SHALIMAR YUSOF

Blog ini dibangunkan untuk catatan peribadi dan perkongsian info bersama pembaca semoga mendapat manfaat

Saturday, November 24, 2018

Anak-anak Seronok Mandi Di Kolam Renang Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh, Perak

Anak-anak Seronok Mandi Di Kolam Renang Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh, Perak | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Minggu lepas adalah pertama kali Sha dan suami bawa anak-anak mandi manda di kolam renang Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh, Perak. Pusat Akuatik Tuanku Zara telah dibina menggantikan Kompleks Kolam Renang yang telah siap diserahkan kepada Majlis Bandaraya Ipoh pada 16 mac 2018. Pusat Akuatik ini mempunyai sebuah kolam bertaraf antarabangsa, sebuah kolam terjun dan sebuah kolam memanaskan badan untuk atlet-atlet. Bagi kegunaan orang awam disediakan sebuah kolam renang untuk dewasa dan 2 kolam untuk kanak-kanak dengan kadar tiket yang berpatutan. Untuk pengetahuan korang waktu operasi Pusat Akuatik ini adalah terbahagi kepada 3 iaitu sesi pagi, tengahari dan petang. Sha dan keluarga telah memilih untuk sesi tengahari.


Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh daripada bahagian luar. Bagi Sha sangat cantik dan berbeza dari sebelumnya, warnanya mengikut warna bendera negeri perak iaitu hitam, kuning dan putih. Bagus juga bila menjadi tuan rumah sukan ni kan, Pusat Akuatik dan lain-lain tempat sukan di Perak telah dinaiktaraf sebelum Sukan SUKMA 2019 yang mana negeri Perak telah menjadi tuan rumah.

 

Seperti gambarajah di atas menunjukkan harga masuk Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh dan 3 jadual waktu operasi kolam renang ipoh ini dibuka. Kaunter tiket adalah mengikut waktu yang ditetapkan iaitu pada pukul 8.00 pagi, 1.00 tengahari dan pada pukul 5.00 petang.

  
Ini slip atau resit bayaran tiket masuk kolam renang dan seorang petugas akan bertugas dipintu masuk.



Sebelum masuk ke Pusat Akuatik Tuanku Zara ini pastikan korang baca terlebih dahulu peraturan kolam telah disediakan diluar bangunan iaitu di tempat parkir kereta.

 

Kolam Renang ini juga dipantau oleh pengawal keselamatan di setiap kolam dewasa dan kolam kanak-kanak. Mereka sangat menitik beratkan peraturan pakaian yang dibenarkan masuk ke dalam kolam.Pakaian yang dibenarkan dan tidak dibenarkan korang boleh tengok pada gambar diatas.


Nampak tak 4 orang budak yang tak sabar nak terjun kolam tu..eheehe... 2 kolam renang yang disediakan untuk kanak-kanak iaitu dengan kedalaman yang berlainan iaitu 0.45 meter dan 0.6 meter setiap satu.

 
Seronok Adik Nur dapat main air mandi kolam yang memang sesuai untuk ketinggian dia siap lompat-lompat.


Bahagian dewasa dibuka 2 kolam pada hari itu iaitu dengan kedalam 1.2 meter dan 1.5 meter. Jika korang tak bawa baju yang dibenarkan, pihak pusat akuatik menyediakan perkhidmatan sewa baju.


Permandangan keseluruhan kolam sangat selesa untuk aktiviti bersama keluarga di hari minggu di Ipoh.


Kolam renang akan ditutup pada :

i) Setiap hari isnin untuk kerja-kerja penyelenggararan dan pembersihan
ii) Cuti Hari Kelepasan Am
iii) Kojohanan / Pertandingan berlangsung.

Di samping itu juga, pihak MBI memberi kemudahan dan waktu khusus buat warha emas dan wanita sahaja yang ingin keadaan lebih selesa.

Warga Emas : Setiap hari Rabu (minggu pertama setiap bulan)
8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Wanita : Setiap hari Ahad (minggu pertama dan ketiga setiap bulan)
5.00 petang hingga 8.00 malam.

Ini adalah untuk menggalakkan penglibatan kedua-dua kategori pengguna yang mungkin keberatan untuk hadir di waktu umum.

Kolam renang murah di Ipoh Perak

Selain itu Pusat Akuatik ini juga menyediakan beberapa kemudahan asas seperti tandas, bilik persalinan, surau wakaf untuk berehat dan sebagainya yang pada Sha sangat selesa dan cukup. Bila dah cantik ni diharap pengguna dapatlah menggunakan kemudahan yang ada dengan baik supaya ianya terus dapat digunapakai dengan keadaan baik.

Apa lagi? Warga Ipoh kalau tak ada lokasi nak luangkan masa bersama anak-anak bolehlah ke sini bersama ahli keluarga. 21-28 November 2018 kolam renang ditutup pada umum kerana Sukan PARA SUKMA sedang berlangsung.

#visitperak
#tourismperak2018
#tourismperak2019




Tuesday, November 20, 2018

Dettol Perkenalkan Semula Produk Perlindungan Diri Daripada 100 Kuman Berbahaya Buat Isi Rumah Tersayang

Dettol Perkenalkan Semula Produk Perlindungan Diri Daripada 100 Kuman Berbahaya Buat Kegunaan Isi Rumah Tersayang | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Kesegaran sepanjang hari adalah sangat penting untuk keselesaan dalam menjalani aktiviti harian kita sekeluarga. Pemilihan gel mandian keluarga selalunya Sha yang memilih dan pastinya Sha akan memilih produk yang wangi tentunya dan dapat memberi perlindungan lebih lama terutamanya untuk anak-anak yang sentiasa aktif bergerak. Setiap ibu pastinya gembira melihat anak-anak membesar dengan sihat. Namun semakin anak-anak meningkat umur,ibu-ibu pasti akan bertambah risau kerana anak-anak mula menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan risiko terdedah kepada pelbagai jenis kuman. Masalah kesihatan anak-anak kini kebanyakannya disebabkan oleh kuman yang berada di kawasan yang terdedah dan mudah mengjangkiti kanak-kanak. Sepanjang pengalaman Sha sendiri, Dettol adalah produk yang dipercayai dapat membantu dari segi perlindungan daripada pelbagai jenis kuman. Kali ini Sha nak kongsikan keluaran terbaru daripada Dettol iaitu Dettol Profresh yang dirumuskan untuk memberi perlindungan daripada bau badan selama 12 jam bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun cuaca di Malaysia yang panas dan lembap.


Sejak dilancarkan lebih 80 tahun lalu, Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi teman setia para ibu seperti Sha yang mahu melindungi keluarga tersayang. Jenama yang komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini. Komitmen ini meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi kesejahteraan pengguna. Tidak hairanlah kenapa Sha dan ibu-ibu lain di seluruh dunia membantu mengekalkan kebersihan diri dan seterusnya kesihatan kita tambah pula Dettol telah mengenalpasti dua keperluan utama dalam penjagaan diri iaitu "perlindungan bau" dan "perlindungan kulit".




“Kita mandi untuk membersihkan badan.Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga. Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulitdan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yangmenyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit. Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Dr. Steven Chow,Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa para ibu pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga.

"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekatpada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah.Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga.Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven.

Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan.

“Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman padapermukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa.Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi.

Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat! Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare.

Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga yang sangat mampu milik dan berbaloi untuk kita dapatkan sebagai kegunaan harian keluarga tersayang.

RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.


Tentang Dettol

Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga. Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari.

Thursday, November 15, 2018

Diari Adik Nur - Kali Pertama Adik Nur Potong Rambut

Diari Adik Nur - Kali Pertama Adik Nur Potong Rambut | Assalamualaikum semua. Hari ini Sha nak titipkan kenangan untuk anak kedua Sha iaitu Adik Nur yang mana pada 10 November 2018 yang lepas sebelum kami ke Kampar kami telah ke sebuah salun untuk menatarias Adik Nur sedikit kerana mahu rambut Adik Nur lebih elok dan sihat.

Sebelum

Selepas

Tak tahulah ikut siapa rambut kerinting dia nih. Yang penting rambut Adik Nur lebih kemas dan mudah diuruskan selepas digunting. Harap nanti panjang balik tak hilanglah kerinting tu.

Monday, November 12, 2018

Resepi Bihun Sup Mudah Dan Cepat

Resepi Bihun Sup Mudah Dan Ringkas | Assalamualaikum semua. Saat ada ipar duai nak datang rumah memang Sha kekok sikit sebab sejenis tak pandai masak kan. Jadi Sha masak ringkas-ringkas sahajalah iaitu Bihun Sup paling mudah dan cepat dimasak. Sha masak pun masa diaorang dah sampai rumah dengan menggunakan bahan-bahan apa yang ada kat rumah sahaja. Tapi bila tengok diaorang makan elok sahaja kira ok la kan? Hehehe..nak buat macam mana dapat adik ipar tak mahir didapur sangat, itulah dah kahwin baru nak belajar memasakkan itulah padahnya. Jadi adik-adik yang nak kahwin tu belajar la masak awal-awal dengan mak korang yea.


Resepi Bihun Sup Mudah Dan Ringkas

1 bungkus bihun (dicelur)
Isi ayam + Daging
2 biji Telur [ Kadang Sha ikut berapa orang makan kalau setakat makan 4 orang ]
Bawang merah* 5 ulas
Bawang Putih* 3 ulas
Halia* 1 cm
Lada Hitam* 1 sudu
Sup bunjut
Sayur sawi
Bawang Goreng
Limau Nipis

Cara-cara memasak Bihun Sup

Bihun dicelur sementara sehingga lembut, kemudian tapi dan ketepikan.
Bahan bertanda * dikisar.
Di dalam periuk masukkan 2 sudu besar minyak masak, tumis set sup punjut kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi.
Agak masak, masukkan isi ayam, daging yang telah dipotong kecil. Tumis hingga masak, kemudian masukkan air secukupnya.
Biarkan mendidih, pecahkan telur sebiji demi sebiji jangan pecah.
Akhir sekali masukkan sawi. Tutup api.
Kebiasaan bagi Sha jika makan bihun sup atau apa-apa sup memang akan sediakan bawang goreng dan sambal kicap kerana bihun sup yang pedas adalah bihun sup yang terbaik.

Resepi Sambal Kicap

Sos Tiram
Kicap
Cili burung
Cili hijau

Apalagi bila dah siap masak angkat dengan periuk sekali ke depan, makan ramai-ramai depan tv. Masukkan bihun yang telah dicelur, tuang sup dan hiasi dengan bawang goreng juga rasakan dengan sambal kicap. Fuhhh... makan pedas-pedas memang pecah peluh lagi rasa nak menambah. kenapa Sha letak ayam, letak daging? Sha kalau buat sup memang suka rasa-rasa daging walaupun tak banyak kan. Apa yang penting malam itu perut kami kenyang sangat dengan makan bihun sup cepat dan mudah ini.

Sunday, November 11, 2018

Tempat Menarik Di Kampar Perak - Bandar Agacia Kampar, Perak Sesuai Untuk Abadikan Gambar Menarik Bersama Keluarga Tersayang

Tempat Menarik Di Kampar Perak - Bandar Agacia Kampar, Perak Sesuai Untuk Abadikan Gambar Menarik Bersama Keluarga Tersayang | 10 November 2018 (Sabtu) | Assalamualaikum semua. Akibat terpengaruh dengan gambar yang dikongsikan oleh blogger Haida di laman facebook beliau beberapa bulan lepas akhirnya Sha sampai juga ke sini. Memandangkan tidak ada aktiviti lain jadi Sha mengajak suami dan anak-anak ke sini bagi mengisi masa terluang tanpa mengeluarkan bajet yang banyak dan jarak dari rumah kami tidak terlalu jauh iaitu lebih kurang 42 kilometer sahaja. Tujuan Sha ke Bandar Agacia Kampar ini bukan hanya mengisi masa lapang tapi memandangkan sudah lama tidak ada gambar keluarga dengan suasana santai sebegini apa lagi kita isi masa yang ada dengan cuci mata dan mengabadikan gambar bersama tersayang.

 Gambar keluarga kecil Sha.

 Nama-nama kedai di sini diadaptasi daripada filem-filem keluaran Disney - Beauty And The Beast

 
Bangunan berwarna warni sangat sesuai untuk sesi fotografi bertemakan disneyland - Nasi Lemak Disney. Terletak hanya 15 minit dari pekan Kampar.

Jika korang kaki selfie, kaki bergambar memang seronok lah datang ke sini kerana bangunan-bangunan yang ada memang pelbagai warna, pelbagai corak dan pelbagai rekabentuk.

Bangunan -bangunan ini sebenarnya kebanyakan adalah kafe tetapi masih banyak yang kosong dan  sudah ada yang tidak beroperasi.

Kalau korang nak tahu Klip Video lagi Roadblock Hatiku nyanyian Baby Shima dan Kumpulan Floor 88 juga telah diadakan di sini.
 

Sepanjang Sha berada di sini ramai juga yang singgah untuk bergambar bersama keluarga, berpasangan dan juga ada yang datang untuk outdoor gambar pengantin. Kepada yang kaki selfie , sukakan fotografi memang sangat sesuai untuk menjadikan lokasi ini sebagai tempat aktiviti fotografi korang bakal pengantin pun tak perlu pening lagi nak cari tempat menarik untuk outdoor di kawasan Kampar. Dalam perjalanan balik ke rumah pun ada pemandangan yang indah dengan lombong luas kiri dan kanan jalan memang sejuk mata memandang.

Apa lagi korang kalau berkunjung ke Kampar Perak bolehlah singgah sebentar di sini untuk bersantai dan bergambar bersama tersayang.

#Tourismperak2018

Tuesday, November 06, 2018

Makan Malam Bersama Pilihan Set Combo Domino's Pizza Malaysia

Makan Malam Bersama Pilihan Set Combo Domino's Pizza Malaysia | Assalamualaikum semua. Semalam memandangkan Sha baru pulang daripada kampung halaman, peti ais pun tak ada bekalan bahan basah untuk memasak jadi Sha memilih untuk membeli makanan daripada luar. Rancangan asal selepas menyelesaikan beberapa urusan di Ipoh Sha teringin nak lepak bersama suami dan anak-anak di mana-mana taman atau padang sekitar Ipoh atau berhampiran rumah sahaja, tapi bila sampai waktu ambil pesanan di cawangan Domino's Station 10, Ipoh anak-anak sudah tertidur di dalam kereta. Dalam perjalanan balik ke rumah ingatkan nak kejutkan mereka untuk lepak di taman berdekatan rumah tapi malangnya baru lepas hujan, taman permainan pun basah jadi ambil keputusan untuk makan-makan dirumah sahaja.

 

Sebenarnya sejak pindah Perak barulah Sha mengenali Domino's sebabnya di kampung sampai sekarang belum ada Domino's Malaysia. Tambah pula di kawasan tempat kerja sekarang Domino's adalah antara restoran makan terdekat dengan Sha jadi pizza dan menu di Domino's pasti akan menjadi salah satu pilihan sewaktu waktu makan tengahari terutamanya pada hari selasa dengan hanya Rm3.70 Sha dah boleh menikmati pizza bersaiz personal.


Semalam Sha dan suami telah memilih Combo Deal 1 dengan pilihan pelbagai pizza dan Sha telah memilih pizza yang belum kami pernah rasai iaitu Meatasaurus Pizza memandangkan Sha memang penggemar beef dan cendawan, pilihan tidak pedas untuk dimakan bersama anak-anak kecil kami.


 

Bila Adik Nur bangun tidur terus minta makan, nasib baik ibu dan ayah ingat lagi nak simpan untuk anak-anak. ehehhee.. Adik Nur memang penggemar makanan barat sikit macam ayah dia jadi dia memang suka makan pizza tambah pizza Domino's ini masih lembut walaupun sedikit lambat dimakan.


Kali pertama untuk side order Sha telah memilih Breadstix. Makan breadstix sampai berebut jeling-jeling dengan suami sebab sedap sangat takut masing-masing tak cukup gayanya. Roti yang penuh rasa bawang putih dan dicicah bersama sos istimewa memang puas hati. Lepas ini kalau nak buat pesanan memang akan pesanlah Breadstix lagi. Selain itu untuk set ini Sha dapat 2 tin air dan Sha memilih air Mountain Dew manakala suami memilih air pepsi.


Adik Nur cakap sedaplah pizza ibu beli hingga tunjuk tanda terbaik!. Rupanya Domino's Malaysia telah bersama kita sejak tahun 1997, memang terbuktilah Domino's sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk pelbagai hidangan. Yang pasti menu di Domino's sentiasa mengikut citarasa rakyat Malaysia dan tidak hanya menyediakan pilihan pizza malahan terdapat menu lain seperti pelbagai hidangan ayam, coleslaw, roti, pencuci mulut, spagheti, lasagna dan lain-lain yang boleh memenuhi citarasa kita sekeluarga.



Jika kita lihat carta perjalanan Domino' Malaysia di atas, pencapaiannya amat membanggakan. Maka tidak hairanlah Domino's Malaysia terus berkembang di Malaysia dan Sha berharap suatu hari nanti domino's akan dibuka di daerah kampung Sha pula senanglah nak belanja ibu dan adik-adik di sana.

Serius Domino's Pizza Malaysia adalah yang paling senang Sha nak buat pesanan secara atas talian kerana laman sesawang untuk buat pesanan adalah sangat memudahkan pelanggan, sistematik, setiap gambar adalah jelas beserta penerangan setiap menu dan cara pembayaran juga cukup mudah dengan pilihan bayaran secara tunai atau kredit juga online banking.

Jadi apalagi kalau nak buat pesanan tanpa tunggu lama korang boleh terus ke https://www.dominos.com.my/ dan jangan lepaskan peluang mendapat tawaran percuma seperti pesanan online kali pertama akan dapat 1 pizza personal, kalau korang rajin menjawab survey pun korang dapat sesuatu secara percuma yang mana korang akan menerima e-coupon. Pendek kata berbaloilah kalau buat pesanan bersama Domino's Pizza Malaysia.

Roti Naan Cheese dan Tandoori Naan Sedap Di Restoran D'Naina Ampang Ipoh Perak

Roti Naan Cheese dan Tandoori Naan Sedap Di Restoran D'Naina Ampang Ipoh Perak | 27 Oktober 2018 (Sabtu) yang lepas Sha dan keluarga seperti biasa selepas gaji akan keluar pada hari minggu untuk mencari barang kelengkapan dapur bulanan. Tapi sebelum ke sini Sha sekeluarga ke Padang Ipoh untuk temankan suami Sha jumpa kawan-kawan sekolah yang mana pada hari itu sedang dilangsungkan perlawanan bola antara bekas-bekas pelajar St.Micheal'S Institution Ipoh dan diadakan perlawanan mengikut tahun spm masing-masing. Selepas ke Padang Ipoh kami balik ke Kampung Manjoi untuk melawat rumah pusaka keluarga suami, bila dah kat sana Abang Zaryth dan Adik Nur seronoklah sebab Abang Zaryth ingatkan dapat jumpa sepupu-sepupu dia kat sana tapi tak ada rezeki lagi sebab Abang Zaryth cedera jatuh buaian sampai bengkak bibir. Adik Nur pula tak tahu sebab apa nak buat perangai sahaja petang itu jadi kami batalkan rancangan untuk mencari barang dapur memandangkan mood anak-anak dah ke laut. Memandangkan perut pun dah lapar suami Sha pun tunaikan niat Sha nak makan Roti Naan Cheese yang dah lama viral tapi hari itu baru terasa nak merasa. Akhirnya dapat jugalah Sha merasa Roti Naan Cheese yang terletak di Restoran D'Naina Ampang Ipoh Perak ini.


Kalau korang kalau berkunjung ke sini jangan salah faham macam Sha pulak, Sha ingatkan perlu beratur untuk dapatkan Roti Naan ini rupanya siapa nak bungkus sahaja perlu beratur kalau nak makan di restoran korang perlu order di meja sahaja. Yang bungkus nampaknya lebih cepat dapat berbanding pelanggan makan di situ, itu dari pengamatan Sha sepanjang di restoran ini.



Alhamdulillah bila sudah menerima Roti Naan Cheese ini Sha sangat berpuas hati dengan rupanya, rasanya memang terbaik kerana tidak muak dimakan walaupun penuh dengan cheese. Tengok sahaja gambar di atas, memang susah nak putus cheese bila tarik setiap potongan sangat berbaloi dengan harganya.

 

Sengaja nak tunjuk kat korang bahagian dalam dengan sudut potongan macam ni barulah nampak betapa roti naan ini penuh dengan cheese di bahagian dalamnya.
 
 

Bahagian pembuatan Roti Naan Cheese Viral Ipoh ini juga bersih dan tersusun ruangnya dan orang yang beratur untuk bungkus pun tak pernah putus. Kalau tak silap untuk dapatkan roti naan cheese ini pukul 4 petang baru mula jual.

 

Akhirnya terjawab sudah kenapa roti naan cheese ini diperkatakan cuma memang lambat laa Sha mencubanya. Korang kalau nak cuba boleh ke Ampang, Ipoh Perak. Kedai ini terletak hanya di tepi jalan berdekatan dengan stesen minyak petron Ampang.

Saturday, November 03, 2018

Tempahan Baju T-Shirt dan Sticker Custom Made bersama Philosophy Print

Tempahan Baju T-Shirt dan Sticker Custom Made bersama Philosophy Print | Assalamualaikum semua. Memandangkan setiap orang semakin perlu berusaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga Sha dan suami juga telah mengambil langkah menjalankan perniagaan kecil-kecilan kami yang hanya menjadikan rumah kami kami sebagai tempat kerja sambilan kami bersama. Sehubungan dengan itu Sha ingin menghebahan di sini tentang perniagaan ini yang mana sebelum ini Sha hanya kongsikan di aplikasi whatapps dan laman sosial Instagram. Alhamdulillah setakat ini walaupun tak banyak tempahan lagi tapi ada untuk kami dan harapan kami moga tidak terhenti malah moga terus dapat dinaiktaraf dengan kelengkapan yang lebih baik.

https://www.instagram.com/philosophyprint/
Klik Gambar Untuk Terus Ke Instagram Philosophy Print
 Antara T-shirt custom made yang biasa orang sekarang tempah adalah seperti berikut :

T-shirt hari keluarga
T-Shirt rewang kenduri
T-Shirt percutian keluarga
T-shirt keluarga
T-shirt couple
T-shirt event
T-shirt Majlis Hari Lahir

Selain t-shirt custom made Philosophy Print juga menyediakan perkhidmatan design dan cetak sticker atau sticker maker dengan harga yang berpatutan dengan saiz. Setakat ini kami banyak menerima tempahan sticker rempah ratus selain itu kami juga menyediakan :

Sticker produk
Sticker bahan dapur
Sticker label cenderahati
Sticker label barang keperluan seperti buku dan alat tulis

CONTOH STICKER




Membantu anda iaitu para usahawan, peniaga sederhana dan kecil untuk menempah atau mencetak sticker label produk keluaran anda dan majlis yang dianjurkan seperti majlis pertunangan, akad nikah, perkahwinan, aqiqah, harijadi, hari sukan dan banyak lagi dengan kuantiti tanpa had minimum setakat ini.

Jenis sticker yang kami gunakan adalah dari jenis label kertas putih.

Sticker Label Kertas Putih sesuai digunakan bagi semua jenis produk dan paling murah. Walaupun ianya dari bahan kertas, warna dan corak yang dicetak adalah kalis air – tidak luntur jika terkena air.

Pastikan keperluan anda. Sekiranya kegunaan sticker tersebut untuk jangka masa pendek, seperti sticker label pada bekas hadiah atau cenderahati (door gift), sticker label dekorasi majlis, sticker label pada plastik produk makanan dan sticker label pada keperluan pejabat atau rak buku anda. Sticker label matte adalah memadai untuk memenuhi keperluan anda. Murah dan jimat. Coraknya tidak akan luntur bila terkena air. Walau bagaimanapun sticker label kertas putih akan rosak bila terendam ke dalam air.

HARGA STICKER
Harga sticker label berdasarkan ukuran saiz. Pada umumnya seperti berikut:

1) Sticker label kertas putih – 5 sen (RM 0.05) bagi setiap cm

Contoh Harga – Sticker label bulat (diameter) atau pun empat segi berukuran 5cm

1) Sticker label kertas putih – 25 sen (RM 0.25) sekeping
100 keping = RM 25.00 sahaja [ tidak termasuk kos pos ]

TEMPAHAN

Jika sedang mencari T-shirt Custom murah dan Sticker label murah korang boleh terus :

Whatapps : Aidy | 012-5930439 [ www.wasap.my/60125930439 ]
Whatapps : Sha | 017-9154696 [ www.wasap.my/60179154696 ]

 "JANGAN SEGAN-SEGAN, JOM BINCANG"