Hot Posts

6/recent/ticker-posts

JOM NIKMATI MCFLURRY DURIAN D24 TANPA HAD PADA 17 JULAI 2018

JOM NIKMATI MCFLURRY DURIAN D24 TANPA HAD | Akibat tidak tahan melihat godaan rakan-rakan di laman sosial, akhirnya Sha jejak kaki ke McDonald's semata-mata untuk nikmati McFlurry Durian D24. Seiring dengan musim durian yang kita boleh lihat diserata tempat, dijual ditepi jalan dan banyak gerai jual durian sudah tumbuh bak cendawan McDonald's kembali menghangatkan keadaan dengan kehadiran ais krim McFlurry Durian D24. Peminat durian pasti ingin merasai kelainan apabila diinovasikan ke dalam ais kim.


Nampak tak isi durian tu? Memang betul-betul durian D24 ! Habislah malam ni sendawa durian ..ahhaha... boleh habis 1 McFlurry tu kira boleh On lah kalau tak separuh jalan dah berhenti makan. Maklumlah sebenarnya Sha tak makan durian yang diolah jadi lain seperti pulut durian dan pengat durian, kali ini beranikan diri mencuba..memang sedap dan diterima tekak habis terus, biasanya Sha akan bawak balik makan dalam kereta dalam perjalanan balik rumah. Kali ini tidak!

 Nampak tak muka teruja tu? Ahahaha..

Dah makan separuh baru ingat nak suap anak.

Siapa terliur? Siapa suka durian ? Jom sertai All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry yang akan diadakan pada 17 Julai 2018 (Isnin) yang mana akan dijalankan di semua cawangan McDonald's seluruh negara. Paling menarik hanya dengan sekali bayaran pendaftaran sebanyak RM 10.00 korang boleh makan sebanyak mana yang korang mahu. Sha pernah menyertai program makan durian sebanyak mana yang mahu jadi kali ini jom kita join All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry pula untuk pelanggan setia McDonald's.


Jangan lupa untuk sertai All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry ini yang akan dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pertama pada pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang dan sesi kedua pada pukul 5.00 petang hingga 6.00 petang korang perlu mendaftar 30 minit sebelum acara bermula. Jangan ketinggalan! Hanya 20 orang sahaja untuk satu sesi.

Amacam? Jom cabar siapa dapat makan D24 Durian McFlurry banyak-banyak! Mampu tak korang habiskan, peminat setia untung banyaklah dapat join nihh...kalau beli sendiri, 1 dah harga dah RM 9.00 kali ini join All-You-Can-Eat ambil peluang makan lebih laaa.

Post a Comment

6 Comments

  1. Best ni..hahaha..tapi tak mampu la nak berlawan dengan 20 org nak jd yg pertama..beli jela satu nanti kalau nak makan..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Uih meriah sungguh durian syrup yang kak sha punyaaaaa

    ReplyDelete
  3. untung 20 orang terawal tu dapat free :D

    ReplyDelete
  4. manis duriannn. isi kuning.. keno cari pulok nii

    ReplyDelete
  5. alaa ada sesi macam ni kee. tak tahu pun. hmm tiba2 craving durian mcflurry pula.

    ReplyDelete
  6. hi !! hehe tq for visiting btw TAK SEMPAT LAGI P MAKAN durian kat mcd ni hehe durian real pon belom p cari lagi adoi stress hari2 tgk org update kat fb!! HAHAHA

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi