RESEPI CREAMPUFF | Assalamulaikum semua. Seminggu dah tak berjenguk blog Sha ni, bila sembang-sembang dengan Geng Blogger Pantai Timur diaorang cadang kongsikan resepi sahaja paling senang. Kebetulan memang nak kongsi resepi creampuff hasil dari Kursus Penghasilan Fruit Pastry Cake & Cream puff pada 10 oktober 2018 yang lepas. Seronok bila dapat bersama-sama dengan klien yang sudi hadir pada program tersebut, kerana Sha sendiri pun tak pandai nak buat creampuff dan klien yang ada adalah lelaki pun semangat buat kuih ni kita perempuan lagi lah nak pandai. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi kemahiran kepada klien pengawasan dengan tujuan mereka dapat membina kerjaya dan menjana pendapatan sendiri.



RESEPI CREAMPUFF

140 g tepung naik sendiri
100 g mentega ( pakai buttercup)
1 sudu besar gula
250 mlm air
3 biji telur gred B
1/2 sudu kecil esen vanilla
Sedikit deco powder (sha beli dia panggil snow decoration)

Cara-Cara

1. Masukkan air, mentega dan gula ke dalam kuali
2. Cairkan mentega sehingga menggelegak dan tutup api
3. Terus masukkan tepung dan kacau dengan cepat sehingga tepung menjadi doh yang tidak melekat pada kuali.
4. Masukkan doh ke dadalam mangkuk besar biarkan suam , apabila telah suam sedikit pukul doh sekejap untuk mengeluarkan haba.
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti esen vanilla dan pukul sebati.
6. Masukkan doh ke dalam piping bag yang telah diletakkan nozel bintang.
7. Paipkan ke atas dulang pembakar.
8. Sembur doh dengan spray air, tekan tanduk doh dan terus masukkan ke dalam oven pembakar.
9. bakar pada suhu 170c selama 30 minit.


FILING CUSTARD

4 sudu besar tepung kastard
4 susu besar gula pasir
1 tin susu cair
70 ml air
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu besar mentega

Cara-Cara

1. Masukkan tepung kastard, gula, susu dan air ke dalam kuali.
2. masak dengan api yang sederhana kecil.
3. Kacau sehingga menjadi hampir pekat, masukkan esen vanilla dan mentega.
4. Kacau lagi sehingga adunan kastard hingga menimbulkan bubble dan tutup api.
5. Sejukkan dan sedia di paip dalam creampuff.


Gambar creampuff yang cantik elok tak sempat nak ambil gambar maklumlah masing-masing sibuk piping dan packing semua sebab nak kejar masa. uhuhuh.. tapi yang penting bawa balik rumah suami dan anak-anak suka makan, jadi kenalah buat betul-betul.

Resepi Creampuff

by on October 24, 2018
RESEPI CREAMPUFF | Assalamulaikum semua. Seminggu dah tak berjenguk blog Sha ni, bila sembang-sembang dengan Geng Blogger Pantai Timur diao...
(Sunday, 21 Oct 2018) Cannis mobile APP accumulated hundred thousand of users in less than two months time, forming a new APP trend, and is bound to become the upcoming greatest star in Nasdaq, United States.

Cannis continuously invests in the most popular industries since early 2018, namely the technologies, films, beauty, preventive medicines, latest technology farming etc.. With the corporation with their strategic partners, Cannis have well extended their markets in many South East Asia countries rapidly, and expected to soon be listing on Nasdaq.

Chief Executive Officer Dato’ Ching Eu Boon also stated during Cannis’s 3000 pax conference “The Upcoming Greatest Star in Nasdaq” that Cannis’s partnership are not limited to latest technologies, such as the digital technology, huge database, artificial intelligence, but also with filming, preventive medicines and beauty industries.


“We are very much looking forward to the strategic corporation with said industries in winning users’ entrustment and enhancing the users’ end seamless O2O experience.”

App Download and Users’ Spending Set a New History-breaking Record, Cannis is born in  the best era

The third quarter of year 2018 has been the most profitable season for the App Stores. The comprehensive app download amount in said season on App Store and Google Play has exceeded more than 29 billions, 10% increment as compared to the past. While the globally consumer spending has reached nearly 20 billion US dollars, an increment of 20% in comparison to the same season in the past, both set a new historical record.

Analysing the App categories under increments of downloads,  games, entertainment and video broadcasting App have been the most downloads and are found as the factors. The strong performances of the two latter types of Apps show a general demand of market for creative contents.


Overall, the third quarter of year 2018, App Store and Google Play both had historical higher downloads and consumer spendings. This fully demonstrated the market trend of an App, which continues to rise depending on the popularity of smartphone usage, providing a non-stoppable spendings and considerable development potential.

Cannis focuses on the fastest-growing industries, providing an integration platform, creates a powerful 7-in-1 function.

A perfect Virtual-Reality combined O2O Mode

Cannis App not only incorporates innovative functions every month but also selectively invest huge funds on offline trending industries, hoping to connect offline customers’ overall spending flow with online databases, so as to start building the O2O model, letting the front-end marketing promotions, on- and offline member streaming efficiently, and back-end goods delivery services become smoother.


In terms of member diversion, Cannis members are applicable for both online and offline discounts, including any purchases at Cannis’s strategic partners’ retail stores. Online points can be used to make discounts, helping consumers to save money. Participating in a series of Cannis-designed competitions also allow members to win grand prizes through sharing.

The Chief Operating Officer of Cannis, Mr. Mohammad Mustaqim Bin Abdullah stressed that the platform will actively carry out comprehensive layout for online and offline services, so that the physical store is no longer restricted by the size or regional restrictions of the space. Through the mode of Cannis e-commerce and preferential shopping, the merchants information can be passed through at the lowest cost to a precise targeted market, therefore maximising the advertising effectiveness.

MOU Signing Ceremony

Cannis Strategic Partners

Strategic partners present on the day include EMPRO’s Dr. Coco Alex; Producer of Da Motion Production House, Encik Along; Creative Director of (凯优影视控股有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Bhd.’s Mr Chis Yen; Weber PDT Cancer Treatment Health Centre’s Prof. Madaya Dr. Martin E. Roberts; CEO of (名资股份有限公司), Mr. (蔡逸群) and Dr. DNA Mr Jannings Lee.

The Honorary Consul of the Slovak Republic, Tan Sri Datuk Sri One Tee Keat said that Cannis has a keen sense on trend development. Through big databases analysis, they accurately learn the real needs of consumers. The rich ethnic culture in Malaysia also helps enlarging the business to the world, attracting future strategic partners. Whether in the media marketing or development strategies, their performances have been remarkable.


Cannis is the world’s first integrated app that provides consumers with this wide range of App services, live broadcasting, e-commerce, discount shoppings, social networking, short videos, games and payments, can all be found on Cannis App. Cannis is convinced that having Malaysia’s diverse ethnic groups and culture as the starting point, it is easier to expand Cannis from South East Asia to the rest of the world.

For more information, please visit http://cannis.app.
Resepi Kek Viral | Fruit Pastry Cake | Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ini 10 Oktober 2018 bertempat di Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak Sha telah mengambil peluang untuk menyertai Kursus Penghasilan Fruit Pastry Cake bersama rakan-rakan dan juga klien pengawasan kawasan Sha bertugas. Bukan sahaja klien yang seronok menyertainya Sha dan rakan-rakan juga seronok dapat menimba ilmu daripada yang lebih pakar dalam bidang pastri. Walaupun resepinya agak mudah tetapi kalau nak harapkan Sha belajar sendiri memang biasanya tak menjadi kalau bab pastri ini, selepas ini diharaplah Sha dapat buatkan untuk suami dan anak-anak pula. Apa-apa pun terima kasih buat cikgu yang mengajar kami hari ini atas ilmu dan Sha pun nak kongsikan bersama pembaca Resepi Fruit Pastry Cake. Inilah antara salah satu sebab #ilovemyjob.


 Sempat lagi posing sebelum kelas mula.

 
Selepas berhempas pulas kami telah berjaya menghasilkan  5 biji kek dengan pelbagai corak hiasan setiap kumpulan.


Hasil selepas 40 minit dibakar. Alhamdulillah cantik kejadiannya dan sedap. Memang lepas ni kena buatlah, puas hati akhirnya dapat makan kek viral ni.

RESEPI FRUIT PASTRY CAKE

  • 100g mentega
  • 160g gula pasir halus
  • 3 biji telur B
  • 210g tepung gandum
  • 1 suduk kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanilla & orange zest
  • 100g greek yogurt
  • 3 jenis buah ( strawberi, peach & blueberry)
  • Sedikit deco powder sebagai hiasan.

CARA-CARA :


1. Ayak tepung gandum bersama baking powder, ketepikan.

2. Di dalam mesin pemutar satukan mentega dan gula pasir halus, pukul sehingga menjadi agak putih.

3. masukkan telur satu persatu, tidak perlu pukul lama, agak-agak sebati terus masukkan esen vanilla, orang zest diikuti tepung gandum yang telah diayak tadi, pukul sebentar sahaja.

4. Berhentikan mixer masukkan greek yogurt dan kaup balik menggunakan spatula.

5. Tuang ke dalam loyang bersaiz 9 inci.

6. Hias permukaan dengan potongan buah-buahan.

7. Bakar dalam oven pada suhu 160c selama 40 minit.

Ringkas bukan? Mungkin ramai dah buat kek viral ini tapi mana yang tak pernah buat lagi mesti teringin nak buat, sebab kek ini ringkas dan tak terlalu rumit untuk disediakan. Kalau adik bongsu Sha nampak ni mahu dia bising suruh buat bila cuti sekolah nanti. Tapi tak apa nanti kita buat sama-sama.


Tadi dapatlah masing-masing bawak balik sikit sorang hasil kerja di makmal bakeri pagi ini. Seronok betul peserta kalau dapat sertai program macam ni, semoga ada antara mereka dapatlah idea untuk memperbaiki kehidupan dan pendapatan dengan kemahiran yang mereka dapat hasil pembelajaran hari ini. Kalau bukan mereka sendiri yang mengusahakan, mungkin ilmu yang mereka dapat ini mereka kongsikan bersama keluarga mereka. Sama-samalah kita doakan mereka yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah ini berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.
KEDAI VIRAL | WARUNG SELERA KAMPUNG, KUALA KANGSAR PERAK | Assalamualaikum semua. Hari ini Sha nak kongsikan satu tempat yang Sha anggap pit stop untuk Sha singgah selepas balik kampung. Sha tahu pasal warung ini daripada kawan sekerja Sha dan Sha singgah di sini buat pertama kali semasa pulang dari kampung sebelum ini dan semalam adalah kali kedua Sha singgah semasa dalam perjalanan pulang ke Batu Gajah dari Terengganu. Kenapa Sha cakap pit stop? Kedai ini memang dalam perjalanan balik ke rumah Sha dan waktu kami singgah pun sedang elok memang perut meminta makanan tambah pula kedai ini menyediakan pelbagai menu yang sesuai untuk sarapan ataupun macam Sha singgah untuk sarapan dan makan tengahari terus.

Kalau korang intai-intai dalam facebook Warong Selera Kampung ini korang akan perasan Team Motif Viral pun dah sampai kat sana. Fuhh.. memang terbaiklah, kalau korang nak tahu selalunya Sha singgah dalam pukul 11 pagi , jarang sekali ada meja kosong dan pelanggan macam tak putus-putus. Tanpa buang masa jom layan menu yang Sha dah cuba.

 
Nasi Lemak kesukaan Abang Zaryth, Sha pun suka sambal dia memang kena dengan tekak.

 
Nasi Goreng Kambing | Menu kegemaran Sha , daripada nasi, daging dan sup semua rasa kambing...ehehe.. memang sedap.
 
 
Mee Kari | Pilihan suami Sha masa mula-mula singgah ke kedai ini.
 
 
Nasi Goreng Puyuh | Nasi goreng kegemaran selepas Nasi Goreng Kambing. Sangat sedap dan Sha makan memang tak ada tinggal tulang langsung, licinn....

 
Popis | Sha pun tertanya-tanya apa itu Popis itu apa, rupanya gabungan popia + pisang. Popis biasa RM 5.00 dan Popis Aiskrim Rm6.00. Memang sedap, dalam kulit popia ada pisang yang panas-panas lagi ditaburi coklat dan keju. 



 
Menu Penuh | Roti Canai, Roti Bakar, Char kuew teow, pelbagai nasi goreng dan kuih muih pun ada. Nasi lauk pauk pun ada, jagung manis dan pelbagai lagi menu.

 
Menu Air | Daripada air biasa hingga leleh pun ada.

 
Korang tengoklah sendiri.
 
 
Adik Nur | Tengok rambut kerinting tuu... rajin dia pergi kutip buah getah, mentang-mentanglah kedai dalam kebun getah.
 

 Suasana dalam kedai dalam kebun getah.

 Taman Permainan | Sambil tunggu makanan boleh layan anak-anak bermain terlebih dahulu.


Untuk pengetahuan korang, Warung Selera Kampung ini diberoperasi pada hari Sabtu hingga Rabu dan ditutup pada hari Khamis dan Jumaat. Waktu operasi adalah dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang jadi memang sesuai untuk korang singgah bersarapan atau makan tengahari di sini. Tengahari lauk pauk dah ada.

Nak tengok kemaskini mereka korang boleh tengok-tengok di media sosial mereka :

WARONG SELERA KAMPUNG BENDANG PANJANG

Facebook : WarongSeleraKampung
Instagram : selerakampung_bp
Whatapps : 016-4114015
Usaha Normalkan Berat badan Adik Nur Bersama Susu Kambing Nufael | 20 September 2018 yang lepas Sha seperti biasa membawa Adik Nur ke Klinik kesihatan untuk check up 3 tahun 1 bulan, dengan ketinggian yang ada menunjukkan ketidakstabilan Body Mass Index (BMI) kerana bacaan berat Adik Nur adalah di dalam kawasan zon merah iaitu hanya 10.3 kg sahaja. Sha sudah agak mesti akan jadi macam ni sebab memang Adik Nur kurus. Sekarang ini Sha hanya tunggu panggilan daripada jururawat untuk temujanji bersama pakar pemakanan sementara itu Sha dan suami dinasihatkan untuk cuba membantu Adik Nur dapat naikkan berat badan pada temujanji seterusnya. Dalam berusaha cara lain Sha mendapatkan Susu Kambing Nufael untuk Adik Nur, sebab apa Sha pilih Susu Kambing Nufael? Sebabnya susu ini sesuai untuk seisi keluarga bukan Adik Nur sahaja boleh minum tapi Abang Zaryth, Sha dan suami pun boleh minum.

Kenapa Sha memilih Susu Kambing Nufael berbanding susu lain?

Susu kambing dikatakan susu terbaik selepas susu ibu.

Boleh dicampurkan dengan kopi, coklat atau air lain kerana ianya boleh dijadikan krimer. Adik Nur kalau tengok putih sahaja memang kurang menarik perhatian dia.

Membantu kurangkan kolestrol. Sesuai sangat untuk Sha sendiri kerana susu ini tidak mengandungi kolestrol, gula dan gula tambahan jadi boleh membantu Sha kurangkan kolestrol dan juga kencing manis.

Produk bumiputera yang Halal, kilang pemprosesan juga dipantau oleh pihak MESTI dan KKM untuk memastikan ianya suci dan bersih.

Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang Susu Kambing Nufael.


Waktu sesuai untuk minum - sesuai pada waktu pagi atau sebelum tidur kalau nak dijadikan minum petang untuk ganti minum petang yang manis pun boleh juga.

Kuantiti untuk minum - Ibu hamil, berpantang dan menyusu boleh ambil dalam 4 scoop, kanak-kanak 3 scoop, warga emas 3.5 scoop.

Digalakkan untuk anak berumur 2 tahun ke atas dimana mereka yang sudah menerima solid food. Di dalam Nufael ada bahan ekstrak sebenar daripada delima, kurma, kismis, minyak zaitun, arabic gum dan madu dimana dirisaukan tidak sesuai untuk perut bayi.

Diasaskan oleh Puan Anys Paloma yang merupakan pengasas Feedmilk iaitu syarikat produk kelengkapan ibu menyusu dan pastinya inginkan yang terbaik juga anak yang bakal dilahir juga kebaikan dalam tumbesaran anak-anak selepas dilahirkan.

KELEBIHAN SUSU KAMBING NUFAEL


Peralihan daripada SUSU IBU kepada susu biasa sangat sesuai diamalkan Nufael ni. Macam Adik Nur memang sesuai sangatlah sebabnya memang baru sahaja lepas susu badan.

  • Membantu naikkan selera makan kanak-kanak selepas 2 tahun ke atas
  • membantu untuk sel otak berhubung dan cepat belajar dan fokus untuk belajar
  • Membantu kurangkan kembung perut dan sembelit

SUSU UNTUK IBU HAMIL, IBU BERPANTANG DAN IBU MENYUSU
  • Membantu untuk menambah susu badan
  • Menstabilkan HB semasa hamil
  • Memberi tenaga luar biasa
  • Mengelakkan baby jaundice selepas dilahirkan.
  • Membantu untuk menambah susu badan
  • Membantu elakkan sakit semasa sembelit di dalam pantang. Memang bakal ibu perlu sangat kerana ianya sangat tidak selesa.
  • kurangkan mengantuk
  • tidak mudah lapar
  • membantu penghadaman
  • Memberi Antibodi
DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN


  • Mencantikkan kulit
  • mengurangkan insomnia ( kurang tidur)
  • memberikan tenaga extra
  • mengurangkan gastrik, angin dan ketidakhadaman perut.

Untuk membuat sesuatu yang sedap anda hanya perlu letak gula atau krimmer atau pemanis perasa dan perisa agar ianya sedap berlemak berkrim. Dan kesannya anda akan lihat seperti ketagihan manis, obesiti, mengantuk dan bermacam lagi. Jika ada susu kambing yang murah, lihat kandungannya ada gula atau tidak, jika ada ianya murah kerana ia untuk sedap bukan sihat. Nufael gunakan 100% bahan sebenar dan susu kambing asli 

Ianya sangat sesuai kerana 100% susu kambing asli digunakan untuk Nufael dimana ianya bersifat alkali yang baik dan tinggi sesuai untuk perut gastrik dan perut sensitif lain seperti angin, kembung, sembelit, ulser dan sebagainya. Perut yang bersifat asid kerana rembesan hydrochloric acid menjadikan punca banyak penyakit datang daripada perut.  

Tiada masalah, disamping kebaikkan delima dan manna yang boleh membantu kurangkan kencing manis serta darah tinggi di samping kualiti terbaik susu kambing asli dalam Nufael ini sendiri dan ianya TIDAK ADA GULA, GULA TAMBAHAN, PERISA dan PEWARNA.

Jika korang nak tahu lebih lanjut tentang Susu Kambing NUFAEL korang boleh jalan-jalan dan baca info-info yang pihak Nufael kemaskini di pautan di bawah :


Website Official



Kalau korang nak cuba Susu Kambing Nufael boleh tengok kat sini macam mana nak beli mana tahu boleh terus kepada pengedar rasmi Nufael berdekatan anda lagi cepat korang boleh cuba dan ikhtiar bersama Nufael.


Instagram Founder Nufael


Instagram Nufael HQ

No. Telefon
016- 8404932

Ingin menjadi pengedar? Jana Pendapatan dengan modal dropship tetapi keuntungan stokis. Boleh daftar di sini tapi TERHAD !

AIS KRIM BARU MCDONALDS MALAYSIA | Assalamualaikum semua. Malam ini santai sahaja nak kongsikan sesuatu yang sedap bersama korang yang mana asalnya Sha dipengaruhi oleh blogger Mek Ayuni. Sebenarnya sudah dua tiga hari nak cuba ais krim ini tapi malangnya kalau kawasan Ipoh Perak ais krim ini hanya ada di McDonalds Medan Gopeng. Kebetulan pagi ini Sha ada program di Bangunan Setiausaha Negeri Perak (SUK) jadi Sha ambil keputusan untuk balik kerja melalui Medan Gopeng, Alhamdulillah walaupun jalan Ipoh memang sesak sebab waktu balik kerja dan hujan lebat membasahi bumi Sha gagahkan juga pandu lalu untuk beli ais krim.


Kali ini Sha memilih untuk mencuba Coffee Sundae & Chocolate. Tapi Sha tak terus makan kerana kena memandu dalam hujan lebat jadi bawa balik makan sama-sama dengan suami juga anak-anak. Kalau kat rumah siapa lagi yang suka makan ais krim kalau bukan Adik Nur.

Pada peminat kopi korang wajib cuba Coffee Sundae & Chocolate rasai kelainannya dalam bentuk ais krim. Sha pun nanti nak ulang beli yang pastinya nak makan terus jadi tak adalah cair sangat macam tadi Sha nasib baik hujan dan penghawa dingin sejuk jadi tak adalah terlalu cair bila sampai rumah kalau panas memang teguk macam air sahajalah.

Kalau korang tak nak campur coklat korang boleh pilih Coffee Sundae & Salted Caramel atau 3 pilihan ais krim kon iaitu ais krim Coffee, Coffee & Vanilla dan Coffee ChocoTop. Hah apalagi, cuba kunjungi cawangan McDonalds berhampiran kot ada.

Terliur tak?ehehehee
LIRIK LAGU LELAH MENGALAH | NAYUNDA | Assalamualaikum semua. Sedang scroll instagram terjumpa sedutan drama baru pelakon Saharul Ridzwan. Nampaknya tak lama lagi ada drama baru yang nampanya bakal  boom kerana jalan ceritanya yang mungkin akan menyebabkan nitezen marah lagi kerana isunya Curang!

* Rezza Ammar seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga, TAPI ,...rugi sekali jika seorang lelaki melepaskan wanita yang cantik akhlaknya hanya demi mengejar wanita yang cantik wajahnya.

Mungkin kita dapat mengutip banyak pengajaran daripada drama ini nanti yang katanya akan diberi tajuk Atas Nama Cinta yang akan ditayangkan setiap isnin hingga jumaat pada pukul 6 petang hingga 7 petang sebanyak 60 episod di slot Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135. Begitulah sedikit pengenalan drama ini, sama-samalah kita tunggu yang pasti Sha sudah terpikat dengan lagunya.


LELAH MENGALAH DARIPADA NAYUNDA.

Dulu ku tak tahu
Kalau cintamu kau bagi dua
Dulu ku tak tahu
Kalau kau sudah ada yang punya

Kini ku mengerti
Betapa sakitnya hati ini
kini ku sadari
Telah lama ku dikhianati

Lelah hati ini
Lelah hidup denganmu
Walau ku terlanjur sayang pada dirimu
Namun kusesali semuanya kusesali
Untung saja aku tak sampai bunuh diri

Lelah ku mengalah lelah memendam rasa
Luka hati ini tak dapat terobati
Telah sekian lama hidup bersandiwara
Biar ku mengalah asal engkau bahagia

Dulu ku tak tahu
Kalau cintamu kau bagi dua
Dulu ku tak tahu
Kalau kau sudah ada yang punya

Lelah hati ini
Lelah hidup denganmu
Walau ku terlanjur sayang pada dirimu
Namun kusesali semuanya kusesali
Untung saja aku tak sampai bunuh diri

Lelah ku mengalah lelah memendam rasa
Luka hati ini tak dapat terobati
Telah sekian lama hidup bersandiwara
Biar ku mengalah asal engkau bahagia

Tak mudah tuk dijalani
Hanya merana hati
Bagai jarum dalam jerami
Sulit untuk kembali
Kasih biarkan aku pergi

Lelah hati ini
Lelah hidup denganmu
Walau ku terlanjur sayang pada dirimu
Namun kusesali semuanya kusesali
Untung saja aku tak sampai bunuh diri

Lelah ku mengalah lelah memendam rasa
Luka hati ini tak dapat terobati
Telah sekian lama hidup bersandiwara
Biar ku mengalah asal engkau bahagia

Tak mudah tuk dijalani
Hanya merana hati
Bagai jarum dalam jerami
Sulit untuk kembali
Kasih biarkan aku pergi

Tunggu saksikan drama yang diterajui oleh Saharul Ridzwan dan Syatilla Melvin ini dikaca televisyen anda. Boleh laa layan lepas balik kerja lagi pun sebelum maghrib kan katanya bulan november akan datang.
RESEPI LAKSA LEMAK | Assalamualaikum semua. Semalam malas pulak nak masak apa-apa untuk sarapan jadi Sha sarapan dengan nasi kerabu yang di beli di pasar, alang-alang keluar cari ikan segar di pasar. Makan nasi kerabu memang sampai petang kekenyangan jawabnya. Pukul 2 petang tiba-tiba teringin nak makan laksa, Sha cakap kat suami dan suami cakap nak pergi makan kat Padang Polo ke? Tapi Sha teringin nak makan Laksa Lemak atau pun Laksa Terengganu juga Laksa Kelantan, ehh tak pasti pulak apa perbezaan mereka ini jadi Sha dari dulu memang biasa panggil laksa lemak pendek kata laksa lemak ini sebenarnya laksa yang dimakan dengan kuah laksam. Jadi Sha kongsikan resepi kuah laksam dan aksesori yang biasa di makan bersama Laksa Lemak ini. Memang dari kecil mak Sha ajar makan macam ni dan panggil macam ni..huhu


Resepi Kuah Laksam

8 ekor ikan sardin ( Direbus & ambil isi)
Bawang merah besar 2 biji
Bawang putih 3 ulas
Halia 1/2 inci
Lada hitam 1 sudu besar
Asam keping 5 keping
Santan pekat 1/2 kg
Air
Garam
Gula

Cara-cara Masak Kuah laksam


1. Ikan direbus kemudian diasingkan isi dan tulang. Jangan buang air rebusan, nanti nak guna lagi.

2. Satukan bawang merah + bawang putih + halia + lada hitam + isi ikan dan air di dalam blender dan blend.

3. Nyalakan api dapur. Dalam periuk masukkan santan dan masukkan bahan blender tadi. Letakkan asam keping juga

4. Kacau dan masukkan air rebusan ikan tadi. Jika pekat masukkan air sedikit.

5. Perasakan dengan garam dan gula.

6. Diingatkan supaya kacau kuah jangan biarkan ianya pecah minyak dengan api sederhana. Sha suka kuah yang lembut tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.


Bahan-Bahan Lain

Sambal

  • Sha cuma rebus cili kering dan blend.

Ulam-Ulaman

  • Kacang panjang
  • Timun Batang
  • Kubis
  • Taugeh
  • Limau Nipis
  • Bunga kantan
Perasa

  • Garam Halus
  • Belacan
Kali ini Sha rindu sangat nak makan dengan tangan, suami Sha pun dah pelik tengok Sha makan laksa dengan tangan tak pakai sudu macam biasa. Dulu pun Sha pelik tengok orang makan laksa dengan tangan tapi bila cuba sendiri, nikmatnya lebih sedap. Sha suka makan laksa ni letak sambal lebih sikit bagi kuah kemerah-merahan lagi ummph!

* Santan lebih? Boleh masak resepi ini --> Resepi Masak Lemak Udang Dengan Kacang Buncis

Biasa yang Sha tahu kalau bukan orang pantai timur, mereka tak hidang dengan cara macam ni dengan garam dan belacan asing semuanya disatukan. Kalau tak pernah makan macam ni bolehlah cuba nanti.

Ehhhh... Jangan lupa beli laksa pulak yea!

RESEPI LAKSA LEMAK

by on October 01, 2018
RESEPI LAKSA LEMAK | Assalamualaikum semua. Semalam malas pulak nak masak apa-apa untuk sarapan jadi Sha sarapan dengan nasi kerabu yang d...