Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ULANG TAHUN ISTIMEWA BERTURUT-TURUT

ULANG TAHUN ISTIMEWA BERTURUT-TURUT | Assalamualaikum semua rakan-rakan. Alhamdulillah, hari ini dapat juga Sha kemaskini blog rasanya semacam lama tidak mencoret tentang keluarga di sini. Terasa masa sangat cepat berlalu kini hingga kadang-kadang rancangan bersama blog sendiri asyik tertunda. Kebiasaannya bulan Ogos dan September adalah bulan-bulan yang agak menggembirakan Sha sekeluarga kerana banyak ulang tahun yang kami sambut pada bulan ini iaitu hari lahir Adik Nur pada 26 Ogos, Ualang tahun pernikahan Sha dan suami serta hari ini adalah hari lahir anak sulung Sha iaitu Abang Zaryth.

3 September 2011 pula adalah tarikh pernikahan Sha & suami. Pernah saat menanti kelahiran Abang Zaryth Sha memohon Abang Zaryth lahir pada tarikh ini tapi dia tak nak keluar lagi, apa nak buatkan..hhuhuhu.. Kami tak sambut apa-apa cuma ucapan dan masak nasi chicken chop sahaja di rumah. Kita beli kek sama hari lahir Abang Zaryth sahajalah ehh... Didoakan semoga ikatan suci ini berkekalan dunia dan akhirat.



Hari ini Hari Lahir Abang Zaryth iaitu 5 September hanya berbeza 10 hari sahaja dengan hari lahir Adik Nur. Kalau korang nak tahu hari lahir Adik Nur adalah tarikh jangkaan kelahiran Abang Zaryth sebenarnya iaitu 26 Ogos. Oleh kerana doktor memberi tempoh 10 hari tambahan untuk Sha melahirkan Abang Zaryth maka 5 September 2011 adalah hari lahirnya zuriat pertama Sha. Caturan Allah S.W.T 26 Ogos 2015 Sha melahirkan anak kedua iaitu Adik Nur dengan tempoh tambahan sebanyak 7 hari selepas tarikh jangkaan sebenar. Rezeki Allah s.w.t juga Sha melahirkan kedua-dua permata hati dihari terakhir sebelum tindakan lebih lanjut doktor tanpa menjalani pelbagai proses paksaan bersalin.


26 Ogos 2015 tarikh lahirnya permata hati Sha yang kedua, rezeki mendapat seorang puteri melengkapkan kehidupan kami sekeluarga. Sekarang ini Adik Nur banyak menjadi mangsa ibu sebagai model ibu..huhuhu... Lahir selepas mendapat tambahan hari duedate baru iaitu 7 hari selepas tarikh 19 Ogos 2015 . Adik Nur pun kiranya lahir saat-saat akhir ibu menyerah diri di hospital HUSM.. ha itu adalah sebab kenapa anak-anak Sha semuanya lahir di HUSM Kubang Kerian yang mana asalnya Sha mahu bersalin ni Hospital Besut iaitu tempat lahir Sha. Oleh kerana terlebih duedate terpaksalah dirujuk ke hospital lebih cukup kelengkapan.


Semua tarikh-tarikh ini jatuh hari bekerja, memang Sha tak ada persediaan apa-apa yang istimewa. Yang penting tarikh-tarikh ini tak pernah Sha lupakan dalam hidup Sha. Di dalam bulan Ogos juga adalah bulan kelahiran arwah ayah Sha iaitu pada 11 Ogos, kalaulah ayah masih dengan kami ayah berumur 65 tahun pada tahun ini. Hanya doa yang dapat kami kirimkan untuk ayah tersayang.

Post a Comment

3 Comments

  1. Alhamdulillah, Tahniah Sha.. sekali jalan celebrate ye :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah, selamat hr lahir buat adik n abg, selamat ulang tahun perkahwinan buat sha n suami, salam takziah atas kehilangan....

    ReplyDelete
  3. kalau dh dekat2 hari speselnya tu, mmg bestnya sambut sekali... meriah

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi