HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Monday, April 30, 2018

MANFAAT KLINIK 1MALAYSIA KEPADA RAKYAT

April 30, 2018 44 Comments
Tahun 2017 adalah pengalaman pertama Sha menjejakkan kaki ke Klinik 1Malaysia yang mana hanya lebih kurang 2 kilometer sahaja daripada tempat kerja disebabkan mengalami cirit birit akibat keracunan makanan. Sha sangat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan yang bertugas dan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan tambah pula hospital besar paling dekat pun agak jauh untuk Sha dapatkan rawatan segera pada hari itu dan kebetulan pula masa itu hujung bulan gaji pun cukup-cukup makan jadi kemudahan yang terbaik waktu itu adalah Klinik 1Malaysia.

Sumber Google

Kenapa perlu pilih Klinik 1Malaysia? Kita perlu sedar rakyat berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi kekangan kewangan untuk terus mendapatkan rawatan di hospital besar dan klinik swasta tetapi di Klinik 1Malaysia  bayaran yang dikenakan hanyalah RM 1.00 sahaja manakala untuk warga emas adalah secara percuma. Berbaloi bukan? Kalau hidup di kawasan seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara, dengan kos hidup tinggi program sebegini amat diperlukan untuk meringankan golongan yang memerlukan selain perkhidmatan rawatan ringan segera.


Sumber Google

Untuk pengetahuan anda semua, Klinik 1Malaysia yang merupakan hasil inisiatif Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak pada tahun 2010 ini menyediakan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat. Terdapat 361 buah Klinik 1Malaysia diseluruh negara dikendalikan oleh jururawat dan pembantu hospital beroperasi bermula pukul 10.00 pagi sehingga pukul 10.00 malam termasuk cuti umum dan hujung minggu.

Sumber Google

Suka Sha ingatkan disini Klinik 1Malaysia hanya menyediakan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan. Selain itu rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi,asma,mencuci luka dan membuka jahitan anda tidak perlu ke hospital besar lagi kerana anda boleh sahaja terus ke Klinik 1Malaysia yang terpilih seterusnya mendapatkan khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan disana. Untuk program saringan HIV pula hanya disediakan di Klinik 1Malaysia tertentu sahaja. Namun untuk kes berat anda perlu ke hospital besar juga untuk kemudahan yang lebih lengkap.

Walaupun klinik ini hanya menyediakan sistem  penjagaan kesihatan yang asas sahaja namun ia cukup memberi manfaat besar kepada golongan yang kurang mampu dan memerlukan rawatan perubatan. Jika anda ingin berkunjung ke Klinik 1Malaysia anda boleh klik Senarai Klinik 1Malaysia.

Saturday, April 28, 2018

MENU DIET HARI KELIMA

April 28, 2018 2 Comments
MENU DIET HARI KELIMA | Semalam makan spaghetti olio, sarapan pagi pun makan spaghetti olio juga ke Sha? Huhuhu.. yang lebih semalam sahaja sebenarnya, sayanglah kan jadi kita makan sahaja apa yang ada, jimat duit pagi itu, tak perlu keluar ke kedai lagi.


HARI 5 | 24 APRIL 2018 | SARAPAN

Spaghetti Olio Ayam
Timun Jepun


HARI 5 | 24 APRIL 2018 | MAKAN TENGAHARI

Nasi butter
Chicken Chop Grilled

HARI 5 | 24 APRIL 2018 | MAKAN MALAM

Spaghetti Carbonara
Cili jeruk.


Terlebih spaghetti pulak yea Sha hari ini. Huhu..biarlah bukan makan banyak pun kan. Cili Jeruk pun dah nak habis, kena buat lagi la nampaknya stok baru. Sekejap pulak rasa bila kira-kira sudah hari ke-5 yea, sekejap pula masa berlalu apabila makan macam biasakan dan diri pun tak terikat sangat dengan menu asalkan tidak melebihi keperluan badan masing-masing.

Friday, April 27, 2018

LHDNM Terus Laksana Tanggungjawab Sosial

April 27, 2018 1 Comments
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ( LHDNM ) harus diberi pujian kerana sekali lagi pihak LHDNM ini telah berjaya meneruskan misi mereka untuk lebih mendekati masyarakat dalam membantu negara untuk membina satu masyarakat yang penyayang. Pendekatan yang dilakukan merangkumi pelbagai aktiviti di mana pihak LHDNM sendiri turun padang mengadakan aktviti kesedaran tentang maklumat percukaian, khidmat kemasyarakatan serta melaksanakan program tanggungjawab sosial.

Menerusi misi ini pihak LHDNM telah berusaha untuk mendekatkan diri mereka dengan masyarakat di seluruh pelosok negara dan kali ini mereka tiba di Terengganu pula. Kami, selaku warga pantaitimur sangat berbesar hati dan berterimakasih di atas keprihatinan pihak LDHNM yang sudi untuk mengadakan acara sebegini demi untuk mengeratkan ukhwah di antara pihak LDHNM dan masyarakat.
IMG_20180425_115305

Kesinambungan usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam memperkasa aktiviti kemasyarakatan menerusi aktiviti tanggungjawab sosial (Social Responsibility) kali ini diteruskan dengan acara penyerahan sumbangan alat bantuan mengajar kepada lima buah sekolah terpilih di daerah Setiu, Terengganu.

Nama 5 (lima) buah sekolah yang terbabit adalah :
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penarik
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera Jaya
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong

Di bawah ini adalah sebahagian gambar semasa penyampaian sumbangan terbabit di lakukan.
IMG_20180425_113549
IMG_20180425_113736
IMG_20180425_113701
IMG_20180425_113625
IMG-20180425-WA0036
Majlis ini telah diadakan bertempat di Laman Seri Rhu 10, Setiu, Terengganu dan program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDNM tersebut telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut adalah Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Tuan Hj. Ngah Bidin, Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Hj. Badrulhisham Hj. Shafie, Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Setiu, Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM, Puan, Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu, Pegawai-pegawai Kanan LHDNM dan para guru serta pelajar dari sekolah yang terlibat. 
31357697_10215913210452695_4770284587844632576_n
31301854_2093626130654358_6870056857197608960_n
 Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM
Datuk Noor Azian dalam ucapan beliau berkata “Program SR LHDNM pada hari ini merupakan bukti bahawa LHDNM komited dan tidak pernah jemu untuk berkongsi manfaat cukai kepada masyarakat serta berusaha meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat menerusi pengedaran risalah percukaian dan pembukaan kaunter perkhidmatan”. 
Beliau juga mengharapkan agar sumbangan yang disampaikan kepada sekolah-sekolah terpilih di Daerah Setiu ini sedikit sebanyak akan membantu pihak sekolah dalam menyediakan fasiliti yang lebih selesa kepada para pelajar sekaligus dapat membantu sekolah untuk mencapai tahap akademik yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
IMG_20180425_113957
Pengetua / wakil sekolah bergambar bersama-sama tetamu kehormat
IMG_20180425_115701
Sebagai rekod, pada tahun ini saja sebanyak lima program tanggungjawab sosial telah berjaya dilaksanakan oleh LHDNM setakat ini bermula dengan Program Pembersihan Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu. Di ikuti pula dengan Penyerahan Sumbangan Cermin Mata kepada 150 orang pelajar kurang berkemampuan di kawasan Bachok dan Tumpat, Kelantan. 
Seterusnya penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 32 buah sekolah dalam Parlimen Jerlun, Kedah. Penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 5 buah sekolah terpilih di Bukit Mertajam dan penyerahan sumbangan dua unit Alat Bantuan Mengajar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa Kuala Lumpur baru – baru ini. Dimaklumkan juga bahawa masih ada destinasi lain untuk program sebegini yang akan LDHNM lakukan dan ternyata program sebegini benar-benar telah membuka minda masyarakat tentang tujuan utama pihak #hasil4u ini di tubuhkan.
IMG_20180425_120355
Gambar kenangan wakil kami ke program tersebut.
Menerusi program tanggungjawab sosial ini juga, pihak LDHNM turut sama memberikan pelbagai maklumat supaya masyarakat lebih faham apa itu Lembaga Hasil Dalam Negeri, apakah tugas utama mereka dan lain-lain lagi. 
Pengunjung juga boleh bertanya pelbagai soalan kepada wakil pihak LDHNM yang bertugas demi untuk membantu menjelaskan segala kemusykilan mereka. Pembahagian risalah - risalah kepada penduduk setempat juga merupakan satu inisiatif yang bagus untuk memberi maklumat percukaian dengan lebih tepat.

IMG_20180425_115132

Secara kesimpulannya, pihak LDHNM ini ternyata amat komited dengan negara  untuk memanfaatkan percukaian kepada masyarakat. Yang pasti, apa yang dilakukan oleh pihak LDHNM ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi kebajikan untuk semua dari masa ke semasa.

Untuk lebih maklumat lanjut berkaitan pihak LDHNM, anda boleh berkunjung ke website utama #hasil di www.hasil.gov.my

5

Bersama Membangun Negara #HASIL
Manfaat Cukai Untuk Semua #HASIL
Cukai Memakmurkan Malaysia #HASIL

MENU DIET HARI KEEMPAT

April 27, 2018 0 Comments
MENU DIET HARI KEEMPAT | Pertama kali dalam hidup Sha diet dengan enjoy dan tiada tekanan. Tekanan apa dalam diet? tekanan dalam nak menyediakan juadah dan lain-lain, korang perlu tahu tekanan (stress) boleh menyebabkan berat badan tidak turun.


HARI 4 | 23 APRIL 2018 | SARAPAN

2 keping Roti gardenia wholemeal
1/2 biji pisang


HARI 4 | 23 APRIL 2018 | MAKAN TENGAHARI

Biasalah kalau keluar rehat dengan kawan-kawan pasti lari tajuk sikitkan. Memandangkan kedai ini tiada nasi putih berlauk, Sha pilih Nasi Goreng Daging sahaja bersama air kosong.


HARI 4 | 23 APRIL 2018 | MAKAN MALAM

Suami dah kenyang macam gini la gaya masak, tapi bila makan suami pun join juga. Jadi makan sahaja lah Spaghetti Olio + Ayam Grill

Kadang tak percaya sebenarnya dalam diet sekarang ini sebab boleh makan macam-macam. 2 jam sekali pun boleh makan. Untuk diet kali ini Sha memilih untuk turun 500g sahaja untuk 1 minggu jadi Sha makan mengikut berapa sepatutnya kalori yang perlu diambil sahaja.

Thursday, April 26, 2018

MENU DIET HARI KETIGA

April 26, 2018 4 Comments

MENU DIET HARI KETIGA | 22 APRIL 2018 | AHAD | Alhamdulillah masih meneruskan perjalanan dan misi menurunkan berat badan. Jika korang nak tengok apa Sha makan untuk hari kedua boleh tengok ( SINI ). Sebenarnya banyak sebab Sha mula nak turunkan berat badan selain sakit tumit, alasan lain adalah suami dan kawan-kawan sudah tegur Sha makin berisi, memang BMI sha sudah tahap overweight, mahu capai berat normal kembali dan baju kerja pun sudah banyak yang tidak selesa pendek kata mengetat..aahhaaha

sumber google
Lupa pula nak ambil gambar, kita pinjam gambar kat facebook sahaja okeh. Pagi itu lambat bangun, encik suami dah siap beli sarapan nasi lemak, jadi jangan risau..kita layan je nasi lemak.


Lepas makan nasi lemak Sha bawak Adik Nur ke Pasar Batu Gajah mencari buah-buah, lauk dan ulam. 

HARI 3 | 22 APRIL 2018 | TENGAHARI

1 cawan nasi putih
Timun batang + Petai
Budu


HARI 3 | 22 APRIL 2018 | MAKAN MALAM

Nasi goreng cina

Amboi Sha kata diet, tapi makan berat-berat je, celah mana hang kata diet Shalimar oiii.. Tak apalah kita cuba dan tengok apa jadi nanti, orang kata gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam seminggu kan.
____________________

Sekian Menu Hari Ke-3

Wednesday, April 25, 2018

MENU SIHAT HARI KEDUA

April 25, 2018 15 Comments
MENU SIHAT HARI KEDUA | 21 April 2018 | Sabtu | Memilih menu disaat hari minggu adalah sangat mencabar bagi Sha maklumlah semasa cuti hari minggu inilah hari bersama suami dan anak-anak yang pastinya kita nak memasak lebih istimewa dari hari bekerja kerana masa lebih di rumah kan. Tapi siapa kata kat rumah tak boleh teruskan diet kan yang penting jangan terbabas dan jangan menambah sudahlah lagipun kali ini Sha memilih untuk menjaga pemakanan dengan tidak menyisihkan nasi dalam menu harian Sha.

Dilampirkan menu yang Sha makan pada hari ke-2 , tanpa gagal makan pada waktunya.


HARI 2 | 21 April 2018 | Sarapan

Kuew Teow Goreng Ayam
Timun Jepun
Cili jeruk

HARI 2 | 21 April 2018 | Makan Tengahari

1 cawan nasi putih
Ayam percik
Daun Salad
Baby Tomato

HARI 2 | 21 April 2018 | Makan Malam

1 cawan nasi putih
Ayam grill
Timun Jepun
Serunding Halia

Berat juga Sha makan kan? Yang penting tiada lagi rungutan suami kerana Sha tak makan nasi bersama-sama semasa Sha amalkan diet sebelum ini. Diet tapi enjoy dapat makan macam-macam tanpa berlapar dan tidak sembelit. Apa lagi yang kita mahu kan? PALING PENTING ! BERAT TURUN. Menu hari pertama Sha di sini --> DIET HARI PERTAMA

Monday, April 23, 2018

MENU SIHAT HARI PERTAMA

April 23, 2018 8 Comments
MENU SIHAT HARI PERTAMA | Untuk pengetahuan korang Sha mengalami masalah lebih berat badan sejak 3 tahun kebelakangan ini selepas berhenti mendapatkan suntikan perancang keluarga. Dalam masa beberapa bulan berat asal Sha ketika itu 60 kg telah meningkat menjadi 66 kg. Satu tahap Sha terpaksa mengawal makan untuk mengelakkan berat badan terus naik tetapi tidak tahan lama kerana cepat terasa bosan dan menyebabkan mengambil makan seperti biasa kembali dan berat kembali naik. Masalah berat badan terlebih menyebabkan Sha mudah lemau dan sakit tumit jadi Sha mula mengambil langkah untuk ikuti cara diet kawan baik Sha ketika zaman sekolah tingkatan 6 Sha dahulu yang Sha namakan beliau Sis Nadia yang mana beliau sebelum ini mempunyai berat badan 110 kg sekarang berat badan beliau lebih kurang Sha selepas mengubah cara pemakanan dan gaya hidup sihat sejak 2 tahun kebelakangan ini walhal beliau seorang yang suka memasak dan masakannya sangat sedap. Jadi apa salahnya Sha mengikut contoh yang terbaik depan mata kan.

Langkah pertama Sha muat naik dua aplikasi android yang dicadangkan oleh Sis Nadia. Satu aplikasi untuk senaman harian dan satu lagi untuk kiraan pengambilan kalori harian Sha supaya tidak lebih daripada sepatutnya.


20 April 2018 (Jumaat) | Hari Pertama | Berat badan 65.90 kg menjadi garisan permulaan bagi Sha dalam perjuangan menurunkan berat badan.


Hari 1 | 20 April 2018 | 8.00 pagi | Sarapan


1 cawan nasi putih - 150 cal
Ikan cencaru bakar - 200 cal
Timun jepun
Serunding Halia - 30 cal --- ( RESEPI DI SINI )
------------------------------------------------------------------
10.00 pagi | SNACKING

1 Biji Pisang
------------------------------------------------------------------
Hari 1 | 20 April 2018 | 2.00 petang | Makan Tengahari


Bukan Sha masak pun, hari jumaat makan-makan kat luar.

1 cawan nasi putih - 150 cal
Ayam Bakar - 200 cal
Daun Salad & Timun Batang
Air Asam. - 40 cal

--------------------------------------------------------------------

Hari 1 | 20 April 2018 | 2.00 petang | Makan Tengahari


Malam kita masaklah makan bersama suami dan anak-anak

1 cawan Nasi putih - 150 cal
Sup sayur ayam - 120 cal
Serunding Halia - 30 cal
[Kentang Sha tak makan]

Alhamdulillah siap untuk hari pertama Sha makan nasi dengan kuantiti 1 cawan dan lauk-pauk yang mempunyai rendah kalori. Doakan Sha istiqamah yea kawan-kawan semoga misi turun berat badan kali ini berhasil tanpa perlu tinggalkan nasi dan tanpa melalui peritnya sembelit.

Tunggu seterusnya hari ke-2.

PELAKON MR.GREY FENDY BAKRY

April 23, 2018 1 Comments
PELAKON MR.GREY FENDY BAKRY | Nampaknya sekarang nama Fendy Bakry semakin dikenali ramai selepas memegang watak Mr.Grey atau Liq di dalam Drama Mr.Grey. Tapi Sha tak berapa tunggu sangat nak tonton drama ini kerana ianya waktu tidur anak-anak jam 10.00 malam dan eehhh... suami kita cemburu mentang-mentang lah bagitahu dia masa Anugerah Meletop Era baru-baru ini Sha cakap nak undi Fendy Bakry lah..aahahaha..halamakk.. Sha mula perasan akan Fendy Bakry ini semasa telemovie Teksi Love iaitu lakonan beliau bersama Mira Filzah..

 

SERBA SEDIKIT BIODATA FENDY BAKRY


Nama Penuh : Mohd Affandi Bin Nor Bakri
Umur : 30 tahun (2018)
Tarikh Lahir : 11 Ogos 1988 | sama dengan hari lahir arwah ayah Sha...
Asal : Perlis
Drama / Filem : Teksi Love , Mr.Grey, Kerna Syurga Bukan Percuma ( watak Abang Surau)

Kiranya Fendy Bakry lambat dikenali berbanding rakan seangkatannya ketika Hero Remaja 2011/2012 iaitu Fattah Amin, Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan, Nazrief Nazri, Hafriez dan Hafidz Roshdi. Mungkin rezeki Fendy bakry baru sampai kan..


Jom kasi trending dan sokong kerjaya beliau. Ceriakan hari anda dengan loghat utara dan gelagat kelolo Mr.Grey dan Nisa Ardina.



Tajuk : Mr. Grey
Mula Tayangan : 9 April 2018
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 malam 
Siaran : Astro Ria 104 & Ria HD 123
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Jumlah Episod: 14
Pelakon : Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Mardiana Alwi, Fauziah Ahmad Daud, Farah Nabilah
SINOPSIS MR. GREY

Mengisahkan Mr.Grey dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa?

Saturday, April 14, 2018

RESEPI NASI GORENG CINA

April 14, 2018 18 Comments
RESEPI NASI GORENG CINA | Alhamdulillah hari ini bertugas di Program Karnival Pengimarahan Masjid dan Himpunan Belia-Belia Masjid Peringkat Perak Tengah,Seri Iskandar Perak di Masjid Sultan Yusuf Izzudin Shah, Seri Iskandar. Sebelum bergerak ke tempat program sempat juga menyediakan sarapan pagi untuk suami dan anak-anak dengan menu Nasi Goreng Cina jadi sedaplah hati sikit untuk keluar bekerja tambah pula hari ini hari minggu sepatutnya beraktiviti bersama suami dan anak-anak.


Walaupun korang dah terer masak Nasi Goreng  Cina tapi Sha tetap kongsi resepi di sini, acilah kan..hihihi

Bahan-Bahan

Nasi
Mentega
Bawang Putih
Bawang Merah
Carrot potong dadu
Kacang panjang
Sosej
Telur
Garam

Cara-Cara

Nasi dileraikan dan digaul bersama mentega. Dalam kuali panaskan minyak masak, tumis bawang putih dan bawang merah, kemudian masukan sosej yang dipotong dadu diikuti dengan lobak merah dan kacang panjang. Alih bahan tumis ketepi dan pecahkan telur dalam kuali kemudian gaul sebati dengan garam perasakan. Akhir sekali masukkan nasi yang telah diperap bersama mentega tadi. Goreng dan bolak balikkan sehingga semuanya mesra.

Alhamdulillah semasa bertugas suami mesej sudah makan nasi goreng cina sayang masak, bertambah pulak tu..hihihi..apa lagi senyum simpullah kita tengok telefon ditangan.