Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Review Filem KL SPECIAL FORCE

REVIEW FILEM KL SPECIAL FORCE | 9 Mac 2018 yang lepas Sha dan suami tidak melepaskan peluang untuk menyokong industri filem negara dengan menonton filem KL Special Force. Filem arahan anak muda Shafiq Yusof ini adalah filem berasaskan kepolisan dan dibintangi oleh Hero Otai Dato Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Filem bergenre aksi ini berdurasi 105 minit dihasilkan oleh Skop Productions dengan usahasama Damofa Producntions dan Viper Studios.


SINOPSIS

" Filem ini menceritakan kisah tentang sekumpulan pasukan khas pasukan polis yang diketuai oleh Roslan yang cuba menjatuhkan geng rompakan oleh seorang lelaki bernama Asyraff. Geng ini dipanggil 'Gang Anarkis' dan dikenali kerana rancangan pintar dan taktik mereka dalam rompakan bank untuk mengelirukan polis. Pada masa yang sama seorang anggota polis muda bernama Zul telah direkrut ke dalam pasukan pasukan khas. Keadaan menjadi lebih rumit apabila Asyraff, pemimpin geng memanipulasi minda Roslan dan Zul. Pada masa yang sama, Roslan menghadapi masalah dalam perkahwinannya kerana dia mendapati kesukaran dalam menyeimbangkan keluarga dan bekerja. Zul mempunyai masalah yang sama dengan tunang yang menjadi anak perempuan pemilik Damofa Bank, yang merupakan sasaran utamanya oleh geng perompak."

Telah memulakan tayangan pada 8 Mac 2018 baru-baru ini Sha menggunakan keistimewaan tiket percuma kerana mendaftar Kad Movie Club dan sempena bulan kelahiran Sha iaitu Mac. Filem yang menggandingkan pelakon senior dan junior ini banyak memberi mesej tidak hanya tentang dunia polis tapi juga konflik yang terjadi dalam keluarga dan kehidupan seorang polis semasa di luar tugasan.

Lakonan Dato Rosyam Nor seperti biasa tidak pernah mengecewakan dan tetap bertenaga membawakan watak sebagai Lan seorang polis yang berpengalaman dalam menyelesaikan pelbagai kes. Watak DSP Roslan juga menunjukkan keadaan tersepit antara kasih sayang kepada keluarga dan kepatuhan kepada tugas yang disandang. Fattah Amin yang pertama kali berlakon dalam filem aksi juga amat memuaskan hati dan seakan keluar daripada kepompong lakonan beliau sebelum ini dan aksi stunt pun dia buat sendiri ok, sangat menunjukkan kelainan dan peningkatan mutu lakonan Fattah Amin sendiri.

Pelakon lain yang memainkan watak sebagai perompak mungkin boleh dikembangkan lagi. Secara tak langsung terjawablah kenapa Ramona Zam Zam tidak dapat huraikan wataknya dalam The Making Of KL Special Force yang mana wataknya tidak terlalu menonjol. Setelah beberapa kejadian rompakan bank, perasan kenapa bank sama je kena rompak nih?? Tapi akhirnya terjawab...kalau nak tahu kena lah tengok.

Filem ini juga tidak membosankan kerana jalan ceritanya yang membuatkan penonton berteka teki siapakah yang bersalah atau siapa yang betul diantara polis generasi berlainan. Sekejap Sha ingat Rosyam yang tak betul, sekejap Fattah ni jahat. Banyak adegan letupan yang mana seperti yang dikatakan oleh Syafiq Yusof di rancangan Meletop 10 buah kereta telah diletupkan.

MORAL DARIPADA "KL SPECIAL FORCE"
  • Jauhi rasuah kerana ianya membinasakan.
  • Matlamat tidak menghalalkan cara. Merujuk kepada kenapa Ashraff menjadi seorang perompak bersama adiknya yang dilakonkan oleh Mustakim.
Pendek kata tak menyesal Sha pergi tonton filem ini di pawagam kerana hasilnya amat memuaskan kerana banyak peningkatan dari segi mutu lakonan pelakon-pelakon dan juga sinematografi juga terbaik. Opsss...tapi Sha perasanlah scene kereta polis meletop, ada polis terbakar tapi nampak patung terbaring...ehhhh...hihihi..dan perasan juga babak-babak banyak dibuat di kawasan Meru, Ipoh kalau tak silap.

Pelakon lain dalam filem ini adalah Liza Abdullah, Esma Danial, Puteri Balqis, Sabrina Ali, Mahmud Ali Basyah, Tania Hudson, Shaharuddin Tambi.

Post a Comment

11 Comments

  1. ramai yg komen cite ni nmpk hidup sebab ada Rosyam Nor..hihihi..hero otai la katakan!

    ReplyDelete
  2. Cerita ni kat IMDb pun dapat rating tinggi.

    ReplyDelete
  3. Nak tengok nanti sbb ada rosyam.

    ReplyDelete
  4. ramai yg review kata best.... tingin nk tgk jgk tp tak taula dpt ke tak... klu tak hrpnya dpt tgk kt astro best hehehh

    cumanya, time yg perompak2 pakai topeng badut tu teringat filem police story lakonan jackie chan

    ReplyDelete
  5. Baca review ni dah rasa mcm nak tengok...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi