kie nih.


http://www.zukidin.com/2019/01/bloglist-exchange-segment-by-abam-kie.html

Kalau korang free jomlah memeriahkan segmen yang Abe Kie buat , InsyaAllah win-win situation. Macam mana nak join? Klik gambar banner diatas dan ikut arahan Abe Kie seterusnya.

Good Luck!
Review Iron Steam Jenama Tefal | 15 Kelebihan Steam Generator Pro Express Care GV9061  Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Setiap tahun pasti setiap orang ada wishlist atau target yang masing-masing nak dapatkan atau capai, begitu juga dengan Sha selain berazam mendapat pencapaian dalam hidup yang lebih baik ada juga berangan untuk memiliki barangan yang kawan-kawan pakai dan Sha pun nak pakai juga jadi wujudlah wishlist tahun 2019 ini iaitu untuk memiliki iron steam dan air fryer yang diharapakn dapat membantu Sha melancarkan kerja-kerja rumah memandangkan Abang Zaryth dah bersekolah dan perlukan masa yang lebih jimat untuk membuat sesuatu pengurusan rumah tangga. Tapi tak sangka pula Sha dapat memiliki kedua-dua wishlist itu pada tahun baru iaitu 1.1 2019 yang lalu, dengan harga yang agak berbaloi dalam penilaian Sha hasil tinjauan di kedai berlainan.

Menggosok baju dan pakaian lain adalah salah satu aktiviti rutin hari yang sering kita lakukan. Terutamanya kaum wanita yang bertudung pastinya akan menggunakan seterika untuk menggosok tudung. Sebelum ini Sha menggunakan seterika biasa dan menggunakan penyembur air untuk merenjis air ke pakaian bagi mudahkan menyeterika rupanya ia boleh merosakkan fabrik, penggunakan seterika wap kesannya lebih efektif.


Apa yang menarik dengan Steam Generator Pro Express Care Tefal ini?

Kelebihan Iron Steam Pro Ekspress Care GV9061


1. Menjimatkan masa menyeterika pakaian

2. Memudahkan menggosok baju daripada cotton. Sememangnya agak tertekan apabila tiba masa untuk menggosok kain jenis cotton, tapi kini tidak lagi. Alhamdulillah.

3. Kapasiti 1.6 liter jadi tak perlu kerap tambah air.

4. Fungsi keselamatan automatik untuk penjimatan tenaga dan keselamatan.

5. Stim sedia digunakan dalam masa 2 minit dan air boleh digantikan bila-bila masa

6. Seterika mempunyai tapak berdiri selain meletakkannya di atas tempat stim.

7. Tangki air boleh dibuka dan mudah alih jadi senang nak tambah air untuk stim.

8. Tidak berat dan selesa untuk digunakan.

9. Fungsi pembersihan calc juga mudah kerana ianya terus terkumpul dalam calc collector dibahagian bawah tapak stim dan lebih kurang 2 bulan boleh tarik batang pengumpul untuk dinyahkan kerak yang ada dengan hanya cuci dibawah air.



10. Pressure lebih tinggi dengan 7 bars

12. Tidak perlu pelarasan tombol lagi hanya ada 3 butang dan biasanya untuk kegunaan biasa hanya tetapan normal. Memaparkan teknologi pintar, ia menyediakan 3 kombinasi stim dan suhu optimum yang sempurna untuk disesuaikan dengan fabrik anda.

13. Pro Express Care adalah penjana stim tekanan tinggi yang menjaga pakaian anda. Kombinasi antara suhu dan tekanan stim dapat membunuh bakteria pada pakaian.
 

14. Autoclean Soleplate - menggosok dengan lancar walaupun di atas butang dan prestasi jangka panjang.

15. Menambah kasih sayang ... biasanya jarang Encik Suami nak menggosok baju.. kini baju sekolah anak menjadi kontrak ayahnya.. hihihihi...


Terima Kasih Tefal kerana banyak menyediakan kelengkapan pengurusan rumah yang berkualiti dan efektif seperti Pro Express Care ini memang berbaloi bila dapat wishlist kali ini. Sebenarnya Sha terus ambil seterika stim ini kerana Sha mendapatnya dengan satu harga termasuk papan gosok bersaiz Large dengan panjang 122cm dan juga satu lagi wishlist Sha iaitu Airfryer ( nanti Sha cerita pasal airfryper tefal pula ya ).

Cara guna Steam Generator Tefal :

Sambung wayar plug, masukkan air ke dalam tangki air.
Tekan butang ON, butang NORMAL akan berklip sehingga 2 minit dan sedia digunakan. Tak perlu laras tombol mengikut jenis kain lagi.
Pengalaman Hari Pertama Persekolahan Darjah 1 Abang Zaryth Yang Dipermudahkan | Assalamualaikum Selamat Sejahtera semua. Alhamdulillah semalam dan hari ini mungkin ramai ibu-bapa masih sibuk menguruskan persekolahan anak-anak terutamanya bagi anak-anak yang baru melangkah ke Darjah 1 seperti Sha dan suami cuma bezanya hari kedua ini hanya suami Sha yang bercuti dan masih memantau Abang Zaryth sehingga Abang Zaryth naik van sekolah. Alhamdulillah sesi persekolahan hari pertama Abang Zaryth berjalan lancar seperti biasa Abang Zaryth tak ada drama air mata dari dia masuk tadika, pra sekolah dan sekarang.


Abang Zaryth dalam perhimpunan pagi sebelum masuk kelas. Tidak pelik bila datang sekolah ini sebabnya Abang Zaryth pra sekolah di sekolah yang sama, cuma Abang Zaryth sempat tanya ibu buat apa ramai-ramai kat sini... huhuhu.. kenalah Sha terangkan. Biasanya masa prasekolah cikgu kumpulkan di kantin sekolah dan berjalan ramai-ramai ke perhimpunan kali ini kena pandai-pandailah faham arahan cikgu-cikgu.


Selepas perhimpunan Abang Zaryth masuk ke kelas yang sudah ditentukan pada akhir bulan november lalu selepas menjalani ujian selama 1 jam. Hari pertama masuk sekolah pun dah selesema, kalau dah selesema memang beri kesan pada mata dia. Kawan-kawan kelas dia ada yang dah kenal dari zaman tadika tapi ramai kawan barulah. Ibu ayah harap Abang Zaryth dapatlah sesuaikan diri dengan kawan-kawan baru, cikgu-cikgu baru juga suasana baru ini.


Sementara Abang Zaryth dalam kelas Sha dan suami sempatlah selesaikan kerja-kerja rumah apa yang patut sementara pukul 9.45 pagi iaitu waktu rehat tahap 1. Untuk hari pertama ini ajar Abang Zaryth beratur beli makanan dan minuman, tunjukkan cara beli dan bayar juga kedudukan sudu di mana. Belakang Abang Zaryth tu kawan kelas baru tapi diaorang pernah 1 tadika dulu.


Sebelah dia tu namanya Altamis kawan pra sekolah dia, makan sama-sama walaupun kelas lain-lain. Setakat ini Abang Zaryth akan bersarapan di rumah dan beli makanan di kantin harap nanti ibu dapatlah sekali sekala Sha buatkan bekal untuk Abang Zaryth.


Untuk minggu pertama ini Abang Zaryth pergi dengan ibu dan ayah, balik dengan van sekolah sama macam pra sekolah dulu. Minggu depan urusan pergi balik sekolah sepenuhnya naik van sekolah sendiri. Nasib jugalah van sekolah hanya depan rumah senang sikit urusan. balik rumah Abang Zaryth cakap dia dapat ramai cikgu, iyalah biasa pra sekolah cikgu sorang je setiap hari kan. Belajarlah abang dengan kehidupan dan suasana baru.


Ibu sayang Abang !

Ya Allah,
Peliharakanlah dia sebaik-baiknya.
Lindungilah dia selalu.
Permudahkan segala urusannya.
Terangilah hatinya menuntut ilmu dunia & akhirat-Mu.
Berkatilah perjalanan hidupnya.
Jadikanlah dia anak yang Soleh.
Jadikanlah dia anak yang berguna untuk keluarga, bangsa & agama-Mu.
Jauhkanlah dia dari anasir tidak sihat diluar sana.
Temukanlah dia rakan-rakan dan orang sekeliling yang baik-baik supaya dia juga baik-baik hendaknya.
Anugerahkanlah dia kesihatan yang baik.
Semoga Abang dapat membanggakan ibu dan ayah juga menjadi contoh kepada Adik Nur. 

Sekian coretan ibu anak sulung masuk darjah 1. Hari pertama sekolah bukan sahaja sekolah meriah kembali tetapi di media sosial facebook juga ramai kawan-kawan berkongsi kisah anak-anak kembali ke sekolah, seronok sebenarnya sempat jugalah ambil sesuatu dari yang dah berpengalaman. Alhamdulillah tak ada nampak anak-anak lain buat drama pagi itu, semuanya ceria.