LIRIK LAGU HATIKU MILIKMU - SITI NORDIANA - SHALIMAR YUSOF


Friday, April 06, 2018

LIRIK LAGU HATIKU MILIKMU - SITI NORDIANA

LIRIK LAGU HATIKU MILIKMU - SITI NORDIANA | Single terbaru daripada Siti Nordiana yang dikatakan hati Nana sekarang sudah dimiliki seseorang. Ehhh..gosip pulak kita tapi semalam Nana cakap semalam dalam rancangan apa entah masih belum jumpa penganti walaupun sudah berstatus ibu tunggal selama 9 tahun.


Ok jom kita hayati lirik lagu Hatiku MilikMu yang video muziknya dibintangi oleh Siti Nordiana, Alvin Chong dan Fikri Ibrahim diarahkan oleh produksi Storytellers yang menjalani penggambaran di Krabi, Thailand dan Kuala Lumpur. Youtube rasmi untuk muzik video lagu adalah di saluran Seventeen Eleven Music.

LIRIK LAGU HATIKU MILIKMU

Aku telah merasakan
Pahitnya kau tinggalkan
Pernahkah di hatimu mencintaiku

Takkan pernah habis kasihku padamu
Selama jiwa ku masih untukmu

Jangan pernah kau biarkan aku
Untuk kembali pada kekasih aku yang lalu
Aku hanya ingin mendampingimu
Hingga nadiku tak dapat engkau rasakan

Cinta hatiku takkan pernah bisa
Menggantikan oleh yang lainnya
Pernah ku cuba dan ku rasakan
Tapi ku tak daya

Jangan pernah kau cuba untuk meminta
Aku pun disini tak pernah rela
Tolong jagalah dan kau kuatkan hatiku

Untukku
Hatiku milikmu
Hatiku milikmu.

_____________________
Sekian, Terima Kasih.

6 comments:

  1. Minat nana ni dari zaman sek men dulu. Lagu2 dia semua sedap2.

    ReplyDelete
  2. suka tengok Nana ni, humble sangat suara pun sedap lemak merdu :)

    ReplyDelete
  3. Tak pernah dengar lagi lagu ni.

    ReplyDelete
  4. dengar sebab adik pasang. best juga !

    ReplyDelete
  5. tak pasan lg lagu ni, almaklum akak selalu bukak radio sinar, banyk lagu2 lama hehehe...
    tp liriknya boleh tahan jgk

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi