BIOXCELLENT W.LINE FIBER DETOKS PALING BERKESAN - SHALIMAR YUSOF


Wednesday, July 11, 2018

BIOXCELLENT W.LINE FIBER DETOKS PALING BERKESAN

BIOXCELLENT W.LINE FIBER DETOKS PALING BERKESAN | Sebelum Sha bercerita lebih lanjut tentang BioXcellent W.Line Fiber Sha ingin menerangkan apakah itu detoks? Kenapa detoks penting dalam proses menurunkan berat badan kita. Detoks adalah satu prose pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa sedar telah masuk di dalam tubuh kita dalam jangka lama. Detoks dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman bekerja dengan sepatutnya untuk kesihatan kulit juga buah pinggang dan juga membantu nyah toksin dalam tubuh.


Sejak kebelakangan ini berat badan Sha amat susah dikawal walaupun baru sahaja bulan puasa berlalu, paling tak percaya berat badan Sha tidak turun sedikit pun dan lebih teruk apabila menjamah pelbagai juadah di bulan Syawal yang masih berjalan ini dengan memenuhi jemputan rumah terbuka.
Mungkinkah kerana umur sedang meningkat atau cara hidup yang kurang aktif telah menyebabkan berat badan susah menunjukkan penurunan. Baru-baru ini Sha bercuti ke Bukit Gambang Resort City, biasalah apabila bercuti sayang pula kalau tidak menikmati hidangan di resort bersama keluarga dan rakan-rakan akhirnya menyebabkan berat badan makin meningkat. Nasib baik ketika bercuti Sha diperkenalkan dengan BioXcellent W.Line Fiber yang membantu Sha untuk mengawal berat badan dan juga mencegah kulit menjadi gelap. Diet detoks adalah penting untuk kita mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan jadi BioXcellent adalah pilihan yang terbaik kerana mengandungi pelbagai ekstrak sayur dan buah.


Sha seorang yang sangat senang mengesan penambahan berat badan telah lebih dari sepatutnya atau BMI menunjukkan overweight apabila tumit kaki sering berasa sakit, kebas dibahagian tangan juga kaki dan suami juga sudah mula menegur Sha bahawa sekarang cepat penat dan cepat mengantuk juga lesu menyebabkan masa Sha bersama anak-anak berkurangan dan terhad. Pendek kata apabila mengantuk dan penat Sha mudah menjadi marah-marah, beremosi, lesu dan tidur awal daripada biasa.

Kebiasaannya bila badan menjadi lesu adalah kerana kandungan toksin yang tinggi dalam badan tambah pula seharian kerja hakiki yang banyak berada di dalam pejabat yang berhawa dingin pendek kata kandungan BioXcellent W.Line Fiber yang berasaskan buah dan sayuran ini bukan sahaja dapat mengawal berat tapi juga membantu dalam melancarkan penghadaman tubuh badan kita.

Tanda- tanda toksin berlebihan dalam badan

1. Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulut berbau dan badan berbau.
2. Masalah tidur, bawah mata gelap, mata menjadi merah
3. Daya Ingatan dan tumpuan yang lemah.
4. Alahan, masalah sinus, imun badan yang lemah.
5. Sembelit, kembung perut.
6. Masalah sendi
7. Masalah kulit
8. Selulit, kenaikan berat badan.

Dalam usaha menurunkan berat badan juga kita juga perlu melakukan aktiviti luar yang sihat dan aktif tapi jangan risau untuk aktif kerana BioXcellent W.Line Fiber juga dapat membantu menjaga kulit kita daripada terbakar akibat panahan matahari. Jadi Sha tak perlu risau lagi untuk menyertai aktiviti seperti aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang program Discover Gambang pada 4 hingga 6 Julai baru-baru ini yang memerlukan Sha berada di bawah cahaya matahari seperti aktiviti memanah, flying fox dan aktiviti di taman tema air.

Apa yang best tentang BioXcellent W.Line?

Yang best fungsi utamanya dapat melancarkan pencernaan sekali gus membantu meringankan tubuh dan bertenaga kerana ianya menyah lemak dan toksin dalam badan. Percayalah kali pertama Sha mencuba produk ini hasil buangan lebih gelap daripada biasa ini kerana toksin dalam badan keluar bersama hasil cernaan yang lama terkumpul di dalam usus. Nutrien yang ada dapat membuang hasil buangan di dalam usus besar yang menyebabkan kenaikan berat badan dan buncit. Yang penting bagi Sha adalah mengelakkan masalah terbesar dalam badan iaitu sembelit yang kadang-kadang menyebabkan buasir..Ini seriussssss... dan memang perut adalah masalah terbesar Sha tambah pula sejak dapat 2 orang anak ni lagilah susah nak turun di bahagian perut.

Baru-baru ini rakan sekerja Sha diserang sakit saraf akibat kolestrol tinggi telah memberi sedikit kesedaran kepada Sha untuk menjaga pemakanan. Bonus apabila BioXcellent W.line ini juga dapat mengawal tahap kolestrol dalam tubuh seseorang. Jadi Sha sarankan korang amalkan produk ini untuk kesihatan diri sendiri okeh..


KELEBIHAN W.LINE FIBER

  • Mengurangkan berat badan ( kesan detoks yang bersifat bebas radikal)
  • Meningkatkan respon imun ( Pertahanan Badan )
  • Rasa yang enak daripada Buah-buahan asli dan sayuran
  • Mengawal tahap kolestrol.
  • Mencegah berat badan berlebihan
  • Memutihkan kulit
  • Mencegah pembentukan melatin yang menyebabkan kulit gelap
  • Sesuai untuk lelaki dan perempuan

* Yang penting pengambilan kena konsisten untuk dapatkan hasil yang berkesan.

RAMUAN

Ekstrak Jus Epal, Maltotekstrin, Fruktos, Acacia Gum, Ektrak campuran sayu dan buah, Ekstrak Jus Nanas, Ekstrak Timun, Ekstrak Bayam, Ekstrak Jus Lemon, Ekstrak Jus Betik, Ekstrak Lobak Merah, Ekstrak Jus manga,Trikalsium Fosfat, Asid Sitrik

CARA BANCUH

Campurkan 1 skop (20g) ke dalam 200ml /250ml air suam, kacau dan goncang sehingga larut dan minum serta merta selepas penyediaan. Minum air yang mencukupi sepanjang hari untuk kesan yang terbaik. Rasanya? Masam-masam buah memang sedap diminum.


PANTANG LARANG

Umur boleh ambil adalah 15 tahun ke atas. Tiada pantang larang cuma banyakkan minum air 3-4 liter sehari. Elakkan kafein, susu dan kurangkan gula. Semua ini adalah untuk membantu produk bertindak dengan lebih berkesan.

BioXcellent W.Line Fiber ini seeloknya diambil sebelum tidur kerana waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai untuk membuang hasil pembuangan dalam badan kita. Jika diambil waktu siang hari mungkin boleh membantut aktiviti dan kerja kita. Bila sudah membuang, tubuh jadi ringan dan bersedia untuk menghadapi kerja seharian.


Untuk maklumat lanjut, produk-produk BioXcellent lain juga testimoni-testimoni yang berjaya korang boleh ke -

Website Rasmi :

www.bioxcellent.com

Facebook

http://www.facebook.com/bioxcellentherbs

Instagram :

http://www.instagram.com/bioxcellent

Melalui penyelidikan & inovasi yang dijalankan secara berterusan, BioXcellent berjaya membangunkan pelbagai produk yang memenuhi kehendak pengguna masa kini. Formulasi produk yang dibangunkan oleh barisan pegawai BioXcellent dari Jabatan Pembangunan & Penyelidikan yang berpengalaman dalam bidang farmaseutikal, kimia dan nutrisi.


*Berita baik Produk BioXcellent boleh didapati di cawangan Watsons berdekatan korang!

3 comments:

  1. thanks for the share....dah lama buat aktiviti luar...kekangan keadaan...

    ReplyDelete
  2. same weih. memang rase lega bnyk perut bila consume W. LINE FIBER

    ReplyDelete
  3. saya tag awak , jom join sekali

    http://zafirahnazri.blogspot.com/2018/07/giveaway-souvenirs-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi