HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Monday, February 05, 2018

# info # kongsi

CARA SEMAK DAFTAR PENGUNDI

CARA SEMAK DAFTAR PENGUNDI | Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Sudah ada khabar-khabar angin Pilihan Raya Umum Ke-14 akan dijalankan tidak lama lagi, tapi tarikh sebenarnya masih belum diumumkan. Jadi sebagai rakyat yang perlu memilih perlu membuat pilihan siapakah yang akan mentadbir kerajaan Malaysia. Persoalannya adakah anda sudah mendaftar? Pemilih juga terbahagi kepada beberapa kategori.

FAKTA - FAKTA UMUM UNTUK MAKLUMAT PEMILIH
  1. PENGUNDI BIASA
    Adalah mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi dan perlu hadir ke Pusat Mengundi
  2. POLIS
    Pengundi polis adalah anggota polis dan pasangan PGA yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal. Terdiri daripada dua sub kategori :
    1. Pengundi
    2. Pengundi Pos - Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota polis yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak memohon undi pos.
  3. TENTERA
    Pengundi tentera adalah anggota tentera dan pasangan yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal. Terdiri daripada dua sub kategori :
    1. Pengundi
    2. Pengundi Pos - Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota tentera yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak memohon undi pos.
  4. LUAR NEGARA
    Terdapat dua sub kategori:
    1. Pengundi tidak hadir luar negara ( mereka tidak perlu pohon untuk undi pos )
    2. Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara yang telah mendaftar sebagai pengundi ( mereka perlu memohon untuk mengundi secara pos )
  5. MEDIA
    Anggota media yang membuat liputan pilihan raya semasa hari pengundian mereka perlu mohon untuk mengundi secara pos.
Marilah sama-sama kita menjalankan tanggungjawab kita bersama. Jika korang nak semak daftar pemilih  boleh klik banner di bawah :

Untuk buat semakan lebih daripada 1 orang boleh klik banner di bawah ni.

https://pengundi.spr.gov.my//isirumah2/semakandm_baru2.asp


Apa lagi? Kita tunggu sahaja bila tarikh mengundi akan diumumkan. Walaupun tak kerja dengan SPR tapi dapat juga tempiasnya dalam kerja Sha ni untuk memastikan semua rakyat berdaftar.

2 comments:

  1. kt tempat akak akhir tahun lps dh ada edarkan borang, sapa2 yg blum mendaftar siap kuar nama n dipaksa utk mendaftar kui3.... nsbla akak dh penah mengundi selamat la takde nama akka dlm senarai tuh....

    hrpnya kerajaan kita pun telus lah dlm pilihanraya nnti

    ReplyDelete
  2. teringat masa mengundi dulu dulu, tgk org org dewasa naik kenderaan percuma, siap ada kereta kuda lg

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi