SHALIMAR YUSOF

Blog ini dibangunkan untuk catatan peribadi dan perkongsian info bersama pembaca semoga mendapat manfaat

Saturday, July 28, 2018

KULIT LEBIH MUDA DENGAN 5 SERUM MUKA POPULAR INI

KULIT LEBIH MUDA DENGAN 5 SERUM MUKA POPULAR INI | Orang selalu cakap wanita memasuki umur 30 tahun ke atas akan semakin cantik betul ke? betul tak betul kena tengok cara dia jaga kulit la kan? Macam Sha tak tahulah masuk umur 30 baru rajin sikit ambil tahu pasal kulit kalau tidak memang buat tak tahu saja.


Dalam produk penjaga muka, serum dianggap penting kerana mempunyai pelbagai fungsi. Kebiasaannya lebih mahal daripada losyen dan krim. Antaranya ia merawat kedutan, jeragat, pigmentasi, antipenuaan, mencerahkan kulit dan antiradang. Wanita yang berusia 18 tahun ke atas boleh memakai serum kerana kebanyakan wanita dalam usia ini sehingga 25 tahun mengalami masalah kulit berminyak dan jerawat. Semakin usia meningkat Sha perasan kulit mulai kering, pigmentasi dan garis halus mulai muncul, namun penggunaan serum bukan terletak pada umur, tetapi lebih kepada jenis dan masalah kulit.


TIPS MENGGUNAKAN SERUM

Dapatkan nasihat doktor pakar estetik untuk menentukan jenis kulit dan masalah. Doktor akan memberikan nasihat dan pendapat mengenai jenis serum terbaik.

Serum harus dipakai selepas mencuci muka dan penyegar iaitu sebelum memakai losyen atau krim. Jika sudah memakai losyen atau krim, kadar penyerapan serum akan berkurang kerana bahan dalam losen atau krim sudah menyelaputi kulit permukaan dan menghalang serum penyerapan secara berkesan.
Jika pori muka tersumbat dan banyak bintik putih dan bintik hitam, lebih baik lakukan rawatan menggunakan sentuhan bahan dan peel terlebih dahulu agar serum lebih menyerap ke dalam kulit.
Jika tidak begitu rajin memakainya, banyak penjagaan wajah yang boleh dipilih. Pakai serum pada waktu pagi dan krim atau losyen pada waktu malam kerana masa pagi dan tengah hari kulit kita terdedah pada cahaya matahari terik jadi kulit lebih berminyak.

ANTARA 5 JENAMA SERUM POPULAR DI MALAYSIA

1. Ephyra Skin Nano Advanced Repair serum adalah serum yang dipatenkan di Switzerland dengan kuasa teknologi nano yang tidak melekit dan mudah meresap ke dalam kulit kerana saiz partikelnya yang sangat kecil. Serum Ephyra Skin Nano adalah gabungan formulasi bahan antioksida yang mencerahkan dan menaikkan seri wajah. Ephyra Skin Nano Advanced Repair serum mempunyai 4 bahan utama.







2. Serum ini mempunyai kepekatan asid laktik yang memberikan kesan pembaikan untuk kulit bermasalah. Ia secara berkesan membersihkan pori-pori yang telah tersumbat. Di samping itu, ia juga turut mengandungi decandiol yang berfungsi sebagai anti-bakteria untuk mencegah pertumbuhan jerawat yang muncul di wajah. Serum ini ringan dan mudah diserap ke dalam kulit. Memberikan kulit keseluruhan yang lebih baik, sihat dan licin

3. Alami kulit yang lembut dan licin dengan serum yang diekstrak dari bunga sakura ini. Ia membantu dalam mencerahkan parut di wajah dan bertindak 3 kali ganda untuk mencerahkan wajah anda. Bukan sahaja itu, serum ini juga dapat memudarkan garis halus di wajah dan memastikan kulit lebih tegang dan muda

4. Trilogi putih Safi Valqis ini kaya dengan arbutin, nano putih dan kiwi. Ia bertindak melalui 3 lapisan kulit menjadikan kulit lebih cerah dan dilindungi dari sinaran UV khas untuk para remaja yang sering terdedah dengan cuaca luar. Serum ini juga membantu mengurangkan pembentukan kulit melanin dan boleh menghilangkan pigmentasi di wajah. Dengan kuasa tindakan yang berkesan akan menjadikan kulit anda licin dan berseri








5. VITAMIN E DR BEAU SERUM | Kali ini Sha sedang mengamalkan Vitamin E Dr Beau Serum untuk memastikan kulit wajah Sha lebih terjaga kerana kerap terdedah dengan cahaya matahari secara terus. Kenapa Sha memilih Dr. Beau Serum? Mestilah kerana kelebihan yang ada bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya.


KANDUNGAN DR BEAU :

1. Vitamin E ialah vitamin yang baik merawat kulit.

2. Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.

3. Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.

4. Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.

5. Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.

6. Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.

 7. Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.


Semua bahan yang digunakan memang menggunakan bahan semulajadi tidak mengandungi bahan kimia terlarang untuk memastikan khasiat yang ada tidak hilang. Cara pembotolan Dr Beau juga sangat menyenangkan kerana ianya berbentuk kapsul bak titisan emas tumpah ke kulit kita..


Paling best bila guna Dr Beau ni masa pakai memang terasa seakan berminyak tapi sekejap sahaja tau! Lepas tu macam biasa sebab serum mudah serap dalam kulit. Parut jerawat pun dah kurang maklumlah suami kita jenis pantang nampak jerawat nak picit lepas tu ada parut, nasib baik ada juga pakai serum. Bila amal serum ini kulit kita pun nampak lebih bersih kerana tompok-tompok yang menunjukkan kulit rosak kerana matahari kian pudar.

Apa-apa pun korang kena gunakan serum yang sesuai dengan jenis kulit korang. Selain daripada jenama-jenama serum diatas masih ada jenama serum yang boleh korang pilih mana yang terbaik dan yang penting selamat untuk digunakan.


Jika korang berminat untuk menggunakan Vitamin E Dr Beau Serum ini atau ingin tahu lebih lanjut tentangnya dan mahu baca testimoni korang boleh rujuk sumber-sumber di bawah :


UNTUK DIHUBUNGI :
Link page Dr.Beau : https://web.facebook.com/drbeaumalaysia/?ref=bookmarks

Link chanel youtube : https://www.youtube.com/channel/UClHXFfo-FRzC36O-JvQ6vJA?view_as=subscriber

Link instagram dr.beau : https://www.instagram.com/drbeau_official/?hl=en

Link laman web : http://www.teja.com.my

No tel untuk dihubungi : 016 963 3443

Friday, July 27, 2018

PAKAI SCRUB ST.IVES ADA PELUANG KE CALIFORNIA?

PAKAI SCRUB ST.IVES ADA PELUANG KE CALIFORNIA? | Assalamualaikum semua. Salam segar bugar. Mana tak segarnya bila baca tajuk kan? Tapi apa nak buat untuk dapatkan peluang ke California ni? Nanti Sha cerita lebih lanjut sebab sekarang ni Sha nak cerita pasal betapa syoknya Sha memanjakan wajah sejak dua tiga hari kebelakangan ini. Pertama kali buka kotak sudah tertawan! Di cium-cium bau kotak, bau bekas yang sangat mewangi baunya. Lama benar rasanya tidak memanjakan diri dengan apa-apa scrub muka, biasanya cuci muka dengan pembersih muka biasa sahaja.

 

Sha telah menggunakan Fresh Skin Apricot Scrub daripada St.Ives dan sangat berpuas hati. Produk ini dicipta memberi perasaan semula jadi kepada kulit Sha sambil menjadikannya bersinar  tanpa ada kawasan kulit yang berkilat seperti sebelum ini. Itu disebabkan semua produk St.Ives mempunyai 100% pelembap semula jadi, exfoliants, dan ekstrak! Anggap sahaja St Ives sebagai pembantu korang untuk pembersih yang boleh digunakan pada setiap hari untuk mendapatkan kulit bersinar sekali gus terasa sangat halus.


Fresh Skin Apricot Scrub daripada St.Ives ini kalau nak tahu ianya menjadi ikon diantara produk-produk lain sekali gus menjadi kegemaran dikalangan pencinta kecantikan. Pembersihan menggunakan aprikot berkesan dengan serbuk kulit walnut semulajadi 100% yang berfungsi untuk memberikan kulit lembut, licin, bersinar dengan baik.

BAHAN UTAMA

 

WALNUT SHELL POWDER
Serbuk kulit walnut yang dihancurkan adalah rahsia di sebalik scrub St.Ives. Selepas menuai walnut di California, St.Ives akan mengisar walnut menjadi scrub. Maksudnya bijian scrub ini adalah semulajadi bukan buatan tiruan atau daripada bahan sintetik lain.

EKSTRAK BUAH APRICOT
Bergantung pada musim, pihak St.Ives sama ada di California, atau di suatu tempat di Afrika Utara kerja-kerja memetik akan dijalankan. Itulah cara mereka mendapatkan ekstrak pewangi dan minyak kernel yang kita mahu untuk mencuci dan membersih.

CARA GUNA

  
1. Picit sedikit Fresh Skin Apricot Scrub dari tiub ke hujung jari anda dan urut ke kulit korang yang lembap.


2. Ratakan dengan gerakan kecil, gunakan tekanan lembut untuk membangkitkan peredaran semulajadi kulit anda. Kata nak manjakan diri jadi kita tak boleh tergesa-gesa kan, nikmati masa yang ada untuk membelai wajah kita.



3. Ratakan secara menyeluruh, sehingga ke garis rambut anda dan ke bahagian hidung anda.

4. Apabila selesai, bilas dan keringkan dengan tuala bersih.

5. Gunakan 3 hingga 4 kali seminggu (bergantung kepada kulit) untuk hasil yang terbaik.




Jika korang inginkan sesuatu yang boleh menghilangkan kulit mati dan membawa sinar ke wajah korang ini adalah produk yang patut korang cuba, bauya cukup mengagumkan juga! Harum satu bilik air tau. Puas hati sangat bila dapat scrub kulit, terasa wajah diurut lembut dan lebih puas serta yakin bersih.


Ok dah cerita pasal Fresh Skin Apricot Scrub nih, sekarang ni kita cerita macam mana nak ada peluang ke California pulak. Seronok je bunyinya kan? Pertama sekali korang boleh dapatkan produk-produk St.Ives seperti gambar di atas ni kemudian ikut 3 langkah ringkas.



Apabila sudah beli mana-mana produk korang cuba guna dan rasai pengalaman bersama St.Ives kemudian kongsikan apa yang korang rasa. Selepas itu ambillah gambar dan post di instagram korang jangan lupa tagging @StivesMalaysia dan #TurnUpTheGlow #StivesMalaysia.

Mudah bukan? Haa...apa lagi? Cepat beli, cepat pakai , cepat post.. moga ada peluang kita terbang ke California!

Tuesday, July 24, 2018

McDonald’s Malaysia perkenal Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua untuk Kempen Discover the World


McDonald’s Malaysia perkenal Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua untuk Kempen Discover the World  | Citarasa enak dan eksotik dari Mexico kini boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana oleh McDonald’s – menu kedua di bawah kempen tahunan Discover the World selepas menu pertamanya iaitu Burger Rio yang diperkenalkan bulan lalu.


Kepingan ayam rangup bersaiz besar ini dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan citarasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kempen tahunan Discover the World seringkali mengetengahkan keunikan rasa dan budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua yang ditawarkan di bawah kempen Discover the World membawakan citarasa negara luar, dan kali ini Mexico menjadi negara pilihan, dengan citarasanya yang unik.

“Seperti Burger Rio, kami ingin membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kempen Discover the World membolehkan kami memperkenalkan pelbagai citarasa antarabangsa ke restoran-restoran kami di seluruh negara,” kata beliau.

Sama ada menu sedia ada atau baharu, McDonald’s amat mementingkan kualiti penyediaan makanan dari awal hingga akhir – bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggalah ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan. McDonald’s percaya bahawa makanan yang baik bukan pada rasanya sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai semasa memakan hidangan McDonald’s, pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian Halal dan standard kebersihan makanan yang ketat.

Burger Ayam Mexicana boleh didapati dengan harga RM15.95 untuk set medium dan RM12.50 untuk ala carte.

Selain Burger Ayam Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama kalinya hidangan pencuci mulut dengan dua jenis inti – Pai Kastard Strawberi (Strawberry Custard Pie), pai rangup berinti strawberi dan kastard berkrim. Pai Kastad Strawberi (Strawberry Custard Pie) ini boleh didapati dengan harga RM3.30.


Selain itu, McDonald’s juga membawakan kembali hidangan pencuci mulut Strawberry Cone. Ia boleh dinikmati oleh semua penggemar aiskrim sundae strawberi dan juga mereka yang ingin merasai perisa aiskrim sundae selain vanilla dan coklat. Pai Kastard Strawberry (Strawberry Custard Pie) dan Strawberry Cone pastinya memberi kepuasan kepada penggemar hidangan pencuci mulut yang inginkan kelainan.


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Discover the World oleh McDonald’s Malaysia, sila layari http://www.mcdonalds.com.my/.

Monday, July 23, 2018

ATTACH A TRASH MEMUDAHKAN KERJA DI DAPUR

ATTACH A TRASH MEMUDAHKAN KERJA DI DAPUR | Baru-baru ini sempatlah singgah di SLL Ipoh sekejap. Sebuah kedai menjual pelbagai barangan rumah, mesin, perabot , cat dan lain-lain memang menjadi kegemaran suami Sha tapi kebiasaannya Sha yang akan terjebak beli barang. Contohnya sekarang, suami yang nak singgah dan suami tak beli apa-apa tapi Sha mesti beli beli walau satu barang sahaja. Attach A Trash adalah sesuatu yang dapat membantu kita untuk mengumpul sisa buangan kecil semasa melakukan kerja-kerja seperti memasak pendek kata boleh buat bekas buang sampah.


                                  SEBELUM                                                              SELEPAS

Komponen yang ada di dalam kotak :

 3 item seperti di bawah, mengikut susunan 1,2,3.


Attach A Trash macam ni Sha pasang di pintu kabinet dapur rumah Sha iaitu berdekatan dengan sinki dapur dapur masak, spesifik lagi di tempat yang selalu Sha potong bahan masak sebabnya situlah tempat biasa kita kopek kulit bawang, potong bahan-bahan lain dan nak buang sisa. Pada Sha tempat ini adalah paling strategik untuk letak bekas buang sampah ini.



Untuk berjimat cermat Sha hanya menggunakan semula beg runcit plastik yang biasa isi barang masa beli barang jadi tak perlulah nak cari plastik sampah yang sesuai dengan saiz Attach A Trash ni. Buat macam ni senang sikit sebab tak adalah mengotorkan tong sampah besar kita. Selain jimat, Sha tak perlu lagi menyimpan stok plastik runcit yang banyak dirumah. Senang bukan? Terus masuk plastik, dah penuh buka bahagian berwarna kelabu kemudian sisihkan plastik boleh ikat dan buang ke dalam tong sampah besar.


Yang paling best Attach A Trash ini mempunyai penutup yang mampu mengelakkan lalat hinggap dan akhirnya mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Untuk memasangnya pun tak perlukan skru, tiada pemasangan secara penggerudian hanya lekatkan pada pintu atau pemegang yang ada.

Satu lagi perkara yang menyenangkan korang adalah apabila nak bersihkan table top. Nak tolak sampah dan kotoran di atas table dengan senang hanya tolak ke dalam Attach A Trash ni.

Jadi pada yang belum ada boleh dapatkan perkakas rumah ini di hanya di LAZADA. Senang dipasang dan tidak mengganggu kerja-kerja memasak di dapur. Dengan adanya Attach Attach A Trash ini dapur lebih kemas dan flesibel jadi tak menggangu pandangan dekorasi rumah kita.

Friday, July 20, 2018

SIAPA BERANI BAHAN AKU NIHHH

SIAPA BERANI BAHAN AKU NIHHH.... | Semalam duk whatapps dengan adik Sha si Tina tuh, tetiba dia hantar 2 keping gambar. Sempat lagi si bongsu ambil gambar majalah sekolah zaman Sha Tingkatan 6 dulu, kakak dia ni pun dah hampir lupa pasal majalah tu. Adik-adik Sha memang suka bahankan kakak dia nih kalau dapat point..ahahaha.. kalau ada arwah ayah kami lagi seronok diaorang korek cerita Sha zaman kecik-kecik dulu lepas tu tak puas hati kalau tahu kakak dia baik...ekekke


Serius Sha pun tak ingat gambar ni tahun bila, rasanya ini gambar lama bukan gambar masa Tingkatan 6 kira bagi gambar stok sedia ada la ni. Ini antara rakan sekelas Sha dulu, yang belah atas Puan Nora Yusof sekarang telah menjadi penulis yang dikenali dengan bukunya iaitu Buku Formula Tarik Rezeki (FTR) dan yang bawah pun masih rapat berhubung kerana Sha sedang menjalani diet dengan bimbingan dan nasihat beliau.


Setiap majalah sekolah pastinya akan ada ruangan nukilan daripada pelajar-pelajar dan ada di kalangan rakan sekelas telah menghantar nukilannya, tapi tak pasti siapa tapi yang berseni dalam kelas dulu tahulah mungkin dialah kot!

Ini bukan setakat adik Sha yang gelak, tunjuk pada suami pun Sha kena gelak. Nak buat macam mana gigi bini dia ni besar-besar lepas tu memang kaki sengeh, kaki gelak semua ada lah. Yang dikata tinggi lampai tu kawan baik Sha juga, ahahha.. Iera memang tinggu pun..

Walau apapun terima kasih kepada tuan punya nukilan ni. Kenangan zaman sekolah adalah zaman paling manis untuk dikenang. Betul tak? Korang masih simpan tak majalah sekolah korang? Sha simpan, tapi sejak kahwin tinggal bilik banyak buku rosak diserang anai-anai jadi banyak kenangan tidak tercatat.

Monday, July 16, 2018

TRI PRINT SDN BHD PUSAT PENCETAKAN TERBESAR DI KOTA BHARU, KELANTAN

TRI PRINT SDN BHD PUSAT PENCETAKAN TERBESAR DI KOTA BHARU, KELANTAN | Tidak sah rasanya setiap program yang diadakan tidak ada banner yang mengiringi. Seperti itu juga dengan Program Discover Gambang pada 4 julai hingga 6 julai yang lepas, banner kebanggaan yang diusung ke sana ke mari. Tidak akan lengkap program ini jika tidak ada kerjasama daripada pelbagai yang boleh bekerja dan memberi sesuatu sumbangan.

Untuk Program Discover Gambang oleh Blogger Pantai Timur yang lepas pihak Tri Print Sdn Bhd telah bermurah hati memberi tajaan banner yang sangat kena dan menepati ciri-ciri dan tema Blogger Pantai timur yang banyak menggunakan 3 warna asas bendera 3 negeri iaitu Putih, Hitam dan Merah.



Sportingnya staff Bukit Gambang Resort City, terima kasih sudi jadi model pegang banner kami.


Bergambar ramai-ramai sebelum mengakhiri aktiviti-aktiviti di Active Academy. Memang sporting geng Blogger Pantai Timur bersama staff dan keluarga masing-masing.

Apa perkhidmatan yang Tri Print Sdn Bhd sediakan?

Sebagai pusat pencetakan terbesar di Kota Bharu, Tri Print Sdn Bhd menyediakan pelbagai khidmat  seperti :

Banner
Bunting
Backdrop
Billboard
Signboard
Inkjet Sticker
Signage
Label Printing 
T-Shirt Printing
Business Card
Flyers 
Wedding Card
Design
Souveniers & Gift
 Cetak kotak produk
Cetak Lanyards
 Pocket/Hand/Date Stamp

Pendek kata Tri Print Industries memang layak dengan slogannya - One Stop Printing Center - yang mampu menyediakan dan melunaskan permintaan korang hanya di satu tepat sahaja.


 Antara hasil Tri Print Sdn Bhd yang lain.
_
_

Kalendar
 Business Card
 Signage
 Sampul duit
 Lanyards
 Kotak Produk
 Sticker
Signboard

Kalau tengok kemaskini facebook Tri Print Sdn Bhd memang syarikat-syarikat ternama di Kota Bharu banyak menggunakan khidmat Tri Print ini membuktikan Tri Print mampu memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggannya dan kemudahan yang lengkap mendorong perkembangan syarikat ini. Ingin menggunakan khdimat Tri Print Sdn Bhd?

Lokasi & Contact : 

TRI Print Industries, lot 1914, jalan pintu gang
Kota Bharu
 
Call 014-526 5054
atau
09-747 1710
 
 
DIBUKA SETIAP HARI 
9.00 pagi hingga 6.00 petang
*KECUALI HARI JUMAAT
 
triprintmart@gmail.com
http://www.triprint.my
 
TERIMA KASIH TRI PRINT!

Sunday, July 15, 2018

TIPTOPTEE PRINTING MENAWARKAN PRINTING BAJU SERENDAH RM11.50

TIPTOPTEE PRINTING MENAWARKAN PRINTING BAJU SERENDAH RM11.50 | Walau sudah satu minggu berlalu program Discover Gambang yang diadakan pada 4 Julai hingga 6 Julai 2018 bertempat di Bukit Gambang Resort City tetapi kenangan manis di sana masih terbayang-bayang. Paling meriah di hari kedua program dapat kami memakai baju sedondon terutama anak-anak Blogger Pantai Timur hasil daripada Tip Top Tee Printing, Terima Kasih Tip Top Tee Printing atas keselesaan baju merah semangat membara ini.


Tip Top Tee Printing

Dengan teknologi masa kini Tip Top Tee Printing menggunakan aplikasi whatapps dan boleh meninggalkan pesanan di Fecebook untuk membuat tempahan dengan lebih pantas. Syarikat milik bumiputera ini bertapak di Kuala Lumpur walaubagaimana pun perkhidmatannya diperluas ke seluruh negara.


Abang Zaryth dan Adik Nur suka betul pakai baju sama macam ni. Saiz pun ngam-ngam dengan mereka jadi sangat selesa dan boleh pakai lagi lepas ni.


Kanak-kanak sedia untuk menghadapi hari yang mencabar sepanjang hari ke-2 di Bukit Gambang Resort City.

Reka Bentuk
Tip Top Tee Printing menyediakan perkhidmatan mengikut citarasa pelanggan, jadi korang jangan risau tentang reka bentuk yang korang inginkan. Pihak Tip Top Tee Printing sedia menerima idea dan buah fikiran pelanggan dan cuba merealisasikan hasrat korang dan hanya selepas mencapai persetujuan kedua belah pihak barulah pihak mereka akan mencetak baju tempahan korang.


Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun ada baju masing-masing tau, barulah meriah geng merah mak ngah ni..ahahaha..

Yang penting hari kedua kami di Bukit Gambang Resort City yang panjang dan penuh dengan aktiviti dari pagi hingga ke malam ini selesa ditemani baju yang selesa kerana kualiti material t-shirt yang baik,tidak panas, serap peluh, tidak mengembang atau mengecut selepas dicuci.

T-Shirt Printing Harga Murah

Hanya Rm 11.50 korang dah boleh dapat tapi dengan minimum order sebanyak 30 helai. Tapi kalau korang nak jugak 30 helai bawah pun boleh tapi kira harga lain.

Serius! Biasanya baju perempuan berlengan panjang sangat bermasalah untuk menepati citarasa tuan badan. Tapi T-shirt Sha sendiri memang tak segan nak pakai, maklumlah sejak naik berat badan ni ada sahaja yang tak kena dengan baju-baju..hihihi.. Alhamdulillah kali ini Sha dapat bergerak dengan selesa dan mengikuti aktiviti yang ada tanpa rasa pelik. Baju untuk suami pun selesa, risau pun ada mula-mula tu sebab Sha selalunya gagal memilih saiz tapi dengan guideline yang dibekalkan pihak Tip Top Tee Printing semuanya dapat bergembira dengan baju sedondon.

 
Ada tak yang sedang merancang hari keluarga, reunion atau majlis kenduri kendara yang mahu baju sedondon macam kami? Boleh lah bertanya awal-awal dengan pihak Tip Top Tee Printing ni, mana tahu mereka memberi perkhidmatan mereka kat korang pula.

Whatapps
019- 900 9837

Instagram

Facebook

Emel :
armiarashid85@gmail.com