Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KENAPA MCDONALD'S JALAN GAMBANG LAIN DARI YANG LAIN?

KENAPA MCDONALDS JALAN GAMBANG LAIN DARI YANG LAIN? | Terasa berat hati sebenarnya hendak ke Mcdonals Jalan Gambang ini pada mulanya kerana ianya adalah petanda akan berpisah dengan kawan-kawan yang baru bertentang mata pada 4 hingga 6 julai 2018 semasa Sha menyertai Program Discover Gambang bertempat di Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang. Sebelum bergerak pulang ke tempat masing-masing kami singgah terlebih dahulu di pit stop McDonals Jalan Gambang iaitu McDonalds terdekat bila kita keluar daripada Bukit Gambang Resort City.

 
Dapat masuk McDonald's muka happy!!


Nampak tak Abang Zaryth dah tak sabar nak buka set Happy Meal dia tu. Budak-budak macam abang Zaryth ni bukan nak makan sangat tapi lebih tertarik kepada mainan apa yang bakal dapat.


Di sini Sha dapat rasakan kelainan dalam cara layanan pegawai dan staff McDonalds Jalan Gambang kerana mereka sangat menekankan budaya yang dekat dengan masyarakat. Kalau korang nak tahu semasa mula-mula Sha sampai ke sini, Sha di sambut oleh seorang wanita yang agak berusia daripada pekerja yang lain penuh dengan senyuman dan meraikan ketibaan Sha di situ.

Rupanya wanita yang penuh dengan kemesraan itu adalah Puan Nik Anisah Bin Mohd Ibrahim. Nik Anisah telah berusia 50 tahun tapi menghalangnya bertugas sebagai Guest Experience Leader (GEL) di McDonald's Jalan Gambang sekali membuktikan wanita berusia masih dapat memberi khidmat kepada masyarakat.

 kredit gambar : www.sisgee.com
dari kiri : Mama Nik Anisah & Pengurus

Sebagai GEL, Nik Anisah yang terkenal dengan panggilan Mama bag pelanggan tetap McDonald's Jalan Gambang ini berperanan sebagai duta khidmat pelanggan yang berfokuskan memberi pengalaman yang menggembirakan kepada pelanggan singgah di sini. Hanya selepas bertugas selama 6 bulan di McDonald's Jalan Gambang iaitu bermula pada 6 April 2015 beliau telah dinaikkan pangkat menjadi GEL pada 1 Oktober 2015. Maknanya sudah 3 tahun Mama Nik Anisah bertugas di McDonald's Jalan Gambang.

 
Kredit gambar : www.sisgee.com

Sepanjang berurusan dengan pelanggan Nik Anisah mengambil inisiatif untuk berkenalan dan berkawan dengan mereka tanpa mengira bangsa, umur dan pangkat. Sha sendiri pun sempat bersembang dengan Mama yang berasal daripada Kelantan dan kami juga telah bertukar-tukar nombor telefon jadi nanti nak singgah sana boleh hubungi beliau terus. Hobinya yang suka bersembang dan bercerita juga memberi manfaat kepada beliau dan katanya pelanggan yang datang ramainya terdiri daripada golongan muda dan bersekolah menyebabkan gelaran Mama melekat pada dirinya.


Sebelum bekerja di McDonald's, Nik Anisah tidak tahu akan kepentingan elemen "hospitaliti" kepada dalam sesuatu perniagaan dan membuatkan beliau banyak belajar melayan pelanggan yang datang daripada pelbagai bangsa dan umur. Antara pengalaman manis beliau menjadi GEL di McDonald's Jalan Gambang adalah apabila dapat menyambut Hari Lahir dan Hari Kanak-Kanak di McDonald's Jalan Gambang ini.

Satu pesanan untuk korang, McDonald's merupakan sebuah yang sentiasa memberi peluang kepada semua pekerjanya untuk membina kerja walaupun sudah berumur. McDonald's juga sentiasa menjaga kebajikan perkerjanya. Sebagai contoh, ramai pekerja Islam yang berkelayakan telah menerima zakat pada musim perayaan Aidilfitri. McDonald's juga tempat makan yang sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan selain memberi layanan yang bagus. Nik Anisah sebagai pekerja sentiasa menganggap pelanggan sebagai VIP dan mengalu-alukan kedatangan mereka ke sini.


Terima Kasih sebab bagi mainan , boleh tambah koleksi Transformers Abang Zaryth kat rumah dan Adik Nur pulak dapat tambah koleksi Little Poneynya. Sabar betul mereka melayan kerenah anak-anak termasuk kerenah ibu bapa yang ada kadang-kadang suka mengusik.


Sebelum meninggalkan Bukit Gambang dengan pelbagai kenangan indah Sha bersama keluarga juga rakan-rakan Blogger Pantai Timur sempat menikmati Rio Burger iaitu menu istimewa yang hanya ada ketika musim World Cup yang sedang berlangsung ini. Korang jangan tidak tahu kepada yang menonton siaran langsung bola di McDonald's akan diberikan sesuatu secara percuma setiap kali ada pasukan yang menyumbat bola masuk gol.

 

Amboi Abang Zaryth bukan main seronok dapat belon daripada kakak cantik. Sesuatu yang Sha tak pernah tengok di McDonald's lain adalah layanan staf kepada kanak-kanak, McDonald's Jalan Gambang sangat menyambut pelanggan terutama kanak-kanak yang mana mereka akan diberikan ais krim kon comel sebagai meraikan kedatangan mereka.


Sepanjang berada di sana memang tak bosan kerana seronok bersama staff yang teruja berkongsi matlamat dan pengalaman mereka sepanjang mengamalkan GEL dalam perkhidmatan mereka termasuk membantu golongan OKU, ibu tunggal dan warga emas supaya mereka tidak dipinggirkan. Untuk pengetahuan juga kebetulan kami kesana pada hari jumaat, mereka juga memaklumkan staff lelaki yang menunaikan solat jumaat di masjid berdekatan juga akan ditugaskan mengedarkan minuman secara percuma kepada jemaah yang hadir.


Akhir sekali Sha belanja gambar makan Rio Burger yang memang sedap, memang kena dengan tekak Sha yang suka makan pedas. Mencuba Beef Rio Burger yang juicy yang dihiasi dengan sos Spicy Rio dan sayur-sayuran segar, berwarna warni diapit semuanya dalam bun bercorak bola sepak.

Untuk mendapatkan perkhidmatan McDonald's Jalan Gambang sama ada yang ingin membuat seperti majlis hari lahir boleh terus ke :


McDonald's Jalan Gambang
Kuantan, Pahang


Hubungi :


Telefon: 09-5362746
Faks: 09-5362746
Beroperasi 24 Jam, Sarapan, Drive-Thru, McCafe

Post a Comment

7 Comments

  1. wah, len dri yg len mcd dia eh..
    sedap kan rio burger, ritu mkn mcm nk menangis jugk sbb pedaih..

    ReplyDelete
  2. suka pergi sana sebab terasa diraikan dan kedatangan dialukan

    ReplyDelete
  3. Skrg ni memang layan bege rio jerk... Sedap parak!!

    ReplyDelete
  4. terbaik mcdonalds jalan gambang!!

    ReplyDelete
  5. cerita MCD dekat sini macam korek aside of beauty from MCD kan. best klu dapat MAMA tu setiap MCD

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi