Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Roti Naan Cheese dan Tandoori Naan Sedap Di Restoran D'Naina Ampang Ipoh Perak

Roti Naan Cheese dan Tandoori Naan Sedap Di Restoran D'Naina Ampang Ipoh Perak | 27 Oktober 2018 (Sabtu) yang lepas Sha dan keluarga seperti biasa selepas gaji akan keluar pada hari minggu untuk mencari barang kelengkapan dapur bulanan. Tapi sebelum ke sini Sha sekeluarga ke Padang Ipoh untuk temankan suami Sha jumpa kawan-kawan sekolah yang mana pada hari itu sedang dilangsungkan perlawanan bola antara bekas-bekas pelajar St.Micheal'S Institution Ipoh dan diadakan perlawanan mengikut tahun spm masing-masing. Selepas ke Padang Ipoh kami balik ke Kampung Manjoi untuk melawat rumah pusaka keluarga suami, bila dah kat sana Abang Zaryth dan Adik Nur seronoklah sebab Abang Zaryth ingatkan dapat jumpa sepupu-sepupu dia kat sana tapi tak ada rezeki lagi sebab Abang Zaryth cedera jatuh buaian sampai bengkak bibir. Adik Nur pula tak tahu sebab apa nak buat perangai sahaja petang itu jadi kami batalkan rancangan untuk mencari barang dapur memandangkan mood anak-anak dah ke laut. Memandangkan perut pun dah lapar suami Sha pun tunaikan niat Sha nak makan Roti Naan Cheese yang dah lama viral tapi hari itu baru terasa nak merasa. Akhirnya dapat jugalah Sha merasa Roti Naan Cheese yang terletak di Restoran D'Naina Ampang Ipoh Perak ini.


Kalau korang kalau berkunjung ke sini jangan salah faham macam Sha pulak, Sha ingatkan perlu beratur untuk dapatkan Roti Naan ini rupanya siapa nak bungkus sahaja perlu beratur kalau nak makan di restoran korang perlu order di meja sahaja. Yang bungkus nampaknya lebih cepat dapat berbanding pelanggan makan di situ, itu dari pengamatan Sha sepanjang di restoran ini.



Alhamdulillah bila sudah menerima Roti Naan Cheese ini Sha sangat berpuas hati dengan rupanya, rasanya memang terbaik kerana tidak muak dimakan walaupun penuh dengan cheese. Tengok sahaja gambar di atas, memang susah nak putus cheese bila tarik setiap potongan sangat berbaloi dengan harganya.

 

Sengaja nak tunjuk kat korang bahagian dalam dengan sudut potongan macam ni barulah nampak betapa roti naan ini penuh dengan cheese di bahagian dalamnya.
 
 

Bahagian pembuatan Roti Naan Cheese Viral Ipoh ini juga bersih dan tersusun ruangnya dan orang yang beratur untuk bungkus pun tak pernah putus. Kalau tak silap untuk dapatkan roti naan cheese ini pukul 4 petang baru mula jual.

 

Akhirnya terjawab sudah kenapa roti naan cheese ini diperkatakan cuma memang lambat laa Sha mencubanya. Korang kalau nak cuba boleh ke Ampang, Ipoh Perak. Kedai ini terletak hanya di tepi jalan berdekatan dengan stesen minyak petron Ampang.

Post a Comment

8 Comments

  1. Wahh mmg nampak rich dan menyelerakan.. akan ingat tmpt ni utk singgah klu ke area Ipoh nnti. Thanks sharing & salam ukhwah :)

    ReplyDelete
  2. menarik mak aiiii ni kalau kena ni tersandar ha haha

    ReplyDelete
  3. Wah, nampak best. Teringin nak rasa

    ReplyDelete
  4. Meleleh air liur nengok cheese tu.. mengancam..

    ReplyDelete
  5. Tengok gambar pon dah sedap..kalau makan lagi laa sedap..terliur pulak

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi