RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA ALA THAI | Ini bukan kali pertama Sha masak Ikan Siakap 3 rasa tapi kali ini lain sedikit kerana menggunakan serbuk limau nipis Knorr. Sebelum ini Sha biasa masak resepi ikan 3 rasa biasa tapi bila sudah mencuba ala thai, macam lebih sedap.

BAHAN-BAHAN

Ikan Siakap potong dua kerana kalau seekor memang penat nak habiskan.

Minyak Masak

Bahan Cincang

Bawang Merah - 4 biji
Bawang Putih - 2 ulas
Halia - 1 1/2 cm
Cili padi - hijau 2 biji + merah 2 biji
Hiris 2 helai daun limau purut
Nanas

Bahan Kisar

Setengah biji buah tomato
2 sudu Cili boh
1 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu kicap manis
1 sudu sos ikan
1/2 sudu kecil serbuk limau nipis Knorr

CARA-CARA MASAK


1. Ikan siakap perap dengan garam dan tepung segera. Goreng hingga rangup dan masak.

2. Tumis bahan-bahan cincang dengan minyak masak sehingga cukup layu kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Kacau hingga masak dan pekat.

3. Siap kuah 3 rasa boleh diletak diatas ikan siakap yang siap digoreng, taburkan daun bawang dan daun sup.


Lupa nak cakap, resepi asal ada letak bunga kantan kat rumah Sha tak ada bunga kantan jadi tak letak kalau letak tobat sedap lagi!!

Sha ni tak adalah banyak kongsi resepi sangat tapi resepi lain yang suka adalah --> Ikan Bawal Bakar
BAS PERCUMA UNTUK MAHASISWA TERENGGANU BALIK RAYA | Alhamdulillah hari ini 15 Ramadhan 1439H, setiap orang sudah berkira-kira untuk pulang menyambut Syawal bersama keluarga tercinta sama ada yang sudah berkeluarga dan yang masih bergelar pelajar. Seperti tahun-tahun lepas Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Kebangsaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan menyediakan kemudahan bas secara percuma untuk pulang beraya kepada mahasiswa  dan mahasiswi Anak Terengganu di seluruh negara.


Bas percuma ini adalah untuk mahasiswa mahasiswi Terengganu untuk pulang beraya namun penyertaan adalah TERHAD dan diberi KEUTAMAAN kepada yang ketiadaan tiket bas.

JADUAL PERJALANAN

13 jun 2018

2.00 petang -
  • Bertolak dari IPTA / Pejabat Sekretariat PERMATA ZON TENGAH/SELATAN/UTARA.

14 jun 2018

4.00 pagi -
  • Dijangka sampai di perkarangan Pejabat Yayasan Terengganu
  • Bersahur
  • Subuh berjemaah

6.30 pagi

  • Bertolak ke setiap daerah

* tertakluk kepada perubahan dan mengikut checkpoint

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN

7 JUN 2018


Cepat adik-adik!

Sila Whatapps NAMA,NO IC, NO.TEL, DAERAH, UNIVERSITI kepada pic berikut :


ZON TENGAH
Mohd Syarizwan : 019-962 3191
Najib Syahmi : 019- 906 1451

ZON UTARA
Amirul Mukminin : 012- 918 4650
Fakhri Hamzi : 011- 1651 6774

ZON SELATAN 
Asyraf Muhaimin (UTHM) : 014- 514 0939
Firdaus (UTM) : 013- 990 8232

ZON TIMUR (PAHANG)
Hafiz Shafiq (UMP) : 011- 1328 9977

Jom Follow :

Intagram : Permataterengganu
SINOPSIS DRAMA NUR | Sejujurnya Sha tak menonton siaran terus drama ini tetapi menonton secara atas talian kerana  waktu siarannya adalah waktu masuk tidur Sha sekeluarga. Tapi kalau anak tidur awal Sha layan terus di televisyen. Biasalah bila tidurkan anak-anak, ibu pun akan terikut tidur..hihihi. Drama lakonan Shafiq Kyle dan Amyra Rosli ini telah memulakan episodnya pada 14 Mei yang lalu. Bersiaran selama 19 episod di Slot Samarinda TV3. Drama Terbitan Radius One Sdn Bhd dan diarah oleh pengarah Shahrulezad Mohameddin.


Sinopsis Nur

Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu, rupa paras dan anak lelaki tunggal kepada penceramah selebriti, Datuk Ayah Haji Mohsen. Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia.

Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mohsen. Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid.

Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT.

Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam?

Drama Nur memainkan topik berat yang kini menjadi menjadi sedikit pertelingkahan antara penonton dan pengarah kerana watak abang ipar Ustaz Adam yang dilakonkan oleh Azhan Rani sebagai seorang ustaz, pemberi ilmu di surau dan menguruskan rumah anak yang dibangunkan oleh Datuk Haji Mohsen (Datuk Jalaludin Hassan) tetapi melanggan pelacur juga pecah amanah.

Saksikan kesudahan drama Nur yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

Para Pelakon

Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Nurkhiriah, Azhan Rani, Raja Atiq, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani.

SINOPSIS DRAMA NUR

by on May 30, 2018
SINOPSIS DRAMA NUR | Sejujurnya Sha tak menonton siaran terus drama ini tetapi menonton secara atas talian kerana  waktu siarannya adalah w...
AYAH KU KIRIMKAN DOA | Sebuah lagu yang sangat menyentuh hati Sha. Perginya ayahanda tersayang pada 13 Oktober 2017 amat terasa bila tahun ini adalah tahun pertama Sha dan keluarga menyambut bulan mulia bulan Ramadhan dan bulan Syawal tanpa mencium tangan seorang ayah. Hati makin hiba apabila adik Sha berkongsi video lagu Ayah ku kirimkan doa dalam versi upin dan ipin.

Gambar raya terakhir bersama AYAH


LIRIK LAGU AYAH KU KIRIMKAN DOA


ayah ku kirimkan doa
semoga engkau tenang di alam syurga
ayah kan ku ingat selalu
pengorbanan yang telah engkau berikan

ayah terlalu cepat kau pergi
meninggalkan aku sendiri
ayah tak bisa aku ingkari
tanpa engkau hidupku terasa sunyi

ayah dengarkanlah
dan teringat saat kepergianmu

ku taburi bunga mawar untukmu
dan berdoa untuk melepaskanmu
ayah berlinang air mataku

ayah terlalu cepat kau pergi
meninggalkan aku sendiri
ayah tak bisa aku ingkari
tanpa engkau hidupku terasa sunyi

ayah dengarkanlah
dan teringat saat kepergianmu

ku taburi bunga mawar untukmu
dan berdoa untuk melepaskanmu
ayah berlinang air mataku, berlinang air mataku

ayah tak bisa aku ingkari
tanpa engkau hidupku terasa sunyi

_____

Kini hanya doa yang dapat kami anak-anak kirim untuk ayah. Kak Ma rindu kan ayah.... Semoga ayah tenang di sana. Baru ku tahu bagai rasa rindu pada yang telah pergi....

AYAH KU KIRIMKAN DOA

by on May 30, 2018
AYAH KU KIRIMKAN DOA | Sebuah lagu yang sangat menyentuh hati Sha. Perginya ayahanda tersayang pada 13 Oktober 2017 amat terasa bila tahun...
KESAN HISAP GAM KEPADA OTAK MANUSIA | Kejadian hisap gam di depan mata Sha banyak membuktikan bahaya aktiviti tidak sihat ini memberi impak yang tidak baik kepada setiap orang yang menyalahgunakannya. Mengikut fakta gam terkandung di bawah kategori inhalan.

sumber : google
Apakah itu inhalan?  Inhalan merupakan bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada bahan pelarut organik dan bahan meruap. Inhalan juga dikenali sebagai bahan hiduan atau bahan sedutan yang meruap (volatile). Ia dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsang perubahan minda.

Jenis-Jenis

Pelarut/Cecair
Bahan Gas
Aerosol
bahan Nitrik

KESAN PENGAMBILAN

Bahan ini boleh bertindak dengan menjadikan penggunanya berasa khayal, kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini akan berterusan selama 15 minit sehingga ke 2 jam. Sekiranya kuantiti atau kepekatan inhalan itu tinggi, pengguna mungkin hilang deria rasa dan seterusnya tidak sedarkan diri.

MENGAPA IA BERBAHAYA?

Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk yang serta merta dan juga jangka panjang. Kesan yang serta merta adalah seperti berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, terhoyong-hayang, emosi kurang stabil dan kehilangan deria sakit. Kesan jangka panjang pula adalah seperti kerosakan sel otak dan organ utama, gangguan penglihatan, sakit jantung dan kematian mengejut.

Pernah suatu hari Sha bersembang dengan seorang bekas penagih, dia bermula dengan menghisap gam sebelum mengenali dadah lain. Dia berkata, "Puan kalau puan nak melancong kemana-mana puan berangan dan hisap gam pasti akan sampai ke sana". Wahhh...jimat betul kalau melancong macam tu.. Semasa dia menyalahguna gam dia biasanya tak sedar apa yang dia buat dan ingat-ingat lupa apa yang dia sedang lakukan. Itulah penangan hisap gam sehinggalah dia mendapat "petunjuk" supaya bertukar kepada dadah ganja. Alhamdulillah dia tidak mengenali dadah lain selepas itu dan kini masih mengekalkan kepulihan daripada mana-mana dadah.

Pendek kata kita haruslah beringat dan elakkan saudara-mara dan rakan-rakan supaya tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah atau anasir tidak sihat sebegini. Tambah pula gam adalah antara barang yang senang didapati. Pengalaman juga menunjukkan penagih yang mengambil gam cepat  rosak sel otak.
RESEPI IKAN KERISI MASAK ASAM | Ikan kerisi sebenarnya bukan ikan kegemaran keluarga Sha tetapi kerana keinginan Sha beli juga dan masak pun ringkas-ringkas sahaja. Kebiasaan ikan kerisi Sha suka goreng garing sahaja kerana Sha sukakn sisik ikan yang rangup apabila dimakan. Tetapi untuk kali ini Sha teringin makan yang berkuah jadi Sha masakkan Ikan Kerisi Masak Asam, Alhamdulillah anak-anak suka hirup kuahnya. Kalau korang dah habis idea nak masak apa hari-hari tambah pula bulan puasa ni kan, tapi kan lauk ini boleh dikategorikan lauk sihat juga kan..ehhehe


Oklah tanpa buang masa Sha nak kongsi resepi ikan kerisi serba ringkas ini. Bulat je mata si ikan kerisi ni kan..hihi

BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan kerisi
3 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 cm kunyit hidup (tumbuk)
1 batang bunga kantan
Air asam jawa
garam

CARA-CARA MEMASAK

Pertama sekali tumis bahan yang ditumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup. Bila agak wangi masukkan air asam jawa dan air kosong kemudian barulah masukkan ikan dan bunga kantan. Bila ikan benar-benar masak baru lah ditutup api. Oh yeaaa...jangan lupa perasakan kuah dengan garam.

Ringkas sangat bukan? Kalau suka jenis masakan begini korang boleh tengok resepi ikan tongkol singgang di sini ----> RESEPI SINGGANG IKAN TONGKOL
RAWAT KULIT DENGAN PURE NATURAL SKIN OIL DR BEAU | Kulit adalah bahagian terbesar di badan manusia dan kulit di bahagian wajah adalah kulit yang terdedah kepada cahaya dan udara luar. Pelbagai ramuan dibuat untuk melindungi, menjaga dan merawat kulit daripada menjadi rosak. Apakah yang anda inginkan dalam sesebuah produk? Pastinya bahan-bahan yang digunakan adalah daripada sumber semulajadi kan. Hari ini Sha ingin berkongsi satu produk yang dirumus khas untuk kulit korang iaitu Dr.Beau Pure Natural Skin Oil yang dikeluarkan oleh teja herbs kaya dengan Vitamin E.

 

Produk yang telah diperkenalkan sejak tahun 2015 ini tidak asing lagi di Malaysia dan luar negara seperti China, Taiwan, Brunei, Thailand, Singapura dan Indonesia. Diperbuat daripada ekstrak herba-herba semulajadi dan dirumus khas di kilang tempatan. Keluaran bumiputera ini diyakini HALAL dan bukan berbentuk bahan kimia berbahaya. Adunan berkualiti premium adalah dari formulasi bioteknologi terkini yang menggunakan teknologi pemprosesan penyulingan molekul dan pengekstrakan superkiritial yang disahkan dan dijamin selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


BAHAN-BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM DR.BEAU PURE NATURAL SKIN OIL


 Wheatgerm Oil
Almond Oil
Apricot Kernel
Evening Primrose
Moroccan Argan Oil
Rosehip oil

Antara masalah yang biasa terjadi kepada kulit wajah adalah kulit sensitif, jerawat dan jeragat mula timbul, lebam dibawah mata, kulit berminyak, pori-pori terbuka, kulit kering, kulit kusam, masalah ekzima, masalah biji kolestrol dan juga bintik hitam. Semua ini adalah masalah biasa yang terjadi kepada setiap orang yang kadang-kadang boleh menurunkan keyakinan diri seseorang. Bersama Dr.Beau korang boleh melindungi kulit dan mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.


Cara menggunakan Pure Natural Skin Oil Dr.Beau juga amat mudah. Pertama sekali korang perlu memastikan wajah dibersihkan dengan pencuci muka dan lap wajah.
Tarik hujung kapsul dan sapukan Serum Dr.Beau dan ratakan ke seluruh muka. Semasa ratakan korang boleh tekan-tekan sedikit kulit supaya vitamin yang ada cepat meresap.
Berikan perhatian dan sedikit urutan pada bahagian kulit yang bermasalah seperti bawah mata, parut dalam lain-lain.
Digalakkan memakai Dr.Beau pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Untuk penggunaan lebih jimat korang boleh gunakan separuh daripada 1 ampule untuk sekali penggunaan atau sebiji sekali guna. Sha pakai setengah biji sekali pakai. Biji ampule tu nampak sahaja kecik saiznya tapi sebenarnya guna separuh pun sudah dapat memenuhi seluruh wajah kita.

cara pakai-
Korang juga perlu tahu, bau Dr.beau ini agak wangi tidak berbau yang tidak menyenangkan dan juga tidak melekit. Sha pakai masa mula-mula tu ingatkan ia akan kekal oily, tapi bila ratakan tekan-tekan pada kulit oily itu hilang dan kulit terasa lebih segar.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dr.Beau Pure Natural Skin Oil korang boleh melayari :

Laman Sesawang : www.drbeau.com.my

atau

Hubungi/Whatapps : 012-649 3639

Dapatkan perlindungi kulit anda sekarang!
BINATANG KESAYANGAN MENUTUP MATA SELAMANYA | Pagi ini terasa suram rasa hati apabila mengetahui perginya binatang kesayangan Mak, Si Yatem seekor monyet yang dipelihara semenjak arwah ayah Sha masih ada.


Sejak puasa bermula Yatem dikhabarkan tidak selera makan, muntah-muntah dan tidak mebuang air besar. Setelah dibawa ke bahagian veterinar tiada apa-apa perubahan dan akhirnya Yatem pergi buat selamanya.

Hilang sudah penghibur keluarga Sha di kampung dan penghibur Sha sekeluarga bila kami balik kampung dengan keletahnya sangat manja. Mak Sha mungkin insan paling terasa kehilangannya kerana yatem amat manja dengan Mak. Hari Yatem pergi Mak Sha ada temujanji dengan doktor dan sempat berpesan pada Yatem supaya tunggu Mak balik.

Sempat mak balik bermain dengan Yatem, gigit-gigit jari jemari Mak dan pergi begitu sahaja. Sedih memang sedih tapi sedih lagi bila dengar Mak sedih. Mak pula memang dari dulu pantang binatang peliharaan mati, memang bengkak la mata Mak menangisi.

Yatem pergi selepas Tuan dia iaitu ayah Sha pulang ke Rahmatullah pada  13 Oktober 2017 lebih kurang 8 bulan lepas. Teringat pula masa arwah ayah pergi, Yatem biasanya suka juga buat bising tapi tetiba menjadi pendiam dan ambil masa juga nak ceria kembali dan pandai pujuk Mak pula tuu, dicium-ciumnya pipi Mak masa itu.uhuhuhu..

Hari-hari pun kalau nak tidur mesti nak bermanja dengan Adik Sha, si Tina tu dulu kalau tidak pasti akan bising dia dalam kandang. Kini sunyilah rumah tanpa keletah dia yang kadang-kadang mengada dan cemburu lebih.

#goodbyeYatem
RESEPI MASAK LEMAK UDANG DENGAN KACANG BUNCIS | Semalam suami minta Sha yang masak untuk juadah berbuka puasa sebab sudah penat seharian mengerjakan enjin kereta Sha yang selalu sahaja ada halnya. Mahu sahaja tukar kereta baru tapi tak ada bajet pulak jadi kita berangan jelaa kan , lagipun sejak Sha tukar ke Perak ni inilah peneman Sha pergi dan balik kerja tambah pula kalau jalan-jalan hari minggu memang dengan Bebird nilah ..sebab senang nak parking dengan saiznya yang kompak.

Nak masak apa pun kena bincang juga, kena tanya perut suami juga apa dia teringin nak makan. Selepas bincang kami pilih masak lemak udang berbanding sambal udang kerana Sha dah nak masak sambal bilis jadi takkan nak masak 2 jenis sambal kan. Anak-anak pun sebenarnya suka sangat makan kuah lemak kalau tak takkan Abang Zaryth makan nasi bertambah-tambah..huhu



BAHAN-BAHAN MASAK LEMAK UDANG

15 ekor udang sederhana besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
Santan
Kacang buncis dipotong serong

CARA-CARA MASAK LEMAK UDANG

Pertama sekali tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan kunyit hidup.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi, kemudian masukkan sedikit air diikuti dengan udang.
Masukkan santan dan masak kacau akhir sekali masukkan kacang buncis hingga semuanya masak.

Sedap sungguh makan nasi panas dengan Masak Lemak Udang bersama Sambal Bilis . Habis nasi siap hirup lagi kuah lemak. Kuah masak lemak pun cantik disebabkan menggunakan kunyit hidup.
SAMBAL BILIS SIMPLE DAN MUDAH | Salam 5 Ramadhan 1439H semua. Semalam sempat menonton siaran ulangan Tazkirah Malam Jumaat, yelah kadang-kadang terlepas waktu tayangan sebenar disebabkan aktiviti harian yang kadang-kadang sibuk dan kadang-kadang tak ada apa sangat nak buatkan. Antara isu yang dibincangkan didalam rancangan tersebut adalah tentang puasa, katanya puasa adalah sesuatu yang tak habis dibincangkan termasuklah berkaitan hal-hal yang boleh membatalkan puasa dan apa yang membatalkan pahala puasa. Mungkin kita boleh menjaga atau bertahan daripada berbuat sesuatu yang membatalkan puasa seperti menahan lapar dan dahaga tetapi untuk menjaga pahala puasa mungkin berdepan bermacam-macam dugaan terutamanya di zaman sosial media ini, kita perlu banyak menjaga kata-kata. Jadi sama-samalah kita berkongsi sesuatu yang lebih memberi manfaat berbanding keburukan.

Sudah masuk hari ke-5 Ramadhan pastinya sudah semakin menjadi kebiasaan kepada kita bangun pada awal pagi untuk bersahur. Orang kata makan pagi-pagi perlukan sesuatu yang membangkitkan selera kerana tak semua orang boleh makan pada waktu pagi oleh itu memerlukan juadah pembuka selera. Untuk semalam Sha ambil alih dapur memandangkan Encik Suami seharian selesaikan masalah enjin kereta Sha jadi Sha sediakan juadah berbuka. Sha memilih untuk memasak sambal bilis ringkas sebagai pelengkap masak lemak cili api udang.


BAHAN-BAHAN SAMBAL BILIS

1 cawan Ikan Bilis
Tempe
6 biji bawang merah (dimayam)
2 senduk Cili boh
Garam
Gula
Minyak masak

**Pissss
Sebenarnya kebetulan tempe ada jadi Sha tambahkan tempe di dalam sambal bilis ini.

CARA-CARA MASAK SAMBAL BILIS

Bilis dan tempe digoreng asing terlebih dahulu dan ketepikan.
Tumis  bawang merah yang telah dimayam sehingga wangi kemudian masukkan cili boh. Bila sambal sudah masak, barulah masukkan ikan bilis dan tempe ke dalam kuali kemudian perasakan dengan garam dan gula.

Simple kan sebab itu dinamakan sambal bilis tempe simple. Memang jadi penyedab kepada masak lemak cili padi Sha semalam. Alhamdulillah kenyang makan sekeluarga boleh makan dari berbuka hingga ke sahur. Cuma ikan bilis yang Sha beli tu agak keras maklumlah biasanya Sha nak cari bilis yang elok kena beli kat pasar juga puas hati, ini beli kat pasaraya ada yang kasar-kasar sahaja.
UNILEVER FOOD SOLUTIONS | Bekerjasama dengan MBKT sejajar dengan rancangan Kehidupan Lestari untuk mengurangkan pembaziran makanan yang dianggarkan 8,000 tan sehari di Malaysia
Chefmanship Akademi (CA) yang dikelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) telah memperkenalkan modul yang terbaru, dengan menumpukan perhatian pada pengurusan sisa dan lebihan makanan, kos pengiraan dan cerita kejayaan pengendali supaya memperbaiki dan memperolehi pandangan mendalam program inovatif mereka.
CA menekan pada keusahawan bijaksana dan membantu pengendali makanan mempelajari tentang kualiti makanan, perkhidmatan dan efisiensi supaya boleh menjadi cef yang lebih baik.
Matlamat utama yang ditetapkan oleh Unilever Sustainable Living Plan (USLP) adalah untuk meningkatkan tabiat kesihatan, kesejahteraan dan kesihatan di Malaysia.

Ketua Negara UFS Malaysia, Nusrat Perveen berkata di upacara pelancaran: “UFS memulakan program pertama CA 2018 bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk kali pertama dan melibatkan lebih daripada 1,000 pengendali makanan yang berkongsi melalui CA.”
Nusrat berkata bahawa berdasarkan data dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 2016, rakyat Malaysia membazir makanan berjumlah 15,000 tan setiap hari, di mana 8,000 tan adalah sisa dan lebihan makanan, 3,000 tan anggaran adalah makanan yang masih boleh dimakan dan makanan dibazir menterjemah kepada hampir 1.1 juta tan setahun.
Sejak CA dilancarkan pada tahun 2013, UFS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia. Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi CA telah dilanjutkan dengan jayanya bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.
 


Program CA juga dikendalikan dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Nusrat berkata, “Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang, kini anggaran lebih daripada 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA.
“Kami amat gembira bahawa CA sedang berkembang dengan cepat, dengan pertolongan rakan sepandangan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan persekutuan,” kata Nusrat.
UFS Malaysia berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya meningkatkan teknik pengendali makanan yang terlibat dan memperolehi pandangan mendalam untuk pergurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan terutamanya dengan pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.
Ini akan meningkatkan kesedaran pengendali makanan tentang perkembangan baru dalam industri dan membantu mereka memahami keperluan peraturan dengan mendalam. CA menggabungkan maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan pengalaman yang meliputi lebih daripada 100 topik, termasuk cara meningkatkan teknik memasak dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai.
“Dengan mengadakan Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orang ramai tidak terjejas apabila bersantap di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan dan keuntungan sahaja, terutamanya semasa bulan berbuka puasa di mana sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi gerai makanan Bazar Ramadhan,” Nusrat berkata.

 
Nusrat berkata, “Penggunaan peluang ini untuk mencipta rangkaian dengan WeChat oleh UFS bukan sahaja menyediakan komunikasi yang bertambah baik, tetapi juga untuk memberi serta menyampaikan informasi dan garis panduan cara-cara menjadi pengendali makanan yang lebih baik.
“Laman web UFS akan menunjukkan pelbagai kandungan rangkaian yang digemari oleh pencinta makanan atau cef supaya mereka dapat melayari semasa masa lapang, termasuk inspirasi cef tentang resipi baru, produk dan perkhidmatan yang dicipta oleh cef untuk cef sahaja,” Nusrat kata.
Nusrat berkata bahawa laman web kerap disegarkan dengan kemudahan link terus ke laman web utama, www.unileverfoodsolutions.com.my

Semoga dengan usaha murni daripada pihak unilever food solutions ini dapat memberi manfaat kepada kesihatan masyarakat sekali gus memberi kesedaran supaya tidak melakukan pembaziran makanan. Teringat pula zaman menjadi pengendali makanan bersama mak di kampung dahulu pelbagai cara mengendalikan makanan bagi mengelakkan pembaziran berlaku.