Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tempat Menarik Di Kampar Perak - Bandar Agacia Kampar, Perak Sesuai Untuk Abadikan Gambar Menarik Bersama Keluarga Tersayang

Tempat Menarik Di Kampar Perak - Bandar Agacia Kampar, Perak Sesuai Untuk Abadikan Gambar Menarik Bersama Keluarga Tersayang | 10 November 2018 (Sabtu) | Assalamualaikum semua. Akibat terpengaruh dengan gambar yang dikongsikan oleh blogger Haida di laman facebook beliau beberapa bulan lepas akhirnya Sha sampai juga ke sini. Memandangkan tidak ada aktiviti lain jadi Sha mengajak suami dan anak-anak ke sini bagi mengisi masa terluang tanpa mengeluarkan bajet yang banyak dan jarak dari rumah kami tidak terlalu jauh iaitu lebih kurang 42 kilometer sahaja. Tujuan Sha ke Bandar Agacia Kampar ini bukan hanya mengisi masa lapang tapi memandangkan sudah lama tidak ada gambar keluarga dengan suasana santai sebegini apa lagi kita isi masa yang ada dengan cuci mata dan mengabadikan gambar bersama tersayang.

 Gambar keluarga kecil Sha.

 Nama-nama kedai di sini diadaptasi daripada filem-filem keluaran Disney - Beauty And The Beast

 
Bangunan berwarna warni sangat sesuai untuk sesi fotografi bertemakan disneyland - Nasi Lemak Disney. Terletak hanya 15 minit dari pekan Kampar.

Jika korang kaki selfie, kaki bergambar memang seronok lah datang ke sini kerana bangunan-bangunan yang ada memang pelbagai warna, pelbagai corak dan pelbagai rekabentuk.

Bangunan -bangunan ini sebenarnya kebanyakan adalah kafe tetapi masih banyak yang kosong dan  sudah ada yang tidak beroperasi.

Kalau korang nak tahu Klip Video lagi Roadblock Hatiku nyanyian Baby Shima dan Kumpulan Floor 88 juga telah diadakan di sini.
 

Sepanjang Sha berada di sini ramai juga yang singgah untuk bergambar bersama keluarga, berpasangan dan juga ada yang datang untuk outdoor gambar pengantin. Kepada yang kaki selfie , sukakan fotografi memang sangat sesuai untuk menjadikan lokasi ini sebagai tempat aktiviti fotografi korang bakal pengantin pun tak perlu pening lagi nak cari tempat menarik untuk outdoor di kawasan Kampar. Dalam perjalanan balik ke rumah pun ada pemandangan yang indah dengan lombong luas kiri dan kanan jalan memang sejuk mata memandang.

Apa lagi korang kalau berkunjung ke Kampar Perak bolehlah singgah sebentar di sini untuk bersantai dan bergambar bersama tersayang.

#Tourismperak2018

Post a Comment

11 Comments

  1. Kinah pernah singgah sini tapi tak turun ambik gambar sebab tengah panas rembang aritu. Takpela next time bokeh ke sini lagi. Bukan jauh mana pun simpang pulai dengan kampar😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahha..kita pegi pun panas kinah..nasib baik angin best..jalan terus je kan..hiihi

      Delete
  2. Lama dah teman tak singgah kat Kampar nie... banyak jugak perubahannya ya...

    ReplyDelete
  3. Pernah lalu je.. tak berjaya lagi singgah..

    ReplyDelete
  4. Memang cantik tempat ni. tak sangka kan dekat Kampar ada tempat macam ni. seronok sangat tengok rasa macam dekat Disney Land je

    ReplyDelete
  5. Eh eh eh..cantiknya gambar..dah macam kat oversea..nanti kalau ke Kampar nak singgah juga laa

    ReplyDelete
  6. tak pernah sampai sana lagi huhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi