Hot Posts

6/recent/ticker-posts

HIDAYAH MILIK ALLAH S.W.T

HIDAYAH MILIK ALLAH S.W.T | Assalamualaikum semua. Hari ini Sha terdetik pula untuk berkongsi suatu kisah insan yang tersilap langkah. Sekadar perkongsian semoga menjadi panduan kerana kita tidak akan pernah terlepas daripada ujian dalam kehidupan. Kehidupannya berjalan lancar, tetapi oleh kerana terasa kekosongan sesuatu beliau mencari keseronokan sendiri dan akhirnya berkenalan dengan sesorang yang tidak dikenali. Pada awal perkenalan tiada apa yang berfaedah pun diborakkan tetapi apabila menyedari perkenalan itu membawa lebih kepada kelalaian mereka akhirnya sepakat untuk "berpisah"


Oleh kerana kepolosan seorang perempuan, akhirnya seorang lelaki, suami orang yang juga mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan jiwanya menyebabkan beliau tidak sampai hati untuk meneruskan hubungan yang tidak membawa kemana-mana itu. Kata-kata beliau "I care about you ,I will do good things for you" adalah petanda lelaki itu ingin melepaskan perempuan yang menemaninya saban hari tanpa jemu.

Akhirnya lelaki itu memutuskan untuk meninggalkan perempuan yang setia melayannya sepanjang mengisi masa kosongnya. Apakah yang lelaki itu lakukan? Si lelaki mahu berkongsi, beliau meluahkan sebab kenapa beliau mencari hiburan luar sedangkan beliau mempunyai isteri yang setia menjaga zuriatnya sementara beliau mencari rezeki hingga ke malam. Selepas yang lelaki meluahkan asbab, perempuan pula meluahkan masalah yang mana hampir sama sebenarnya masalah yang dihadapi.

Dalam masa 2 hari Si Lelaki bercerita tentang kebaikan hinggakan perempuan ini merasa tersilap orang dan bukan bersama lelaki biasa yang beliau borak dalam seminggu itu. Panggilan manja ditukarkan kepada panggilan biasa, panjang sungguh perkongsian si lelaki tentang hadis, agama dan dosa. Nasihatnya amat padu berserta cebisan ayat-ayat Al-Quran dan beliau ulangi lagi ayat "I care about you I will do good things for you" dan akhirnya si perempuan sedar bahawa si lelaki merasa bersalah kerana menarik perempuan itu ke dalam kelalaian dan mahu memperbaiki keadaan mereka yang mana tidak sepatutnya wujud.

Selepas perkongsian masalah masing-masing, perempuan itu merasa sangat bersalah kerana alasan kecil yang berlaku menyebabkan mereka lalai dalam kehidupan, lalai dalam agama. Sedar sebenarnya itu adalah kesilapan, dan peperangan dengan perasaan sendiri dan perlu diselesaikan bukannya semakin mencari masalah. Alhamdulillah mereka saling bermaafan, saling menasihati antara satu sama lain.

Panjang sungguh perkongsian Si Lelaki hingga terkedu Si Perempuan yang masih tidak percaya teman boraknya bagaikan seorang penceramah agama yang tak mampu dipatahkan hujahnya. Namun apabila Si Lelaki mahu Si Perempuan menasihatinya pula, memang Si Perempuan kelu akhirnya hanya mampu mengatakan..." Awak...segala nasihat awak itu saya harap awak AMALKAN, maafkan isteri dan diri sendiri semoga selepas perpisahan ini kehidupan kita lebih baik. Sama-samalah kita meninggalkan kelalaian yang dicipta diri sendiri.

Hidayah milik Allah S.W.T, sesungguhnya pelbagai cara untuk menyedarkan diri kita. Seperti kisah diatas, atas kerana nafsu mereka bertemu tetapi akhirnya seorang imam keluarga juga membimbing insan lain untuk tidak terus hanyut dengan perasaan. Alhamdulillah, atas izin Allah S.W.T mereka kembali kepada keluarga masing-masing dan memperbaiki diri masing-masing malah InsyaAllah lebih baik sebelum mereka bertemu.

Semoga pembaca blog Sha ini tidak ada yang tersilap langkah seperti kisah di atas dan sentiasa berada dibawah lindungan-Nya. Sesungguhnya jiwa yang kosong boleh menyebabkan nafsu berasa dihadapan. Kembalilah melakukan apa yang agama mahukan.

Di dalam keselesaan hidup dan lengkapnya hidu..hati-hati dengan ujian-Nya dalam pelbagai bentuk.

"Jangan biarkan perut lapar, kerana lapar boleh menyebabkan kita makan apa saja di depan mata"

Post a Comment

6 Comments

  1. allahu. terima kasih atas perkongsian. sangat mendalam ayat-ayat di atas

    ReplyDelete
  2. kena tebalkan iman di dalam hati. wajib. kalau tak, kita menjahanam kan diri kita sendiri. meletakkan diri kita dalam neraka.

    ReplyDelete
  3. sbb tu kita selalu di nasihatkan utk jaga batasan antara lelaki dan perempuan di tempat kerja
    boleh berkawan tp sentiasa ingat batasan

    ReplyDelete
  4. betul tu, bukan senang nak jaga diri kita supaya kuat tak ditelan nafsu..

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang menyentuh hati. Semoga bermanfaat buat kita semua hendaknya. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi