IMAAN WIPES - Tisu basah seisi keluarga | Assalamualaikum semua. Sejak menjadi ibu, Sha memang perlu menjadi seseorang yang lebih bertanggungjawab terutamanya menyediakan sesuatu seperti kelengkapan harian anak-anak kecil lebih-lebih lagi bila berada di luar rumah. Faham-faham sahajalah bila dengan anak kecil kebersihan perlu dititik beratkan kerana ia melibatkan keselesaan ibu dan ayah juga sebenarnya. Kalau di tanya setiap ibu bapa,atau kalau periksa barang dalam beg tangan ibu terutamanya pasti ada tisu seperti tisu basah jadi memang tak sahlah kalau beg ibu mesti saiz besar kan?hihiihi..mengata diri sendiri la nii... Korang nak tahu tak apa tisu basah apa yang setia dengan Sha? Itulah Imaan Wipes.

 4 RANGKAIAN TISU IMAAN WIPES



Idea perniagaan dan produk jenama Imaan Suci World adalah cetusan Puan Wawa Idris yang merupakan seorang Perunding Imej Bertauliah. Sebelum ini Imaan Suci World hanya mengeluarkan Imaan Suci Wipes ( Paket Biru ) kini telah ditambahbaik dengan keluaran Premium Wet Tissue (Paket Pink) yang mempunyai Argan Oil disesuaikan untuk menjaga kulit. Selain itu Imaan Family Wipes dicipta untuk kegunaan seisi keluarga dan Imaan Feminine Wipes (Paket Ungu) pula untuk penjagaan bahagian intim wanita

IMAAN SUCI WIPES, tisu lembap pembersih wajah nombor 1 yang menyediakan 4 jenis tisu basah yang membantu menjimatkan masa untuk kegunaan diri sendiri dan kegunaan anak-anak yang sedang aktif membesar iaitu :

IMAAN SUCI WIPES ( PAKET BIRU )



  • Dicipta untuk buang makeup sepantas 10 saat
  • Bebas alcohol , boleh buang makeup tebal dan water proof
  • Wangi bukan sekadar membersih juga menyegar dan melembapkan kulit muka sebab ianya mempunyai vitamin E
  • Sesuai kulit berjerawat dan berminyak
  • Ringan di bawa ketika travel.


** Tidak digalakkan untuk kegunaan bayi

Kandungan

Purified water :Air yang telah melalui proses tapisan mengikut kualiti control atau standard umum (water for pharmaceutical use)

Propylene Glycol : pelembap bebas minyak ( untuk melembap dan refresh kulit)

Phenoxyethanol : ejen pewangi (untuk mengekalkan bau dan bau tahan lama)

Polysorbate 20 : Bahan pelarut minyak (mengawal minyak pada muka)

Perfume : minyak wangi haruman bunga

Cetylpyridinium Chloride : Anti septik ( untuk membunuh bakteria merbahaya pada muka, juga ia di gunakan pada ubat gigi, pewangi mulut dan tablet hisap )

CocoAmidopropyl Betaine : sabun/ pembersih yang di hasilkan dari minyak kelapa bahan organic (untuk membersih kotoran pada muka )

Tocopheryl Acetate : Vitamin E ( banyak manfaat untuk kulit Muka )

TISU ARGAN OIL (PINK)


Sehelai tisu cukup untuk menanggalkan solekan seluruh wajah, permukaan honeycom - gandakankuasa menanggal makeup walaupun waterproof makeup.

  • Mengandungi khasiat Argan Oil, Aloe Vera dan Vitamin E bagi melembap dan melindungi kulit muka
  • Dermatologically Tested, Formaldehyde Free, Paraben Free, Alcohol free
  • Sangat sesuai untuk kulit kering dan sensitif
  • Kaya dengan antioksidan ( melambatkan kesan penuaan)
  • Mengurangkan jerawat dan parut.


Kandungan

sama dengan tisu biru tapi ada penambahan agran oil

TESTIMONI IMAAN WIPES


 

Elok sangat untuk wanita bekerja mengikut masa waktu pejabat , tak adalah banyak masa dibazirkan untuk menanggalkan make up sebelum menunaikan solat. Jadi tidak ada isu terkejar-kejar dan lambat masuk pejabat balik kan.

TISU FAMILY ( PAKET KUNING)


Imaan Family Wipes merupakan tisu lembap hasil formulasi Madu, Aloe Vera & vitamin E yang memberi perlindungan seisi keluarga.

CIRI PENTING
  • Tiada alkohol
  • Lapkan seluruh tubuh termasuk wajah
  • Selamat untuk bayi
  • Dihasilkan dari pengeluar bertaraf ISO 9001, ISO 22716 & GMP

Amat berkesan untuk menjaga kebersihan & melindungi anda seisi keluarga maklumlah zaman sekarang pelbagai kuman telah muncul dan menyebabkan penyakit berjangkit. Adalah digalakkan menggunakannya ketika;

1.       Anak-anak menyusu, makan, tukar lampin, muntah & lain-lain

2.       Aktiviti diluar rumah bersama keluarga (travel, riadah, sekolah & sukan)

3.       Untuk membersih & menyegar kulit (daripada kotoran, peluh & daki).

4.       Untuk hilangkan bau badan (bertindak sebagai deodorant)

5.       Untuk penjagaan orang sakit & kurang upaya

6.       Menjaga kebersihan ibu yang menyusu badan

7.       Untuk membersih peralatan mainan kanak-kanak, perabot & lain-lain


PENGALAMAN SHA BERSAMA IMAAN FAMILY WIPES

Bila balik kampung Adik Nur memang suka makan buah rambutan, faham sahajalah bila budak-budak makan rambutan mesti melekit tangan dan pipi.  Tapi bila dah ada Imaan Family Wipes , Sha tak perlu risau lagi jika ada tisu basah ini kerana tak perlukan air untuk membersihkan tangan Adik Nur. Adik Nur pun suka sebab kadang dia pakai lap pada baju kan dah comot kalau nak pergi jalan-jalan jimat tak perlu tukar baju lain dah.


TISU IMAAN FAMININE WIPES ( PAKET UNGU)


IMAAN FEMININE WIPES, tisu lembap khas untuk penjagaan zon intim wanita. Serius ini adalah kali pertama Sha tahu ada tisu basah untuk bahagian intim wanita dan ianya amat bagus membantu menjaga kebersihan di saat yang memerlukan.

Tisu lembap ini dicipta dengan 3 fungsi utama

✔ Membersih
✔Menyegar
✔ Melindungi miss V.

1.       (+) Di formulasi dengan ekstrak daun SIREH & pati MAWAR. Semulajadi, tanpa alkohol & tanpa kimia berbahaya.

2.       (++) Daun Sireh adalah sumber natural yang mengandungi anti septik, mampu membunuh kuman & antioksidasi berpunca dari bakteria dan kulat. Berkhasiat mengatasi masalah gatal, bau dan mencegah kuman.

3.       (++) Pati mawar pula bertindak sebagai penyeimbang PH (3.5 - 4.5) & memberi rasa nyaman, sejuk dan segar pada kulit.

4.       (+) Tisu lembap ini ✔ anti fungal ✔ anti bakteria ✔ anti septik ✔ anti oksidan & ✔anti keradangan.

rasa kering dan segar sepanjang hari. Pendek kata kalau tiada air, tiada sabun, tiada tisu..tidak lagi jadi masalah, packaging sangat hygiene, bau mawar dan extra sireh.

Cara Penggunaan

Hanya lap di kawasan intim wanita. Untuk kegunaan luaran sahaja

TESTIMONI IMAAN FEMININE WIPES 



TEA ZERO BELLY FRUITEA DAILY DETOX

 

IMAAN FRUITEA DAILY DETOX adalah 100% gabungan daun teh serta buah-buahan terpilih iaitu Mulbery, Passion Fruit, Soursup dan Candle Bush. Ianya menjadi pilihan ramai wanita kerana bau wangi, rasa sedap dan sangat membantu mengekalkan berat badan. Pembungkusan tea di dalam alumunium foil ( 5 uncang sepaket) dan di letakkan dalam botol Free BPA (Bisphenol A)


Teh detok ZERO BELLY yg diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi

1.       Buah Mulberi
2.       Buah Markisa (passion fruit)
3.       Durian Belanda ( soursup)
4.       Daun Galenggang (candle bush)
5.      Daun the (tea leaf)


ZERO BELLY 100% natural dan tanpa bahan kimia. Ia telah disahkan selamat oleh Melaka Biotechnology Corporation, makmal yang diiktiraf KKM.

Dengan hanya minum teh detok ZERO BELLY satu (1) atau dua (2) kali sehari pada waktu pagi atau sebelum tidur.
Pengambilan teh buah bersama diet pemakanan yang seimbang dan aktiviti yang menyihatkan bakal membantu wanita mencapai impian berikut :-
  • Mengempiskan perut yang buncit
  • Menyelesaikan masalah obesiti
  • Lawas dan badan rasa ringan
  • Menyelesaikan masalah sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Gula dalam darah dapat di kurangkan
  • Produk ini telah disahkan selamat oleh Melaka Biotechnology Corporation.

Cara Penggunaan


Rendam uncang dalam cawan / mug berisi air panas.

Tujuan pencernaan – sehari 1 uncang
Tujuan kurangkan berat badan – sehari 2 uncang
Tujuan kekalkan berat badan – 3 kali seminggu
Boleh diminum oleh individu berumur 7 tahun ke atas, sesuai juga buat wanita menyusu. Tidak digalakkan untuk wanita mengandung


Imaan World Hq juga menyediakan Trial Zero Belly sebanyak 10 uncang. Wah!

CEPAT DAPATKAN PRODUK IMAAN WORLD HQ SEBELUM 31 OGOS INI DENGAN HARGA BERBALOI !!








Jika anda berminat menjadi angel/agent boleh ke link https://angel.imaanworld.com/daftar/000048  bayaran sebanyak RM30 akan di kenakan. Promo pada bulan 8 adalah tisu imaan Pink, Kuning serta Ungu dan akan taman pada 31 ogos 2018.


Page        :       https://www.facebook.com/Tisu-Viral-1823471677873564/?ref=your_pages


Page : https://www.facebook.com/Imaan-Slimming-Fruitea-Daily-Detox-1523613657726253/?ref=your_pages


Instagram : https://www.instagram.com/easy_trave1 


No. tel : 0193922261  (zira)

Emel : zira.shahrudin@gmail.com

#easytravel
#tisutravel
#imaanworld
#imaansuci
#teabuahimaan
#zerobelly
FLOWER CHIMP : ZAHIRKAN KASIH SAYANG DENGAN JAMBANGAN BUNGA SEGAR | Assalamualaikum semua. Hari ini Sha nak beranganlah sekejap sebab dapat tengok jambangan bunga yang cantik-cantik di satu website ni maklumlah tak pernah merasa lagi dapat bunga.hihihi. Betapa manisnya kalau sesekali pasangan atau kesayangan kita mahupun kita sendiri membuat sesuatu yang lain daripada yang lain sama ada di hari-hari istimewa atau hanya untuk memberi kejutan. Pernahlah dulu di awal-awal perkahwinan Sha buat kejutan jambangan bunga ke pejabat encik suami..hihihi...peluh-peluh juga dia risau takut ada peminat misteri yang bagi kan..huhuhu.. itu pun sempena hari lahir encik suami. Biasanya Sha tengok dalam drama-drama jela hero bagi bunga pada heroin kalau heroin merajuk atau pun hero dalam proses menyunting hati si heroin ..haa gituu..


Bunga bukan sahaja menunjukkan kasih sayang tapi juga menunjukkan penghargaan dan meraikan sesuatu yang istimewa. Korang juga perlu sesuaikan dengan majlis apa yang korang ingin raikan jangan sampai tertukar tempah bunga untuk pembukaan kedai pula untuk meraikan hari lahir kesayangan nanti lain pula ceritanya. Jadi korang perlu tahu tujuan dan maksud memberi bunga seperti untuk meraikan hari lahir, mewujudkan suasana romantik, majlis pengkebumian, ulang tahun, pembukaan perniagaan, melawat orang sakit, majlis graduasi dan tanda terima kasih. Tapi itu korang tak perlu fikir FLOWER CHIMP dah sediakan , korang tinggal pilih sahaja mana yang sesuai dan berkenan.

 

Kadang-kadang kita tidak lari daripada sifat terlupa padahal hari sebelum kejadian ingat sangat tapi bila hari sepatutnya ada sahaja hal yang boleh menyebabkan kita terlupa. Korang jangan risau kalau tak sempat membuat persediaan, korang boleh ke laman web FLOWER CHIMP untuk membuat tempahan bunga sebagai penghibur hati tersayang, semoga pasangan kita sejuk hatinya dan senyum bahagia di hari penting mereka. Korang juga perlu tahu penghantaran adalah pada hari yang sama untuk tempahan SEBELUM PUKUL 1 PETANG dan meliputi seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak tau. Apa lagi, sudah ada idea untuk kejutan buat tersayang?

 BUNGA SEGAR, SEJUK MATA MEMANDANG, HATI DIULIT KASIH SAYANG


 

Walaupun bunga segar tidak boleh bertahan lama, tetapi nilai sentimental tanda ingatan menggunakan jambangan bunga segar amat manis untuk dikenang. Walaupun tidak semua orang menyukai bunga, tetapi tidak salah kita mewarnai perhubungan atas dasar cinta sesama insan ini dengan haruman bunga segar dengan harapan bertambahlah juga cinta kasih sayang dihati masing-masing yang perlu dibajai.

 

Korang jangan tak tahu bila musim graduasi universiti-universiti di kawasan tempat Sha kerja kadang-kadang teringin juga  nak beli satu jambangan tapi kalau dah untuk konvo memang sesuai untuk orang konvo jelaa dekorasinya..huhuhu.. geram sebab cantik dan sweet!


DISEBALIK FLOWER CHIMP



Ya! Mereka bukanlah insan bergelar wanita tetapi 2 orang jejaka Jerman iaitu Maximilian Lotz dan Niklas Frassa. Mereka tahu tidak semua orang pandai menyatakan apa yang tersemat di hati termasuklah Sha sendiri, elok sangat pasukan Flower Chimp terus meningkatkan perkhidmatan dan menawarkan lebih banyak variasi bunga ke pasaran sekali gus membantu ramai orang menzahirkan rasa dihati. Hebat bukan idea mereka berdua ni hinggakan mereka sedang meluaskan perkhidmatan ini ke negara-negara Asia lain yang mana pada masa ini beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Macam mana? Korang tak perlulah fikir kesayangan korang suka atau tidak sebab apa tidak ada manusia yang boleh menafikan keindahan alam floral, silap hari bulan pasangan korang boleh jatuh cinta lagi kat korang tau! Yang sakit pun sekurang-kurangnya terubat jiwa dan kembali senyum. Jom semai kasih sayang, sifat ambil berat dan tunjukkan penghargaan korang bersama Flower Chimp.

Untuk tempahan senang sahaja korang boleh layari laman web FLOWER CHIMP dan luangkan masa untuk mencari inspirasi dengan pilihan yang ada di FACEBOOK FLOWER CHIMP dan INSTAGRAM FLOWER CHIMP. #sayitwithflowers
THROWBACK SEMPENA ULANG TAHUN BERKHIDMAT KE-10 TAHUN | Selepas tamat STPM Sha menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak tapi tak sempat separuh jalan Sha patah balik...ehehehe..mengada sangatkan. Balik kampung tolong mak jalankan perniagaan di kantin sekolah sambil tu Sha isi borang SPA8 dan dalam banyak-banyak kerja dan temuduga jawatan sekarang inilah yang sangkut. Antara jabatan yang pernah Sha hadir temuduga adalah JPJ, Kastam, Pembangunan Masyarakat dan TLDM dan antara sebab tak berjaya adalah kerana berat badan underweight dan umur terlalu muda.. nak sangat cepat kerja kan. Kalau sekarang mungkin sebab overweight..ahahahaha..

14 Ogos 2008 adalah tarikh Sha melapor diri yang ketika itu diadakan di Kuala Terengganu, masa temuduga pun di Kuala Terengganu juga. Tarikh itu adalah merupakan pengambilan paling ramai kakitangan baru dan kebanyakkannya muda-mudi belum berkahwin, paling muda di pejabat Sha ketika itu berumur 19 tahun dan Sha sendiri masa itu berumur 21 tahun. Alhamdulillah hari ini 14 Ogos 2018 kami sama-sama mengingati tahun ke-10 kami berkhidmat dan banyak kenangan dan pengalaman di lalui masing-masing. Jom tengok antara gambar zaman Sha berumur 20-an :

 Rakan pejabat perempuan pertama Sha, 1 intake. 2 orang termasuk Sha telah bertukar tempat kerja.

 Bersama Nana kawan baik Sha semasa menyambut ulang tahun kerja tahun ke-2 yang diadakan di Food Village, Kota Bharu.

 Zaman muda-mudi sangat rupa.ahahaha

 Makan Chim Chum

 Sis Yana.

 Tak tahulah gaya apa Sha buat. Tahun ke-2 kerja maksudnya gambar masa umur 22 tahun..ekekeke

 Masa kursus penguatkuasa 2011 umur 24 tahun, darah manis masa ni..tunggu hari bahagia bersama En.Suami...kih3..

 Rindunya pejabat lama. Tempat asal jauh lagi dikenang..ehhhh...betul ke ayat ni.



Alangkah seronoknya kalau dapat meraikan bersama rakan-rakan lama seperti dulu. Ketika ini semuanya bujang-bujang, sekarang ini ramai sudah berkeluarga macam Sha sendiri sudah berhijrah memang tak sama macam dulu susah juga nak set up makan-makan macam ni sekarang.

Ucapan kepada rakan-rakan seperjuangan, semoga pekerjaan kita ini diberkati selalu walaupun tidaklah dipandang tinggi ianya telah menjadi punca rezeki kita sekeluarga selama 10 tahun. Banyak susah senang dan cabaran telah kita lalui, sudah banyak ragam manusia dari bawah hingga atasan kita telah temui. Semoga 10 tahun ini telah banyak mematangkan kita dalam pekerjaan.
RESEPI PUDING ROTI KUAH KASTARD MUDAH DAN SIMPLE | Hampir seminggu tidak ada kemaskini blog , sedikit sibuk dengan urusan kerja hakiki dan kerja sampingan yang baru bermula. Kalau korang nak tahu Sha dan suami sedang menjalankan perniagaan baru yang sudah lama encik suami impikan iaitu pernigaan mencetak baju. Perniagaan ini kami jalankan secara kecil-kecilan hanya dari rumah, korang doakanlah mata pencarian kedua kami ini semakin berkembang dengan baik. Selain mencetak baju t-shirt Sha juga menyediakan perkhidmatan mencetak sticker untuk perniagaan kecil juga untuk goodies-goodies majlis harapnya perniagaan kami kali ini berjalan lancar, jadi kalau korang sudi ada masa terluang tu boleh follow kemaskini perniagaan kami di instagram  Philosophy Print . Ok, cerita pasal hari minggu ini Sha sekeluarga tak ke mana pada siang hari kerana minggu ini Sha hanya stand by di rumah jika ada kes barulah Sha perlu ke pejabat jadi ada masa lebih di rumah selain membuat aktiviti sebagai suri rumah di hari minggu iaitu mengemas, mendobi dan melayan suami juga anak-anak Sha manfaatkan untuk memasak lain dari hari-hari Sha bekerja. Petang ini Sha masakkan Puding Roti Kuah Kastard untuk suami Alhamdulillah suami suka sangat sebab dah lama Sha tak buat jadi hari ini memandangkan roti ada di rumah Sha jadikan ia puding. Apakah bahan yang Sha gunakan? Boleh tengok resepi di bawah :


BAHAN-BAHAN A


8 Keping roti ( Sha guna gardenia)
Buah kismis

BAHAN-BAHAN B


2 biji telur
3 cawan susu segar
4 susu gula
2 sudu mentega

BAHAN-BAHAN KUAH KASTARD


1 gelas susu cair
1 cawan air
4 susu gula
2 sudu tepung kastard
1 sudu susu pekat

CARA-CARA MEMASAK

1. Roti di potong 4 bahagian kemudian di susun di dalam loyang.

2. Masak campur semua bahan B di dalam kuali dan masak tidak perlu hingga mendidih sekadar sebati. Kemudian tuang ke atas roti di dalam loyang. Taburkan kismis dan bakar dengan kepanasan 200 darjah celcius selama 45 minit.

3.  Sementara menunggu puding roti masak, Sha sediakan kuah kastard iaitu dengan mencampurkan kan semua bahan kuah kastard dan masak sehingga sedikit pekat.

4. Bila puding dan kuah siap boleh sejukkan dan bila nak makan barulah tuang kuah kastard di atas puding roti. Mungkin letak peti ais bertambah sedap!

Jangan lupa cuba tau. Korang juga boleh tengok di Channel Youtube Sha ;


LEBIH JIMAT DENGAN ELECTRIC LUNCH BOX | Seronoknya bila dapat jimat minyak kereta jimat kos beli makanan kat kedai yang kadang-kadang tak masuk akal. Lama dah berkenan dengan Electric Lunch Box ni sejak baca Blogger Julia Johari menggunakan periuk yang digelar periuk doraemon ini. Sangat sesuai untuk orang yang sedang berdiet dan mahu menjaga kesihatan kerana ia sangat untuk memasak sesuatu yang ringkas seperti stim dan sup.

 

Set Electric Lunch Box yang Sha pilih adalah berwarna putih dan ungu. Sangat comel bersaiz kecil, ringan dan mudah alih. Tahan suhu tinggi, penggunaan elemen pemanasan PTC adalah lebih selamat dan lebih banyak penjimatan tenaga. Alat stim direka untuk memastikan makanan sentiasa segar.
 

Apa yang korang akan dapat di dalam kotak Electric Lunch Box ini?

1 Mangkuk keluli tahan karat
1 Plat keluli tahan karat
1 Cawan penyukat
1 Tudung plastik  untuk mangkuk
1 Dulang telur

1 Sudu


Dengan hanya satu butang, memasak, mengukus makanan begitu mudah. Ia menggunakan watt rendah tetapi bertindak sebagai Cooker Steamer. Kali pertama menggunakan periuk ini Sha hanya masak sup chicken ball dan sayur-sayuran sahaja, sangat mudah dan sayur juga segar tidak terlalu masak untuk memastikan khasiatnya tidak berkurangan.

Mudah 3 Langkah Untuk Digunakan:
 
1. Isikan air yang mencukupi menggunakan cawan penyukat ke dalam kotak Electric Lunch Box.
2. Masukkan bekas makanan/mangkuk.
3. Tekan butang permulaan dan hidangan anda akan disediakan panas dalam beberapa minit.


Inilah rupa hasil makanan pertama daripada Electric Lunch Box  Sha, Ramen Sup memang menu menyihatkan, mengenyangkan dan menjimatkan. Geng diet pun dah order dah untuk memudahkan menyediakan makanan ketika waktu rehat mereka sebabnya kalau beli makanan diluar kita tak boleh nak mengawal pengambilan garam dan gula juga perasa lain.

Jadi pada siapa yang mahu miliki lectric Lunch Box ini boleh dapatkan di Shopee dengan harga yang sangat berpatutan.
BAJU T-SHIRT SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA | Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita sekarang berada di bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan negara kita Malaysia yang setiap tahun akan di sambut di seluruh negara pada 31 Ogos. Sempena bulan Ogos ini Philosophy Print di bawah label Philosophy Clothing telah mengeluarkan baju sempena bulan kemerdekaan 2018.


Untuk keterangan lanjut dan urusan tempahan boleh terus hubungi :

Mr. Aidy di talian : 012-5930439

Mahu lebih contoh?
Boleh tengok di Instagram :
https://www.instagram.com/philosophyprint/ 
RESEPI SOTONG BAKAR ALA THAI | Assalamualaikum. Semalam tak tahu nak masak apa dengan sotong ni sebab sekarang ni kan Sha sedang makan makanan kurang kalori jadi bagi mengelakkan terasa bosan dengan makanan hari-hari Sha kena rajin sikitlah kan. Lama dah terliur asyik tengok resepi kat facebook sahaja kan apa kata Sha realisasikan dengan barang yang ada dalam peti sejuk Sha. Balik kerja terus keluarkan sotong sambil itu cari resepi , kalau bahan ada Sha nak masak lah Sotong Bakar Sos Ala Thai dan akhirnya menjadi jugalah walaupun ada bahan yang tak ada di dapur.


BAHAN-BAHAN SOTONG BAKAR

Sotong 1 ekor ( sebab makan seorang )
Bawang Merah 1 biji ( di dadu )
Bawang Putih 1 ulas ( dicincang )
Ikan Bilis ( Tumbuk ) / Isi udang (cincang)
Garam

CARA-CARA MASAK

Sha campur semua bahan - Bawang Merah + Bawang Putih + Ikan Bilis/Isi Udang + Garam. Sha guna bilis sebab isi udang tak ada. Gaul sebati dan sumbat ke dalam sotong, kemudian cucuk dengan lidi cantumkan kembali kepala sotong dengan sotong sumbat tadi. Sha bakar di atas pemanggang ajaib sahaja lebih kurang 3 hingga 4 minit.

BAHAN-BAHAN SOS

Cili merah + Cili Padi ( Tumbuk )
Bawang Merah (di dadu )
Bawang Putih ( di cincang )
Air
Gula
Garam
Sos Ikan

CARA-CARA MASAK

 Pssss... korang pernah makan tak sotong masak dengan buah gajus? Tak pernah boleh tengok resepi di sini >>> http://www.shalimaryusof.com/2015/07/resepi-masak-lemak-gajus-dan-sotong.html



Panaskan kuali, masukkan gula dan tambah sedikit air. Gula dah larut masukkan cili yang ditumbuk tadi diikuti dengan bawang merah, bawang putih. Perasakan dengan garam dan letak sedikit Sos Ikan. Masak sehingga semuanya larut dan macam sos..

--------------------------------------
Apabila sotong sudah masak, angkat dan kelar badan sotong. Kemudian curah sos ke atas sotong itu tadi.

Cubalah resepi ringkas ini bosan kot asyik makan sotong celup tepung dan sambal sotong.