Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PERLUKAH SOKONGAN KELUARGA DALAM KEPULIHAN PENAGIH DADAH?

PERLUKAH SOKONGAN KELUARGA DALAM KEPULIHAN PENAGIH DADAH? | Assalamualaikum semua. Agak berat rasanya Sha nak memainkan topik penagihan dadah dalam masyarakat di dalam bentuk blogpost, pelbagai persoalan timbul di fikiran adakah orang nak baca tentang masalah no.1 negara yang tak pernah selesai ini? Wujudkah ahli keluarga yang nak membantu kelurga yang tersilap langkah ini? Soalan paling berat adalah bolehkah penagih meninggalkan dunia penagihan mereka? Itu lah persoalan yang sering membuatkan Sha tertanya-tanya dan Sha sendiri tak pernah nampak apa keperluan Sha membuat entry tentang masalah penyalahgunaan dadah tambah pula jika penagih sekitar kampung (mengikut pengalaman) yang kebanyakkan tidak mempunyai telefon pintar sudah tentu tak akan membaca malah jika buat program bersama mereka pun ada yang tak pandai membaca. Walau bagaimanapun baru-baru ini bekas pegawai atasan Sha ada menegur Sha di laman facebook, beliau memberi saranan dan cadangan supaya penulisan Sha berkongsi juga tentang kepulihan daripada dadah.


Bercakap tentang penyalahgunaan dadah memang takkan habis, sebabnya ianya sangat kompleks bagi Sha. MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT memang sangat sesuai untuk situasi salah guna dadah ini kerana BUKAN SENANG NAK UNDUR BALIK SEBAB BUKAN SENANG NAK BERPISAH DENGAN DADAH. Ya! banyak sangat contoh, kalau senang tak kan ramai yang sampai mati pun tak boleh nak tinggalkan dadah. Berbalik kepada tajuk Sha hari ini, perlukah sokongan keluarga dalam menangani permasalahan salah guna dadah ini? Menjawab kepada persoalan ini adalah memang PERLU.

Kenapa keluarga perlu membantu? Kerana pihak berkuasa tak mampu nak tangani tanpa bantuan orang-orang terdekat mereka. Memang perubahan perlukan KESEDARAN DALAM DIRI PENAGIH SENDIRI, tetapi mereka juga perlukan sokongan moral daripada orang tersayang. Sebab itulah program kepulihan juga ada melibatkan program bersama keluarga klien juga, namun sayangnya tak ramai keluarga yang akan hadirkan diri. Walhal banyak juga ilmu yang ahli keluarga boleh dapatkan daripada kaunselor yang memantau ahli keluarga yang terlibat.

Ahli keluarga juga perlu tahu program-program yang dijalankan ke atas klien kerana ini dapat sama-sama membantu memantau apa yang sepatutnya mereka lakukan terutama cara bagi mengelakkan mereka jatuh atau terlibat dalam penyalahgunaan dadah kembali. Mungkin selepas ini Sha boleh kongsikan apa program yang klien / penagih berdaftar akan lalui sepanjang 2 atau 3 tahun menjalani pengawasan.

Mungkin ada ahli keluarga yang malu untuk bertanya atau mengakui mempunyai keluarga yang terlibat dengan salah guna dadah ini tetapi sebelum semuanya melarat atau fungsi keluarga digantikan dengan rakan-rakan yang mana sudah tentu rakan-rakan mereka lebih kepada golongan yang sama.

Ya! Bukan senang nak mereka berhenti daripada menyalahguna dadah tetapi sekurang-kurangnya kita dapat membantu mereka kurangkan kekerapan mengambil dadah. Semoga mereka diberi petunjuk dan hidayah sendiri untuk berubah ke arah kebaikan. Keluarga bak kata pepatah Air Dicincang Tak Akan Putus kerana darah daging sendiri. Jangan hanya lepas tangan dan membuang mereka apabila mereka tersilap langkah dalam kehidupan. Kesilapan mereka juga adalah suatu ujian untuk kita yang tidak terlibat.

Terima kasih kerana sudi membaca kerana Sha tahu ada antara pembaca juga punya keluarga yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah kalau tak ada pun mungkin satu hari nanti berguna juga untuk berkongsi bersama rakan-rakan yang ada masalah ini. Nanti Sha kongsikan lagi di entry yang lain.

Ehhh.... ada ke orang nak baca ni?

Post a Comment

5 Comments

  1. Saya baca. Teruskan berkongsi. Masih ada yang perlukan info sebegini

    ReplyDelete
  2. Sokongan keluarga dan orang sekeliling amat penting penagih dadah pulih sepenuhnya..bila bila xde sokongan tu yg diorang terjebak kembali

    ReplyDelete
  3. Penting sangat tu sokongan keluarga, kalau keluarga pun dah tak menyokong usaha mereka macam mana lah mereka nak kuat kan

    ReplyDelete
  4. family punye sokongan besar impaknya

    ReplyDelete
  5. Betul. Sokongan family sangat penting untuk mereka. Jika tiada sokongan dan dorongan dari keluarga mungkin diorang akan kembali pada tabiat yang lama. Masyrakat pun kena juga ubah persepsi dan jangan pandang serong pada golongan ni.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi