HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Wednesday, March 28, 2018

# KESIHATAN # tips penjagaan diri

CARA CEGAH KANSER PROSTAT

CARA CEGAH KANSER PROSTAT | Kanser Prostat adalah menjadi igauan kaum adam kerana organ ini adalah penting dalam penghasilan air mani. Gaya hidup yang sihat dan pengambilan makanan yang sihat juga dapat membantu menurunkan risiko seorang lelaki mengalami penyakit ini. Betullah kata orang pemakanan adalah penting dalam menentukan kehidupan kita kerana penjagaan makanan memainkan peranan dalam menentukan tahap kesihatan kita. Pendek kata jangan ambil mudah tentang kanser prostat ini, jadi langkah awal jagalah pemakanan.



"Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. "

Apakah makanan yang baik untuk mengelakkan risiko kanser ini?

  • Buah Warna Merah
Tomato, tembikai yang mana semakin merah semakin banyak kandungan lycopene.

  • Sayur & Buah
Nutrisi dan vitamin dalam sayur dan buah dapat membantu turunkan risiko kanser prostat. Makanan bernutrisi tinggi dapat mencegah penyebaran kanser.

  • Ikan
Omega 3 yang terkandung dalam ikan sardin, tuna dan salmon dapat bantu turunkan risiko.

  • Teh

Teh terbaik adalah teh hijau yang boleh diminum atau dalam bentuk suplement.
  • Kafein
Kopi dapat menurunkan risiko tapi perlu diingat agar bersederhana kerana boleh memberi kesan kepada kesihatan jantung.
  • Berhenti Merokok
  • Bersenam
Bahagian badan yang terlalu banyak lemak boleh meningkatkan risiko kanser. Bersenam secara teratur, paling tidak berjalan, berlari, berbasikal atau berenang.

  • Pemeriksaan Doktor
Segera dapatkan rawatan jika tidak selesa dibahagian punggung, sukar buang air kecil atau terdapat darah pada air kencing atau air mani.

Gejala kanser prostat:
  • Aliran air kencing yang tidak lancar.
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  • Darah dalam air kencing atau air mani.
Jika anda mengalami gejala ini. Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya

  • Tidur Yang Cukup
Tidur sekurang-kurang 7 jam , kualiti tidur yang baik adalah bagus untuk kesihatan.

Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubati. Yang penting dapatkan nasihat doktor untuk sebarang tindakan yang akan anda ambil kerana penyakit ini tidak menunjukkan gejala awal.

15 comments:

  1. soya bagus rupanya, okay nanti boleh bagi dia minum selalu. Thanks share! :D

    ReplyDelete
  2. Cikla ada terbaca untuk pesakit yg mempunyai ketumbuhan tak digalakkan consume soya. Btw, good sharing sha. Info yg mesti diambil tahu.

    ReplyDelete
  3. kafein pon boleh membantu rupanya baru tau..nice info.

    ReplyDelete
  4. Info yang baik sebagai sumber rujukan berguna..
    Thanks for sharing Sha..

    ReplyDelete
  5. Baru-baru nie Ayah saya telah disahkan pengidap kanser prostat ... Semoga diberi kesembuhan dan kekuatan kepada beliau ... Doakan yer kawan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga ayah diberi kesembuhan ..InsyaAllah

      Delete
  6. thanks for sharing. very informative information!

    ReplyDelete
  7. Maklumat penting nie, terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi