Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ais Krim Baru McDonalds Malaysia

AIS KRIM BARU MCDONALDS MALAYSIA | Assalamualaikum semua. Malam ini santai sahaja nak kongsikan sesuatu yang sedap bersama korang yang mana asalnya Sha dipengaruhi oleh blogger Mek Ayuni. Sebenarnya sudah dua tiga hari nak cuba ais krim ini tapi malangnya kalau kawasan Ipoh Perak ais krim ini hanya ada di McDonalds Medan Gopeng. Kebetulan pagi ini Sha ada program di Bangunan Setiausaha Negeri Perak (SUK) jadi Sha ambil keputusan untuk balik kerja melalui Medan Gopeng, Alhamdulillah walaupun jalan Ipoh memang sesak sebab waktu balik kerja dan hujan lebat membasahi bumi Sha gagahkan juga pandu lalu untuk beli ais krim.


Kali ini Sha memilih untuk mencuba Coffee Sundae & Chocolate. Tapi Sha tak terus makan kerana kena memandu dalam hujan lebat jadi bawa balik makan sama-sama dengan suami juga anak-anak. Kalau kat rumah siapa lagi yang suka makan ais krim kalau bukan Adik Nur.

Pada peminat kopi korang wajib cuba Coffee Sundae & Chocolate rasai kelainannya dalam bentuk ais krim. Sha pun nanti nak ulang beli yang pastinya nak makan terus jadi tak adalah cair sangat macam tadi Sha nasib baik hujan dan penghawa dingin sejuk jadi tak adalah terlalu cair bila sampai rumah kalau panas memang teguk macam air sahajalah.

Kalau korang tak nak campur coklat korang boleh pilih Coffee Sundae & Salted Caramel atau 3 pilihan ais krim kon iaitu ais krim Coffee, Coffee & Vanilla dan Coffee ChocoTop. Hah apalagi, cuba kunjungi cawangan McDonalds berhampiran kot ada.

Terliur tak?ehehehee

Post a Comment

0 Comments