ATTACH A TRASH MEMUDAHKAN KERJA DI DAPUR - SHALIMAR YUSOF


Monday, July 23, 2018

ATTACH A TRASH MEMUDAHKAN KERJA DI DAPUR

ATTACH A TRASH MEMUDAHKAN KERJA DI DAPUR | Baru-baru ini sempatlah singgah di SLL Ipoh sekejap. Sebuah kedai menjual pelbagai barangan rumah, mesin, perabot , cat dan lain-lain memang menjadi kegemaran suami Sha tapi kebiasaannya Sha yang akan terjebak beli barang. Contohnya sekarang, suami yang nak singgah dan suami tak beli apa-apa tapi Sha mesti beli beli walau satu barang sahaja. Attach A Trash adalah sesuatu yang dapat membantu kita untuk mengumpul sisa buangan kecil semasa melakukan kerja-kerja seperti memasak pendek kata boleh buat bekas buang sampah.


                                  SEBELUM                                                              SELEPAS

Komponen yang ada di dalam kotak :

 3 item seperti di bawah, mengikut susunan 1,2,3.


Attach A Trash macam ni Sha pasang di pintu kabinet dapur rumah Sha iaitu berdekatan dengan sinki dapur dapur masak, spesifik lagi di tempat yang selalu Sha potong bahan masak sebabnya situlah tempat biasa kita kopek kulit bawang, potong bahan-bahan lain dan nak buang sisa. Pada Sha tempat ini adalah paling strategik untuk letak bekas buang sampah ini.



Untuk berjimat cermat Sha hanya menggunakan semula beg runcit plastik yang biasa isi barang masa beli barang jadi tak perlulah nak cari plastik sampah yang sesuai dengan saiz Attach A Trash ni. Buat macam ni senang sikit sebab tak adalah mengotorkan tong sampah besar kita. Selain jimat, Sha tak perlu lagi menyimpan stok plastik runcit yang banyak dirumah. Senang bukan? Terus masuk plastik, dah penuh buka bahagian berwarna kelabu kemudian sisihkan plastik boleh ikat dan buang ke dalam tong sampah besar.


Yang paling best Attach A Trash ini mempunyai penutup yang mampu mengelakkan lalat hinggap dan akhirnya mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Untuk memasangnya pun tak perlukan skru, tiada pemasangan secara penggerudian hanya lekatkan pada pintu atau pemegang yang ada.

Satu lagi perkara yang menyenangkan korang adalah apabila nak bersihkan table top. Nak tolak sampah dan kotoran di atas table dengan senang hanya tolak ke dalam Attach A Trash ni.

Jadi pada yang belum ada boleh dapatkan perkakas rumah ini di hanya di LAZADA. Senang dipasang dan tidak mengganggu kerja-kerja memasak di dapur. Dengan adanya Attach Attach A Trash ini dapur lebih kemas dan flesibel jadi tak menggangu pandangan dekorasi rumah kita.

13 comments:

  1. menariknye....sng skit nak buang sisa ptg sayur ataw bawangkan....

    ReplyDelete
  2. aa btol kawan mek ada jugak beli ni. mudah katanya tak bersepah di dapur

    ReplyDelete
  3. Okey..akak nak cari la..bagus ni macam ni..senang..x yah buat 2-3 kerja dah..

    ReplyDelete
  4. wowwwww...sangat2 menarik...mmg saya cari benda mcm ni..sbb selalu kopek bawang kat sinki je...huhu...ada benda ni senang nak buang kulit bawang tu...tq for info sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lahh...bila kita nak cuci table top pun senang..terus tolak masuk sini.

      Delete
  5. Bestnya, bersihlah dapur & paling best senang nk asingkan sisa sampah.

    ReplyDelete
  6. menariknya cik ma! haha nak beli lah :D

    ReplyDelete
  7. nak kena beli gak nampak memudahkan ni

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi