Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RENDAHKAN BOUNCE RATE BLOG

RENDAHKAN BOUNCE RATE BLOG | Sudah lama sebenarnya nak periksa balik kenapa Bounce rate blog Sha yang kita boleh tengok di Google Analytics blog masing-masing berada di tahap teruk jika seperti yang dikatakan oleh otai-otai blogger bahawa tidak sepatutnya melebihi 60 % kerana bacaan GA blog Sha adalah melebihi 80%. Sebulan lepas baru teringat nak tengok balik selepas ahli group AFBdotmy mempersoalkan tentang Bounce Rate ini. Selepas itu barulah Sha perasan bahawasanya Sha tak masukkan Tracking Code Google Analytics (GA) selepas membuat kemaskini template blog baru-baru ini. Patutlah Bounce Rate tinggi dengan bacaan 80 peratus ke atas. Akhirnya dengan tips yang dikongsikan oleh blogger Tuan Hasrul Hassan, Sha mula memasukkan kembali tracking code GA Sha.

Masuk ke akaun Google Analytics korang, kemudian pergi ke setting atau klik ikon gear yang terletak di bahagian kiri bawah. Korang copy tracking code seperti di dalam petak merah seperti gambar di bawah. Bagi yang belum mempunyai akaun GA korang boleh mendaftar dengan cara yang blogger Abe We kongsikan ini --> http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-register-google-analytics.html.

CARA MASUKKAN TRACKING CODE GOOGLE ANALYTICS DALAM TEMPLATE

Buka akaun GA
-
Klik Setting ( Ikon gear)
-
Klik Tracking Info
-
Klik Tracking Code
-
Korang boleh copy Tracking Code seperti dalam kotak merah di bawah.





Selepas copy kod berkenaan korang paste di theme--> edit html --> search <head> --> kemudian paste kod di bawah <head> ---> Save Setting.
Siap ! Nanti korang boleh periksa kembali perubahan yang berlaku pada bounce rate blog korang adakah masih sama atau menjadi lebih baik.

Boleh dikatakan blogger yang tidak kisah mengenai bounce rate mungkin tidak kisah tentang kualiti blog. Bounce rate adalah salah satu cara untuk mengukur ukur tahap kualiti blog kita dari segi kunjungan pelawat ianya adalah kadar peratusan pelawat yang meninggalkan blog setelah pertama kali ia datang.

Peratusan pelawat yang datang singgah pertama kali dan kemudian terus keluar dari blog anda, tanpa singgah ke entri lain dalam blog. Jika nilainya tinggi, maka ia sangat tidak bagus kerana pelawat hanya berminat pada tajuk tertentu sahaja dan tidak meneruskan bacaan entry lain.

Di dalam Google Analytics kita dapat lihat berapa pembaca dan pembaca baru yang singgah ke blog kita. Di sini kita juga dapat melihat dengan lebih jelas page views, dan melihat secara real-time berapa pembaca sedang membaca dan entry apa yang mereka sedang layari.

Post a Comment

9 Comments

  1. Risau PC bila graf arrow pada BR merah....terima kasih perkongsian ini.

    ReplyDelete
  2. terimakasih cikma.. perasan juga bounce rate ni.. heee. Tapi nasib baik rendah,tapi tak amik tau pon.

    ReplyDelete
  3. kinah baru je betulkan setting ni. moga dapatlah turunkan bouce rate yang tinggi tu.

    ReplyDelete
  4. Nak try chek gak nanti.. Ta cik mar sharing

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi