PAKAI SCRUB ST.IVES ADA PELUANG KE CALIFORNIA? - SHALIMAR YUSOF


Friday, July 27, 2018

PAKAI SCRUB ST.IVES ADA PELUANG KE CALIFORNIA?

PAKAI SCRUB ST.IVES ADA PELUANG KE CALIFORNIA? | Assalamualaikum semua. Salam segar bugar. Mana tak segarnya bila baca tajuk kan? Tapi apa nak buat untuk dapatkan peluang ke California ni? Nanti Sha cerita lebih lanjut sebab sekarang ni Sha nak cerita pasal betapa syoknya Sha memanjakan wajah sejak dua tiga hari kebelakangan ini. Pertama kali buka kotak sudah tertawan! Di cium-cium bau kotak, bau bekas yang sangat mewangi baunya. Lama benar rasanya tidak memanjakan diri dengan apa-apa scrub muka, biasanya cuci muka dengan pembersih muka biasa sahaja.

 

Sha telah menggunakan Fresh Skin Apricot Scrub daripada St.Ives dan sangat berpuas hati. Produk ini dicipta memberi perasaan semula jadi kepada kulit Sha sambil menjadikannya bersinar  tanpa ada kawasan kulit yang berkilat seperti sebelum ini. Itu disebabkan semua produk St.Ives mempunyai 100% pelembap semula jadi, exfoliants, dan ekstrak! Anggap sahaja St Ives sebagai pembantu korang untuk pembersih yang boleh digunakan pada setiap hari untuk mendapatkan kulit bersinar sekali gus terasa sangat halus.


Fresh Skin Apricot Scrub daripada St.Ives ini kalau nak tahu ianya menjadi ikon diantara produk-produk lain sekali gus menjadi kegemaran dikalangan pencinta kecantikan. Pembersihan menggunakan aprikot berkesan dengan serbuk kulit walnut semulajadi 100% yang berfungsi untuk memberikan kulit lembut, licin, bersinar dengan baik.

BAHAN UTAMA

 

WALNUT SHELL POWDER
Serbuk kulit walnut yang dihancurkan adalah rahsia di sebalik scrub St.Ives. Selepas menuai walnut di California, St.Ives akan mengisar walnut menjadi scrub. Maksudnya bijian scrub ini adalah semulajadi bukan buatan tiruan atau daripada bahan sintetik lain.

EKSTRAK BUAH APRICOT
Bergantung pada musim, pihak St.Ives sama ada di California, atau di suatu tempat di Afrika Utara kerja-kerja memetik akan dijalankan. Itulah cara mereka mendapatkan ekstrak pewangi dan minyak kernel yang kita mahu untuk mencuci dan membersih.

CARA GUNA

  
1. Picit sedikit Fresh Skin Apricot Scrub dari tiub ke hujung jari anda dan urut ke kulit korang yang lembap.


2. Ratakan dengan gerakan kecil, gunakan tekanan lembut untuk membangkitkan peredaran semulajadi kulit anda. Kata nak manjakan diri jadi kita tak boleh tergesa-gesa kan, nikmati masa yang ada untuk membelai wajah kita.



3. Ratakan secara menyeluruh, sehingga ke garis rambut anda dan ke bahagian hidung anda.

4. Apabila selesai, bilas dan keringkan dengan tuala bersih.

5. Gunakan 3 hingga 4 kali seminggu (bergantung kepada kulit) untuk hasil yang terbaik.




Jika korang inginkan sesuatu yang boleh menghilangkan kulit mati dan membawa sinar ke wajah korang ini adalah produk yang patut korang cuba, bauya cukup mengagumkan juga! Harum satu bilik air tau. Puas hati sangat bila dapat scrub kulit, terasa wajah diurut lembut dan lebih puas serta yakin bersih.


Ok dah cerita pasal Fresh Skin Apricot Scrub nih, sekarang ni kita cerita macam mana nak ada peluang ke California pulak. Seronok je bunyinya kan? Pertama sekali korang boleh dapatkan produk-produk St.Ives seperti gambar di atas ni kemudian ikut 3 langkah ringkas.



Apabila sudah beli mana-mana produk korang cuba guna dan rasai pengalaman bersama St.Ives kemudian kongsikan apa yang korang rasa. Selepas itu ambillah gambar dan post di instagram korang jangan lupa tagging @StivesMalaysia dan #TurnUpTheGlow #StivesMalaysia.

Mudah bukan? Haa...apa lagi? Cepat beli, cepat pakai , cepat post.. moga ada peluang kita terbang ke California!

13 comments:

  1. alohh la... comeynya model cilik ter.... cam best lak pakai st ives ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. teman setia cikma ni kak sheila..huhuh

      Delete
  2. Menarik ni, semoga dapat peluang ke California

    ReplyDelete
  3. seronoknya...,dapat pergi ke california yer dengan St ives. Best betul lah..,guna skrub ni.. cuci bersih betul muka.Ada juga satu..,brand ni

    ReplyDelete
  4. amboi, sikecik tu..bestnya, packaging pun lawa, geram tgkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuh..si kecik wajib nak bergambar..huhu..tiub dia gemuk.,.lembut je pegang,,senang picit

      Delete
  5. amboi model si kecil pun join.. nampak best nanti nak try gak scrub ni

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi