LEBIH JIMAT DENGAN ELECTRIC LUNCH BOX - SHALIMAR YUSOF


Monday, August 06, 2018

LEBIH JIMAT DENGAN ELECTRIC LUNCH BOX

LEBIH JIMAT DENGAN ELECTRIC LUNCH BOX | Seronoknya bila dapat jimat minyak kereta jimat kos beli makanan kat kedai yang kadang-kadang tak masuk akal. Lama dah berkenan dengan Electric Lunch Box ni sejak baca Blogger Julia Johari menggunakan periuk yang digelar periuk doraemon ini. Sangat sesuai untuk orang yang sedang berdiet dan mahu menjaga kesihatan kerana ia sangat untuk memasak sesuatu yang ringkas seperti stim dan sup.

 

Set Electric Lunch Box yang Sha pilih adalah berwarna putih dan ungu. Sangat comel bersaiz kecil, ringan dan mudah alih. Tahan suhu tinggi, penggunaan elemen pemanasan PTC adalah lebih selamat dan lebih banyak penjimatan tenaga. Alat stim direka untuk memastikan makanan sentiasa segar.
 

Apa yang korang akan dapat di dalam kotak Electric Lunch Box ini?

1 Mangkuk keluli tahan karat
1 Plat keluli tahan karat
1 Cawan penyukat
1 Tudung plastik  untuk mangkuk
1 Dulang telur

1 Sudu


Dengan hanya satu butang, memasak, mengukus makanan begitu mudah. Ia menggunakan watt rendah tetapi bertindak sebagai Cooker Steamer. Kali pertama menggunakan periuk ini Sha hanya masak sup chicken ball dan sayur-sayuran sahaja, sangat mudah dan sayur juga segar tidak terlalu masak untuk memastikan khasiatnya tidak berkurangan.

Mudah 3 Langkah Untuk Digunakan:
 
1. Isikan air yang mencukupi menggunakan cawan penyukat ke dalam kotak Electric Lunch Box.
2. Masukkan bekas makanan/mangkuk.
3. Tekan butang permulaan dan hidangan anda akan disediakan panas dalam beberapa minit.


Inilah rupa hasil makanan pertama daripada Electric Lunch Box  Sha, Ramen Sup memang menu menyihatkan, mengenyangkan dan menjimatkan. Geng diet pun dah order dah untuk memudahkan menyediakan makanan ketika waktu rehat mereka sebabnya kalau beli makanan diluar kita tak boleh nak mengawal pengambilan garam dan gula juga perasa lain.

Jadi pada siapa yang mahu miliki lectric Lunch Box ini boleh dapatkan di Shopee dengan harga yang sangat berpatutan.

14 comments:

  1. Terus akak rasa nak beli electric lunch box ni...

    ReplyDelete
  2. Wahhh bestnya. Nak beli jugak la

    ReplyDelete
  3. senang la.. boleh bawa ke pejabat nie..

    ReplyDelete
  4. menarik juga ni...boleh buat panas kan manakan juga kan....

    ReplyDelete
  5. menarik entry ini.rasa terus nak membeli

    ReplyDelete
  6. terbaik dan mudah untuk dibawa travel kan

    ReplyDelete
  7. Wow menariknya electric lunch box ni

    ReplyDelete
  8. Bagus jugak ada bende alah ni.. Boleh bwk p kerja.. jimat sikit.. hehehe

    ReplyDelete
  9. wow mudahnya. comel betul warna purple

    ReplyDelete
  10. guna untuk masakan kukus sahaja la ye Sha :) comel lak

    ReplyDelete
  11. makin maju la nie..senang la nk bwk p berkelah nie..hihi

    ReplyDelete
  12. nak kena beli gak ni cik mar ni

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi