HUKUMAN SEBAGAI PENGAJARAN - SHALIMAR YUSOF


Thursday, March 08, 2018

HUKUMAN SEBAGAI PENGAJARAN

HUKUMAN SEBAGAI PENGAJARAN | Di sebalik jatuh hukum di mahkamah mungkin ramai tidak sedar siapa yang menjalankan pendakwaan dan sebelum terjadinya dakwaan sebenarnya banyak proses dilalui untuk membolehkan sesuatu kes di bawa ke mahkamah. Bekerja dengan kertas mungkin sesuatu yang objektif, bekerja dengan manusia yang pelbagai amat subjektif terutamanya menghadapi seseorang yang bermasalah .


Apabila sesuatu hukuman dijatuhkan, mungkin memberi kesan kepada keluarga terdekat. Walaubagaimanapun keluarga seharusnya tahu undang-undang adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh dan apabila pihak berkuasa mengambil tindakan tidak boleh terus menunding jari mempersalahkan pihak berkuasa walhal sudah maklum apakah akibat melanggar syarat dan undang-undang.


Bercakap tentang kesalahan dadah ingin Sha tekankan dan kongsi di sini kerana Sha tahu di kalangan rakan-rakan, saudara mara sendiri pasti ada yang mempunyai atau tahu tentang masalah dadah. Kali ini Sha nak kongsikan tentang peranan keluarga dalam membantu kepulihan daripada dadah kerana ianya adalah kepulihan sepanjang hidup bukan sudah berhenti bererti akan berhenti selamanya, mereka perlu menjaga setiap langkah mereka daripada terjebak kembali dalam kancah penyalahgunaan dadah.

Sememangnya dalam kepulihan seseorang bekas penagih mereka memerlukan sokong bantu daripada pihak keluarga sendiri tetapi pastikan sokongan anda adalah kearah kebaikkan bukan ke arah menambah teruk keadaan mereka. Hal ini adalah kerana terdapat ahli keluarga yang masih ingin menutup kesalahan tersayang dan menyalahkan pihak berkuasa. Ketahuilah bahawa dalam program pemulihan yang diadakan mereka terikat dengan perintah mahkamah yang memerlukan mereka mengikut beberapa syarat. Bukan senang nak menyedarkan mereka kepentingan mengikuti program dan bukan senang-senang juga pihak berkuasa mahu mengambil tindakan jika mereka ingkar. Pelbagai proses pujukan dibuat untuk menarik mereka mengikuti program dan patuh syarat sebelum mereka dikenakan tindakan undang-undang lain. Berbalik kepada keluarga , keluarga bantulah selagi boleh jika mereka berkeinginan untuk berubah walaupun hakikatnya tidak mudah, dekatkanlah mereka dengan agama dan masyarakat. Keluarlah berhijrah jika perlu.

Ketahuilah tak semua pihak berkuasa suka menggari dan menghukum. Hukuman itu sebagai pengajaran bilamana cara lembut dipandang sepi.

10 comments:

  1. saya suka baca artikel macam ni, seolah olah memberi pengajaran. Kebiasaannya pihak keluarga lebih suka mempersalahkan dan memberi hukuman dengan menyisihkan si pesalah dari memberi sokongan moral. **terpengaruh dengan drama tv3 sekejap**

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..ade jg sebb keluarga org ada nama..tapi pesalah itu sendiri perlu buktikan mereka ingin berubah..

      Delete
  2. setuju sangat dengan ayat terakhir tu

    ReplyDelete
  3. Peranan org terdekat sangat penting dalam salah satu faktor elak dari bahan terlarang ini.

    ReplyDelete
  4. kalau boleh dielakkan dari melanggar peraturan tu ,wajiblah elak..Negara kita ada undang-undang,jadi kita sebagai rakyat kena faham tugas mereka.Dan kepada ahli keluarganya,kena fikir dari sudut positif.

    ReplyDelete
  5. Betul tu peranan keluarga sgt ptg, harus memberi kerjasama kpd pihak berkuasa

    ReplyDelete
  6. jemput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  7. Ada juga yang dibantu namun tak mahu berubah.. Hat ini yang payah tambah bila kengkawan lama datang dan pengaruh..

    ReplyDelete
  8. Keluarga mmg mainkan peranan penting. kadang2 sbb fmly sisihkan dieorg.jadi dieorg akan kmbli smla wat salah

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi