HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Saturday, May 12, 2018

# pengalaman

PENGALAMAN SEBAGAI PETUGAS PUSAT MENGUNDI

PENGALAMAN SEBAGAI PETUGAS PUSAT MENGUNDI | Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang lepas merupakan suatu pengalaman berharga buat Sha kerana berpeluang bertugas di hari PRU yang meninggalkan sejarah baru buat negara Malaysia. Terima Kasih kepada rakan sepejabat kerana membuka peluang kepada Sha untuk turut sama serta menyumbang tenaga dalam PRU kali ini. Alhamdulillah proses membuang undi di tempat Sha bertugas dipermudahkan dan selesai dengan aman.


Semasa mendapat tawaran sebagai petugas PRU Sha memilih untuk menjadi kerani sahaja berbanding menjadi Ketua Tempat Mengundi (KTM) kerana tanggungjawabnya yang agak mencabar. Mendapat taklimat awal sebelum tarikh PRU14 diumumkan dan akhirnya tugas kami telah selesai termasuk menjalani proses undi pos pada 5 Mei 2018 dan dapatlah Sha menjalankan tanggungjawab terhadap negara buat kali pertama sebagai pemilih.

8 Mei 2018 mendapat pelepasan untuk membuat persediaan akhir sebelum menghadapi 9 Mei 2018 hari bersejarah rakyat Malaysia. Sebelah pagi Sha dan kumpulan berkumpul untuk menyemak peti undi yang bakal dibawa ke pusat mengundi keesokkan harinya dan sebelah petang pula kami ke pusat mengundi untuk susun atur di saluran yang telah ditetapkan.

9 Mei 2018 Sha keluar rumah jam 6.30 pagi untuk memulakan tugas di pusat mengundi pada jam 7.00 pagi. KTM bersama seorang kerani lain dan seorang polis pengiring telah tiba lebih awal kerana mereka perlu mengambil peti undi lebih awal. Tidak banyak yang perlu dilakukan cuma mengambil sarapan juha mendapatkan penjelasan balik tugas yang perlu dilakukan dan mengambil tempat masing-masing. Sha ditugaskan menjadi Kerani No 1 daripada 4 orang kerani yang ada.

Tugas sebagai kerani 1 adalah memastikan pemilih membawa kad pengenalan dan menyemak nama  pemilih kemudian menandakan nama pemilih yanh telah hadir. Setelah nama pemilih dikenal pasti, perlu memastikan gambar kad pengenalan adalah orang yang sama hadir kemudian memeriksa tangan dan jari bagi memastikan berkeadaan bersih dari sebarang dakwat. Setelah semuanya ok, Sha perlu menyebut nombor muka surat, bilangan , no kad pengenalan dan nama pemilih. Kemudian mengarahkan pemilih ke kerani no 2 untuk mencelup dakwat kekal. Untuk pengetahuan korang tempat mengundi Sha bertugas itu adalah majoriti pemilih kaum cina jadi sedikit kekok nak menyebut, kadang-kadang terpaksa mengulang sebut kerana terlalu laju menyebut dan kadang-kadang ejen terlepas pandang kerana menyembang..opsss.

Sha menjalankan tugas kerani 1 sehingga tidak sedar masa berlalu, hanya berhenti selepas tidak tahan bila angin mula naik ke kepala. Meminta KTM menggantikan tempat sementara Sha segarkan diri di tandas yang mana masa itu terasa nak muntah angin kerana belum makan tengahari. Selepas itu Sha mengambil alih tugas dan masih kepala tidak ok dan mohon KTM tukar kerani dan Sha mengambil alih tugas kerani 3 iaitu tugas mengoyak kertas undi. Hanya minum air kosong...fuhh...rasa nak pitam..

Sepanjang bertugas para pemilih memberi kerjasama yang baik. Tetapi dalam ramai-ramai ada juga pakai masuk je saluran tanpa mengetahui saluran yang betul. Kejadian apabila seorang uncle datang dan kelam kabut mencari kad pengenalan dan apabila dah jumpa kad Sha gagal mengesan nama beliau di dalam senarai nama pemilih akhirnya beliau tidak dibenarkan mengundi di saluran itu dan perlu ke saluran yang betul. Rupanya beliau pernah mengundi di dalam kelas sama pada PRU sebelum ini dan sangkakan tahun ini masih sama.

Lebih kurang jam 4.10 petang pengundi sudah tidak kelihatan jadi Sha ambil peluang untuk makan tapi sayangnya makanan sudah tidak elok dan Sha makan sahaja buah epal sebagai pengalas perut. Tepat jam pukul 5.00 petang peti undi ditutup dan menanti ejen yang akan hadir sebelum 5.30 petang mula mengira undian. Alhamdulillah proses mengira undi dipermudahkan dengan kerjasama ejen yang hadir. Untuk peti undi pada hari tu di saluran Sha bertugas adalah sebanyak 549 undi dan baru Sha sedar lebih kurang 500 nama telah Sha sebut patutlah mulut macam nak berbuih...ahahahahaha..

Jam 8.00 malam selepas selesai memeterai peti undi dan KTM selesai mengisi borang apa yang patut kami bergerak balik sementara KTM bersama seorang kerani lain juga polis pengiring ke pusat pengumpulan undi. Kebetulan suami Sha pun sudah selesai tugas kami pun bertemu di sebuah kedai makan sebelum mengambil anak di rumah pengasuh. Kelakar masing-masing heret kaki masuk kedai kerana sudah penat dan lapar untung juga dapat makanan cepat berbanding biasa.

Pulang ke rumah terasa sangat lega dapat mandi dan berehat sehingga tak mampu nak tunggu keputusan PRU14 berbanding suami Sha yang masih setia menonton perkembangan. Lega sangat dapat baring kerana 2 jam berdiri sepanjang proses mengira undi menyebabkan sakit bahagian pinggan dan kepala lutut, memang tidur mati laa Sha malam itu..hihihi..

Pukul 3.00 pagi suami Sha maklumkan keputusan PRU 14 dalam keadaan Sha mamai..ahahhaa..

Oklah itu sahaja nota Sha sebagai kerani mengundi / kerani mengira undi untuk Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan perubahan besar dalam sistem kerajaan negara. Tahniah kepada YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad atas lantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 untuk kali kedua.

9 comments:

  1. Jenuh juga yer kena sebut nama pengundi tu. Tahniah yer Sha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..memg jenuh..sebab kawasan chinese..kite xbiasa sgt sebut nama chinese..berbelit lidah zumal

      Delete
  2. ow, kerani yg sebut2 nama tu eh, hihi..
    timm hari tu kerani 1 org lelaki, bergema satu kelas suara dia sebut nama kite, haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahah..aah..yg tu laa..dh penat kadg terlaju timm..

      Delete
  3. Tahniah kerana telah menjalankan tanggungjwab dgn baik.. Best dapat pengalaman jadi petugas di pusat undi.. It was great experience once in a life for me .. Bukan senang nak dapat peluang mcm tu. apapun nice sharing :)

    ReplyDelete
  4. Pengalaman yang tak dapat ditukar ganti kan Sha.. Seronok baca pengalaman Sha ini..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi