Resepi Creampuff - SHALIMAR YUSOF


Wednesday, October 24, 2018

Resepi Creampuff

RESEPI CREAMPUFF | Assalamulaikum semua. Seminggu dah tak berjenguk blog Sha ni, bila sembang-sembang dengan Geng Blogger Pantai Timur diaorang cadang kongsikan resepi sahaja paling senang. Kebetulan memang nak kongsi resepi creampuff hasil dari Kursus Penghasilan Fruit Pastry Cake & Cream puff pada 10 oktober 2018 yang lepas. Seronok bila dapat bersama-sama dengan klien yang sudi hadir pada program tersebut, kerana Sha sendiri pun tak pandai nak buat creampuff dan klien yang ada adalah lelaki pun semangat buat kuih ni kita perempuan lagi lah nak pandai. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi kemahiran kepada klien pengawasan dengan tujuan mereka dapat membina kerjaya dan menjana pendapatan sendiri.



RESEPI CREAMPUFF

140 g tepung naik sendiri
100 g mentega ( pakai buttercup)
1 sudu besar gula
250 mlm air
3 biji telur gred B
1/2 sudu kecil esen vanilla
Sedikit deco powder (sha beli dia panggil snow decoration)

Cara-Cara

1. Masukkan air, mentega dan gula ke dalam kuali
2. Cairkan mentega sehingga menggelegak dan tutup api
3. Terus masukkan tepung dan kacau dengan cepat sehingga tepung menjadi doh yang tidak melekat pada kuali.
4. Masukkan doh ke dadalam mangkuk besar biarkan suam , apabila telah suam sedikit pukul doh sekejap untuk mengeluarkan haba.
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti esen vanilla dan pukul sebati.
6. Masukkan doh ke dalam piping bag yang telah diletakkan nozel bintang.
7. Paipkan ke atas dulang pembakar.
8. Sembur doh dengan spray air, tekan tanduk doh dan terus masukkan ke dalam oven pembakar.
9. bakar pada suhu 170c selama 30 minit.


FILING CUSTARD

4 sudu besar tepung kastard
4 susu besar gula pasir
1 tin susu cair
70 ml air
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu besar mentega

Cara-Cara

1. Masukkan tepung kastard, gula, susu dan air ke dalam kuali.
2. masak dengan api yang sederhana kecil.
3. Kacau sehingga menjadi hampir pekat, masukkan esen vanilla dan mentega.
4. Kacau lagi sehingga adunan kastard hingga menimbulkan bubble dan tutup api.
5. Sejukkan dan sedia di paip dalam creampuff.


Gambar creampuff yang cantik elok tak sempat nak ambil gambar maklumlah masing-masing sibuk piping dan packing semua sebab nak kejar masa. uhuhuh.. tapi yang penting bawa balik rumah suami dan anak-anak suka makan, jadi kenalah buat betul-betul.

13 comments:

  1. Suka makan cream puff ini.. Selalu beli je, tak pernah buat lagi.. TQ share resepi..

    ReplyDelete
  2. sedapnya,.... teringat penah oder kt kwn yg isinya cream perisa jagung... mmg sedap btul

    akak, dessert2 gini mmg fail nk try hehehhe

    ReplyDelete
  3. creampuff ni fav sha masa bulan puasa! sedap nihh

    ReplyDelete
  4. suka mkn cream puff tp tk pernh try buat lg

    ReplyDelete
  5. pernah buat untuk kali pertama tapi filing tak berjaya hahaha nampak kemain senang T.T

    Boleh lah nak try test buat lagi sekali guna resepi kak sha :D

    ReplyDelete
  6. Wahh... Ade resepi creame puff la... Kena cuba ni

    ReplyDelete
  7. Ya Allah sedapnya,lama tak makan creampuff bonda kesayangan buat 😂
    Sedapnyaa cikma buat kuih saje. Huhu

    ReplyDelete
  8. Sedap . Resepi nampak macam mudah . Satu hari kena buat juga nih

    ReplyDelete
  9. Macam mudah je buat cream puff ni kan. Nanti nak try la buat. Makan petang-petang sedap juga ni. hihi

    ReplyDelete
  10. pengalamab dapat belajar buat cream puff tu best sangat. . Nanti boleh try ni kena cari dulu bahan²

    ReplyDelete
  11. Sedapnya cream puff ni.. Teringin nak buat. Thanks for resepi..

    ReplyDelete
  12. Suka creampuff ni. Tak pernah buat pun.....selalunya 'tunjuk' je. Hehe...

    ReplyDelete
  13. Murni selalu beli cream puff..nak buat sendr kena pi blajar dulu kut..hihihi

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi