SAMBUTAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN KE-35 - SHALIMAR YUSOF


Sunday, April 01, 2018

SAMBUTAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN KE-35

SAMBUTAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN KE-35 | 31 Mac 2018 [Sabtu] | Hari Antidadah Kebangsaan Ke-35 telah disambut dengan meriah yang disambut serentak dengan Hari Penjara ke-228. Program ini telah berlangsung sejak 29 Mac 2018 dengan Program Ceramah Perdana, 30 Mac 2018 diadakan Fun Run dan Pertandingan Bola Sepak dan acara kemuncaknya pada 31 Mac 2018.


Ketibaan Dif-dif jemputan terhormat telah disambut dengan pembarisan masuk padang persembahan pancaragam.


Sambutan ketibaan juga dipersembahkan dengan muzik tradisional Melayu, Orang Asli, Kaum Cina dan Kaum India.


 

Pelbagai penyertaan booth pameran
Pameran AADK, CCRC, Skuad
Pameran PDRM
Pameran Penjara


Sha sempat memeriahkan booth selfie AADK yang juga menganjurkan Pertandingan Selfie yang menawarkan hadiah wang tunai kepada peserta yang mendapat like terbanyak di Facebook Page AADK Negeri Perak. Selain booth selfie juga Sha sempat bermain dam ular gergasi namun kawan sepejabat Sha, Shikin yang memenangi permainan terbabit.

 
Sha bersama rakan-rakan sekerja sempat lagi bergambar di dalam Bas Pameran AADK maklumlah bukan selalu dapat berpakaian sedondon macam ni..ehehehe




Bergambar dengan kakak-kakak kita, Kak Dahlia dan Kak Fadhilah. Tak sempat juga nak bergambar dengan Kak Nani dan Kak Farah.

Aturcara Hari Antidadah Kebangsaan Ke-35 dan Hari Penjara Ke-228 adalah seperti berikut :

Dif-dif Jemputan & Kakitangan Jabatan Penjara serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengambil tempat.

Pasukan Pancaragam & Pembarisan Masuk Padang.

Ketibaan Ybhg Dato' Dr Abdul Halim Bin Mohd Hussin
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan

Hormat

Ketibaan Ybhg Komisioner Jeneral Penjara Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar
Ketua Pengarah Penjara

Hormat Panglima

Ketibaan Ybhg Dato' Seri Alwi Bin Haji Ibrahim
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

Hormat

Ketibaan YB Timbalan-timbalan Menteri Dalam Negeri

Hormat Panglima

Ketibaan YAB Dato' Seri Diraja Dr.Zamry Bin Abd Kadir.
Menteri Besar Perak

Hormat Panglima

Ketibaan YAB Dato' Seri Diraja Dr.Ahmad Zahid bin Hamidi
Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri.

Hormat Timbalan

Pemeriksaan Barisan

Hormat Timbalan

Lagu "Negaraku" dan "Lagu Kebasaran Negeri Perak"

Bacaan Doa

Ucapan Ybhg Dato' Dr Abdul Halim Bin Mohd Hussin
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan

Ucapan Ucapan Ybhg Komisioner Jeneral Penjara Dato; Sri Haji Zulkifli Bin Omar
Ketua Pengarah Penjara

Ucapan Perasmian oleh YAB Dato; Seri Diraja Dr.Ahmad Zahid Bin Hamidi
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri

Gimik perasmian dan Montaj

Pemakaian dan penyampaian oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri.
  • Pangkat Kehormat
  • Anugerah Kepimpinan Perangi Dadah
  • Pingat Bakti Setia
  • Sijil Penghargaan-Individu/NGO
  • TM one dan TVAlhijrah 
  • Keputusan SPM Cemerlang & Saguhati Pelajar Sekolah Henry Gurney
  • Geran NGO AADK
  • Geran Komuniti Penduduk 1Malaysia

Penyampaian Buku Amalan Zikir kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri

Majlis Pelancaran Bual Bicara Diparol (ODP)

Persembahan Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Gabungan Jabatan Penjara & Agensi Antidadah Kebangsaan.

Lawatan Ke Tapak Pameran

Sidang Media
Jamuan
Bersurai

Majlis ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana majlis ini telah berjalan lancar selepas segala persediaan telah dibuat hasil kerjasama antara AADK Ibu Pejabat, AADK Negeri dan AADK Daerah ,CCRC dll terutama tuan rumah AADK Negeri Perak & AADK Daerah seluruh negeri Perak yang telah bertungkus lumus dalam memastikan semua program berjalan dengan baik sehingga acara penutup.

Sha pun seronok sebenaranya menyertai program besar sebegini kerana bukan senang dapat berjumpa balik rakan-rakan kerja dari tempat lain yang juga turun padang meraikan Hari Antidadah Kebangsaan ini. Alhamdulillah walau tidak ramai tapi tetap ada yang masih mengingati dan sudi menyapa semasa bertembung,terima kasih semua.

9 comments:

  1. wah best. kerja aaDK eh? best x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha...ckp xbest kena buang kerja x?ekeke,,ok je..Alhamdulillah,,,

      Delete
  2. Replies
    1. boleh la husniey..bukan selalu berpanas mcm ni..hihih

      Delete
  3. baru akak tau sha keje ngn AADK, meriah betul sambutannya.... tang ada perbarisan semua tu yg betul2 best tuh, akak dr kecik sampai ke tua mmg suka tgk perbarisan pakain beragam.... sama je cara jalan apa semua.... takjub sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa kak...Sha ni tinggal kawan2 kt belakng...sanggup tggu sampai abes hormat..eekkee

      Delete
  4. Sha kerja dengan AADK eh? Tak selalu sangat dengar tapi tahu kewujudannya :) Teruja tengok gambar perbarisan askar. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaahha,,tak glemer sgt kan..tersorok,,kih3

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi