Hot Posts

6/recent/ticker-posts

IDEA HADIAH HARI LAHIR UNTUK SUAMI

IDEA HADIAH HARI LAHIR UNTUK SUAMI | Bila masuk bulan Mei mesti Sha pening tak tahu nak beli hadiah apa untuk hari lahir suami. Jenuh juga duk fikir apa nak bagi kat yang tersayang sorang ni yea walaupun encik suami tak adalah minta apa-apa hadiah kan tapi sebagai isteri kita nak juga buat sesuatu biarpun kecil. Bagi Sha orang lelaki lebih ringkas berbanding perempuan, ehh..macam mengata diri sendiri pulak tapi Sha pun tak kisah sangat pasal hari lahir ni asalkan suami ingat dan bagi ucapan pun terima sahaja. Sebenarnya bukan setakat untuk suami, untuk keluarga lain dan kawan-kawan pun Sha tak pandai nak belikan hadiah bila banyak fikir kadang-kadang terlepas macam tu sahaja hari lahir orang..ahahhaa.


Tips beli hadiah hari lahir untuk suami.

  • Pertama sekali kena tahu bajet yang nak dikeluarkan.
  • Perlu tahu minat atau keperluan suami takut nanti beli tersimpan sahaja, rugi juga.

Hadiah Hari lahir Untuk Suami atau lelaki.

Wallet / Purse
Kebiasaannya orang lelaki tak macam orang perempuan, mereka jarang sangat nak beli wallet selagi yang sedia ada masih ok. Tapi kalau perempuan itu macam Sha , sejenis kedekut memang akan pakai sampai malu nak pakai baru tukar beli baru..huhu

Jam tangan
Lelaki pakai jam tangan lebih kemas berbanding yang tak pakai jam tangan. Betul ke? Lelaki-lelaki dalam hidup Sha, arwah ayah sejenis yang suka pakai jam tangan dapat suami pun sejenis suka jam tangan dan punyai jenama jam tangan kegemaran tersendiri.

Kasut / Sandal
Untuk hadiah sebegini kita perlu tahu saiz kasut mereka. Kalau salah saiz macam mana mereka nak pakaikan. Satu lagi kita perlu beli kasut atau sandal yang bersesuaian dengan aktiviti mereka buat aktif atau tidak.

Gajet
Orang lelaki biasanya ada yang kaki gajet. Tapi gajet biasanya perlu modal kencang.
Tali Pinggang
Kalau suami kerja pejabat boleh beli tali pinggang jenis kulit, kalau suami jenis aktif boleh sahaja beli tali pinggang jenis selain kulit lebih nampak sporty.

Wireless Drill
Kalau suami yang jenis biasa buat kerja baiki apa-apa kat rumah sendiri tanpa tak upah orang, kita boleh hadiahkan barang sebegini kepada mereka. Boleh lah mereka gunakan untuk kebaikan bersama kan.

Coklat & Bunga
Kalau bosan dengan beli barang lain sesekali menjadi romantik apa salahnya kan. Beli sahaja bunga bersama coklat kesukaan suami. Boleh makan sekali..hihihihi..
Suprise Planner
Zaman sekarang macam-macam perkhidmatan memberi kejutan sudah ada berdekatan anda. Cubalah cari macam tempat Sha ni dulu tak ada, sekarang dah ada dah.
Kaca Mata Hitam
Kaca mata pun boleh dijadikan hadiah tau.
Belanja Makan
Kalau rasa tak ada idea lain untuk dijadikan hadiah hari lahir korang boleh sahaja belanja encik suami makan istimewa. Isteri rajin-rajinlah cari atau google kat mana makan best berdekatan dengan korang. Lagi elok bawak ke tempat yang korang atau suami tak pernah merasa lagi
Kalau nak masak istimewa dengan hasil air tangan seorang isteri pun boleh sahaja, cuma tambah kek ke apa ke kan.

Bagi duit, pilih sendiri.
Jika masih tak ada idea, apa kata bagitahu bajet yang korang peruntukan untuk sediakan hadiah tu pada suami atau pasangan korang  kemudian mereka pilih sendiri apa yang mereka idamkan.

Dalam banyak-banyak idea di atas ada dah yang Sha pernah buat termasuk tempah jambangan bunga hantar terus ke pejabat encik suami, tapi tukang hantar tu lambat pulak hantar bunga tu ke pejabat suami dan suami Sha kena ambil jambangan bunga tu tepi jalan. Balik rumah lain macam muka dia tanya Sha ada buat apa-apa atau hantar apa-apa tak?huhuhuh.. Sha pulak hampir lupa sebenarnya masa tu, sengeh-sengeh jelaa... Korang pula macam mana? kalau sedang cari hadiah untuk orang lelaki bolehla pilih mana satu idea ni kan.

Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi