HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Wednesday, May 02, 2018

# KERAJAAN # komuniti

PROGRAM RUMAH TRANSIT PASANGAN MUDA PERTAMA DI KUALA LUMPUR

PROGRAM RUMAH TRANSIT PASANGAN MUDA PERTAMA DI KUALA LUMPUR | Sungguh beruntung warga Kuala Lumpur kerana inilah kali pertama Sha nampak di Malaysia diadakan program Rumah Transit sebegini untuk membantu pasangan muda yang telah berkahwin untuk mendapatkan rumah sewa sementara mendapatkan rumah tetap. Kepada yang telah berkahwin pastinya memahami keperluan untuk mendapatkan rumah sewa kerana semasa bujang mungkin ada yang menyewa bilik atau rumah sewa berkongdi bersama rakan-rakan lain. Teringat pula masa mula-mula Sha kahwin dulu, nasib baik ada rumah peninggal ibu-bapa mentua bolehlah menumpang dahulu sementara dapat rumah sewa dan nak dapat rumah sewa bukan senang juga, perlu pusing segenap kawasan dan mengharapkan iklan atas talian.


Kenapa Sha cakap orang Kuala Lumpur untung sangat ni? Kalau korang nak tahu Pangsapuri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terletak di Kampung Sungai Udang, Segambut bakal menjadi rumah transit pasangan muda pertama di ibu negara apabila pembinaannya siap pada tahun hadapan. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pangsapuri dengan 1,200 unit berkenaan dibina khusus bagi golongan belia dan pasangan muda baharu berkahwin secara sementara sebelum mereka memiliki kediaman sendiri.


Rumah transit dengan kos pembinaan sebanyak RM300 juta melibatkan kawasan seluas 5.51 ekar kini 30 peratus dalam proses pembinaan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti dewan,surau, parkir dan gelanggang futsal. Penyewa perlu membayar kadar sewa RM800 selama lima tahun kepada DBKL yang RM300 daripada jumlah itu kita akan simpan untuk mereka dan akan dipulangkan semula sebagai deposit apabila mereka sudah mampu beli kediaman sendiri melalui Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) kelak. Walaupun konsep rumah transit ini bersifat penyelesaian jangka pendek, namun diharapkan dapat meringankan beban golongan belia untuk membina kehidupan secara berperingkat hasil pengurangan kos sara hidup mereka.

Tengku Adnan berkata​​​​​​ proses pemilihan akan dibuat melalui pendaftaran yang bakal dibuka dalam masa terdekat dan proses saringan akan dilaksanakan bagi memastikan hanya yang benar-benar layak dan memerlukan sahaja yang diberikan keutamaan. Projek Pangasapuri di Sungai Udang dijangka siap pada Disember 2019 dengan pembinaan 1,251 unit merangkumi dua blok setinggi 32 tingkat dan satu blok setinggi 34 tingkat di tanah seluas 2.2 hektar. Kalau dikira memang banyak peluang untuk orang Kuala Lumpur dapatkan Rumah Transit ini jadi korang jangan lepaskan peluang keemasan ini. Setiap unit dibina dengan keluasan 807 kaki persegi yang mengandungi tiga bilik tidur dan dua bilik mandi memang amat selesa untuk didiami oleh keluarga kecil.


Tapi korang kena ingat DBKL membuka peluang  rumah transit ini kepada yang layak sahaja iaitu untuk disewa kepada pasangan muda daripada golongan yang berpendapatan isi rumah di bawah RM10,000 yang bekerja di Kuala Lumpur sahaja. Rasanya tak ramai yang tahu berkenaan rumah transit ini kerana ramai juga saudara mara Sha tinggal di Kuala Lumpur dan perlukan rumah sewa tapi tak pernah pula mereka sebut nak mohon rumah sebegini dulu. Jadi pada yang tahu tu boleh war-warkan kepada rakan-rakan dan saudara mara yang memerlukan.

Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Penyewaan Rumah di bawah Program Rumah Transit 1Malaysia Kuala Lumpur dan mengemukakan borang serta dokumen yang lengkap kepada alamat di bawah :

Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 33, No 51 Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya.

Telefon :
03-8891 4052 / 4061

Faksimili :
03-8891 4045

Inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini wajar menjadi contoh kepada organisasi lain dalam membantu kehidupan sosial dan ekonomi rakyat. Program Rumah Transit sangat membantu bagi pasangan muda yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk menjalani hidup di kotaraya besar seperti Kuala Lumpur. Tambah pula setahu Sha rumah sewa di Kuala Lumpur memang boleh mencecah separuh daripada gaji bulanan.

21 comments:

  1. nampak besar juga kawasannya.. tapi tu la.. kl, nak menghadap jem tu leceh.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Bagus juga buat mcm ni.. boleh bantu ssiapa yg memerlukan

    ReplyDelete
  3. untung siapa yang baru kahwin
    hehe

    ReplyDelete
  4. Ala kita dah lama kawin tak boleh le nak mohon huhu

    ReplyDelete
  5. thanks for the share...rietta pown xtahu kewujud rumah transit ni....

    ps: tahniah menang GA SPM Result Abam kie, rietta dah poskan hadiah sha

    ReplyDelete
  6. Beruntung nya belia zaman sekarang. Masa Nina dulu tahun 90-an mana ada program macam ni. Rugi sangat sapa yang layak tuu tak mohon. Peluang dah ada kena rebut!

    ReplyDelete
  7. Nak mula life baru kan, banyak nak guna duit. Ada kemudahan macam ni memang sangat useful untuk pasangan muda

    ReplyDelete
  8. Kalau yang layak tu cepat-cepat la memohon ye. Rugi tau kalau tak memohon.

    ReplyDelete
  9. uits, rumah tu cantiklah ...

    ReplyDelete
  10. Agak-agak kalau nak apply, ada lagi tak?

    ReplyDelete
  11. cantiklah rumah ini..seronoklah dpt kemudahan mcm ni..yg xde rumah dn bakal berkahwin boleh plan duduk sini dulu..nti cukup 5 tahun baki duit tu boleh wat duit beli rumah sendiri plak terbaiklah WP/KL

    ReplyDelete
  12. Yang paling dapat menyimpan la..kalau nak simpan sendiri memang agak susah..

    ReplyDelete
  13. Bagus untuk golongan muda yang baru kahwin. Sangat membantu!

    ReplyDelete
  14. bgus juga tu, bntu golongan belia dapat aset pada usia muda

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah boleh membantu pasangan yg baru kahwin ni berjimat kan

    ReplyDelete
  16. memang bagus sangat adanya perumahan transit ni kan

    ReplyDelete
  17. Dapat legakan pasangan yang baru berkahwin

    ReplyDelete
  18. bagus program ni, bukan senang nak cari sewa rumah yang murah kan.

    ReplyDelete
  19. Konsep yg bagus, menyewa sambil menyimpan. Biasa bab menyimpan yang susah sikit.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi