TUNAIKAN MENGIDAM STEAMBOAT DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON HIGHLAND - SHALIMAR YUSOF


Wednesday, September 12, 2018

TUNAIKAN MENGIDAM STEAMBOAT DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON HIGHLAND

TUNAIKAN MENGIDAM STEAMBOAT DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON HIGHLAND | Assalamualaikum korang semua. Korang cuti 4 hari minggu ini kemana tujunya? Sha minggu ini memilih untuk ke Cameron Highland memandangkan dah agak lama tak ke sana iaitu 4 tahun jugalah tak ke Cameron Highland walaupun boleh dikatakan tidaklah jauh sangat daripada Ipoh kan. Macam biasalah kalau sebut Cameron Highland akan terbayanglah betapa sesaknya jalan nak ke sana jika ada cuti umum panjang macam minggu ini tapi kalau kita pandai pilih masa nak sampai ke sana mungkin dapatlah kurangkan risiko sesak teruk tambah pula hanya tempat tertentu sahaja yang terjadinya sesak maklumlah tempat popular seperti Kea Farm hanya ditepi jalan sahaja.

Lebih kurang selepas subuh jam 6.10 pagi Sha dan keluarga kecil bergerak ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai itupun dah banyak kereta mula naik bersama kami. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan dan lebuh kurang 8.30 pagi kami sampai ke Restoran Taman Apple Cameron untuk menikmati sarapan pagi. Memandangkan sekarang ini viral Nasi Lemak Serunding Strawberry Sha pun tak nak ketinggalan untuk mencuba. Sha dah cuba Nasi Lemak Serunding Strawberry yang diuar-uarkan jadi Sha nak kongsilah kat sini apa yang menarik di Restoran Taman Apple Cameron ni mana tahu nanti percutian akan datang korang nak ke Cameron Highland kan.

SARAPAN DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON



Menu yang menarik. Intercom disediakan untuk mendapatkan perkhidmatan staf yang ada jadi tak perlu berjalan atau memanggil-manggil staf yang ada.

 

Sha paling suka kalau restoran yang ada menyediakan menu makanan mereka disertakan gambar sebab senang nak buat pilihan makanan yang ada. Korang tengoklah sendiri menu di bawah ini sudah terang lagi bersuluh tak perlu nak tanya ada apa kat dalam pinggan nanti, gambar memang jelas dan hidangan pun memang sama dengan gambar menu.

 

Nasi Lemak Serunding Strawberry. Ini kali pertama Sha mencuba serunding Strawberry dan ianya sedap dengan rasa manis-manis buah strawberry, rupanya memang seperti serunding ayam atau daging yang kita biasa makan. Nasi Lemak Serunding Strawberry dihidangkan bersama nasi lemak hijau, ayam goreng , telur rebus, timun batang, ikan bilis goreng dan juga sambal yang memang kena dengan selera Sha pedas-pedas gitu..

 

Selain Nasi Lemak Serunding Strawberry di Restoran Taman Apple ini juga menyediakan Nasi Lemak Biasa dan Nasi Lemak Rendang Ayam.

 

Kalau tak nak makan nasi lemak pun boleh kot ada yang sedang diet tak nak terlalu berat kan korang boleh sahaja pilih Nasi Kukus Serunding Strawberry.


Selain nasi kita juga pilihan lain untuk makan terutama untuk anak-anak kan kadang mereka tak nak makan nasi waktu pagi. Untuk sarapan pagi Sha memilih Laksa Johor dan Bihun Soto untuk Adik Nur.

 

 RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON YANG SELESA DAN STRATEGIK

Yang menarik di Restoran Taman Apple ini terletak di tempat yang agak strategik bagi Sha kerana tempatnya yang selesa. Terdapat tempat letak kereta yang banyak dan memang tak ada masalah tempat letak kenderaan kita. Selain itu kedudukannya yang berada di tengah-tengah pekan Tanah Rata, Cameron Highland memudahkan kita merancang perjalanan percutian kita. Contoh Sha sendiri, Sha telah memilih hotel berdekatan dengan restoran ini jadi agak menjimatkan penggunaan minyak kereta dan korang jangan risau di Tanah Rata memang banyak terdapat hotel cuma untuk musim cuti umum memang agak padat dan susah mendapat penginapan. Memandangkan Sha pergi ke Cameron dengan keadaan suami yang tak berapa sihat jadi Sha tak banyak berjalan, lepas sarapan Sha cuba daftar masuk awal ke hotel tapi bilik masih belum sedia jadi kami pun bergerak ke Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland yang hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit hanya berjalan kaki dari restoran ini terlebih dahulu untuk menikmati warna warni bunga-bungaan yang ada di taman itu sebelum masuk bilik. Selepas puas bergambar di Taman Agroteknolgi MARDI dengan harga bayaran masuk RM 5.00 untuk dewasa kami daftar masuk hotel untuk merehatkan badan.

Masuk tengahari anak-anak pun dah segar kembali, Encik suami pun sedar daripada lelap selepas makan ubat demam jadi perut pun dah mula lapar. Kami ambil keputusan untuk makan tengahari di Restoran Taman Apple Cameron juga kerana dekat dengan hotel, selesa bawak anak-anak yang agak tak duduk diam juga Sha pun sedang cuba jaga makan jadi teringin nak makan makanan yang sihat iaitu set lauk bakar sahaja. Jadi jom kita tengok apa yang Sha pilih untuk hidangan makan tengahari kami di Restoran Taman Apple Cameron ini.

MENU MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON

 

 

 

 
Jom tengok apa pilihan Sha sekeluarga. Kami sekeluarga memilih menu set bakar-bakar sahaja. Macam korang tengok dalam menu diatas korang tak perlu risau kalau ada ahli keluarga yang tak makan ayam ke, daging ke atau sotong sebabnya kat sini pun ada menu masakan ikan seperti ikan bakar, ikan masak tempoyak, ikan pais dan kari ikan.


Pilihan Encik Suami iaitu Set Nasi Kambing Bakar dipadankan dengan Strawberry Milkshake. Set Nasi Kambing Bakar dihidangkan bersama sup dan sos lada hitam.

 

Sha pula memilih Set Nasi Sotong Bakar kemudian Sha memilih minuman buah kegemaran Sha iaitu Durian Belanda  Strawberry Milkshake. Memang suatu kelainan kerana air strawberry yang meriah dengan isi buah Durian Belanda yang original. Set sotong bakar ini disertakan dengan sup dan sambal kicap yang agak pedas sesuai dengan penggemar pedas macam Sha sendiri.


Untuk anak-anak Sha memilih Set Nasi Ayam Bakar kerana mereka memang tak makan daging dan sotong. Set ini dihidang bersama sos lada hitam, mungkin kena dengan selera Adik Nur kerana Adik Nur memang gigit habis ayam bakar ni.

Alhamdulillah hilang kelaparan kami tengahari itu. Mungkin kerana cuaca Cameron Highland yang sejuk menyebabkan perut cepat lapar nasib baik tempat best Tanah Rata dekat sahaja dengan hotel jadi tak ada masalah untuk dapatkan makanan ditempat yang agak luas ini. Korang jangan keliru pula kalau korang waze arah ke Taman Abang kerana memang sebelum ini restoran ini dikenali sebagai Taman Abang.

STEAMBOAT & GRILL RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON

Tibalah masa untuk Sha menyelesaikan rasa mengidam nak makan steamboat dan grill. Memang dah lama Sha tak makan steamboat ni maklumlah restoran kegemaran Sha nun jauh di Kelantan jadi kali ini kita buat kelainan sedikit dengan layan steamboat di Tanah Rata Cameron Hingland di dalam cuaca yang agak sejuk. Kalau korang nak tahu untuk steamboat & grill Restoran Taman Apple Cameron ini bermula pada jam 5.00 petang jadi korang tak perlu tunggu malam gelap baru nak datang sini. Sha pun bernasib baik datang awal kalau tak memang terpaksa menunggu diluar dan perlu ambil nombor giliran.

 
Bahan-bahan mentah atau lauk pauk yang ada.

 
Pilihan sayuran yang ada.

 
Mee segera dan bihun.

 

Malam itu Sha sekeluarga sepakat memilih kuah Tom Yam, kalau korang nak tahu kat sini ada 2 jenis kuah sahaja iaitu tom yam dan sup sebagai pilihan. Kuah juga boleh ditambah jika perlu. 

 
Pada yang ingin makan nasi waktu malam pun ada nasi lemak.

Pencuci mulut pun ada iaitu Ais Krim, mungkin anak-anak ada yang nak makan ais krim kan boleh layan diri ambil ais krim dan jem strawberry juga disediakan. Ais krim Malaysia Strawberry pun ada dijual disini jadi korang tak perlu ke kedai lain untuk untuk mencuba.


Buah-buahan pencuci mulut dan juga bubur jagung juga ada di sini. Untuk penutup bila sudah kenyang kami rehat sekejap dan akhiri dengan jagung bakar yang disapu marjerin. Memang terbaiklah menu kali ini.

 ABC layan diri.

 Pilihan air yang ada di sini. Air panas juga disediakan air kopi O.


Kalau korang berkunjung ke sini kebetulan pada hari ulang tahun atau hari lahir tersayang korang dah tak perlu risau kerana di sini disediakan pelbagai kek jadi korang tak perlu mencari kek dilain-lain kedai boleh sahaja dapatkan di kaunter utama.

KEMUDAHAN YANG ADA DI RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON

 

Tandas yang selesa.


Kiosk jualan di dalam kawasan restoran. Di sini ada juga dijual Serunding Strawberry yang digunakan untuk menu Nasi Lemak Serunding Strawberry.


 

Korang juga perlu tahu bahawa restoran ini adalah gred kebersihan premis makanan taraf A.

 
Harga steamboat Restoran Taman Apple Cameron. Jadi korang dah boleh buat bajet untuk ke sini nanti.

Lepas makan malam korang boleh pusing-pusing di Tanah Rata, dari restoran ini korang boleh jalan kaki sahaja ke pasar malam atau pasar sehari Tanah Rata untuk cari sayur segar pula.


Alhamdulillah habis hari pertama percutian Sha di Cameron Highland. Terima kasih Encik Suami kerana sudi layan anak tekak isteri walaupun diri sendiri pun tak berapa sihat.

13 comments:

  1. macam sedap je semua menu dia! teringin jugak nak ke cameron

    ReplyDelete
    Replies
    1. try serunding strawbeery ...kelainan di situ

      Delete
  2. Nani dah lama teringin nak makan nasi lemak strawberry tu sebab ramai cakap sedap. Hehe. Bila lah nak sampai sana lagi.

    ReplyDelete
  3. Menu dia semua menarik !! Bestnya

    ReplyDelete
  4. boleh tahan harga dia.. tq share :D

    ReplyDelete
  5. sedapnya semua makanan. lama tak makan steamboat

    ReplyDelete
  6. bestnya weiiiii. lapar seroo. tapi tetiba rasa sejukkk dingin

    ReplyDelete
  7. semuanya sedap. ulang tayang sekali lagi pun sedap adeh ahahha

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi