RESEPI TERUNG BERLADO - SHALIMAR YUSOF


Saturday, May 19, 2018

RESEPI TERUNG BERLADO

RESEPI TERUNG BERLADO | Salam 3 Ramadhan semua. Alhamdulillah selamat menempuh ibadah berpuasa yang seterusnya, ada tak yang terlepas bersahur pagi tadi? Dalam memikirkan juadah berbuka antara yang paling pening adalah nak suai padankan lauk dengan sayur. padankan macam mana? contohnya ikan singgang dan budu berpisah tiada..hihihi. Semalam suami Sha buatkan Ikan Bawal Goreng dan Sambal kicap jadi Sha masaklah sayur terung lepas fikir-fikir dan termenung di depan pintu peti sejuk. Sebenarnya takut juga nak masak terung berlado sebab sebelum ini tak menjadi, teruk sangat rasanya..huhu.


Alhamdulillah kali ini menjadi dan suami pun cakap sedap walaupun agak-agak je semua bahan dan perasa kan. Apa yang kita perlukan untuk masak terung berlado ini?

BAHAN-BAHAN MASAK TERUNG BERLADO

1 biji Terung (dibelah dua dan dipotong serong)
1 biji Bawang besar (dikisar kasar )
3 ulas bawang putih (dikisar kasar )
1 cm halia (dikisar kasar )
2 biji cili merah (dikisar kasar )
Ikan bilis ( Ditumbuk kasar)
Garam
Gula
Air Asam Jawa

CARA-CARA MASAK TERUNG BERLADO

Pertama sekali goreng terung sehingga lembut dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar kasar sehingga masak. Kemudian masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Tunggu masak, warna pun dah cantik, masukkan terung yang digoreng tadi akhir sekali.

Yang membangkitkan selera dalam sambal tadi adalah ikan bilis yang ditumbuk kasar tadi, masin-masin gitu. Bulan puasa masih berbaki banyak jadi bila korang dah mula tak tahu nak masak apa korang bolehlah masak terung berlado ni yea. Dulu Sha pernah masak guna cili boh tapi tak sedap, pakai cili segar rupanya baru jadi.

3 comments:

  1. Sedap ni..selalunya bakaq makan kosong camtu jaa..

    Kalau sudi follow balik naaa..
    www.iradzahir.com

    ReplyDelete
  2. Sedap tu.. Nanti boleh cuba buat kena beli terung dulu nanti

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi