Makan Malam Bersama Pilihan Set Combo Domino's Pizza Malaysia - SHALIMAR YUSOF


Tuesday, November 06, 2018

Makan Malam Bersama Pilihan Set Combo Domino's Pizza Malaysia

Makan Malam Bersama Pilihan Set Combo Domino's Pizza Malaysia | Assalamualaikum semua. Semalam memandangkan Sha baru pulang daripada kampung halaman, peti ais pun tak ada bekalan bahan basah untuk memasak jadi Sha memilih untuk membeli makanan daripada luar. Rancangan asal selepas menyelesaikan beberapa urusan di Ipoh Sha teringin nak lepak bersama suami dan anak-anak di mana-mana taman atau padang sekitar Ipoh atau berhampiran rumah sahaja, tapi bila sampai waktu ambil pesanan di cawangan Domino's Station 10, Ipoh anak-anak sudah tertidur di dalam kereta. Dalam perjalanan balik ke rumah ingatkan nak kejutkan mereka untuk lepak di taman berdekatan rumah tapi malangnya baru lepas hujan, taman permainan pun basah jadi ambil keputusan untuk makan-makan dirumah sahaja.

 

Sebenarnya sejak pindah Perak barulah Sha mengenali Domino's sebabnya di kampung sampai sekarang belum ada Domino's Malaysia. Tambah pula di kawasan tempat kerja sekarang Domino's adalah antara restoran makan terdekat dengan Sha jadi pizza dan menu di Domino's pasti akan menjadi salah satu pilihan sewaktu waktu makan tengahari terutamanya pada hari selasa dengan hanya Rm3.70 Sha dah boleh menikmati pizza bersaiz personal.


Semalam Sha dan suami telah memilih Combo Deal 1 dengan pilihan pelbagai pizza dan Sha telah memilih pizza yang belum kami pernah rasai iaitu Meatasaurus Pizza memandangkan Sha memang penggemar beef dan cendawan, pilihan tidak pedas untuk dimakan bersama anak-anak kecil kami.


 

Bila Adik Nur bangun tidur terus minta makan, nasib baik ibu dan ayah ingat lagi nak simpan untuk anak-anak. ehehhee.. Adik Nur memang penggemar makanan barat sikit macam ayah dia jadi dia memang suka makan pizza tambah pizza Domino's ini masih lembut walaupun sedikit lambat dimakan.


Kali pertama untuk side order Sha telah memilih Breadstix. Makan breadstix sampai berebut jeling-jeling dengan suami sebab sedap sangat takut masing-masing tak cukup gayanya. Roti yang penuh rasa bawang putih dan dicicah bersama sos istimewa memang puas hati. Lepas ini kalau nak buat pesanan memang akan pesanlah Breadstix lagi. Selain itu untuk set ini Sha dapat 2 tin air dan Sha memilih air Mountain Dew manakala suami memilih air pepsi.


Adik Nur cakap sedaplah pizza ibu beli hingga tunjuk tanda terbaik!. Rupanya Domino's Malaysia telah bersama kita sejak tahun 1997, memang terbuktilah Domino's sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk pelbagai hidangan. Yang pasti menu di Domino's sentiasa mengikut citarasa rakyat Malaysia dan tidak hanya menyediakan pilihan pizza malahan terdapat menu lain seperti pelbagai hidangan ayam, coleslaw, roti, pencuci mulut, spagheti, lasagna dan lain-lain yang boleh memenuhi citarasa kita sekeluarga.



Jika kita lihat carta perjalanan Domino' Malaysia di atas, pencapaiannya amat membanggakan. Maka tidak hairanlah Domino's Malaysia terus berkembang di Malaysia dan Sha berharap suatu hari nanti domino's akan dibuka di daerah kampung Sha pula senanglah nak belanja ibu dan adik-adik di sana.

Serius Domino's Pizza Malaysia adalah yang paling senang Sha nak buat pesanan secara atas talian kerana laman sesawang untuk buat pesanan adalah sangat memudahkan pelanggan, sistematik, setiap gambar adalah jelas beserta penerangan setiap menu dan cara pembayaran juga cukup mudah dengan pilihan bayaran secara tunai atau kredit juga online banking.

Jadi apalagi kalau nak buat pesanan tanpa tunggu lama korang boleh terus ke https://www.dominos.com.my/ dan jangan lepaskan peluang mendapat tawaran percuma seperti pesanan online kali pertama akan dapat 1 pizza personal, kalau korang rajin menjawab survey pun korang dapat sesuatu secara percuma yang mana korang akan menerima e-coupon. Pendek kata berbaloilah kalau buat pesanan bersama Domino's Pizza Malaysia.

16 comments:

  1. Baca entri ni buat zumal rasa nak makan pizza petang ni

    ReplyDelete
  2. Sedapkan dominos. Baru kejap tadi makan. Tebus 1 free pizza dengan order personal puzza rege rm 3.70

    ReplyDelete
  3. makan pizza kenyang perut hahahha

    ReplyDelete
  4. Sedapnya dominos. Duduk mersing ni tak syok la. Takde dominos. Balik ipoh la baru makan.

    ReplyDelete
  5. Terbaik lah..
    Nie nak kena order online lagi nie gan domino pizza...


    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  6. Saya pun baru try Domino's online .Memang best

    ReplyDelete
  7. Sedappnyaa adik nur makan,comel je angkat jari kecik tuu.. terbaikk pencapaian domino's

    ReplyDelete
  8. Sedapnya.. Sha tak pernah cuba lagi pizza perisa ini.. nak tebus free pizza lah..

    ReplyDelete
  9. akak mmg pilih lg dominos drpd pizzahut, sebab suka dia punya doh yg nipis tuh...
    cumanya klu sesekali dh lama tak layan pizzahut, try jgk lah ke pizzahut tu

    dominos pilihan akak selalu classified chiken, layan betul

    ReplyDelete
  10. Wahhh sedapnya makan Domino's. Terus rasa nk order pizza hari ni.

    ReplyDelete
  11. sedapnya Sha... lapar terus tengok adik nur makan tu hehe :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi